Navigasi


Selamat Datang ke Blogpost Pegaga Nenek   *Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.   *Setiap hari kita belajar sesuatu baru.   *Betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.   *Terus berusaha, jangan putus asa.   *Hari ini kita atas tanah, esok mungkin tanah atas kita.   *Nikmati bila Anda mampu, dan bertahan ketika Anda harus.   *Hormat dan taat kepada ibu dan bapa.   *Yang paling jujur adalah cermin, yang paling tipu adalah gambar.   *Anak adalah anugerah daripada Allah.   *Selalu ucap "Alhamdulillah".   *Setiap pilihan tiada salah mahupun betul, terpulang pada kita sendiri.   *hari ini akan lebih indah daripada kemarin jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman.   *Cakaplah yang benar walaupun ianya pedih.   *Mulakan harimu dengan memuji Allah.   *Kalau dunia ini pahit, Allah ialah gulanya.   *Kejarlah Ilmu dan Lakukanlah amal. Keduanya akan menuntun jalan ke Syurga.   *Berbaik hati kepada bayang kehidupanmu.   *Belajar sabar meski gelisah, belajar setia meski tergoda, belajar mengasih meski terluka.
Yellow Background Green Background Blue Background Red Background Red Background Red Background

Sunday, 2 July 2017

Sindrom Demensia


Sindrom Demensia, gejala yang berkaitan dengan penurunan keupayaan fungsi otak, seperti berkurangnya daya ingat, menurunnya kemampuan berfikir, memahami sesuatu, melakukan pertimbangan, dan memahami bahasa, serta penurunan kecerdasan mental. Sindrom ini biasanya menyerang  warga tua melebihi 65 tahun.

Demensia umumnya akan mengalami kemurungan (depresi), perubahan suasana hati dan perilaku, kesulitan bersosial, hingga berhalusinasi. Pesakit tidak mampu hidup berdikari dan memerlukan sokongan orang lain.

Perlu ingat bahawa tidak semua orang yang mengalami penurunan daya ingat atau penurunan keupayaan fungsi otak boleh dikaitkan dengan demensia. Jika mengalaminya, harus jumpa doktor untuk mengetahui keadaan yang dialami secara tepat.

Demensia tidak boleh diubati, namun rawatan secara awal dapat membantu melambatkan perkembangan gejala, serta mengelakkan komplikasi lebih lanjut.

Penyebab Demensia
Demensia disebabkan oleh kerosakan pada sel saraf otak di bahagian tertentu, sehingga menurunkan kemampuan berkomunikasi dengan saraf tubuh lain, dan mengakibatkan kemunculan gejala sesuai dengan kawasan otak yang mengalami kerosakan.
Ada berbagai macam keadaan dalam kes demensia. Ada jenis demensia yang berkembang secara progresif, dan ada juga keadaan lain yang menyerupai demesia yang berlaku kerana reaksi tertentu dan boleh ditekan.


Keadaan yang menyerupai demensia
Terdapat keadaan-keadaan lain yang boleh menyebabkan demensia atau menimbulkan gejala yang menyerupai demensia. Sebahagian besar daripada keadaan tersebut menimbulkan gejala yang sifatnya sementara dan boleh pulih selepas pengendalian. Namun beberapa keadaan menimbulkan gejala menetap, seperti misalnya penyakit Huntington, penyakit Creutzfeldt-Jakob, penyakit Parkinson dan kecederaan otak.
Keadaan lain yang boleh menyebabkan gejala menyerupai demensia yang sifatnya sementara dan boleh pulih dengan rawatan iaitu:

1) Kelainan metabolik atau endrokrin. Keadaan seperti kelainan kelenjar tiroid, hipoglisemia, kekurangan atau kelebihan kadar sodium atau kalsium, hingga ketidakmampuan tubuh menyerap vitamin B12 boleh mencetuskan gejala menyerupai demensia atau perubahan perilaku.
2) Kelainan sistem daya tahan tubuh. Keadaan ini boleh mengakibatkan demam atau kesan sampingan lain yang boleh mengurangkan keupayaan sistem daya tahan badan melawan jangkitan. Keadaan seperti multiple sclerosis juga boleh mencetuskan demensia.
3) Reaksi perubatan. Beberapa interaksi antara ubat atau vitamin boleh mencetuskan demensia.
4) Kekurangan nutrisi. Keadaan seperti dehidrasi, kekurangan vitamin (terutamanya B1, B6, dan B12) atau pergantungan alkohol, boleh menimbulkan gejala menyerupai demensia.
5) Keracunan. Dicetuskan oleh pendedahan timah, logam berat, racun perosak, ubat-ubatan dan alkohol.
6) Subdural hematoma. Pengumpulan darah di ruang antara lapisan durameter dan lapisan araknoid pada rongga tengkorak, disebabkan oleh kecederaan atau trauma kepala.
7) Anoksia (hipoksia). Keadaan ini berlaku apabila jaringan dalam tubuh tidak mendapatkan asupan oksigen yang cukup, seperti pada pesakit asma, serangan jantung, keracunan gas karbon monoksida dan lain-lain.
8) Normal-pressure hydrocephalus. Disebabkan oleh pelebaran ventrikel dalam otak, mengakibatkan pesakit kesulitan berjalan, membuang kencing sehingga hilang ingatan.
9) Tumor otak. Jarang berlaku, namun boleh menjadi salah satu punca demensia berlaku.

Faktor Risiko
Menurut sifatnya, faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko terjadinya demensia dibagi menjadi dua, iaitu faktor yang berada di luar kawalan dan faktor yang boleh dikawal.
Faktor-faktor risiko demensia yang di luar kawalan dan tidak boleh diubah mengikut peningkatan usia, sejarah kesihatan keluarga, serta masalah kesihatan seperti gangguan kognitif ringan dan sindrom Down. Antara faktor-faktor risiko demensia yang boleh dikawal atau dielakkan yang meliputi kebiasaan merokok dan mengambil alkohol, kemurungan, diabetes, obesiti, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, dan aterosklerosis (pengumpulan lemak pada dinding arteri).

No comments:

Post a Comment

Popular Posts