Navigasi


Selamat Datang ke Blogpost Pegaga Nenek   *Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.   *Setiap hari kita belajar sesuatu baru.   *Betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.   *Terus berusaha, jangan putus asa.   *Hari ini kita atas tanah, esok mungkin tanah atas kita.   *Nikmati bila Anda mampu, dan bertahan ketika Anda harus.   *Hormat dan taat kepada ibu dan bapa.   *Yang paling jujur adalah cermin, yang paling tipu adalah gambar.   *Anak adalah anugerah daripada Allah.   *Selalu ucap "Alhamdulillah".   *Setiap pilihan tiada salah mahupun betul, terpulang pada kita sendiri.   *hari ini akan lebih indah daripada kemarin jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman.   *Cakaplah yang benar walaupun ianya pedih.   *Mulakan harimu dengan memuji Allah.   *Kalau dunia ini pahit, Allah ialah gulanya.   *Kejarlah Ilmu dan Lakukanlah amal. Keduanya akan menuntun jalan ke Syurga.   *Berbaik hati kepada bayang kehidupanmu.   *Belajar sabar meski gelisah, belajar setia meski tergoda, belajar mengasih meski terluka.
Yellow Background Green Background Blue Background Red Background Red Background Red Background

Monday, 10 July 2017

Pelukan Seorang Ibu

Anak-anak yang kerap dipeluk akan tampil menjadi anak yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, penuh dengan kasih sayang dan kurang tekanan. Mereka akan menjadi anak yang lebih tenang di mana keadaan ini akan membantu perkembangan diri mereka.

Namun jika perkara ini jarang dilakukan hubungan ibu bapa dan anak-anak akan menjadi sangat dingin. Fitrah diri mereka yang amat memerlukan sentuhan dan kehangatan kasih sayang terpaksa mengharungi satu keadaan yang amat tegang dan penuh dengan emosi yang keras.




7 kebaikan yang anak akan terima daripada sebuah pelukan daripada ibu:

1. Memeluk anak-anak dapat meningkatkan rasa tenang dan percaya diri dalam diri mereka. Kebiasaan ini secara tidak langsung dapat menjaga kualiti hubungan anda sekeluarga.

2. Sebuah pelukan ternyata mempunyai khasiat luar biasa. Ini mampu membuat rasa cemas dan juga tekanan darah menurun.

3. Memeluk orang-orang tersayang adalah cara paling sederhana dapat membuat mereka merasa bahagia.

4. Saat anak-anak bermasalah dan tertekan, pelukan merupakan ubat paling mujarab membantu menenangkan fikiran dan jiwa yang bergolak.

5. Pelukan daripada ibu bapa mahupun keluarga anak membuat anak-anak merasa bahawa mereka adalah insan yang paling berharga dan beruntung di dunia.

6. Kebiasaan memeluk anak-anak membuatkan bukan sahaja kehidupan anak-anak, tetapi juga ibu bapa menjadi lebih seimbang. Ini memberi kita kekuatan untuk mengendalikan emosi agar lebih tenang dan bahagia.

7. Apa yang dirasakan memang selayaknya disuarakan. Namun meskipun tanpa bicara pelukan dapat menjadi cara terbaik untuk menyampaikan isi hati dan perasaan.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts