Omega-3 adalah sejenis asid lemak iaitu lemak kaya dengan Docosahexaenoic acid (DHA), Eicosapentaenoic acid (EPA) dan Alpha-linolenic acid (ALA) yang diperlukan untuk kesihatan tetapi tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh. Anda perlu mendapatkannya melalui makanan. Asid lemak omega-3 boleh ditemui pada ikan seperti salmon, tuna, ikan kembung dan makanan laut lain termasuk alga dan krill, beberapa jenis tumbuh-tumbuhan dan minyak kacang. Selain sumber semula jadi, asid lemak omega-3 kini banyak dijumpai sebagai bahan aktif dalam suplemen kesihatan, makanan bayi dan produk farmasi.
Di samping rawatan yang boleh diberi di hospital, pencegahan merupakan sesuatu yang lebih bermakna kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Berdasarkan kajian-kajian terkini, pengambilan minyak ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Ia patut diamalkan sebagai satu suplemen harian yang sangat penting untuk kesihatan tubuh badan. Dalam masa yang sama, kita juga perlu makan ikan secara kerap untuk mendapatkan sumber asid lemak Omega-3 melalui pemakanan harian.
Pengambilan asid lemak Omega-3 memberi banyak kelebihan untuk kesihatan jantung iaitu mengurangkan risiko insiden serangan jantung, mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung, mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu, mengurangkan sakit dada (angina) pada pesakit jantung dan mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
Asid lemak Omega-3 amat penting untuk mendapat kesihatan jantung yang baik. Sumber utamanya ialah ikan dan makanan laut. Jika kita kurang makan ikan, maka kita perlu mengambil suplemen minyak ikan Omega-3.
Penggunaan minyak masak yang kaya dengan Omega-3 juga boleh membekalkan keperluan harian seseorang. Misalnya minyak canola, minyak flaxseed dan minyak kelapa sawit. Kacang walnut juga merupakan sumber yang kaya dengan Omega-3.
Berikut ini isyarat dari tubuh yang menandakan kekurangan asid lemak omega 3:
- Ingin makan makanan berlemak.
- Kuku rapuh.
- Bahu terasa kaku.
- Kaki kejang selepas berjalan.
- Keradangan kronik.
- Terdapat pengumpulan kotoran seperti lilin dalam telinga.
- Mudah marah.
- Penyembuhan luka lambat.
- Jangkitan kulat vagina.
- Pusing di bawah sinar matahari.
- Kulit kering dan kelemumur
Tuesday, 25 July 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
BAHAYA ! PENYAKIT TIBI APABILA salah seorang teman sepejabat disahkan menghidap tibi, ramai risau apatah lagi mereka yang duduk berha...
-
Katakan Tidak Kepada Polisterin Sumber klik disini Oktober merupakan bulan yang sangat istimewa terutamanya bagi para pencinta ala...
-
Ketahui Khasiat Buah Oren Atau Sitrus, Banyak sebenarnya khasiat buah oren nih, sebut saja limau atau oren mesti orang kaitkan dengan v...
No comments:
Post a Comment