Rubella atau campak Jerman adalah jangkitan virus yang ditandai dengan ruam merah pada kulit. Rubella biasanya menyerang kanak-kanak dan remaja. Penyakit ini disebabkan oleh virus rubella dan dapat menyebar dengan sangat mudah. Penularan utamanya boleh melalui butiran liur di udara yang dikeluarkan pesakit melalui batuk atau bersin. Berkongsi makanan dan minuman dalam pinggan atau gelas yang sama dengan pesakit juga dapat menularkan rubella. Sama halnya jika anda menyentuh mata, hidung, atau mulut anda selepas memegang benda yang tercemar virus rubella.
Rubella dan Kehamilan
Walau sama-sama menyebabkan ruam kemerahan pada kulit, rubella berbeza dengan campak. Penyakit ini biasanya lebih ringan berbanding dengan campak. Tetapi jika menyerang wanita yang sedang hamil, terutama sebelum usia kehamilan lima bulan, rubella berpotensi tinggi untuk menyebabkan sindrom rubella kongenital atau bahkan kematian bayi dalam kandungan. WHO menganggarkan tiap tahun terdapat kira-kira 100,000 bayi di dunia yang dilahirkan dengan sindrom ini.
Sindrom rubella kongenital boleh menyebabkan cacat lahir pada bayi, seperti tuli, katarak, penyakit jantung kongenital, kerosakan otak, organ hati, serta paru-paru. Diabetes jenis 1, hipertiroidisme, hipotiroidisme, serta pembengkakan otak juga boleh berkembang pada kanak-kanak yang dilahirkan dengan sindrom ini.
Gejala-gejala Rubella
Pesakit rubella pada anak-anak cenderung mengalami gejala-gejala yang lebih ringan daripada pesakit dewasa. Tetapi ada juga pesakit rubella yang tidak mengalami gejala apa pun dan tetap dapat menularkan rubella.
Penyakit ini umumnya memerlukan masa kira-kira 14-21 hari sejak berlaku pendedahan sehingga menimbulkan gejala. Gejala-gejala umum rubella meliputi:
- Demam.
- Sakit kepala.
- Hidung tersumbat atau berhingus.
- Tidak nafsu makan.
- Iritasi ringan pada mata.
- Bengkak kelenjar limfa pada telinga dan leher.
- Ruam berbentuk bintik-bintik kemerahan yang awalnya muncul di wajah lalu merebak ke badan, tangan, dan kaki. Ruam ini umumnya berlangsung selama 1-3 hari.
- Sakit pada sendi, terutama pada pesakit remaja wanita.
Begitu dijangkiti, virus akan merebak ke seluruh badan dalam masa 5 hari hingga 1 minggu. Masa penularan tertinggi pesakit rubella biasanya pada 1-5 hari selepas ruam muncul.
Proses Diagnosis Jangkitan Rubella
Ruam kemerahan akibat rubella mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan ruam-ruam lain. Guna memastikan diagnosis, doktor biasanya mengambil sampel air liur atau darah untuk diperiksa di makmal. Pemeriksaan rubella juga boleh dimasukkan dalam siri ujian pranatal untuk ibu hamil, khususnya untuk yang berisiko tinggi. Pemeriksaan ini dilakukan melalui ujian darah.
Langkah Pencegahan Rubella
Pencegahan rubella yang paling berkesan adalah dengan vaksin, terutama bagi wanita yang merancang untuk hamil. Kira-kira 90 peratus orang yang menerima vaksin ini akan terhindar dari rubella. Sejak adanya program vaksin, jumlah kes rubella yang tercatat secara global berkurang secara signifikan. Selain vaksin, mencegah penularan dan penyebaran rubella juga penting. Cara-caranya meliputi:
1) Elakkan sentuhan dengan pesakit seboleh mungkin, khususnya untuk ibu hamil yang belum menerima vaksin MMR dan orang dengan sistem kekebalan tubuh lemah.
2) Pindahkan pesakit ke bilik berasingan yang jauh dari ahli keluarga.
3) Menjaga kebersihan diri, misalnya selalu mencuci tangan sebelum makan, selepas membuat perjalanan, atau jika terjadi hubungan dengan pesakit.
Monday, 10 July 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
BAHAYA ! PENYAKIT TIBI APABILA salah seorang teman sepejabat disahkan menghidap tibi, ramai risau apatah lagi mereka yang duduk berha...
-
Katakan Tidak Kepada Polisterin Sumber klik disini Oktober merupakan bulan yang sangat istimewa terutamanya bagi para pencinta ala...
-
Ketahui Khasiat Buah Oren Atau Sitrus, Banyak sebenarnya khasiat buah oren nih, sebut saja limau atau oren mesti orang kaitkan dengan v...
No comments:
Post a Comment