Perkataan zawaj digunakan di dalam Al-Quran bermaksud menjadi berpasangan (lelaki dan perempuan) setelah sebelumnya masing-masing dalam keadaan sendirian. Allah SWT menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan perbuatan zina.
Allah SWT berfirman:
“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.”
(Surah Adz-Dzariyaat 51; Ayat 49)
Asal-usul hukum perkawinan adalah mustahab (sunnah), dan Rasullullaah sallallaahu 'alaihi wa sallam mngiringi perintah untuk menikah dengan kemampuan keppiscal (kekayaan) dan seksualitas.
Perkahwinan ini wajib bagi mereka yang dapat berkahwin dan bimbang tentang terjatuh dari perzinaan, kerana keadaan seperti itu mengharuskan dia untuk menjaga kehormatannya dan melindunginya dari hal-hal yang dilarang, semua yang tidak akan dicapai kecuali jika sudah menikah. Dan perkahwinan ini menjadi hukum mustahab (sunnah) bagi seseorang yang mampu melakukan secara bersamaan ia memiliki nafsu, tetapi dia merasa aman dari terkunci dalam hal-hal yang dilarang
Keinginan untuk berkahwin adalah fitrah manusia, yang bererti sifat pembawaan manusia sebagai makhluk Allah SWT. Setiap manusia yang sudah dewasa dan sehat fizikal dan rohaninya, pasti memerlukan teman hidup yang berlainan jenis. Teman hidup yang dapat memenuhi keperluan biologi yang boleh dicintai dan mencintai, yang dapat mengasihi dan dikasihi, yang boleh diajak bekerja sama untuk mewujudkan ketenteraman, ketenangan dan kesejahteraan hidup berumah tangga.
Rasulullah bersabda:
“Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin) dan sesiapa tidak sanggup, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung syahwat.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Terdapat 10 ayat dalam Al-Quran menyatakan tentang pensyariatan perkahwinan :
Surah An-Nisaa’ 4: ayat 1
Surah An-Nisaa’ 4: ayat 3
Surah An-Nahl 16: ayat 72
Surah An-Nuur 24: ayat 32
Surah Ar-Rum 30: ayat 21
Surah Luqman 31: ayat 10
Surah Yaasin 36: ayat 36
Surah Asy-Syu’araa 42: ayat 7
Surah Qaf 50: ayat 7
Surah Adz-Dzariyaat 51: ayat 49.
5 Jenis Hukum Nikah
Sebahagian para ulama membahagikan hukum nikah kepada 5 hukum berikut:
1) Harus bagi orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.
2) Wajib bagi orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjerumuskannya ke dalam kemaksiatan (perzinaan dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang berkemampuan untuk berkahwin.
3) Sunat bagi orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsu godaan.
4) Makruh bagi orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan zahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat atau orang yang mempunyai keinginan atau hasrat bernikah tetapi ia belum mempunyai bekalan untuk memberi nafkah dan menanggung isterinya.
5) Haram bagi orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah zahir dan batin serta ia sendiri tidak berkuasa (lemah) dan tiada keinginan berkahwin. Atau dia mempunyai niat yang buruk, seperti berniat menyakiti dan menganiaya perempuan yang bakal dikahwininya.
Tujuan Nikah
Secara umum tujuan perkahwinan dalam Islam adalah seperti berikut :
1. Melaksanakan perintah Allah SWT.
2. Mengikuti sunah Rasulullah SAW .
3. Membina rasa cinta dan kasih sayang.
4. Bagi memperoleh keturunan yang sah.
5. Bagi memperolehi kebahagiaan dan ketenangan hidup yang sakinah.
6. Bagi memenuhi keperluan seksual yang sah dan diredhai Allah SWT.
7. Bagi mengelakkan daripada maksiat
Hikmah Pernikahan
1. Menjaga keturunan
2. Memelihara kesucian diri
3. Melaksanakan tuntutan syariat
4. Dapat mengeratkan silaturahim
5. Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
6. Suatu cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks
7. Perzinaan, pelacuran, liwat dan maksiat dapat dielakkan.
8. Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
Ajaran dan pendidikan Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat dalam membina keluarga dan membesarkan anak-anak. Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan2 negetif dan perkara2 yang tidak bermoral. Oleh itu, perkahwinan dan institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam, dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman mewujudkan keluarga sakinah, mawadah dan warahmah.
No comments:
Post a Comment