Navigasi


Selamat Datang ke Blogpost Pegaga Nenek   *Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.   *Setiap hari kita belajar sesuatu baru.   *Betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.   *Terus berusaha, jangan putus asa.   *Hari ini kita atas tanah, esok mungkin tanah atas kita.   *Nikmati bila Anda mampu, dan bertahan ketika Anda harus.   *Hormat dan taat kepada ibu dan bapa.   *Yang paling jujur adalah cermin, yang paling tipu adalah gambar.   *Anak adalah anugerah daripada Allah.   *Selalu ucap "Alhamdulillah".   *Setiap pilihan tiada salah mahupun betul, terpulang pada kita sendiri.   *hari ini akan lebih indah daripada kemarin jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman.   *Cakaplah yang benar walaupun ianya pedih.   *Mulakan harimu dengan memuji Allah.   *Kalau dunia ini pahit, Allah ialah gulanya.   *Kejarlah Ilmu dan Lakukanlah amal. Keduanya akan menuntun jalan ke Syurga.   *Berbaik hati kepada bayang kehidupanmu.   *Belajar sabar meski gelisah, belajar setia meski tergoda, belajar mengasih meski terluka.
Yellow Background Green Background Blue Background Red Background Red Background Red Background
Showing posts with label Pemakanan. Show all posts
Showing posts with label Pemakanan. Show all posts

Thursday, 8 November 2018

Madu Kelulut

Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Manusia

Madu kelulut kaya dengan khasiat yang sangat baik untuk manusia. Tidak hairan lah di dalam Al-Quran sendiri menyatakan madu lebah adalah penawar kepada penyakit. Masalah utama sekarang ialah nak dapatkan madu kelulut yang benar-benar asli.

Jawapannya ialah dapatkannya terus daripada penternak. Setiap sarang kelulut mampu menghasilkan purata 200-300g madu sebulan bagi setiap sarang. Bukan senang untuk mendapatkan madu kelulut dalam kuantiti yang besar apatah lagi untuk eksport atau dijual secara komersil dengan siap agen pasaran.

Setiap kantung madu dihasilkan daripada lebih kurang 4000 kuntum bunga yang dikumpul oleh kelulut. Malah madu yang dihasilkan daripada sesetengah bunga seperti kelapa dan pokok herba dapat memberikan nilai perubatan yang tinggi.

Sebab itulah harga madu kelulut bernilai tinggi dan mahal harganya.

Tempat ternakan ditanam dengan pokok misai kucing dan hempedu bumi sebagai sumber nektar kepada kelulut. Madu yang dihasilkan daripada pokok kelapa juga dikatakan baik untuk tenaga batin dan kesihatan lelaki. Tempat yang ada puluhan pokok kelapa menjadi tempat kelulut mengumpul nektar untuk dijadikan madu.

Khasiat Madu Kelulut Asli – kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menunjukkan madu kelulut asli mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.

Menurut Prof. Madya Dr. Md. Azman Seeni Mohamed, pengambilan madu kelulut asli setiap hari menjadikan seseorang tidak mudah letih serta kandungan antioksidan dalam madu kelulut asli lebih tinggi berbanding madu lebah biasa. Ini dikatakan lebih baik untuk membantu mencegah sesuatu penyakit.

Tambahnya, komposisi komponen flavonoid dan finolik juga tinggi berbanding dalam madu kelulut asli tersebut selain berupaya membantu penghidap gastrik untuk berpuasa.

“Pengambilan madu kelulut asli terutama pada bulan Ramadan membantu seseorang kekal bertenaga serta mampu melaksanakan ibadah itu tanpa rasa letih sepanjang hari.

“Selain itu, pelbagai khasiat madu kelulut asli yang lain dalam aspek kesihatan termasuk membantu mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit menjadikannya pilihan ketika berbuka puasa atau bersahur,” katanya.

Madu kelulut asli juga berpotensi sebagai bahan yang membantu dalam rawatan kanser. Jelasnya, kandungan dalam madu kelulut asli seperti asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu membantu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut asli juga dikatakan mampu membantu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.

Bahan tersebut yang terdapat dalam madu kelulut asli berkesan membantu menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.

“Madu kelulut asli berupaya membantu mengurangkan sel yang membentuk sel kanser serta membantu menghapuskannya

“Kajian mengenai keberkesanannya telah dilakukan di Indonesia dan India yang membuktikan pengambilan madu kelulut asli berupaya membanteras pembentukan sel kanser,” ujarnya.

Beliau sendiri turut menjalankan kajian mengenai khasiat madu kelulut asli untuk kanser sejak empat bulan lalu dengan memberi fokus kepada kanser prostat.

Ramai yang sudah jatuh cinta dengan madu kelulut. Semakin ramai yang menjadikan madu kelulut sebagai amalan harian untuk tenaga berterusan. Malah ada yang menternak sendiri setelah merasai kehebatan madu kelulut untuk kesihatan mereka.

Antara kebaikan Madu Kelulut Asli:

1. Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
2. Mencegah serangan strok
3. Melancarkan perjalanan darah
4. Meningkatkan pengeluaran hormon
5. Membaiki Sel tubuh yang rosak
6. Mengelakkan badan berasa letih
7. Digunakan dalam rawatan pesakit Diabetes di USM
8. Meningkatkan kecerdasan
9. Membantu penyembuhan luka
10. Mencegah kanser
11. Mengurangkan masalah resdung
12. Merawat batuk ,selsema dan sakit kerongkong
13. Mengurangkan lelah/asma
14. Melancarkan pernafasan
15. Menstabilkan kandungan gula dalam darah
16. Menurunkan tekanan darah tinggi
17. Mencegah pembentukan batu karang
18. Memberi dan meningkatkan tenaga
19. Memperkuat fungsi otak dan jantung
20. Tenaga segera kepada ahli sukan

dan banyak lagi…

Begitulah betapa hebatnya serangga yang dinyatakan di dalam Al-Quran ini. Sebagai orang yang beragama islam yakinilah tentang minuman daripada perut lebah yang menjadi penawar kepada penyakit manusia kecuali mati.

Paling penting pastikan anda mendapatkan madu kelulut yang asli.

Sunday, 8 July 2018

Keracunan Makanan

Apa itu keracunan makanan?

Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.

Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2003 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk).

Apa yang menyebabkan keracunan makanan?

Punca keracunan makanan:
Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus
Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai
Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum
Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut bercengkerang seperti kekerang

Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?

Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :
Keracunan tersebut
Kuantiti/jumlah bakteria, virus atau agen penyebab toksin yang telah dimakan
Umur seseorang
Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang

Pesakit itu mungkin akan mengalami :
Rasa loya
Cirit-birit
Muntah-muntah
Sakit perut
Berpeluh/demam
Sakit kepala

Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?

Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik).

Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?

Antara sebab terjadinya keracunan makanan ialah:
Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam)
Makanan tidak dimasak dengan sempurna
Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak)
Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna
Makanan yang beku seperti daging tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak
Memakan lebihan makanan secara terus tanpa dipanaskan dengan sempurna
Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih
Makanan tersebut disediakan oleh orang yang menghidapi atau pembawa penyakit yang disebarkan melalui makanan seperti typhoid dan taun

Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?

Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan:
Sentiasa menjaga kebersihan
Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan
Basuh tangan selepas keluar dari tandas
Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan-haiwan yang lain
Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak
Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang
Sentiasa masak dengan sempurna
Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna
Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk
Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor

Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?

Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh Pegawai Kesihatan
Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat

Monday, 22 January 2018

Mee Segera

Mee segera ataupun ramai kenali dengan “Maggi” semestinya sangat popular di kalangan pelajar dan orang bujang. Mee segera dibeli kerana harganya yang murah dan mereka menganggap sebagai ‘Jimat’. Bukan itu sahaja, penyediaan yang mudah dan cepat menarik ramai minat ramai orang untuk membelinya

Jika diperhatikan,hampir kebanyakan rumah akan menyimpan mee segera dirumah. Bagi mereka yang tidak mengamalkan untuk kehidupan seharian anda, TAHNIAH diucapkan.

Namun tahukah anda betapa bahayanya Maggie kepada kesihatan kita. Mungkin ada yang dah sedar, tapi menganggap mungkin lambat lagi untuk dapat penyakit itu. Apa keburukan atau Bahaya mee segera kepada badan kita ?

1. Masalah Penghadaman

Mungkin anda rasakan tiada apa-apa yang berlaku sepanjang anda makan mee segera. Namun tahukah anda, mee segera mengambil masa yang agak lama untuk dihadam. Jika anda masih pertikaikan mengenai perkara ini, anda boleh saksikan video di bawah nanti. Jika diambil dengan terlalu kerap, maka ia makan mengakibatkan sistem penghadaman anda tidak berfungsi dengan sebaiknya.

2. Kegagalan Buah Pinggang Berfungsi

Kegagalan buah pinggang berfungsi adalah akibat pengambilan sodium di dalam makanan yang terlampau tinggi, lebih dari keperluan badan. Secara mudahnya, sodium inilah yang berfungsi untuk membantu otot dan saraf untuk berfungsi. Namun jika terlebih, ia akan mula memudaratkan buah pinggang.

Anda ada rakan-rakan yang sakit buah pinggang kerana makan mee segera?

3. Pening Kepala & Pedih Ulu Hati

Semua mungkin tahu mengenai kandungan MSG (monosodium glutamate) yang tinggi di dalam mee segera. MSG berfungsi untuk “menambah rasa” namun dalam masa yang sama ada di kalangan anda yang sebenarnya alergik terhadap bahan ini.

Mungkin antara sedar atau tidak, anda pernah mengalami perkara sebegini namun tidak menghiraukannya kerana beranggapan ia sebenarnya adalah perkara biasa.

4. Melemahkan Fungsi Ketahanan Badan

Anda pernah jumpa orang yang makan mee segera yang sentiasa cergas? Kebanyakan bahan perasa di dalam mee segera adalah tidak sihat dan apabila badan tidak mendapatkan nutrisi yang cukup maka ia akan melemahkan sistem ketahanan badan. Kami sediakan bahan bacaan tambahan pada sumber di bawah.

5. Tekanan Darah Tinggi

Apa lagi yang anda mahu jangkakan jika imbangan diet dan kandungan perasa mee segerayang menjangkaui apa yang badan anda perlukan.

Maka ia akan membawa kepada beberapa penyakit yang berkaitan dengan kagagalan badan berfungsi dengan baik. Antara perkara yang anda mungkin dapat jika meneruskan makan mee segera secara berterusan ialah kolestrol tinggi, diabete dan juga penyakit jantung.

Bukanlah kami menghalang anda untuk makan terus. Kebanyakan penyakit yang ada kebiasaannya akan menjadi leboh teruk jika pengambilan mee segera adalah berterusan. Apa-apa pun, kita mempunyai alternatif untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat demi kepentingan kesihatan masa panjang.

Wednesday, 16 August 2017

Chia Seed

10 Khasiat dan Kebaikan Chia Seed Untuk Diet Harian kita. Salvia Hispanica, atau yang lebih dikenali lagi sebagai biji chia atau chia seed, merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang tergolong dalam keluarga pudina dan berasal daripada Mexico dan Guatemala.

Ada 3 perbezaan antara biji selasih dan chia seed. yang pertama, adalah dalam hal cara penyediaanya. Biji selasih hanya boleh digunakan setelah direndam di dalam air selama beberapa waktu. Sedangkan, bagi Chia seed pula, ianya boleh digunakan dengan cara, hanya ditaburkan atau dicampurkan saja ke jus, yogurt, pudding, salad, rawfood, malahan ke dalam nasi putih juga, atau dengan cara hanya direndamkan ke air putih biasa selama beberapa saat saja.

Kedua, warna yang berbeza. biji selasih itu warnanya adalah hitam saja. Apabila terkena air, akan muncul selaput putih jernih yang menyeliputi menyelimuti biji selasih. Tetapi bagi chia seed pula, aianya mempunyai banyak warna iaitu berwarna hitam, , coklat, kelabu dan juga putih. Apabila terkena air, akan muncul juga selaput putih menyelimuti biji chia.

Ketiga, perbezaan dalam khasiat dan kebaikannya. Biji selasih itu ternyata memang banyak manfaatnya. Oleh sebab itu ianya sudah lama menjadi ubat-ubatan untuk suku kaum Ayurvedic dan dalam pengubatan China. Biji selasih berkhasiat untuk mengurangkan sakit kepala, mengurangkan sakit sendi, dan lain-lain lagi. Tidak kurang juga dengan Chia Seed, ianya juga mengandungi banyak khasiat dan kebaikannya juga:

ini dia 10 khasiat penting dan kebaikan yang terkandung di dalam Chia Seed

1. Dapat Melawan Diabetes

Chia Seed telah dikaji oleh pakar perubtan, ianya telah menjadi sebagai salah satu rawatan semula jadi yang amat berpotensi untuk para pesakit diabetes tahap 2, kerana keupayaannya untuk memperlahankan penghadaman. Lapisan agar-agar biji chia seed yang terbentuk apabila terdedah kepada cecair boleh juga mencegah pancang gula darah.

2. Mengandungi Serat yang banyak

Dengan hanya mengambil 28 gram atau satu auns dalam setiap hidangan chia seed, ianya mempunyai 11 gram serat pemakanan, seumpama kira-kira satu pertiga daripada pengambilan serat harian yang telah disyorkan untuk orang dewasa. Menambahkan beberapa chia seed dalam menu diet harian anda adalah merupakan salah satu cara yang mudah untuk memastikan anda memperolehi jumlah fibre yang baik. Dimana ianya amat penting untuk sistem penghadaman.

3. Mengekalkan Kekuatan Gusi dan Tulang

Satu hidangan biji chia seed dalam diet menu harian mempunyai 18 peratus daripada pengambilan harian yang telah disyorkan untuk kalsium, yang dimana ianya berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan gigi, tulang, dan dapat mencegah osteoporosis.

4. Mempunyai Mangan

Manganese (Mangan) bukanlah nutrien mineral yang terkenal, tetapi ianya adalah amat penting untuk kesihatan manusia. Mangan amat baik untuk tulang dan dapat membantu badan kita untuk menggunakan nutrien lain seperti Biotin dan thiamin. Dalam pengambilan Satu hidangan biji chia seed (28 gram) mempunyai kandungan sebanyak 30 peratus seperti yang telah disyorkan untuk mineral ini.

5. Lebih Bnayak Fosforus

Dengan mempunyai 27 peratus daripada nilai yang perlu ada untuk fosforus, biji chia seed juga turut membantu anda supaya dapat mengekalkan tulang dan gigi yang sihatdan kuat. Fosforus juga amat penting untuk mensynthesizekan protein (pertumbuhan dan untuk pembaikan) sel serta tisu tubuh badan kita.

6. Kaya Dengan Protein

Biji Chia seed juga adalah merupakan salah satu sumber protein bagi golongan vegetarian dan ianya tidak mempunyai sebarang kolesterol. Dalam satu 28 gram hidangan biji Chia Seed yang diambil adalah mempunyai 4.4 gram protein di dalamnya.

7. Dapat Menstabilkan Gula dalam Darah

Pengambilan biji chia seed juga amat berkesan untuk menstabilkan gula dalam darah kita disamping dapat melawan rintangan bagi insulin yang telah terikat dalam peningkatan pada lemak perut (belly fat). Rintangan yang jenis ini adalah amat berbahaya bagi kesihatan diri kita secara keseluruhanya.

8. Mudah Berasa Kenyang

Tryptophan adalah merupakan satu sejenis asid amino yang telah ditemui pada ayam belanda. Ianya juga turut ditemui dalam biji Chia Seed. Walaupun tryptophan akan memberikan kesan mengantuk selepas makan, namun ianya juga amat berpotensi untuk membantu mengawal selera makan anda (mudah berasa kenyang), memberikan tidur yang selesa dan membantu untuk meningkatkan mood anda seharian.

9. Dapat Meningkatkan Kesihatan Jantung

Kajian daripada Klinik Cleveland turut menyatakan bahawa biji chia seed telah sememangnya terbukti dalam meningkatkan tekanan darah untuk para pesakit kencing manis. Ianya juga boleh meningkatkan kolesterol sihat untuk tubuh dan pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah kolesterol, LDL dan juga trigliserida.

10. Penuh dan kaya dengan Omega-3

Biji Chia Seed adalah penuh dan kaya dengan asid lemak omega-3, dengan mempunyai hampir 5 gram dalam setiap hidangan satu aunsnya. Lemak adalah amat penting untuk kesihatan otak anda.

Thursday, 10 August 2017

Khasiat Buah Tin

Buah Tin atau yang biasa kita sebut sebagai buah ara merupakan salah satu buah yang disebutkan dalam kitab suci Al-Quran. Dalam ayat At-Tin, Allah bersumpah akan keagungan dan kemuliaan buah syurga iaitu buah tin dan zaitun. Hal ini dapat membuktikan bahawa terdapat kandungan yang luar biasa pada buah tin. Buah tin banyak ditemui di pesisir Laut Tengah, sehingga buah ini banyak disebut dalam sumber-sumber sejarah kuno dan juga disebutkan dalam kitab-kitab samawi.




Dari sejak dulu, buah tin dikenali mempunyai manfaat dan kegunaan bagi kesihatan. Banyak kajian yang menunjukkan bahawa cecair tin yang dicampurkan pada banyak ramuan-ramuan medical mempunyai keberkesanan yang tinggi. Pernah suatu masa Nabi Muhammad SAW mengulas mengenai buah ini dalam salah satu Sabda-Nya: "Jika Aku mengatakan ada buah yang turun dari langit, maka buah inilah (menunjukkan buah tin) ...."

Buah Tin mengandungi unsur gula yang sangat tinggi dan juga mengandungi garam utama, seperti kalsium, fosforus, besi dan sejumlah vitamin, seperti vitamin A dan B. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin K yang masuk dalam proses pembekuan darah dan berfungsi menghentikan pendarahan. Berikut adalah kelebihan buah tin untuk kesihatan tubuh kita..

1. Mencegah serangan jantung
Serangan jantung sudah diketahui banyak orang merupakan penyakit yang sangat mematikan, bahkan penyakit mematikan nombor satu di dunia. Sebuah hal yang sangat penting mengurangkan risiko penyakit jantung. Organ jantung juga menjadi organ yang paling penting di dalam tubuh.

Adapun penyebab seseorang terkena serangan jantung, akibat tingginya pengambilan natrium yang dimakan. Pengambilan zat natrium secara berlebihan memberikan bahaya serius, yang mengakibatkan terjadinya penyempitan saluran di dalam tubuh. Serta risiko terbentuknya plak yang membahayakan organ jantung, serta membuat kerja jantung menjadi terlalu berat untuk membekalkan darah ke seluruh bahagian tubuh.

Pada sebuah kajian yang dilakukan di Arab Saudi, mencari bahawa buah tin mempunyai kandungan kalium yang tinggi. Kandungan kalium yang tinggi sangat bermanfaat untuk menurunkan kadar natrium yang berlebihan.

Oleh kerana itu, banyak para ahli kesihatan mengajurkan untuk mengambil buah tin sekurang-kurangnya 1 buah dalam sehari. Dimana itu sudah mampu menurunkan risiko serangan jantung yang mematikan.

2. Menurunkan kadar kolesterol
Cukup umum diketahui orang-orang, buah tin mempunyai kandungan serat larut yang lumayan banyak. Pengambilan di dalamnya berupa serat larut berupa pektin, mempunyai manfaat besar dalam mengatasi masalah tingginya kadar kolesterol. Nantinya kandungan tersebut akan menghilangkan atau membuang kolesterol jahat (LDL) di dalam tubuh dengan cara proses perkumuhan (dalam bentuk air kencing, proses pembuangan najis dan keringat).

3. Baik dimakan oleh pesakit diabetes
Sudah banyak diketahui orang-orang bahawa pesakit diabetes sangat ditekankan untuk benar-benar menghadkan pengambilan pengambilan gula, dan secara umum makanan / minuman yang manis. Walaupun buah ara (tin) itu manis, tetapi kandungan glukosa dan fruktosa di dalam buah tin tidak mengakibatkan kenaikan gula dalam darah.

Justeru kandungan sihat seperti serat larut dan lain-lain di dalam buah tin mempunyai andil untuk mencegah terjadinya penyerapan gula secara berlebihan di pencernaan tubuh.

4. Mencegah penyakit kanser
Penyakit kanser masuk peringkat dua sebagai penyakit paling mematikan di dunia. Terdapat beberapa penyebab seseorang sampai terkena kenker, salah satunya yang umum diketahui iaitu serangan radikal bebas ke dalam tubuh, yang boleh membahayakan sel kulit serta sangat dihawatirkan mencetuskan pertumbuhan sel secara yang tidak terkawal (tidak normal), sehingga terjadilah pertumbuhan sel kanser.

Di dalam buah tin mempunyai zat tanin yang berfungsi sebagai antioksidan tubuh untuk menghalang serangan radikal bebas ke dalam tubuh. Pengambilan buah tin mampu mencegah beberapa jenis kanser seperti kanser payudara, kanser serviks, kanser otak, dan lain-lain.

5. Mengatasi tekanan darah tinggi
Risiko hipertensi (tekanan darah tinggi) boleh terdedah mengenai orang yang mengalami gangguan penyempitan pembuluh darah. Dimana penyempiitan pembuluh darah adalah masalah serius, jika tidak segera mendapatkan penanganan tenaga perubatan maka risiko diserang penyakit jantung koronari menjadi tinggi.

Kandungan di dalam buah tin terdapat pengambilan mineral iaitu fosforus, magnesium, omega 3, omega 6, dan fenol. Pengambilan penting tersebut mempunyai manfaat untuk mengatasi penyakit tekanan darah tinggi. Jika penyakit hipertensi berjaya diatasi, maka secara automatik juga menurunkan risiko jantung koronari.

6. Membantu meninggikan badan
Di dalam buah tin terdapat bermacam-macam pengambilan mineral penting iaitu magnesium, kalsium, fosforus, mangan, dan lain-lain. Dengan kandungan mineral penting tersebut, bermanfaat untuk membantu pertumbuhan tubuh dan tulang, agar tubuh boleh lebih tinggi secara optimum.

Pengambilan yang terkandung di dalam buah tin boleh dipercayai, bagi anda yang tidak suka atau alahan susu, maka buah tih boleh menjadi alternatif pengambilan susu. Jika anda sudah lama tidak mengambil susu, maka sekurang-kurangnya pengambilan buah tin yang membantu pertumbuhan tubuh dan tulang.

7. Untuk kesuburan
Buah tin mengandungi kaya serat yang bermanfaat meningkatkan kualiti sperma bagi kaum lelaki, dengan menjaga kadar asam lemak sperma. Oleh kerana itu, disyorkan bagi pasangan muda yang baru berkahwin, yang tentunya ingin segera punya bayi. Maka digunakannya buah tin ini untuk membantu meuwujudkan keinginan tersebut. Selain itu, jaga pola makan yang baik, sihat dan teratur.

8. Mencegah tulang keropos
Osteoporosis sudah sering menyerang orang yang berumur 50 tahun keatas. Osteoporosis merupakan penyakit tulang yang membuat penderitanya kesukaran untuk rajin bergerak secara aktif. Ternyata pengambilan buah tin mampu untuk menurunkan risiko osteoporosis yang banyak mendera kaum warga tua ini.

Buah tin mempunyai kalsium yang lumayan tinggi. Banyak ahli kesihatan yang menjelaskan bahawa zat kalsium dan fosforus yang terkandung pada buah tin, mempunyai manfaat yang lebih baik berbanding susu.

9. Kurangkan berat badan
Menurut para pakar kesihatan, atau juga para ahli diet sihat seperti Dr OZ, bahawa kandungan serat terlarut yang terdapat di buah tin mempunyai fungsi yang cukup penting, iaitu untuk mengikat lemak yang berlebihan di dalam badan, untuk kemudian dibuang melalui sistem pencernaan dan keringat.

Penting untuk selalu diingat bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, kunci utama dari menurunkan berat badan adalah rutin bersenam. Anda tidak perlu melakukan sukan yang berat-berat, lakukan sukan sederhana seperti jongging, berbasikal dll, tapi harus rajin dan rutin. Dalam sehari sekurang-kurangnya sukan 15 minit (disyorkan 25-30 minit).

10. Membantu mengatasi anemia
Pesakit anemia akan merasakan tubuh yang lemas, lesu dan mudah lelah. Buah tin mempunyai pengambilan zat besi cukup tinggi yang bermanfaat sebagai penambah darah. Kandungan mineral zat besi menjadi 'bahan mentah' untuk pembentukan hemoglobin darah.


Wednesday, 2 August 2017

Khasiat Buah Delima

Buah delima merupakan salah satu buah yang sangat terkenal dengan kandungan nutrisinya di seluruh dunia. Buah tersebut berasal dari India Utara, Pakistan, Iran dan Afghanistan. Selain itu, buah ini juga boleh didapati di Malaysia, Asia Selatan, California, Afrika dan lain-lain.

Buah ini berwarna oren kekuningan, merah ataupun ungu. Isinya pula berwarna merah jambu dan mempunyai biji yang kecil. Rasanya manis berjus. Buah delima juga popular dalam bidang perubatan dan kecantikan kerana ia mempunyai kandungan yang sangat baik untuk badan. Perkara ini telah diamalkan sejak beribu tahun yang lalu!


Berikut adalah beberapa senarai nutrisi yang terdapat dalam buah delima:

1) Buah delima sangat baik kepada kesihatan kerana ia mempunyai kandungan anti oksida yang lebih tinggi daripada beri asai (acai berry) ataupun teh hijau.
2) Buah delima mempunyai kadar Vitamin C yang tinggi, dalam 100ml mengadungi 16 peratus kadar keperluan harian seseorang.
3) Selain itu, buah delima juga mempunyai kadar Vitamin K yang tinggi, dimana boleh membantu kesihatan tulang. Tambahan lagi, buah delima mengandungi Vitamin B yang mana boleh membantu badan memproses protein, karbohidrat dan lemak.
4) Buah delima mengandungi manganese untuk membantu perbentukan struktur tulang semasa proses metabolik dan potasium yang boleh mengkalkan fungsi selular dan mengawal kadar bendalir dalam badan.
5) Buah ini juga mengandungi kadar fosforus, magnesium, kalsium, zink dan zat besi yang tinggi. Manakala, kandungan lemak dan kolestrol dalam buah ini sangat sedikit.
6) Buah ini hanya mempunyai 130-150 kalori, yang mana 105 kalori tersebut daripada biji (kita kebiasaannya tak makan biji tersebut).
7) Biji tersebut mempunyai kadar kalori sedemikian kerana mengadungi minyak tidak tepu, gula dan karbohidrat. Pada masa yang sama, biji tersebut mengandungi serat dan protein.

Buah delima sudah digunakan dalam bidang perubatan di Timur Tengah sejak dahulu lagi. Pada masa itu, ia digunakan sebagai tonik untuk menyembuhkan penyakit ringan seperti ulser dan cirit-birit.

Jus buah delima mengandungi anti oksida seperti anthocyanin dan asid ellagik, gallic acids, dan flavanoids seperti quercetin yang mana boleh melindungi anda daripada kencing manis (diabetes), sakit jantung, osteoarthritis dan beberapa jenis kanser yang lain.

Khasiat delima untuk kecantikan 
- Pengembalikan Sel. Buah delima boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit, menolong perbentukan semula tisu-tisu badan, penyembuhkan luka-luka dan memperbanyakkan peredaran darah ke kulit.

- Minyak dalam biji buah delima juga memainkan peranan dalam menguatkan dan membantu lapisan epidermis kulit. Hal ini kerana bijinya juga mengandungi kadar nutrisi yang tinggi.

- Melindungi Daripada Cahaya Matahari. Buah delima dapat melindungi kulit daripada sun burn dan merawat sebarang masalah kulit disebabkan terlalu kerap terdedah dengan cahaya matahari. Tambahan lagi, ia boleh melindungi kulit daripada radikal bebas matahari, yang boleb menyebabkan kanser. Minyak dalam buah delima mempunyai anti oksida yang boleh membantut perbentukan tumor dan barah kulit.

- Lambatkan Proses Penuaan. Pemakanan buah delima boleh mengelakkan anda daripada hyper pigmentation, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, garis muka dan wrinkles yang biasanya disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari.

- Mengekalkan Awet Muda. Buah delima mempunyai kandungan yang boleb melembutkan kulit dan wajah. Pada masa yang sama menghasilkan elastin dan kolagen tambahan yang boleh mengembalikan keanjalan kulit.

- Memulihkan Kulit Yang Kering. Buah delima ada kalanya dimuatkan dalam produk-produk kecantikan kerana ia mempunyai struktur molekul yang boleh masuk ke dalam lapisam kulit dan memberikan kelembapan tambahan.

- Buah delima mengandungi punicic acid, satu bentuk omega 3 yang mengekalkan tahap kelembapan pada kulit.

- Merawat Muka Berminyak dan Berjerawat. Buah delima sangat berguna kepada kulit yang berminyak dan berjerawat juga. Sapukan perahan buah delima pada permukaan kulit yang terjejas boleh mengurangkan perbentukan serum dan mengawal perbentukan jerawat. Tambahan lagi, buah ini juga boleh mengurangkan kesan parut disebabkan jerawat.

- Buah Delima Sebagai Face Mask. Campurkan 1 sudu teh powdered green papaya, grape seed oil, dan grape seed extract dengan 2 sudu teh perahan delima. Kemudian sapukan pada muka. Biarkannya selama sejam dan bilas dengan air yang bersih.

- Merawat Keguguran Rambut. Minum jus delima secara berkala boleh menguatkan akar rambut. Hal ini boleh mengelakkan masalah keguguran rambut, lantas memberikan anda rambut yang sihat.

Khasiat Teh Hijau


Teh hijau telah lama dikenali sebagai pengganti minuman seperti kopi dll, yang lebih sihat kerana kandungan kafein yang rendah dan mengandungi antioksidan semulajadi yang sangat kuat yang dipanggil polyphenols. Jenis-jenis antioksidan ini bukan sahaja membantu menyuburkan badan, kulit, dan rambut, tetapi juga membantu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.




Teh hijau juga merupakan pilihan yang sihat kerana ia diproses. Teh hijau berasal dari daun tumbuhan Camellia sinensis yang hanya dikukus, sekali gus menghalang kehilangan katekin. Walaupun teh hitam atau teh oolong diperbuat daripada daun yang ditapai, menyebabkan kehilangan sebatian antioksidan. Teh hijau kini telah menjadi sangat popular di seluruh dunia, pelbagai jenis makanan, minuman, suplemen makanan kesihatan serta kosmetik kini banyak digunakan dari ekstrak teh hijau. Beberapa kajian saintifik di seluruh dunia mendapati bahawa mereka yang minum teh hijau secara teratur mempunyai risiko penyakit jantung yang lebih rendah dan juga kanser. Berbanding dengan teh biasa, teh hijau mempunyai kafein yang kurang. Di samping itu, teh hijau yang lebih tinggi mengandungi flavonoid (fitokimia yang terdapat dalam produk tumbuhan) yang mempunyai sifat antioksidatif dan anti karsinogenik.

Berikut ini senarai lengkap mengenai manfaat minum serta penggunaan teh hijau bagi kesihatan:
1. Mengawal Berat Badan
Obesiti adalah salah satu masalah terbesar di seluruh dunia pada masa ini. Gaya hidup yang digabungkan dengan tabiat makan junk food dan beberapa minuman boleh menyebabkan beberapa komplikasi yang berkaitan dengan obesiti, seperti penyakit jantung, sleep apnea, diabetes, tekanan darah tinggi dll.

Untuk mencegah hal ini terjadi pada kita, memasukkan teh hijau dalam diet sehari-hari kita akan sangat membantu. Seperti disebutkan sebelumnya, teh hijau mengandungi bahan antioksida semula jadi, yang dikenali dengan polifenol catechin. Bahkan, teh hijau mengandungi sepuluh kali jumlah antioksidan yang boleh kita dapatkan dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Penkajian telah mengenal pasti enam jenis catechin dalam teh hijau salah satunya adalah epigallocatechin gallate (EGCG).

EGCG dalam teh hijau ini akan meningkatkan metabolisme tubuh manusia, sehingga meningkatkan tahap pengoksidaan lemak dan mengubahnya menjadi kalori, yang pada akhirnya membantu menurunkan berat badan. Teh hijau juga akan menyahtoksin tubuh dan menekan nafsu makan, sehingga boleh mencegah keinginan makan berlebihan.

2. Menyegarkan nafas
Hal ini kerana teh hijau akan menghalang pertumbuhan bakteria dan virus yang menyebabkan penyakit gigi. Bakteria juga merupakan penyebab utama bau mulut. Yang perlu anda lakukan adalah mencuci mulut anda dengan kepekatan tinggi teh hijau, dan itu akan menyegarkan mulut anda secara langsung.

Teh hijau juga boleh membantu untuk mengurangkan keradangan gusi. Anda juga boleh membuat pasta gigi dari cecair daun teh hijau dan dicampur dengan satu sudu teh baking soda. Hal ini tidak hanya akan membantu mengurangkan keradangan gusi, tetapi juga akan menghalang pertumbuhan plak pada gigi anda.

3. Mengurangkan Kolesterol
Tingginya kadar kolesterol dalam tubuh boleh menimbulkan risiko kesihatan anda, terutama penyakit jantung dan stroke. Teh hijau mengandungi tanin yang telah dikenal menurunkan kolesterol secara semula jadi dalam tubuh. Tanin membantu mengurangkan kolesterol LDL (low-density lipoprotein) dalam tubuh.

LDL juga dikenali dengan "kolesterol jahat", kerana boleh menyebabkan plak di arteri, sehingga menyebabkan penyumbatan. Kajian saintifik juga telah menunjukkan bahawa catechin akan mengurangkan penyerapan kolesterol dalam usus, sehingga membantu mengurangkan masalah kolesterol tinggi. Selain itu anda juga harus mengelakkan makanan yang berkolesterol tinggi selain minum teh hijau secara teratur.

4. Kulit yang sihat
Sejumlah kajian yang telah dilakukan mengambil kesimpulan positif yang berkaitan dengan manfaat teh hijau untuk kulit. Anti oksidan juga bermanfaat bagi kulit, dan itu banyak terdapat dalam teh hijau.

Teh hijau juga mengandungi sejumlah sebatian yang membantu kulit menjadi bercahaya, dan manfaat ini boleh diperolehi dari meminumnya atau penggunaan topikal. Formulasi kosmetik yang mengandungi teh hijau adalah pilihan yang baik, kerana hal ini akan mengurangkan kerosakan akibat sinar matahari. Polifenol dalam teh hijau dikenali dapat melambatkan munculnya tanda-tanda penuaan. Campur 100 gram teh hijau dan setengah liter air, dan biarkan selama 30-40 minit pada suhu bilik.

Setelah itu saring cecair dan simpan di dalam peti ais. Anda boleh menggunakan campuran ini untuk menyegarkan wajah selepas melalui hari yang panjang, merawat ruam ringan, dan mengubati luka bekas panas matahari. Ini juga akan membantu anda untuk membersihkan jerawat dan mencegah datang kembali. Daun teh hijau juga boleh digunakan sebagai exfoliator.

Campur 3 sudu teh yogurt dengan 1 sudu air daun teh hijau dan perlahan untuk mengurut wajah, selepas itu biarkan selama 5 minit. Selesai kemudian Cuci dengan air hangat. Proanthocyanidins oligomer adalah salah satu antioksidan yang banyak dijumpai dalam teh hijau, yang membantu melambatkan proses penuaan.

5. Mengurangkan reaksi alergi
 EGCG yang dijumpai dalam teh hijaumenghasilkan histamin dan imunoglobulin, yang merupakan senyawa yang termasuk menghasilkan tindak balas terhadap alahan. Dengan demikian hal ini akan membantu menghentikan reaksi daripada alergen tertentu.

6. Menyihatkan Rambut
Teh hijau diketahui menghalang pertumbuhan DHT (dihydrotestosterone), yang dikenali menghambat pertumbuhan rambut dan menyebabkan rambut gugur. Sebatian teh hijau bertindak balas terhadap testosteron, sehingga jumlah dalam darah tetap seimbang supaya tidak bertindak balas dengan 5-alpha reductase dan berubah kepada DHT.

Juga membantu mencegah dan mengatasi masalah rambut yang umum seperti ketombe dan psoriasis dengan mengurangkan keradangan kerana sifat antiseptik. Teh hijau juga dikenali dapat merangsang pertumbuhan rambut dan melicinkan rambut.

Ini kerana mengandungi polifenol, vitamin E dan vitamin C, yang dikenali untuk meningkatkan kilau rambut. Anda boleh membuat bilas rambut dengan menggunakan 3-4 beg teh hijau yang dibancuh kedalam setengah liter air, dan gunakan ini untuk bilasan terakhir selepas anda mencuci menggunakan sampoo dan kondisioner.

7. Menguruskan Diabetes
Teh hijau juga membantu memanajemen diabetes jenis II, kerana mengandungi anti-oksida semulajadi yang menghalang rembesan enzim yang dikenali dengan alpha - glucosidase, yang pada akhirnya akan melambatkan penyerapan glukosa dalam darah.

Demikian hanya sedikit insulin yang diperlukan untuk menguruskan glukosa dalam darah. Teh hijau juga boleh membantu meningkatkan toleransi glukosa pada orang sihat.

8. Menguruskan Tekanan Darah
Teh hijau mengandungi kafein, dimana diketahui tidak baik bagi pesakit hipertensi. Tetapi kerana peratusan kafein teh hijau yang sangat rendah, maka kesan positif secara keseluruhan pada jantung.

Hal ini membantu menguruskan diabetes dan kolesterol, sehingga tekanan darah tinggi ikut terkendalikan.

9. Pencegahan agregasi platelet
Antioksidan Flavonoid dalam teh hijau telah dikenali boleh menghalang agregasi platelet (yang merupakan faktor pencetus penyakit kardiovaskular).

Dengan demikian, pengambilan teh hijau mungkin bermanfaat bagi pesakit yang terkena penyakit jantung koroner. Bahkan, kajian menjelaskan bahawa teh hijau boleh mengurangkan angka kematian akibat penyakit kardiovaskular pada lelaki dan wanita.

Tuesday, 25 July 2017

Omega 3

Omega-3 adalah sejenis asid lemak iaitu lemak kaya dengan Docosahexaenoic acid (DHA), Eicosapentaenoic acid (EPA) dan Alpha-linolenic acid (ALA) yang diperlukan untuk kesihatan tetapi tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh. Anda perlu mendapatkannya melalui makanan. Asid lemak omega-3 boleh ditemui pada ikan seperti salmon, tuna, ikan kembung dan makanan laut lain termasuk alga dan krill, beberapa jenis tumbuh-tumbuhan dan minyak kacang. Selain sumber semula jadi, asid lemak omega-3 kini banyak dijumpai sebagai bahan aktif dalam suplemen kesihatan, makanan bayi dan produk farmasi.




Di samping rawatan yang boleh diberi di hospital, pencegahan merupakan sesuatu yang lebih bermakna kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Berdasarkan kajian-kajian terkini, pengambilan minyak ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Ia patut diamalkan sebagai satu suplemen harian yang sangat penting untuk kesihatan tubuh badan. Dalam masa yang sama, kita juga perlu makan ikan secara kerap untuk mendapatkan sumber asid lemak Omega-3 melalui pemakanan harian.

Pengambilan asid lemak Omega-3 memberi banyak kelebihan untuk kesihatan jantung iaitu mengurangkan risiko insiden serangan jantung, mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung, mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu, mengurangkan sakit dada (angina) pada pesakit jantung dan mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.

Asid lemak Omega-3 amat penting untuk mendapat kesihatan jantung yang baik. Sumber utamanya ialah ikan dan makanan laut. Jika kita kurang makan ikan, maka kita perlu mengambil suplemen minyak ikan Omega-3.

Penggunaan minyak masak yang kaya dengan Omega-3 juga boleh membekalkan keperluan harian seseorang. Misalnya minyak canola, minyak flaxseed dan minyak kelapa sawit. Kacang walnut juga merupakan sumber yang kaya dengan Omega-3.

Berikut ini isyarat dari tubuh yang menandakan kekurangan asid lemak omega 3:
- Ingin makan makanan berlemak.
- Kuku rapuh.
- Bahu terasa kaku.
- Kaki kejang selepas berjalan.
- Keradangan kronik.
- Terdapat pengumpulan kotoran seperti lilin dalam telinga.
- Mudah marah.
- Penyembuhan luka lambat.
- Jangkitan kulat vagina.
- Pusing di bawah sinar matahari.
- Kulit kering dan kelemumur


Thursday, 20 July 2017

Khasiat Madu


Siapa yang tidak kenal dengan bahan alami yang satu ini? Ya, madu adalah salah satu bahan semula jadi yang dihasilkan alam, bahkan disebut-sebut sebagai bahan alami terbaik dalam rawatan.

Madu adalah cairan berwarna coklat keemasan yang merupakan kumpulan nektar tanaman yang telah bercampur dengan air liur atau air liur lebah dan kemudian disimpan dalam sarangnya. Madu tersusun dari glukosa, fruktosa dan air.



Selain itu, madu juga mengandungi beberapa sebatian nutrisi yang lain seperti protein, vitamin dan mineral, termasuk niasin, kalsium, tembaga, riboflavin, zat besi, magnesium, potassium dan zinc. Tidak hanya itu, madu juga mengandungi flavonoid dan asid fenolat yang boleh bertindak sebagai sebatian antioksidan.

Berikut ini adalah beberapa manfaat madu yang perlu anda ketahui:

1.Lega dari batuk
Batuk adalah masalah pada sistem pernafasan yang boleh menyerang siapa saja baik anak-anak maupun orang dewasa dan boleh sangat mengganggu bagi penderitanya.

Madu mengandungi sebatian aktif antibakteria dan antiviral yang boleh meredakan batuk. Sebuah kajian yang dilakukan oleh saintis dari Penn State College of Medicine dan melibatkan 105 anak usia 2 hingga 8 tahun melaporkan bahawa madu dapat mengatasi masalah batuk pada anak-anak yang menderita jangkitan saluran nafas bahagian atas jika diberikan selama tujuh hari berturut-turut.

Kesan yang ditimbulkan madu sama dengan kesan ubat batuk yang mengandungi dextromethorphan. Apabila diserang batuk, konsumsilah satu atau dua sudu madu saat sebelum tidur dan selepas bangun tidur.

2. Menghilangkan jerawat
Masalah kulit yang satu ini sering membuat kita jengkel kerana membuat kulit wajah kasar dan kadang-kadang menghilangkan bekas yang sukar dihilangkan. Jerawat timbul kerana jangkitan bakteria dan pengumpulan sel kulit mati pada liang-liang yang menimbulkan keradangan dan benjolan merah pada wajah. Madu mengandungi sebatian anti bakteria yang dapat membunuh bakteria P.acne penyebab jerawat sekaligus mengurangkan keradangan dan kemerahan pada kulit wajah.

3. Mencegah diabetes
Diabetes merupakan penyakit yang banyak dihidapi masyarakat dewasa ini dan penyakit ini biasanya disebabkan kerana pola hidup tidak sihat terutama pada kes diabetes jenis 2. Pesakit diabetes kehilangan kemampuan untuk mengatur kadar gula dalam darah akibat hormon insulin yang tidak berfungsi secara normal. Terlalu banyak mengambil makanan manis dan gula boleh menyebabkan penyakit kencing manis.

4. Memperbaiki fungsi saluran cerna
Dalam sistem pencernaan, terdapat bakteria baik atau normal flora yang membantu proses pencernaan makanan seperti bakteria yang hidup pada usus besar.

Tidak hanya kaya akan nutrisi, madu juga mengandungi normal flora atau bakteria baik seperti bifidobakteria dan lactobacillus yang boleh meningkatkan jumlah bakteria baik dalam saluran pencernaan dan menyokong proses pencernaan dalam usus besar.

5. Menyembuhkan luka
Salah satu manfaat madu adalah untuk menyembuhkan luka. Menyapu madu pada luka dapat mempercepatkan proses penyembuhannya. Madu mengandungi antiseptik yakni enzim glukosa oksidase yang mampu mencegah jangkitan bakteria pada kulit yang terluka.

Selain itu, sebatian pinocembrin yang merupakan salah satu antioksidan yang terkandung dalam madu juga berkesan dalam menghindari jangkitan bakteria Staphylococcus aureus yang boleh memburukkan lagi luka. Sebuah penelitian menyebutkan bahawa mereka yang menggunakan madu untuk mengubati luka, sembuh lebih cepat berbanding mereka yang merawat luka dengan menggunakan ubat konvensional perak sulfadiazene.

6. Sumber pelembabkan kulit serta bibir
Kita sering mendengar cerita bahawa ratu Mesir, Cleopatra rutin menggunakan madu sebagai rawatan kulitnya. Cerita tersebut benar adanya kerana madu mengandungi nutrisi yang dapat melembapkan dan menghaluskan kulit. Anda boleh mencampur madu dengan sabun atau topeng tubuh yang biasa anda gunakan sebelum mandi. Untuk melembapkan bibir, sapukan madu pada bibir yang kering sebelum tidur.

7. Menguatkan akar rambut
Sama seperti organ tubuh lainnya, rambut memerlukan nutrisi untuk kekal kuat dan sihat. Madu kaya akan nutrisi seperti protein dan vitamin yang boleh menutrisi akar rambut sehingga tidak mudah gugur.

Topeng madu yang dicampur dengan gel lidah buaya boleh diaplikasikan pada rambut untuk mengembalikan kelembutan dan kelembapan, terutamanya jika rambut mudah cabut.


Dengan kandungan nutrisi dan pelbagai khasiat, anda tidak perlu ragu lagi untuk mengambil madu serta menyediakannya di rumah. Semoga beberapa manfaat madu yang telah dijelaskan diatas bermanfaat dan kami harap pelbagai khasiat madu ini boleh anda aplikasikan segera agar kesihatan tubuh anda menjadi lebih baik lagi.

Sunday, 16 July 2017

Khasiat Aiskrim

Asal usul aiskrim jika di kaji tidak akan di temui kerana aiskrim dikatakan wujud bertahun-tahun sebelum Masihi. Tiada tarikh dan pencipta yang khusus yang boleh diberikan kredit kepada sejarah awal kewujudan aiskrim. Pada masa tersebut nama aiskrim itu sendri pun tidak wujud. Namun aiskrim juga mempunyai zat-zat tersendiri.




Bahan utama aiskrim iaitu susu mengandungi lebih daripada 100,000 jenis molekul. Selain air dan lemak, molekul-molekul itu merangkumi protein, karbohidrat, mineral, serta vitamin A, C dan D. Itulah sebabnya produk hasil tenusu termasuk ais krim ini memberi sumbangan yang tinggi kepada kesihatan tubuh.

Khasiat Aiskrim:
1. Membantu Pertumbuhan Tulang Dan Gigi
Sekiranya anak anda membuat karenah tidak mahu makan,anda bolehlah melakukan alternatif ini dengan memberikan anak anda makan ais krim. Ini kerana ais krim mengandungi khasiat yang baik untuk pertumbuhan si kecil iaitu kalsium yang berperanan dalam pertumbuhan tulang dan gigi.

2. Mangandungi Antibodi
Pastinya anda tidak tahu bahawa ais krim dapat bertindak sebagai antibodi kepada sistem pertahanan badan. ais krim mengandungi kandungan susu sebanyak 20-30% yang berperanan sebagai zat pertahanan tubuh terhadap pathogen iaitu agen penyebab penyakit.

3. Lemak Tidak Tepu (non-fat)
Ais krim mempunyai lemak tidak tepu yang tidak mengemukkan jika diambil dalam kuantiti yang sedikit dan tidak berlebihan.

4. Boleh Mengubat Sakit Bengkak Tonsil
Ais krim berperisa Vanilla sememangnya terkenal untuk mengubati tonsil kerana khasiat Vanila ialah menenangkan saraf, mengurangkan berat badan dan menaikkan mood seseorang.

Thursday, 6 July 2017

Minyak Zaitun

Pemakanan sihat adalah kunci kesihatan yang baik. Pengetahuan mengenai lemak atau minyak sihat sangat penting untuk kesihatan kerana bukan semua lemak atau minyak tidak sihat.

Sejak 50 tahun lalu, kajian sains menunjukkan antara minyak yang sihat untuk kesihatan adalah minyak zaitun. Minyak zaitun berasal daripada buah zaitun (olea europaea) yang banyak digunakan dalam pemakanan dan juga kegunaan luar untuk disapu pada kulit.

Antara makanan sunah yang banyak diamalkan ialah minyak zaitun. Sejak 1,400 tahun lalu, Nabi Muhammad SAW menganjurkan penggunaan minyak zaitun kerana khasiatnya yang besar dikeluarkan dari pohon zaitun.



Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 11: “Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.”

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra, Rasulullah SAW bersabda: “Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati.” (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).

Kajian saintifik membuktikan khasiat minyak zaitun dan ia adalah bahan utama dalam makanan Mediterranean yang terbukti secara saintifik sangat menyihatkan.

Antara manfaat minyak zaitun kepada tubuh kita:
1) Memelihara kesihatan jantung
2) Hipertensi dapat dielakkan
3) Mencegah berlaku kanser
4) Mengurangkan kolesterol
5) Menyihatkan usus-usus
6) Dapat mengurangkan sakit sendi
7) Mengurankan daripada risiko kanser rahim
8) Mengelakkan dan membunuh kutu-kutu kepala
9) Mencegah diabetes
10) Mencegah migrain
11) Mengelakkan daripada sembelit
12) Dapat membakar lemak-lemak


Monday, 3 July 2017

Vitamin D

Vitamin D atau vitamin larut lemak yang berfungsi untuk bentukan struktur tulang dan pertumbuhan gigi serta menjaga fungsi organ-organ tubuh badan. Vitamin D membantu menyerapkan kalsium dan fosforus untuk tingkatkan aliran kalsium ke dalam aliran darah dan tulang.

Vitamin D mempunyai peranan penting untuk mempertahankan fungsi beberapa sistem organ serta sistem kekebalan tubuh terhadap penyakit seperti selesema biasa.



Vitamin ini juga membantu mengekalkan fungsi kognitif yakni dengan membantu otak tetap berfungsi dengan baik sehingga hari tua, termasuk melindungi warga tua terhadap penyakit Alzheimer dan Parkinson. Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa individu dengan tahap vitamin D yang cukup mempunyai risiko lebih rendah terkena kanser, berbanding mereka yang mempunyai tahap vitamin D yang rendah. Hormon Active vitamin D dipanggil calcitriol dipercayai mengurangkan pertumbuhan sel-sel kanser dengan meningkatkan kematian sel-sel kanser, memperlahankan pertumbuhan dan perkembangan saluran darah baru dalam tisu kanser, serta pertumbuhan dikurangkan, pertambahan, dan penyebaran sel-sel kanser.

Sumber Vitamin D
Untuk mengelakkan dijangkiti pelbagai penyakit, anda boleh mendapatkan vitamin D dari sumber-sumber berikut:
- Cahaya matahari. Apabila cahaya matahari ke dalam kulit, badan akan membuat vitamin D sahaja. Tetapi, jangan berjemur terlalu lama di bawah matahari, terutama jika dalam keadaan panas terik. Jangan lupa untuk memakai pelindung matahari supaya kulit tidak terbakar.
- Minyak ikan. Vitamin D boleh didapati dalam ikan berminyak (salmon, sardin, ikan kembung), telur, susu, cendawan, hati lembu, minyak ikan kod, tuna, yogurt, dan lain-lain.
- Suplemen. Didapati vitamin D dalam pelbagai suplemen untuk kesihatan badan.
- Telur. Kaya dengan protein dan vitamin D.
- Bijirin. Sesuai untuk jadikan sarapan bagi menyerap lebih kalsium harian.

Tuesday, 6 June 2017

Coklat

Coklat adalah sejenis makanan yang berasal daripada buah koko yang telah dijalankan proses pengeringan. Proses pengeringan ini adalah bagi menghasilkan serbuk koko seterusnya boleh menghasilkan coklat. Coklat mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran. Manakala, coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, konfeksyeneri atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko.


Coklat Terhadap Kesihatan
Penyelidik telah membuat kajian bahawa coklat bermanfaat mengelakkan seseorang terkena penyakit kardiovaskular. Kesan-kesan yang boleh didapatkan seperti berikut:
- Menurunkan tekanan darah. pengambilan coklat boleh menurunkan tekanan darah tinggi.
- Meningkatkan HDL (high-density lipoprotein) yang juga dikenali sebagai kolesterol baik. Coklat juga sekaligus dapat menurunkan LDL (low-density lipoprotein) atau kolesterol jahat.
- Mencegah diabetes dengan memperbaiki rintangan insulin. Untuk pesakit diabetes, manfaat lain yang didapatkan adalah meminimakan komplikasi daripada gula darah yang tinggi.
- Melancarkan pengaliran darah dengan baik.
- Membantu meningkatkan memori.
- Coklat hitam pula dapat mengurangkan sindrom keletihan kronik yang dialami tiap hari.

Kandungan Coklat:
1) Polyphenols
– Antara kandungan utama dalam coklat yang berfungsi mencegah tengik.
– Menjadi penangkis kepada beberapa penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung, menurunkan tekanan darah dan strok. Jangan risau, jika sekadar mengambil dalam kuantiti diperlukan.

2) Theobromine
– Sebaik menjamah coklat, individu akan berasa lebih bertenaga. Mata mengantuk secara automatik akan terbuka dek penangan bahan theobromine.
– Bagi individu yang diserang batuk, disyorkan mengambil coklat kerana dikatakan lebih mujarab daripada ubat batuk. Seperti teh yang digunakan untuk mencuci muka, kini coklat turut dijadikan pupur bagi menyegarkan kulit wajah.

3) Phenylethylamine
- Kandungan phenylethylamine memberikan rangsangan otak yang menghasilkan dopamine. Kesan kehadiran dopamine mencetuskan perasaan ceria dan tenteram hingga membangkitkan mood romantis. Justeru coklat sangat sesuai sebagai hadiah paling romantik.

4) Antioksidan
– Bagi individu yang risau dengan garis penuaan yang mula timbul di wajah, coklat barangkali boleh membantu. Sifat antioksidan mampu mencegah proses penuaan yang disebabkan kesan radiasi. Gaya hidup tidak seimbang dengan pilihan makanan segera yang diambil tanpa had juga menjadi penyumbang mempercepatkan proses berkenaan.

Walau bagaimanapun, coklat juga ada keburukannya:
* Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat (sama ada dari tenusu, atau dari mentega koko), caffein (namun pada dos yang sangat rendah).
* Segelas minuman coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan anda (terutama buat mereka yang sedang menaikkan berat badan).
* Mereka yang mempunyai migraine mungkin mengalami pening kepala jika mengambil coklat, terutama secara berlebihan.
* Coklat, terutamanya dark chocolate, merbahaya kepada binatang peliharaan, kerana mengandungi theobromine yang boleh meracunkan binatang peliharaan.


Tuesday, 30 May 2017

Buah Kurma


Pada asasnya, kurma mengandungi gula yang mudah diserap badan, memberikan tenaga segera dan berpanjangan untuk menjalankan aktiviti harian atau sembahyang tarawih pada malam hari sepanjang Ramadan.
Kandungan serat yang tinggi di dalamnya pula melambatkan rasa lapar ketika berpuasa, dan mempercepatkan rasa kenyang ketika berbuka supaya kita tidak makan secara berlebihan.
Kelebihan ini menjadikannya buah yang amat sesuai dimakan ketika bersahur atau berpuasa.

Kajian saintifik seluruh dunia mendapati kurma bukan sahaja mengandungi jumlah karbohidrat (gula) yang tinggi malahan turut mengandungi pelbagai vitamin penting seperti vitamin A, tiamin, riboflavin, niasin,
zat besi, vitamin B, asam nikotinat (yang baik untuk usus) dan bermacam-macam lagi. Kurma juga didapati mengandungi banyak garam galian lain seperti magnesium, potasium dan kalsium.
Buah ini turut mengandungi kalium yang khusus untuk kebaikan jantung dan pembuluh darah.

Setiap 100 gram kurma kering mengandungi 50 IU vitamin A, 0.09 miligram (mg) tiamin, 0.10 mg riboflavin, 2.20 mg niasin, serta 666 mg kalium.
Kesemua nutrien penting ini berfungsi membantu membebaskan tenaga yang cukup, menjaga kesihatan kulit dan saraf serta membantu fungsi jantung.
Diet yang ditambah buah kurma dikatakan dapat membakar kalori berlebihan badan dengan setiap biji kurma mampu mengurangkan sebanyak 3,470 kalori.

Kurma dan produk berasaskan kurma sering dikaitkan dengan pencegahan, malahan rawatan sesetengah penyakit kronik badan.
Ini berikutan jenis dan jumlah nutrien di dalam setiap buah kurma memainkan peranan di dalam membantu fungsi badan berjalan lancar. Sebagai contoh, serat di dalam kurma bukan sahaja melambatkan rasa lapar dan mempercepatkan rasa kenyang.

Kandungan serat yang tinggi turut membantu melancar dan mengaktifkan fungsi usus, seterusnya membantu proses perkumuhan dan penyingkiran toksin dari badan.

Kurma juga dikaitkan dengan peranan membantu meningkatkan fungsi sistem badan, sekaligus mencegah penyakit melalui:

1. Pengurangan tekanan darah tinggi, seterusnya mengurangkan risiko angin ahmar dan risiko sakit jantung.
2. Kalium di dalam kurma dapat membantu membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot-otot dan mengatur tekanan darah.
3. Kandungan kalium yang tinggi juga mampu merendahkan risiko serangan angin ahmar.
4. Mengelakkan sembelit, radang usus, anemia dan sebagainya.
5. Mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis di samping menyihatkan sel darah merah.
6. Mencegah lemah otot, lesu, barah usus besar dan sengal-sengal badan.

Melihatkan kandungan nutrien dalam setiap biji buah kurma dan khasiatnya untuk kesihatan, diet yang ditambah buah kurma amat disarankan, bukan hanya pada bulan Ramadan, malahan bila-bila masa sahaja.

Kelebihan buah ini juga bukan hanya untuk dinikmati umat Islam tetapi semua bangsa di Malaysia, tidak mengira agama atau usia patut mencubanya.
Beberapa pihak juga dilihat telah mula mengambil langkah mempelbagaikan cara hidangan kurma sama ada dalam masakan atau sebagai jus buah.

Ini diharapkan dapat meningkatkan diet buah kurma di negara ini supaya khasiat dan kelebihannya dapat dinikmati ramai dan bukan hanya dinikmati pada masa tertentu sahaja. Kurma banyak kelebihannya dan bukan hanya untuk Ramadan semata-mata.

Monday, 30 January 2017

Keselamatan Makanan

Dasar Keselamatan Makanan Kebangsaan
Sumber klik sini
Makanan bukan sahaja merupakan satu komoditi pertanian dan perdagangan tetapi yang lebih penting ia boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan awam. Dengan itu kemampuan untuk mengekalkan perkembangan di dalam sektor makanan bergantung kepada keberkesanan program keselamatan makanan yang bertujuan untuk melindungi pengguna daripada ancaman kesihatan dan penipuan, disamping mengalakkan perdagangan makanan.

Memandangkan kemungkinan kesannya kepada ekonomi dan kesihatan awam terutamanya semasa krisis keselamatan makanan, kepentingan keselamatan makanan atau pengurusan risiko (risk management) tidak boleh dipandang ringan.

Kemajuan dan perkembangan di dalam bidang sains dan teknologi telah melipatgandakan pengeluaran pertanian dan makanan. Walaupun ini mendatangkan manfaat, akan tetapi tanpa sebarang pengawalan ia boleh menimbulkan risiko yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

Perubahan dalam citarasa dan kecenderungan pengguna serta peningkatan pendapatan telah memainkan peranan utama untuk mempelbagaikan pilihan dan kebolehdapatan (availability) makanan. Di samping itu, globalisasi perdagangan makanan, peningkatan kebergantungan ekonomi dan pertukaran budaya juga telah beransur-ansur mempengaruhi penerapan pelbagai citarasa dan kecenderungan pengguna. Ini telah mengakibatkan kemasukkan pelbagai jenis makanan secara meluas ke dalam pasaran, menjadikannya satu bebanan kepada kerajaan kerana sumber yang terhad bagi menjamin keselamatan makanan.

Pelaksanaan perjanjian-perjanjian perdagangan antarabangsa dan serantau akan terus meliberalisasikan perdagangan makanan dan ini mengakibatkan kemasukkan makanan ke dalam pasaran secara mendadak. Dengan termeterainya Perjanjian Sanitary and Phytosanitay Measures(SPS) dan Technical Barriers to Trade (TBT) di bawah Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO) negara-negara anggota telah dibebankan dengan kewajipan baru berkaitan keselamatan makanan dalam perdagangan makanan di peringkat antarabangsa bagi melindungi hak-hak negara anggota.

Kesemua tekanan dan cabaran ini telah mendorong kepada keperluan untuk memformulasikan dasar keselamatan makanan kebangsaan yang bersepadu.

Objektif:

Objektif dasar keselamatan makanan kebangsaan ini adalah bertujuan untuk menyediakan halatuju dan memberi penekanan kepada semua pihak yang berkepentingan dalam pembentukkan dan pelaksanaan langkah-langkah keselamatan makanan, berteraskan usahasama untuk melindungi kesihatan pengguna.

Skop:

Keselamatan makanan perlu diwujudkan di sepanjang rantaian makanan dari ladang ke meja hidang (farm to table) sekiranya kesihatan pengguna hendak dilindungi sepenuhnya. Ini memerlukan usahasama dan kerjasama daripada pelbagai agensi dan disiplin termasuk agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, pihak industri makanan, pihak pengguna, komuniti saintifik dan sebagainya.

Keseluruhan rantaian makanan perlu merangkumi peringkat-peringkat berikut :-

Bekalan Input Pertanian

Keselamatan makanan perlu bermula dengan bekalan bagi input pertanian kepada petani-petani dan mereka yang terlibat dalam pengeluaran makanan. Ini memandangkan bahan-bahan seperti racun perosak, dadah veterinar dan makanan ternakan boleh menimbulkan risiko yang berbeza, yang memerlukan perhatian yang khusus.

Pengeluaran Primer

Amalan pertanian dan penggunaan input seperti racun perosak, baja, dadah veterinar dan makanan ternakan boleh membawa kepada paras bahan kimia yang berlebihan dan dengan itu mengakibatkan bekalan makanan seperti daging dan hasilan ayam, itik, ikan dan hasil pertanian yang lain tidak selamat.

Pemprosesan Makanan Primer

Perhatian khusus ke atas pemprosesan makanan primer juga diperlukan bagi mencapai keselamatan makanan. Ini merangkumi kebersihan (hygiene) dan sanitasi dan pengendalian selepas tuai seperti semasa penyembelihan di rumah-rumah sembelihan atau semasa susu dihasilkan di ladang, kerana makanan ini mungkin menjadi agen kepada penyebaran ancaman kesihatan.

Pemprosesan Makanan Sekunder

Begitu juga dengan pemprosesan makanan sekunder yang merangkumi pelbagai jenis makanan yang diproses di kilang.

Pengedaran Makanan

Amalan dan keadaan penyimpanan, pengangkutan dan pengedaran makanan sama ada bekalan makanan tempatan mahupun yang diimport atau dieksport akan mempengaruhi keselamatan makanan.

Peruncitan Makanan

Makanan yang ditawarkan untuk penjualan di saluran peruncitan seperti pasaraya, kedai, pasar dan gerai perlu diberikan penekanan supaya selamat dimakan.

Perkhidmatan Penyajian Makanan

Pengendalian, penyediaan dan penyimpanan makanan di premis-premis makanan seperti restoran, kantin, gerai dan perkhidmatan-perkhidmatan penyajian memerlukan kawalan khas berkaitan kebersihan, keselamatan, makhluk perosak dan pengawalan sanitasi, memandangkan kebanyakan penyakit bawaan makanan berpunca daripada pengendalian dan penyediaan makanan yang tidak sanitari.

Penyediaan Makanan Di Rumah

Pendidikan pengguna dalam aspek pembelian, penyimpanan, pengendalian dan penyediaan makanan di rumah merupakan unsur utama bagi memastikan penyediaan makanan yang selamat. Pengendalian dan penyediaan yang kurang sempurna di rumah boleh menjejaskan usaha-usaha yang telah di ambil oleh sektor lain dalam menjamin keselamatan makanan.

Tuesday, 17 January 2017

Khasiat Ulam Pegaga

Sumber Klik Sini
 
KETERANGAN: PEGAGA atau nama saintifiknya Centella asiatica adalah tumbuhan ubatan yang mudah dikenali, di temui dan tumbuh liar di kawasan luar bandar. Ia merupakan tumbuhan herba yang menjalar, tumbuh di tempat lembap dan redup.  Terdapat pelbagai jenis pegaga yang boleh didapati Antara jenis-jenisnya ialah :- 1. Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil, 2.
Khasiat Ulam Pegaga
Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.
Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Ulam Pegaga yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti awet muda, Centella asiatica, Kecutkan Peranakan, melancarkan peredaran darah, melancarkan suara, menambahkan kekuatan fizikal, Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka, Mengurangkan Berat Badan, meningkatkan kecergasan minda, menyembuhkan demam, merawat penyakit nyayuk, merawat pitam, Pegaga, rawatan lepas bersalin, Serikan Wajah.
Info tentang Khasiat Ulam Pegaga ini kami masukkan dalam kategori : Ulam
KETERANGAN:
PEGAGA atau nama saintifiknya Centella asiatica adalah tumbuhan ubatan yang mudah dikenali, di temui dan tumbuh liar di kawasan luar bandar.
Ia merupakan tumbuhan herba yang menjalar, tumbuh di tempat lembap dan redup.  Terdapat pelbagai jenis pegaga yang boleh didapati
Antara jenis-jenisnya ialah :-
1. Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil,
2. Pokok Pegaga Daun Lebar,
3. Pokok Pegaga Kelantan,
4. Pokok Pegaga Renek
5. Pokok Pegaga Salad
6. Pokok Pegaga Gajah
7. Pokok Pegaga Brunei
Dahulu pegaga hanya dimakan oleh penduduk kampung justeru kegunaannya juga amat terhad. Nama lainnya ialah tapak kuda(indonesia),indian pennywort, gotu kola.ia dikatakan berasal dari india tetapi begitu mudah didapati tumbuh liar dinegara-negara ASEAN.Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak.Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk india setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur.
Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu. Selain dimasak untuk dijadikan gulai, sayur,  ulam bersama sambal dan dimakan bersama nasi yang panas, untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi. juga digunakan sebagai perubatan. Di Sri Lanka pula pegaga dijadikan bubur dan diberikan pada kanak-kanak pra sekolah untuk menghalang kekurangan nutrien.
Kini masyarakat semakin sedar tentang khasiat pegaga dan tumbuhan berkenaan makin mendapat sambutan hangat di kalangan pengguna.
Semua jenis pegaga mempunyai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamain A dan C
Pegaga mengandungi bahan aktif seperti triterpenoid glikosida (terutama asiatikosida, asid asiatik, asid madecassik, madikassosida), flavenoids (kaemferol dan quercetin), volatile oils (vallerin, camphor, cineole dan sterols tumbuhan seperti campesterol, stigmasterol, sitosterol), pektin, asid amino, alkaloid hydrocotyline, myositol, asid bramik, asid centellik, asid isobrahmik dan asid betulik. Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia di makan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India, digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.
KHASIAT
Pegaga diketahui berkhasiat bagi menyegarkan badan.
Dalam perubatan tradisional, pegaga dapat mengubati luka atau ulser kulit, penyakit kusta, juga dipercayai berupaya melambatkan kulit kedut,  menyembuhkan demam, melancarkan peredaran darah,  merawat pitam, mengurangkan berat badan, awt muda, rawatan lepas bersalin, meningkatkan kecergasan minda, menambahkan kekuatan fizikal, melancarkan suara, merawat penyakit nyayuk, mengawal keguguran rambut ,melicin dan menyihatkan kulit dan sebagainya.  Selain itu digunakan juga untuk menyembuh beberapa penyakit antaranya ialah kencing manis, kecutkan peranakan, mengubat gatal pada vagina, menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dan ubat darah tinggi. Daun pegaga juga boleh merawat kecantikan anda.
(a)   Serikan Wajah Anda.
Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu, tapiskan dan sejukkan. setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam, amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda alan lebih berseri.
(b) Kecutkan Peranakan
Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.
(c) Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka
Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat  mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka.

Khasiat Buah Oren

Ketahui Khasiat Buah Oren Atau Sitrus, Banyak sebenarnya khasiat buah oren nih, sebut saja limau atau oren mesti orang kaitkan dengan vitamin C. Tapi apa pula khasiat vitamin C untuk kesihatan tubuh kita. Artikel kesihatan di bawah bakal menjawab persoalan kita semua. Jom baca tambah ilmu.
Tak boleh nafi khasiat sitrus
TIADA siapa dapat menafikan hakikat bahawa buah sitrus yang rasanya masam mempunyai banyak khasiat dan kebaikan. Buah sitrus ialah jenis limau sama ada oren, lemon, limau nipis, limau bali, limau kasturi, limau purut mahupun limau mandarin.
Ia boleh dimakan segar, diperah untuk dijadikan minuman, bahan dalam masakan atau diparut sebagai perisa kek, kuih-muih atau bahan perapan. Umumnya, semua maklum buah ini kaya dengan vitamin C yang baik untuk kulit.
Vitamin C bertanggungjawab membentuk kolagen yang baik untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang serta membantu proses penyembuhan luka.
Buahan sitrus juga :
baik untuk kesihatan jantung,
penglihatan serta mengurangkan risiko penyakit kanser.
Ia juga memiliki kelebihan sebagai antioksidan,
membantu mengawal tekanan darah,
mengurangkan risiko penyakit strok di kalangan wanita serta
membantu perkembangan otak janin.
Oren mengandungi karbohidrat dalam bentuk fruktosa, glukosa dan sukrosa. Serat di dalam karbohidrat melambatkan proses pengosongan perut, pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.
Bagaimanapun, jika dimakan berlebihan, ia mendatangkan keburukan. Kanak-kanak misalnya gemar menghisap atau mengemam buahan sitrus di dalam mulut dalam tempoh lama.
Tabiat itu boleh menyebabkan mineral penting pada gigi terjejas, di samping menghakis permukaan luar gigi disebabkan kandungan asid tinggi dalam buahan sitrus. Akibatnya, gigi menjadi sensitif atau mudah ngilu ketika makan makanan atau minuman sejuk.
Pencuci mulut, kek atau puding daripada buahan sitrus sememangnya membuka selera kerana mempunyai gabungan rasa manis dan manis. Apapun, pengambilan berlebihan selain tanpa penjagaan gigi yang baik boleh menyebabkan kerosakan gigi, terutama di kalangan kanak-kanak. Ini kerana, sisa manisan yang terkumpul di dalam mulut menyebabkan karies gigi.
Penjagaan gigi dan gusi yang baik dapat mencegah daripada kerosakan gigi. Amalan itu perlu diterapkan sejak kecil dengan meminta anak berkumur selepas makan manakala gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu selepas bangun pagi dan sebelum tidur.

Popular Posts