Navigasi


Selamat Datang ke Blogpost Pegaga Nenek   *Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.   *Setiap hari kita belajar sesuatu baru.   *Betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.   *Terus berusaha, jangan putus asa.   *Hari ini kita atas tanah, esok mungkin tanah atas kita.   *Nikmati bila Anda mampu, dan bertahan ketika Anda harus.   *Hormat dan taat kepada ibu dan bapa.   *Yang paling jujur adalah cermin, yang paling tipu adalah gambar.   *Anak adalah anugerah daripada Allah.   *Selalu ucap "Alhamdulillah".   *Setiap pilihan tiada salah mahupun betul, terpulang pada kita sendiri.   *hari ini akan lebih indah daripada kemarin jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman.   *Cakaplah yang benar walaupun ianya pedih.   *Mulakan harimu dengan memuji Allah.   *Kalau dunia ini pahit, Allah ialah gulanya.   *Kejarlah Ilmu dan Lakukanlah amal. Keduanya akan menuntun jalan ke Syurga.   *Berbaik hati kepada bayang kehidupanmu.   *Belajar sabar meski gelisah, belajar setia meski tergoda, belajar mengasih meski terluka.
Yellow Background Green Background Blue Background Red Background Red Background Red Background

Thursday 8 November 2018

Madu Kelulut

Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Manusia

Madu kelulut kaya dengan khasiat yang sangat baik untuk manusia. Tidak hairan lah di dalam Al-Quran sendiri menyatakan madu lebah adalah penawar kepada penyakit. Masalah utama sekarang ialah nak dapatkan madu kelulut yang benar-benar asli.

Jawapannya ialah dapatkannya terus daripada penternak. Setiap sarang kelulut mampu menghasilkan purata 200-300g madu sebulan bagi setiap sarang. Bukan senang untuk mendapatkan madu kelulut dalam kuantiti yang besar apatah lagi untuk eksport atau dijual secara komersil dengan siap agen pasaran.

Setiap kantung madu dihasilkan daripada lebih kurang 4000 kuntum bunga yang dikumpul oleh kelulut. Malah madu yang dihasilkan daripada sesetengah bunga seperti kelapa dan pokok herba dapat memberikan nilai perubatan yang tinggi.

Sebab itulah harga madu kelulut bernilai tinggi dan mahal harganya.

Tempat ternakan ditanam dengan pokok misai kucing dan hempedu bumi sebagai sumber nektar kepada kelulut. Madu yang dihasilkan daripada pokok kelapa juga dikatakan baik untuk tenaga batin dan kesihatan lelaki. Tempat yang ada puluhan pokok kelapa menjadi tempat kelulut mengumpul nektar untuk dijadikan madu.

Khasiat Madu Kelulut Asli – kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menunjukkan madu kelulut asli mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.

Menurut Prof. Madya Dr. Md. Azman Seeni Mohamed, pengambilan madu kelulut asli setiap hari menjadikan seseorang tidak mudah letih serta kandungan antioksidan dalam madu kelulut asli lebih tinggi berbanding madu lebah biasa. Ini dikatakan lebih baik untuk membantu mencegah sesuatu penyakit.

Tambahnya, komposisi komponen flavonoid dan finolik juga tinggi berbanding dalam madu kelulut asli tersebut selain berupaya membantu penghidap gastrik untuk berpuasa.

“Pengambilan madu kelulut asli terutama pada bulan Ramadan membantu seseorang kekal bertenaga serta mampu melaksanakan ibadah itu tanpa rasa letih sepanjang hari.

“Selain itu, pelbagai khasiat madu kelulut asli yang lain dalam aspek kesihatan termasuk membantu mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit menjadikannya pilihan ketika berbuka puasa atau bersahur,” katanya.

Madu kelulut asli juga berpotensi sebagai bahan yang membantu dalam rawatan kanser. Jelasnya, kandungan dalam madu kelulut asli seperti asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu membantu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut asli juga dikatakan mampu membantu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.

Bahan tersebut yang terdapat dalam madu kelulut asli berkesan membantu menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.

“Madu kelulut asli berupaya membantu mengurangkan sel yang membentuk sel kanser serta membantu menghapuskannya

“Kajian mengenai keberkesanannya telah dilakukan di Indonesia dan India yang membuktikan pengambilan madu kelulut asli berupaya membanteras pembentukan sel kanser,” ujarnya.

Beliau sendiri turut menjalankan kajian mengenai khasiat madu kelulut asli untuk kanser sejak empat bulan lalu dengan memberi fokus kepada kanser prostat.

Ramai yang sudah jatuh cinta dengan madu kelulut. Semakin ramai yang menjadikan madu kelulut sebagai amalan harian untuk tenaga berterusan. Malah ada yang menternak sendiri setelah merasai kehebatan madu kelulut untuk kesihatan mereka.

Antara kebaikan Madu Kelulut Asli:

1. Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
2. Mencegah serangan strok
3. Melancarkan perjalanan darah
4. Meningkatkan pengeluaran hormon
5. Membaiki Sel tubuh yang rosak
6. Mengelakkan badan berasa letih
7. Digunakan dalam rawatan pesakit Diabetes di USM
8. Meningkatkan kecerdasan
9. Membantu penyembuhan luka
10. Mencegah kanser
11. Mengurangkan masalah resdung
12. Merawat batuk ,selsema dan sakit kerongkong
13. Mengurangkan lelah/asma
14. Melancarkan pernafasan
15. Menstabilkan kandungan gula dalam darah
16. Menurunkan tekanan darah tinggi
17. Mencegah pembentukan batu karang
18. Memberi dan meningkatkan tenaga
19. Memperkuat fungsi otak dan jantung
20. Tenaga segera kepada ahli sukan

dan banyak lagi…

Begitulah betapa hebatnya serangga yang dinyatakan di dalam Al-Quran ini. Sebagai orang yang beragama islam yakinilah tentang minuman daripada perut lebah yang menjadi penawar kepada penyakit manusia kecuali mati.

Paling penting pastikan anda mendapatkan madu kelulut yang asli.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts