Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae yang tersebar melalui titisan cecair pernafasan. Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.
Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian. Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50 peratus.
Pembawa kuman ini adalah manusia sendiri dan berjangkit serta disebarkan melalui kulit, saluran pernafasan dan sentuhan dengan pesakit difteria. Difteria amat sensitif kepada faktor-faktor alam sekitar seperti kekeringan, kepanasan dan sinaran matahari. Kadar kematian akibat difteria paling tinggi di kalangan bayi serta orang tua dan kematian biasanya berlaku dalam masa tiga hingga empat hari. Kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun dan orang tua usia diatas 60 tahun sangat berisiko mendapat penyakit difteria.
Begitu juga mereka yang tinggal di lingkungan padat penduduk atau kawasan persekitaran yang kurang bersih dan mereka yang kekurangan nutrien dan tidak diimunisasi vaksin lima serangkai DTaP-IPV/Hib bagi menghindari Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenzae Type B. Rawatan bagi penyakit ini termasuk anti-toksin difteria yang melemahkan toksik dan antibiotik Erythromycin dan penisilin membantu menghapuskan bakteria dan menghentikan pengeluaran toksin. Umumnya Difteria boleh dicegah melalui vaksinasi. Bayi, kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang tidak mempunyai cukup pelalian memerlukan suntikan booster setiap 10 tahun.
Radang tekak atau pharyngitis, adalah suatu penyakit radang yang menyerang batang tekak.
Penyakit yang kerap disebut radang tenggorok itu ditandai dengan adanya penebalan/pembengkakan dinding tekak, berwarna kemerahan, ada bintik-bintik putih, disertai rasa sakit menelan.
Tanda-tanda dan Gejala Penyakit Difteria:
- Ada membran tebal warna kelabu yang melapisi tekak dan tonsil (ciri khas)
- Sakit tekak dan suara serak
- Sakit ketika menelan
- Kelenjar di leher membengkak
- Kesukaran bernafas dan nafas cepat
- Keluar cairan dari hidung
- Demam dan menggigil
- Tidak rasa selesa
- Kanak-kanak sukar mahu bercakap
- Sering batuk
- Sakit kepala serta keluar air mata
Langkah-langkah Pencegahan Difteria:
- Ambil segera antibiotik/paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
- Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
- Banyakkan minum air, jangan minum produk tenusu
- Elakkan makanan yang masam, keras, rangup, berempah, pedas dan panas
- Rehat secukupnya
- Elak dari menghirup udara yang kotor
- Elak dari terkena bakteria
- Amalkan minum madu atau air asam jawa
- Jangan minum minuman berkafien
- Jauhi minuman yang beralkohol
Jika penyakit ini berlanjut, segera jumpa doktor pakar untuk membuat pemeriksaan lanjut kerana doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang akan di ambil. Buang segera tonsil kelenjar supaya tidak merebak kerana tonsil kelenjar yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda.
Wednesday, 31 May 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
BAHAYA ! PENYAKIT TIBI APABILA salah seorang teman sepejabat disahkan menghidap tibi, ramai risau apatah lagi mereka yang duduk berha...
-
Katakan Tidak Kepada Polisterin Sumber klik disini Oktober merupakan bulan yang sangat istimewa terutamanya bagi para pencinta ala...
-
Ketahui Khasiat Buah Oren Atau Sitrus, Banyak sebenarnya khasiat buah oren nih, sebut saja limau atau oren mesti orang kaitkan dengan v...
No comments:
Post a Comment