Kemurungan adalah salah satu gangguan kesihatan mental yang berlaku sekurang-kurangnya selama dua minggu atau lebih yang mempengaruhi pola pikir, perasaan, suasana hati (mood) dan cara menghadapi aktiviti sehari-hari. Ketika mengalami kemurungan kita akan merasa sedih berpanjangan, putus harapan, tidak punya motivasi untuk bekerja, kehilangan minat pada hal-hal yang dulunya menghibur, dan menyalahkan diri sendiri.
Ketika mengalami kemurungan, suasana hati yang sedih boleh berlangsung hingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Banyak orang yang menganggap kemurungan adalah sesuatu yang remeh dan boleh hilang dengan sendirinya, padahal sebenarnya, kemurungan adalah bentuk suatu penyakit yang lebih dari sekadar perubahan emosi sementara. Kemurungan bukanlah keadaan yang boleh diubah dengan cepat atau secara langsung.
Akibat kemurungan, kegiatan sehari-hari seperti bersekolah atau bekerja menjadi tidak menyenangkan. Bahkan, untuk mengekalkan hubungan dengan orang lain dan keluarga sendiri terasa begitu berat. Kemurungan boleh membuat anda merasa hidup ini tidak ada gunanya, bahkan boleh mencetuskan pesakit untuk melakukan bunuh diri.
Kemurungan boleh dibezakan menjadi beberapa jenis, seperti gangguan kemurungan berterusan, kemurungan perinatal, gangguan bipolar, kemurungan mayor, gangguan afektif bermusim, kemurungan psikotik. Penjelasan lebih lanjut boleh anda lihat di laman gejala kemurungan.
Gejala yang Muncul pada Pesakit Kemurungan
Gejala dan juga pengaruh kemurungan berbeza-beza pada pelbagai orang. Berikut ini adalah beberapa gejala psikologi yang muncul akibat kemurungan:
- Kehilangan selera untuk menikmati hobi.
- Merasa bersedih secara berpanjangan.
- Mudah merasa cemas.
- Merasa hidup tidak ada harapan.
- Mudah menangis.
- Merasa sangat bersalah, tidak berharga, dan tidak berdaya.
- Tidak percaya diri.
- Menjadi sangat sensitif atau mudah marah terhadap orang di sekitar.
- Tidak ada motivasi untuk melakukan apa pun.
- Berfikir atau cuba membunuh diri.
Gejala fizikal akibat kemurungan:
- Badan selalu merasa lelah.
- Gangguan pada corak tidur.
- Merasakan berbagai rasa sakit.
- Tidak berselera untuk melakukan hubungan seksual.
- Bergerak atau bercakap lebih lambat.
- Merasa tidak boleh berehat atau kesulitan untuk duduk diam.
- Berat badan berubah.
- Sakit kepala.
- Mengalami kekejangan.
- Gangguan pencernaan tanpa sebab fizikal yang jelas.
Tanpa pengendalian dan rawatan yang tepat, kemurungan boleh mengganggu hubungan dengan orang di sekitar anda. Untuk kemurungan yang berat atau teruk, kemurungan boleh mengakibatkan kehilangan hasrat untuk hidup dan keinginan untuk membunuh diri.
Ketika merasakan beberapa gejala kemurungan yang dialami hampir seharian dan berlangsung setiap hari selama dua minggu, segera temui doktor agar proses pemulihan boleh bermula dan dilakukan sepenuhnya.
Punca dan Faktor Risiko Kemurungan
Tidak ada satu pun penyebab kemurungan secara khusus. Kemurungan terpicu oleh gabungan beberapa faktor iaitu genetik, biologi, persekitaran dan faktor psikologi. Jika di dalam riwayat kesihatan keluarga anda seperti orang yang mengalami kemurungan, maka terdapat kecenderungan bagi anda untuk mengalaminya juga.
Beberapa faktor yang boleh mencetuskan terjadinya kemurungan antara lain:
- Kejadian tragis atau ketara seperti kehilangan seseorang atau pun pekerjaan.
- Kehamilan dan / atau melahirkan.
- Masalah kewangan.
- Terpencil secara sosial.
- Trauma masa kecil.
- Pergantungan terhadap dadah dan / atau alkohol.
Selain itu, beberapa keadaan perubatan yang berlangsung lama dan mengancam kehidupan juga boleh mencetuskan kemurungan, seperti penyakit jantung koronari, atau kanser. Kelenjar tiroid yang kurang aktif, atau kecederaan kepala minor yang merosakkan kelenjar kecil basal otak (pituitary gland) boleh menimbulkan beberapa gejala seperti sangat keletihan dan kehilangan libido, keadaan ini yang kemudian dapat menimbulkan kemurungan.
Wednesday, 31 May 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
BAHAYA ! PENYAKIT TIBI APABILA salah seorang teman sepejabat disahkan menghidap tibi, ramai risau apatah lagi mereka yang duduk berha...
-
Katakan Tidak Kepada Polisterin Sumber klik disini Oktober merupakan bulan yang sangat istimewa terutamanya bagi para pencinta ala...
-
Ketahui Khasiat Buah Oren Atau Sitrus, Banyak sebenarnya khasiat buah oren nih, sebut saja limau atau oren mesti orang kaitkan dengan v...
No comments:
Post a Comment