Isra Mi’raj adalah dua bahagian dari perjalanan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad dalam waktu satu malam saja. Kejadian ini merupakan salah satu peristiwa penting bagi umat Islam,Kerana pada peristiwa ini, Nabi Muhammad SAW mendapat perintah untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam.
Peristiwa Isra Mi’raj terbahagi dalam 2 peristiwa yang berbeza. Dalam Isra, Nabi Muhammad SAW diberangkatkan oleh Allah SWT dari Masjidi Haram hingga Masjidil Aqsa. Lalu dalam Mi’raj Nabi Muhammad SAW dinaikkan ke langit sampai ke Sidratul Muntaha yang merupakan tempat tertinggi. Beliau mendapat perintah dari Allah SWT untuk menunaikan solat lima waktu.
Pada tahun 621 Masehi, tepatnya pada tanggal 27 Rajab (3 tahun sebelum hijrah). Nabi Muhammad SAW waktu itu sudah berumur 51 tahun dan peristiwa Isra 'Mi'raj terjadi ketika tengah malam hingga subuh waktu Mekah. Peristiwa ini terjadi kerana Nabi Muhammad SAW yang sedang dalam keadaan duka. Beliau telah ditinggal mati oleh dua orang yang dia cintai iaitu Khadijah (isteri) serta Abu Talib (bapa saudaranya). Pada masa itu beliau mengalami duka yang sangat dalam. Allah SWT mengajak Nabi Muhammad SAW ke suatu perjalanan hingga sampai ke langit untuk bertemu dengan-Nya.
Awal Peristiwa Isra 'Mi'raj Nabi Muhammad SAW
Sejarah Peristiwa Isra 'Mi'raj Nabi Muhammad SAW bermula pada tanggal 27 Rajab. Pada masa itu Allah SWT mengutus Malaikat Jibril A.S. untuk pergi ke syurga dan mengambil buraq. Setelah itu Malaikat Jibril A.S. diutus untuk pergi ke tempat Nabi Muhammad SAW. Pada masa itu hari sudah malam dan pada waktu Malaikat Jibril A.S. datang ke hadapan Nabi Muhammad SAW, beliau tengah tertidur. Nabi Muhammad tiba-tiba terbangun dari tidurnya kerana mendengar suara dan saat beliau terbangun di hadapannya sudah berdiri tiga orang laki-laki yang rupanya adalah Malaikat Jibril dan Malaikat Mika'il, serta seorang malaikat lain.
Setelah itu, Malaikat Jibril dengan Malaikat Mika'il dan seorang malaikat lainnya membawa beliau ke telaga Zamzam. Di sana Malaikat Jibril hendak bermaksud membersihkan hati Rasulullah dengan membasuhnya menggunakan air dari telaga Zamzam. Setelah dibasuh bersih, Malaikat Jibril membawa besen emas dan menuangkan isinya ke dada Nabi Muhammad SAW. Besen emas itu mengandungi keimanan dan juga hikmah. Nabi Muhammad SAW yang telah dibasuh hatinya dipenuhi dengan keislaman, kesabaran, ilmu, dan juga keyakinan. Bahkan di antara ke dua belikat Rasullulah telah disetempel dengan setempel kenabian.
Peristiwa Isra 'Mi'raj Nabi Muhammad SAW (Masjidi al Haram menuju Masjidil Aqsa)
Dibawalah seekor buraq ke hadapan Nabi Muhammad untuk ditunggang. Pada masa itu Nabi Muhammad SAW dibawa ke beberapa tempat oleh Malaikat Jibril dan di setiap tempat tersebut Rasullulah diharuskan untuk melakukan solat sunat 2 rakaat dan berdoa kepada Allah SWT. Selama melakukan perjalanan dengan Malaikat Jibril, Nabi Muhammad SAW diperlihatkan pelbagai macam peristiwa dan pemandangan simbolik penuh erti. Setiap kali Rasullulah melihat suatu peristiwa simbolik maka Malaikat Jibril akan menerangkan arti-arti dari peristiwa-peristiwa tersebut beserta berbagai maknanya. Nabi Muhammad SAW oleh Malaikat Jibril akhirnya di bawa ke Baitul Maqdis untuk memimpin solat berjemaah di sana beserta seluruh arwah para Nabi dan Malaikat-malaikat yang lain.
Peristiwa Isra 'Mi'raj terjadi ketika Nabi Muhammad SAW diajak oleh Malaikat Jibril menaiki sebuah tangga yang sangat indah menuju syurga. Selama perjalanan Nabi Muhammad SAW naik ke langit dunia dengan pemandangan-pemandangan yang belum pernah beliau lihat sebelumnya. Malaikat Jibril membawa Rasullulah sampai ke langit ke-7 dan sampailah Nabi Muhammad SAW untuk bertemu dengan Allah SWT, namun beliau harus meneruskan perjalanan sendiri tanpa ditemani oleh malaikat Jibril dan akhirnya beliau dapat bertemu dengan Allah SWT. Dari peristiwa-peristiwa yang dialami beliau maka Nabi Muhammad menceritakan semua peristiwa Isra 'Mi'raj yang telah dia alami kepada semua orang.
Pelbagai Macam tempat Bersejarah Peristiwa Isra 'Mi'raj Nabi Muhammad SAW Berikut beberapa tempat-tempat Bersejarah Peristiwa Isra 'Mi'raj yang penuh arti dan makna:
1. Masjid al Haram: Di dalam Masjid al Haram ini terdapat ka'bah dan juga makam Ibrahim. Masjidil ini terletak di bandar Mekah. Sebelum ini, Masjid al Haram ini hanya berupa tanah lapang dengan bangunan ka'bah tepat berada di tengah, dan di sekitarnya terdapat rumah-rumah penduduk. Kemudian umat dan penguasa muslim membina bangunan atau bangunan yang mengelilingi ka'bah tersebut.
2. Thaibah atau Madinah: Thaibah atau Tai'bah sendiri artinya adalah "Negeri Sumber Segala Pengetahuan" dan Negeri inilah kota Madinah. Di kota Madinah inilah terdapat makan Nabi Muhammad SAW. Pada jaman dahulu dan sampai sekarang tempat ini telah menjadi tempat hijrah umat Islam seluruh dunia.
3. Thursina: Thursina atau juga dikenali dengan Gunung Sinai merupakan gunung yang ada di Mesir. Di sini adalah tempat Nabi Musa bercakap-cakap dengan Allah SWT.
4. Baitul Laham: Baitul Laham atau juga dikenali dengan nama Betlehem adalah tempat kelahiran Nabi Isa Al Masih
5. Masjid al-Aqsa: Masjid al-Aqsa terletak di Baitul Maqdis atau dikenali juga dengan nama Jerusalem. Di sini terdapat Masjid Kubatus As-Sakhrah dan Masjid Aqsa.
Thursday, 11 May 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
BAHAYA ! PENYAKIT TIBI APABILA salah seorang teman sepejabat disahkan menghidap tibi, ramai risau apatah lagi mereka yang duduk berha...
-
Katakan Tidak Kepada Polisterin Sumber klik disini Oktober merupakan bulan yang sangat istimewa terutamanya bagi para pencinta ala...
-
Ketahui Khasiat Buah Oren Atau Sitrus, Banyak sebenarnya khasiat buah oren nih, sebut saja limau atau oren mesti orang kaitkan dengan v...
No comments:
Post a Comment