Navigasi


Selamat Datang ke Blogpost Pegaga Nenek   *Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.   *Setiap hari kita belajar sesuatu baru.   *Betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.   *Terus berusaha, jangan putus asa.   *Hari ini kita atas tanah, esok mungkin tanah atas kita.   *Nikmati bila Anda mampu, dan bertahan ketika Anda harus.   *Hormat dan taat kepada ibu dan bapa.   *Yang paling jujur adalah cermin, yang paling tipu adalah gambar.   *Anak adalah anugerah daripada Allah.   *Selalu ucap "Alhamdulillah".   *Setiap pilihan tiada salah mahupun betul, terpulang pada kita sendiri.   *hari ini akan lebih indah daripada kemarin jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman.   *Cakaplah yang benar walaupun ianya pedih.   *Mulakan harimu dengan memuji Allah.   *Kalau dunia ini pahit, Allah ialah gulanya.   *Kejarlah Ilmu dan Lakukanlah amal. Keduanya akan menuntun jalan ke Syurga.   *Berbaik hati kepada bayang kehidupanmu.   *Belajar sabar meski gelisah, belajar setia meski tergoda, belajar mengasih meski terluka.
Yellow Background Green Background Blue Background Red Background Red Background Red Background

Thursday, 1 June 2017

Zakat Fitrah

Zakat fitrah adalah zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Dari Ibnu Umar r.a. katanya, “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan kepada semua orang Islam, lelaki dan wanita, orang yang merdeka mahupun hamba, 1 (satu) Sha’ kurma atau gandum.” (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Syarat-syarat bagi Wajib Zakat Fitrah:
- Mempunyai lebihan makanan atau harta dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Jenis Dan Kadar Bayaran Zakat Fitrah
1. Jenis zakat yang dikeluarkan ialah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras.
2. Kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram).
3. Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.

Lafaz Akad Zakat Fitrah
1) Lafaz untuk diri sendiri:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
2) Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
3) Lafaz bagi pihak:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

5 waktu dan masa mengeluarkan zakat fitrah
1 - Wajib. Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2 - Afdhal. Sebelum sembahyang Hari Raya.
3 - Sunat. Sepanjang bulan Ramadhan.
4 - Makruh. Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
5 - Haram. Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Untuk mengelakkan suasana yang sibuk dan kesukaran bagi amil-amil dan juga kelalaian bagi pembayar itu sendiri sehingga melepasi waktu afdhal, maka dinasihatkan supaya zakat fitrah dikeluarkan lebih awal, iaitu mulai hari pertama bulan Ramadhan.
Maksud sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, “Maka sesiapa yang mengeluarkan (fitrah) sebelum sembahyang Hari Raya, maka itulah zakat yang diterima, dan sesiapa yang mengeluarkannya sesudah sembahyang Hari raya maka itu hanyalah merupakan sedekah sahaja.“

No comments:

Post a Comment

Popular Posts