Navigasi


Selamat Datang ke Blogpost Pegaga Nenek   *Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.   *Setiap hari kita belajar sesuatu baru.   *Betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.   *Terus berusaha, jangan putus asa.   *Hari ini kita atas tanah, esok mungkin tanah atas kita.   *Nikmati bila Anda mampu, dan bertahan ketika Anda harus.   *Hormat dan taat kepada ibu dan bapa.   *Yang paling jujur adalah cermin, yang paling tipu adalah gambar.   *Anak adalah anugerah daripada Allah.   *Selalu ucap "Alhamdulillah".   *Setiap pilihan tiada salah mahupun betul, terpulang pada kita sendiri.   *hari ini akan lebih indah daripada kemarin jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman.   *Cakaplah yang benar walaupun ianya pedih.   *Mulakan harimu dengan memuji Allah.   *Kalau dunia ini pahit, Allah ialah gulanya.   *Kejarlah Ilmu dan Lakukanlah amal. Keduanya akan menuntun jalan ke Syurga.   *Berbaik hati kepada bayang kehidupanmu.   *Belajar sabar meski gelisah, belajar setia meski tergoda, belajar mengasih meski terluka.
Yellow Background Green Background Blue Background Red Background Red Background Red Background

Monday, 12 June 2017

Nuzul Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa Allah menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada Nabi Muhammad dan berterusan secara berperingkat selama 23 tahun hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad berusia 41 tahun iaitu pada malam Jumaat 17 Ramadhan, bersamaan dengan tarikh 6 Ogos 610 Masihi, sewaktu Baginda sedang beribadat di dalam Gua Hira.




Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Ayat Al-Quran yang mula-mula sekali diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, – (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, – (4) Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5).” 
[Surah Al-Alaq (96): Ayat 1-5].

Apabila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad, maka memang benar bahawa ianya memberi makna yang terlalu istimewa kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran.

Setiap Muslim sewajarnya sentiasa beramal dengan Al-Quran dan memperingati tarikh penurunannya. Pelbagai program tidak putus-putus diadakan sempena menyambut tarikh penurunan Al-Quran ini. Alhamdulillah, semakin ramai kaum Muslim yang sudah pun mengimarah dan mulakannya sejak dari awal Ramadhan lagi. Pada bulan inilah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menghabiskan bacaan 30 juzuk Al-Quran sebagai satu kelaziman di masjid-masjid dan kediaman masing-masing.

Al-Quran Sebagai Penunjuk Ummah
Al-Quran merupakan sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad untuk disampaikan kepada umat manusia. Al-Quran adalah ‘petunjuk’ (huda) dan ‘pembeza’ (furqan).

Imam al-Tabari menjelaskan, bahawa penurunan ini ialah penurunan al-Quran secara sempurna dari Loh Mahfuz ke langit dunia. Ia menjadi petunjuk kepada sekalian manusia sebagai satu penjelasan bahawa al-Quran sebagai sumber hidayah. Dengan demikian al-Quranlah yang seharusnya memandu dan memimpin kehidupan umat manusia.

“Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta membezakan di antara yang haq dan batil (antara yang benar dengan yang salah).”
[Surah Al-Baqarah (2): Ayat 185].

Seperti penjelasan Imam al-Qurthubi, ayat ini menjelaskan bahawa Allah menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk dan penjelasan bagi umat manusia; menjelaskan kepada mereka yang halal dan haram, berbagai peringatan dan hukum-hakam, serta membezakan di antara yang haq dan yang batil.

Al-Quran adalah ‘huda’ (petunjuk), maknanya Al-Quranlah yang seharusnya memandu dan memimpin kehidupan umat manusia. Al-Quran telah menjelaskan perbuatan  apa yang wajib dilakukan, mana  yang sebaiknya dilakukan, mana yang boleh dilakukan, mana yang sebaiknya ditinggalkan dan mana yang wajib ditinggalkan.

Al-Quran juga menjelaskan apa yang boleh diambil dan apa yang tidak. Al-Quran adalah ‘furqan’ (pembeza), maksudnya Al-Quran menjadi piawai yang menentukan mana yang haq dan mana yang batil. Oleh kerana itu, ‘al-haq’ (kebenaran) adalah apa saja yang dinyatakan benar oleh Al-Quran dan ‘al-bathil’ (kepalsuan) adalah apa saja yang dinyatakan sesuatu yang tidak benar oleh Al-Quran.
Apa yang dituntut dari kita hanyalah menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk yang memandu dan memimpin kehidupan kita, sebagai sumber hukum yang wajib kita ambil dan kita terapkan; juga sebagai sumber penyelesaian bagi seluruh masalah kehidupan kita.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts