Navigasi


Selamat Datang ke Blogpost Pegaga Nenek   *Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.   *Setiap hari kita belajar sesuatu baru.   *Betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.   *Terus berusaha, jangan putus asa.   *Hari ini kita atas tanah, esok mungkin tanah atas kita.   *Nikmati bila Anda mampu, dan bertahan ketika Anda harus.   *Hormat dan taat kepada ibu dan bapa.   *Yang paling jujur adalah cermin, yang paling tipu adalah gambar.   *Anak adalah anugerah daripada Allah.   *Selalu ucap "Alhamdulillah".   *Setiap pilihan tiada salah mahupun betul, terpulang pada kita sendiri.   *hari ini akan lebih indah daripada kemarin jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman.   *Cakaplah yang benar walaupun ianya pedih.   *Mulakan harimu dengan memuji Allah.   *Kalau dunia ini pahit, Allah ialah gulanya.   *Kejarlah Ilmu dan Lakukanlah amal. Keduanya akan menuntun jalan ke Syurga.   *Berbaik hati kepada bayang kehidupanmu.   *Belajar sabar meski gelisah, belajar setia meski tergoda, belajar mengasih meski terluka.
Yellow Background Green Background Blue Background Red Background Red Background Red Background

Thursday 8 June 2017

Dadah Flakka

Dadah Flakka yang dihasilkan pada tahun 1960 di Florida Selatan Amerika Syarikat, merupakan sejenis dadah stimulan sintetik yang boleh mengubah kelakuan manusia menjadi agresif dan berlagak seperti seorang zombie yang ganas.
Dadah Flakka telah mula merebak di beberapa negara besar dan telah mencetuskan huru-hara sehingga membawa kematian.



Dadah Flakka telah mendapat perhatian dunia apabila beberapa video menjadi viral di media sosial yang menunjukkan penagihnya memberi tindakan agresif di luar jangkaan.

Sifat yang ditunjukkan oleh penagih, seperti meronta-ronta, menjerit dan mencederakan diri sendiri atau orang yang berhampiran dengannya akibat kesan dadah Flakka tersebut.

Dadah Flakka merupakan dadah sintetik yang pada mulanya digunakan dalam rokok elektronik (vape) yang mudah larut dengan sedikit bahan bakar.

Ia juga dipanggil sebagai pharmaceutical yang direka sebagai dadah Pyrroldinopentiophenone dan selain itu juga ia dipanggil sebagai PVP atau alpha-PVP. Dadah Flakka sangat merbahaya kerana ia kelihatan seperti garam putih yang memberi kesan sama seperti dadah kokain dan methamphetamine tetapi lebih kuat daripada kedua-duanya.

Terdapat kes di mana seorang penagih dadah Flakka merempuh kereta yang sedang bergerak, menyebabkan kecederaan kepada dirinya sendiri dan pemandu di dalam kenderaan tersebut.

Penagih dadah Flakka ini juga mempunyai kecenderungan untuk mencederakan orang di sekelilingnya kerana kebanyakan daripada mereka akan hilang kawalan diri dan menyerang individu yang paling hampir dengannya.

Selain itu, pengguna dadah Flakka juga akan mengalami suhu badan yang boleh meningkat sehingga 105 darjah selsius dan mengalami paranonia yang teruk ketika mengambilnya.

Kesan ke atas penagih dadah Flakka ini tidak akan hilang dan kebiasaannya akan berkekalan, biarpun pengguna tidak lagi mengambil dadah tersebut.
Penggunaan dadah Flakka secara berterusan akan menyebabkan kerosakan teruk pada buah pinggang dan otot.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts