Sunday, 4 June 2017
Ekzema Atopik
Ekzema atopik atau yang disebut juga dengan dermatitis atopik adalah keadaan di mana kulit menjadi kering, pecah-pecah, gatal, dan berwarna kemerahan. Ekzema atopik merupakan jenis penyakit jangka panjang (kronik) dan gejalanya dapat membaik lalu kembali menjadi parah. Ini biasanya berlaku dua atau tiga kali dalam satu bulan.
Ekzema atopik merupakan bentuk ekzema yang paling umum terjadi. Ekzema sendiri merupakan keadaan keradangan pada kulit yang ditandai dengan adanya kulit kering dan berwarna kemerahan, sedangkan kata atopik merujuk pada orang-orang yang cenderung mempunyai alahan tertentu. Pesakit ekzema atopik ini berisiko mengalami keadaan atopik lain, seperti asma dan demam hay.
Beberapa jenis ekzema lain adalah:
- Dermatitis Discoid, iaitu jenis ekzema yang berlaku dengan bentuk lesi bulat atau bujur.
- Dermatitis verikosa, adalah jenis ekzema yang paling kerap mengenai bahagian bawah kaki dan disebabkan masalah aliran darah melalui vena kaki.
- Dermatitis dishidrotik (pompholyx), adalah jenis ekzema yang menimbulkan luka lepuh kecil yang boleh pecah di sepanjang telapak tangan.
- Dermatitis numularis, jenis ekzema ini banyak menyerang wanita dan membentuk ruam merah berbentuk syiling.
- Dermatitis seborrheic, adalah jenis ekzema yang tumbuh di sisi hidung, kening, telinga dan kulit kepala.
- Dermatitis stasis, iaitu jenis ekzema yang membuat kulit menjadi keras dan meninggalkan ruam berwarna coklat.
Ekzema atopik umumnya muncul pada anak-anak, namun tidak menutup kemungkinan boleh menyerang dewasa. Ekzema atopik biasanya menyerang orang yang mempunyai sejarah keluarga pesakit ekzema, asma, hay fever dan kerosakan pelindung kulit yang menyebabkan cecair keluar dan bakteria boleh masuk ke dalam kulit. Ekzema Atopik ini boleh muncul di bahagian tubuh mana saja, terutama di bahagian kulit yang mempunyai lipatan Beberapa tempat yang sering menjadi lokasi kemunculan ekzema:
- Wajah dan kulit kepala
- Tangan (terutama jari tangan)
- Bahagian dalam siku
- Bahagian belakang lutut
- kaki
Punca Ekzema Atopik
Ekzema atopik sering disertai keadaan perubatan lain, seperti hay fever (alahan terhadap debunga) dan asma. Hingga kini, punca sebenar belum diketahui.
Berikut ini adalah beberapa faktor yang boleh memburukkan lagi gejala yang muncul akibat ekzema atopik:
1) Menggaru kulit sehingga kulit mengalami luka atau iritasi.
2) Kulit yang kering.
3) Jangkitan bakteria dan virus.
4) Cuaca panas dan perubahan tahap kelembapan.
5) Keringat tubuh.
6) Cecair pelarut, pembersihan, sabun, dan detergen.
7) Makanan seperti telur, susu, kacang, kacang soya, dan ikan. Terutama kesannya kepada bayi dan anak kecil.
8) Debu dan serbuk sari.
9) Asap rokok dan pencemaran udara.
Rawatan untuk Ekzema Atopik:
Hampir sebahagian besar pesakit ekzema atopik akan merasakan gejala yang kumat-kumatan, dan kadang-kadang tanpa ada pencetus yang jelas. Untuk mengurangkan gejala dan kekerapan berulangnya, doktor mungkin akan mencadangkan anda untuk:
Cuba seboleh mungkin untuk tidak menggaru kawasan yang gatal. Apabila sudah tidak tertanggung, gosok kawasan yang gatal dengan lembut tanpa menggunakan kuku.
Elakkan pendedahan kepada udara atau air yang terlalu panas ataupun terlalu sejuk, kerana keadaan yang ekstrem boleh mencetuskan iritasi.
Gantilah sabun mandi anda dengan sabun mandi yang mengandungi pelembap (emolien).
Gunakanlah pakaian berbahan katun, kerana lebih lembut untuk kulit.
Bilas baju selepas dicuci dengan detergen hingga bersih, kerana kandungan dalam detergen diduga boleh merengsakan kulit.
Labels:
Kesihatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
BAHAYA ! PENYAKIT TIBI APABILA salah seorang teman sepejabat disahkan menghidap tibi, ramai risau apatah lagi mereka yang duduk berha...
-
Katakan Tidak Kepada Polisterin Sumber klik disini Oktober merupakan bulan yang sangat istimewa terutamanya bagi para pencinta ala...
-
Ketahui Khasiat Buah Oren Atau Sitrus, Banyak sebenarnya khasiat buah oren nih, sebut saja limau atau oren mesti orang kaitkan dengan v...
No comments:
Post a Comment