Navigasi


Selamat Datang ke Blogpost Pegaga Nenek   *Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.   *Setiap hari kita belajar sesuatu baru.   *Betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.   *Terus berusaha, jangan putus asa.   *Hari ini kita atas tanah, esok mungkin tanah atas kita.   *Nikmati bila Anda mampu, dan bertahan ketika Anda harus.   *Hormat dan taat kepada ibu dan bapa.   *Yang paling jujur adalah cermin, yang paling tipu adalah gambar.   *Anak adalah anugerah daripada Allah.   *Selalu ucap "Alhamdulillah".   *Setiap pilihan tiada salah mahupun betul, terpulang pada kita sendiri.   *hari ini akan lebih indah daripada kemarin jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman.   *Cakaplah yang benar walaupun ianya pedih.   *Mulakan harimu dengan memuji Allah.   *Kalau dunia ini pahit, Allah ialah gulanya.   *Kejarlah Ilmu dan Lakukanlah amal. Keduanya akan menuntun jalan ke Syurga.   *Berbaik hati kepada bayang kehidupanmu.   *Belajar sabar meski gelisah, belajar setia meski tergoda, belajar mengasih meski terluka.
Yellow Background Green Background Blue Background Red Background Red Background Red Background

Wednesday, 21 June 2017

Punca Anemia

Anemia atau kurang darah merah merupakan gangguan darah yang paling biasa, puncanya adalah pelbagai dan bagi wanita-wanita yang datang haid, kekurangan ferum dalam diet merupakan kesan utama akibat kekurangan sel darah merah.

Terdapat kira-kira 30% wanita yang tidak hamil pada lingkungan umur subur, 38% wanita hamil dan 14% lelaki yang berada di kawasan luar bandar mengalami kekurangan zat besi di Malaysia. Penyakit kurang darah merah atau anemia adalah penyakit yang biasanya dialami oleh golongan wanita.

Punca Utama Penyakit Anemia

  1. 1) Kehilangan darah disebabkan pendarahan haid yang berlebihan, radang perut, kanser kolon dan usus, atau fibroid rahim.
  2. 2) Diet yang tidak seimbang dan ketidakupayaan badan untuk menyerap zat besi disebabkan oleh gangguan atau penyakit usus. Sesetengah ubat, mineral dan makanan boleh mengganggu penyerapan zat besi.
  3. 3) Kehamilan disebabkan peningkatan isipadu darah ibu mengandung bagi memenuhi keperluan pertumbuhan fetus.

Simptom Dan Tanda Anemia
Anemia sukar dikesan bagi kebanyakan orang dan simptomnya tidak jelas. Biasanya, perasaan lemah atau keletihan dilaporkan. Sesak nafas dilaporkan dalam kes teruk.

Anemia yang teruk akan menyebabkan degupan jantung menjadi laju dan berpeluh; kegagalan jantung boleh terjadi jika orang yang sudah berumur mengalaminya.

Kulit dan selaput mukosa yang pucat biasanya menjadi tanda utama bagi anemia di tahap berbahaya (severe anemia), namun bukan merupakan tanda yang pasti.

Individu Yang Berisiko Dapat Anemia
Anda berisiko tinggi mendapat penyakit kurang darah merah atau anemia jika terdiri daripada golongan berikut:

  • - Wanita yang mengalami kedatangan haid yang berlebihan.
  • - Wanita yang mengandung atau menyusukan bayi.
  • - Bayi, kanak-kanak atau remaja dalam fasa pertumbuhan tubuh yang pesat.
  • - Individu yang kurang mengambil makanan kaya zat besi.
  • - Individu yang mempunyai penyakit radang perut atau pesakit kanser kolon.
  • - Ibu yang baru melahirkan anak.
  • - Pesakit yang baru menjalani pembedahan.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts