Navigasi


Selamat Datang ke Blogpost Pegaga Nenek   *Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.   *Setiap hari kita belajar sesuatu baru.   *Betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.   *Terus berusaha, jangan putus asa.   *Hari ini kita atas tanah, esok mungkin tanah atas kita.   *Nikmati bila Anda mampu, dan bertahan ketika Anda harus.   *Hormat dan taat kepada ibu dan bapa.   *Yang paling jujur adalah cermin, yang paling tipu adalah gambar.   *Anak adalah anugerah daripada Allah.   *Selalu ucap "Alhamdulillah".   *Setiap pilihan tiada salah mahupun betul, terpulang pada kita sendiri.   *hari ini akan lebih indah daripada kemarin jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman.   *Cakaplah yang benar walaupun ianya pedih.   *Mulakan harimu dengan memuji Allah.   *Kalau dunia ini pahit, Allah ialah gulanya.   *Kejarlah Ilmu dan Lakukanlah amal. Keduanya akan menuntun jalan ke Syurga.   *Berbaik hati kepada bayang kehidupanmu.   *Belajar sabar meski gelisah, belajar setia meski tergoda, belajar mengasih meski terluka.
Yellow Background Green Background Blue Background Red Background Red Background Red Background

Sunday, 6 August 2017

Rabies


Rabies atau umumnya dikenali sebagai penyakit anjing gila adalah penyakit serius yang menyerang otak dan sistem saraf. Penyakit ini digolongkan sebagai penyakit mematikan yang perlu ditangani dengan segera.

Sehingga 13 Julai 2017, terdapat empat kes disahkan rabies di Serian, Sarawak di mana tiga kes telah meninggal dunia dan satu kes iaitu kes keempat sedang dirawat di wad PICU Hospital Umum Sarawak dan dalam keadaan kritikal. Tiada kes rabies baru dilaporkan.






Penyebab penyakit anjing gila
Rabies disebabkan oleh virus lyssaviruses. Virus ini disebarkan kepada manusia melalui haiwan yang sebelumnya telah dijangkiti penyakit ini. Seseorang boleh dijangkiti rabies jika air liur dari haiwan rabies tersebut masuk ke tubuhnya melalui gigitan, Bahkan melalui cakaran pun boleh jika haiwan rabies tersebut sebelumnya telah menjilat kuku-kukunya. Pada beberapa kes yang jarang berlaku, seseorang terjangkit penyakit anjing gila kerana luka di tubuhnya terjilat oleh haiwan yang dijangkiti.
Selain disebarkan oleh haiwan, penularan penyakit anjing gila dari manusia ke manusia pun boleh terjadi. Namun setakat ini yang terbukti adalah jangkitan melalui pemindahan atau transplantasi organ.

Gejala rabies
Masa yang diperlukan virus rabies untuk berinkubasi sangat berbeza-beza, namun biasanya antara dua minggu hingga tiga bulan. Pada kes yang jarang berlaku, inkubasi virus berlaku hanya dalam masa empat hari. Masa inkubasi adalah jarak masa ketika virus pertama kali masuk ke tubuh sehingga gejala muncul.
Setelah tergigit haiwan berpenyakit rabies, virus akan membiak di dalam badan tuan rumah. Seterusnya virus-virus tersebut akan menuju hujung saraf dan berlanjut menuju saraf tulang belakang serta otak yang mana pembiakan berlaku dengan sangat cepat. Setelah itu, virus rabies merebak ke paru-paru, kelenjar air liur, hati, ginjal, dan organ-organ lain.

Gejala-gejala penyakit rabies pada manusia antara lain demam tinggi, rasa gatal di bahagian yang dijangkiti, perubahan perilaku menjadi agresif, dan takut terhadap air atau hidrofobia. Sedangkan pada haiwan, gejala hampir sama dengan manusia, namun tanpa hidrofobia. Ketika gejala penyakit rabies memasuki fasa akhir, baik manusia atau haiwan yang mengalaminya boleh mengalami kematian.

Antaranya adalah pengambilan langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan daripada dijangkiti penyakit rabies
- Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berdekatan sekiranya mengalami gigitan anjing (anjing peliharaan atau anjing liar)
- Pastikan anjing peliharaan telah mendapat suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak dengan anjing liar
- Jika anjing peliharaan didapati tidak sihat atau berkelakuan agresif dapatkan rawatan segera di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar berdekatan
- Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal
- Ajarkan pada anak-anak anda mengenai bahaya memiara haiwan liar tersebut beserta alasannya
- Sentiasa kekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan atau anjing liar


Pemberian vaksin rabies
Penularan rabies boleh dicegah melalui vaksinasi. Vaksin secara berkala biasanya hanya diberikan kepada mereka yang dalam pekerjaannya sering berinteraksi dengan haiwan sehingga berpotensi tinggi untuk mendapat jangkitan, contohnya doktor haiwan dan pengurus kebun binatang.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts