Navigasi


Selamat Datang ke Blogpost Pegaga Nenek   *Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.   *Setiap hari kita belajar sesuatu baru.   *Betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.   *Terus berusaha, jangan putus asa.   *Hari ini kita atas tanah, esok mungkin tanah atas kita.   *Nikmati bila Anda mampu, dan bertahan ketika Anda harus.   *Hormat dan taat kepada ibu dan bapa.   *Yang paling jujur adalah cermin, yang paling tipu adalah gambar.   *Anak adalah anugerah daripada Allah.   *Selalu ucap "Alhamdulillah".   *Setiap pilihan tiada salah mahupun betul, terpulang pada kita sendiri.   *hari ini akan lebih indah daripada kemarin jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman.   *Cakaplah yang benar walaupun ianya pedih.   *Mulakan harimu dengan memuji Allah.   *Kalau dunia ini pahit, Allah ialah gulanya.   *Kejarlah Ilmu dan Lakukanlah amal. Keduanya akan menuntun jalan ke Syurga.   *Berbaik hati kepada bayang kehidupanmu.   *Belajar sabar meski gelisah, belajar setia meski tergoda, belajar mengasih meski terluka.
Yellow Background Green Background Blue Background Red Background Red Background Red Background

Tuesday 1 August 2017

Ginkgo Biloba

Ginkgo Biloba adalah antara salah satu spesis pokok yang tertua di dunia. Ekstrak daun Gingko biloba sering digunakan bagi tujuan rawatan., Secara tradisional ,Ginkgo digunakan dalam rawatan sebagai supplemen bagi membantu meningkatkan peredaran darah dan meningkatkan daya ingatan.






Cara Ginkgo Bertindak Dalam Badan
Para saintis menemui 40 jenis bahan dalam gingko, namun hanya dua jenis bahan iaitu flavanoids dan terpenoids sahaja yang dipercayai bertindak sebagai ubat. Flavinoids adalah antioksidan yang berasal daripada tumbuhan dan kajian ke atas haiwan menujukkan ia dapat memelihara saraf ,otot-otot jantung, salur darah dan retina mata daripada kerosakan. Terpenoids bertindak dengan meningkatkan pengaliran darah melalui pembesaran salur darah dan mengurangkan kepekatan platelet.

Kegunaan Gingko biloba dalam Rawatan
Banyak kajian saintifik telah dilakukan ke atas ginkgo biloba bagi mengenalpasti fungsi ginkgo dari aspek perubatan. Di antara kegunaan ginkgo adalah seperti berikut :

Fungsi kognitif (daya pemikiran dan ingatan)
Ginkgo sering diperkatakan sebagai `brain herb’. Terdapat beberapa hasil kajian yang yang mengaitkan dengan peningkatan daya ingatan ke atas pesakit dementia namun tiada kesan sedemikian dikesan bagi individu yang sihat.yang mengalami kekurangan daya ingatan akibat peningkatan umur.

Raynaud’s Syndrome (rasa sakit terutama pada jari tangan dan kaki kerana sejuk)
Terdapat kajian yang menunjukkan pesakit yang mengambil Ginkgo dapat mengurangkan simptom penyakit selepas 10 minggu penggunaan berbanding dengan pesakit yang tidak mengambilnya.

Premenstrual Syndrome (PMS)
Ginkgo juga dikatakan dapat mengurangkan simptom yang berkaitan dengan PMS

Glaukoma
Terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan Ginkgo dengan dos 120mg selama 8 minggu memperbaiki daya penglihatan pesakit glaucoma.

Sakit kaki ketika berjalan akibat aliran darah yang lemah
Terdapat hasil kajian yang menunjukkan apabila mengambil ginkgo, pesakit yang mengalami masalah ini dapat berjalan dengan lebih jauh tanpa merasai kesakitan.

Vertigo (gangguan keseimbangan) dan pening
Ginkgo mungkin dapat mengurangkan simptom akibat pening dan gangguan keseimbangan

Meningkatkan tahap penglihatan warna pesakit diabetes
Meningkatkan tahap penglihatan warna pesakit diabetes Terdapat hasil kajian yang menunjukkan dengan mengambil ekstrak ginkgo untuk tempoh 6 bulan boleh memperbaiki tahap penglihatan warna bagi pesakit yang mempunyai kerosakan retina akibat penyakit diabetes

Cara mengambil Gingko
Dapatkan nasihat doktor dan Ahli farmasi bagi mendapatkan dos yang betul.
Pengambilan selama 4 – 6 minggu diperlukan untuk mendapatkan kesan ubat.
Dos gingko yang perlu diambil adalah berbeza mengikut formulasi sediaan produk. Adalah dinasihatkan untuk memulakan dengan dos yang rendah bagi mengelakkan gangguan perut.
Elakan mengambil tumbuhan gingko yang belum diproses.
Adakah pengambilan Gingko ini selamat?

Pengambilan ekstrak gingko dalam dos yang sesuai dikatakan selamat. Namun terdapat kesan –kesan sampingan minima yang mungkin dialami seperti berikut:-

- Pening
- Sakit kepala
- Jantung berdebar-debar
- Sakit perut
- Alergi pada kulit
- Mudah berdarah/lebam

Gingko berinteraksi Dengan Ubat / Herba Lain
Ginkgo biloba mempunyai banyak interaksi dengan ubat dan herba lain. Pengambilan ginkgo boleh meningkatkan atau mengurangkan kesan sesuatu ubat atau herba. Oleh itu, anda perlu mendapatkan nasihat doktor atau Ahli Farmasi sebelum mengambil ginkgo biloba.

Antara ubat/herba yang mempunyai kesan dengan ginkgo biloba adalah:

Ubat sawan (epilepsy) – contoh : Carbamazepine, Gabapentin, Phenytoin
Ubat tahan sakit, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAID) – contoh : Ibuprofen, Naproxen, Piroxicam
Ubat anti-platelet – contoh : Clopidogrel, Ticlopidine
Ubat anti-depressan – contoh : Amitriptylline
Ubat cair darah – contoh : Aspirin, Heparin, Warfarin
Herba – contoh : St. John’s wort, cedar leaf, folic acid, melatonin, Panax ginseng

No comments:

Post a Comment

Popular Posts