Navigasi


Selamat Datang ke Blogpost Pegaga Nenek   *Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.   *Setiap hari kita belajar sesuatu baru.   *Betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.   *Terus berusaha, jangan putus asa.   *Hari ini kita atas tanah, esok mungkin tanah atas kita.   *Nikmati bila Anda mampu, dan bertahan ketika Anda harus.   *Hormat dan taat kepada ibu dan bapa.   *Yang paling jujur adalah cermin, yang paling tipu adalah gambar.   *Anak adalah anugerah daripada Allah.   *Selalu ucap "Alhamdulillah".   *Setiap pilihan tiada salah mahupun betul, terpulang pada kita sendiri.   *hari ini akan lebih indah daripada kemarin jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman.   *Cakaplah yang benar walaupun ianya pedih.   *Mulakan harimu dengan memuji Allah.   *Kalau dunia ini pahit, Allah ialah gulanya.   *Kejarlah Ilmu dan Lakukanlah amal. Keduanya akan menuntun jalan ke Syurga.   *Berbaik hati kepada bayang kehidupanmu.   *Belajar sabar meski gelisah, belajar setia meski tergoda, belajar mengasih meski terluka.
Yellow Background Green Background Blue Background Red Background Red Background Red Background

Wednesday, 21 June 2017

Punca Anemia

Anemia atau kurang darah merah merupakan gangguan darah yang paling biasa, puncanya adalah pelbagai dan bagi wanita-wanita yang datang haid, kekurangan ferum dalam diet merupakan kesan utama akibat kekurangan sel darah merah.

Terdapat kira-kira 30% wanita yang tidak hamil pada lingkungan umur subur, 38% wanita hamil dan 14% lelaki yang berada di kawasan luar bandar mengalami kekurangan zat besi di Malaysia. Penyakit kurang darah merah atau anemia adalah penyakit yang biasanya dialami oleh golongan wanita.

Punca Utama Penyakit Anemia

  1. 1) Kehilangan darah disebabkan pendarahan haid yang berlebihan, radang perut, kanser kolon dan usus, atau fibroid rahim.
  2. 2) Diet yang tidak seimbang dan ketidakupayaan badan untuk menyerap zat besi disebabkan oleh gangguan atau penyakit usus. Sesetengah ubat, mineral dan makanan boleh mengganggu penyerapan zat besi.
  3. 3) Kehamilan disebabkan peningkatan isipadu darah ibu mengandung bagi memenuhi keperluan pertumbuhan fetus.

Simptom Dan Tanda Anemia
Anemia sukar dikesan bagi kebanyakan orang dan simptomnya tidak jelas. Biasanya, perasaan lemah atau keletihan dilaporkan. Sesak nafas dilaporkan dalam kes teruk.

Anemia yang teruk akan menyebabkan degupan jantung menjadi laju dan berpeluh; kegagalan jantung boleh terjadi jika orang yang sudah berumur mengalaminya.

Kulit dan selaput mukosa yang pucat biasanya menjadi tanda utama bagi anemia di tahap berbahaya (severe anemia), namun bukan merupakan tanda yang pasti.

Individu Yang Berisiko Dapat Anemia
Anda berisiko tinggi mendapat penyakit kurang darah merah atau anemia jika terdiri daripada golongan berikut:

  • - Wanita yang mengalami kedatangan haid yang berlebihan.
  • - Wanita yang mengandung atau menyusukan bayi.
  • - Bayi, kanak-kanak atau remaja dalam fasa pertumbuhan tubuh yang pesat.
  • - Individu yang kurang mengambil makanan kaya zat besi.
  • - Individu yang mempunyai penyakit radang perut atau pesakit kanser kolon.
  • - Ibu yang baru melahirkan anak.
  • - Pesakit yang baru menjalani pembedahan.

Tuesday, 20 June 2017

Malam Lailatul Qadar

Salah satu peristiwa penting pada saat bulan suci ramadhan iaitu datangnya Malam Lailatul Qadar. Menurut berbagai riwayat, malam yang digadang-gadang oleh seluruh umat Islam di dunia ini datang pada 10 hari terakhir bulan ramadhan, khususnya di tarikh-tarikh ganjil.

Namun, datangnya malam Lailatul Qadar tidak seorang pun yang mengetahui tepatnya pada bila-bila. Selama ini umat Islam hanya membaca tanda-tanda malam yang menurut Al-Qur'an lebih baik dari 1000 bulan ini. Betapa mulianya malam Lailatul Qadar kerana mampu membawa seorang hamba pada ketakwaan yang hakiki.

Lalu, benarkah pertanda malam lailatul qadar di antaranya membekunya air, heningnya malam, dan menunduknya pokok-pokok, dan sebagainya? Yang pasti, dan ini harus diimani oleh setiap muslim berdasarkan pernyataan Al-Qur'an, bahawa "Ada suatu malam yang bernama Lailatul Qadar" (QS Al-Qadr: 1) dan malam itu merupakan "malam yang penuh berkah di mana dijelaskan atau ditetapkan segala urusan besar dengan kebijaksanaan "(QS Ad-Dukhan: 3).

Ditegaskan dalam Al-Qur'an, malam tersebut adalah malam mulia, tidak mudah diketahui betapa besar kemuliaannya. Ini diisyaratkan oleh adanya "pertanyaan" dalam bentuk pengagungan, yaitu "Wa ma adraka ma laylatul qadar."
Untuk memperoleh pemahaman yang jernih berkaitan malam Lailatul Qadar, Muhammad Quraish Shihab (1999) memberikan sejumlah maklumat berkaitan erti kata qadar. Mufassir kenamaan tersebut memaparkan tiga arti pada kata qadar tersebut.

Pertama, qadar berarti penetapan atau pengaturan sehingga lailatul qadar difahami sebagai malam penetapan Allah bagi perjalanan hidup manusia. Pendapat ini dikuatkan oleh penganutnya dengan Firman Allah pada Surah Ad-Dukhan ayat 3. Ada ulama yang memahami penetapan itu dalam batas setahun.

Al-Qur'an yang turun pada malam Lailatul Qadar diartikan bahwa pada malam itu Allah SWT mengatur dan menetapkan khiththah dan strategi bagi Nabi-Nya, Muhammad SAW guna mengajak manusia kepada agama yang benar yang pada akhirnya akan menetapkan perjalanan sejarah umat manusia, baik sebagai individu maupun kelompok.

Kedua, qadar bererti kemuliaan. Malam tersebut adalah malam mulia yang tiada bandingnya. Ia mulia kerana terpilih sebagai malam turunnya Al-Qur'an serta kerana ia menjadi titik tolak dari segala kemuliaan yang dapat diraih.

Kata qadar yang bererti mulia ditemui dalam ayat ke-91 Surat Al-An'am yang berbicara tentang kaum musyrik: Ma qadaru Allaha haqqa qadrihi idz qalu ma anzala Allahu 'ala basyarin min syay'i (mereka itu tidak memuliakan Allah sebagaimana kemuliaan yang semestinya , tatkala mereka berkata bahwa Allah tidak menurunkan sesuatu pun kepada manusia).

Ketiga, qadar bererti sempit. Malam tersebut adalah malam yang sempit, karena banyaknya malaikat yang turun ke bumi, seperti yang ditegaskan dalam Surat Al-Qadar: Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.

Kata qadar yang berarti sempit digunakan oleh Al-Quran antara lain dalam ayat ke-26 Surat Ar-Ra'du: Allah yabsuthu al-rizqa liman yasya 'wa yaqdiru (Allah melapangkan rezeki bagi yang dikehendaki dan mempersempitnya [bagi yang dikehendakinya] ).

Tuesday, 13 June 2017

Kelahiran Pra-Matang

Kelahiran pra-matang adalah kelahiran yang berlaku pada tiga minggu atau lebih sebelum masa kelahiran normal. Pada keadaan normal, kelahiran akan berlaku setelah kandungan berusia 40 minggu. Dengan kata lain, sebuah kelahiran disebut pra-matang jika kelahiran itu berlaku pada minggu ke-37 kehamilan atau lebih awal.

Minggu-minggu terakhir kehamilan merupakan saat paling penting untuk proses pertumbuhan janin, khususnya otak dan paru-paru. Maka dari itu, bayi yang baru dilahirkan cenderung mengalami gangguan perubatan lebih serius dan harus dirawat di rumah sakit lebih lama daripada bayi yang lahir normal.


Berikut adalah beberapa fakta mengenai bayi yang baru dilahirkan:
- Bayi yang lahir ketika usia kehamilan belum mencapai 25 minggu mempunyai risiko penyakit jangka panjang, seperti learning disabilities (kesulitan belajar), gangguan saraf, dan yang terburuk adalah mengalami kecacatan fizikal.
- Janin yang lahir sebelum usia kehamilan memasuki minggu ke-23 tidak akan dapat bertahan hidup di luar rahim sang ibu.
- Hampir semua bayi yang lahir ketika usia kehamilan belum mencapai 28 minggu mengalami gangguan pada sistem pernap
- Jika bayi lahir selepas minggu ke-32, potensi kemunculan risiko penyakit jangka panjang cukup rendah, tidak mencapai 10%.
- Jika bayi lahir selepas minggu ke-37, risiko komplikasi mereka semakin kecil. Walaupun risikonya kecil, potensi untuk timbulnya komplikasi tetap ada.

Secara fizikal, bayi yang baru dilahirkan kelihatan berbeza daripada bayi yang dilahir normal. Biasanya, mereka dilahir dengan badan kecil dengan saiz kepala yang agak besar. Saiz badan dan kepalanya kelihatan tidak seimbang. Ciri-ciri lain pada bayi prematur adalah:
- Kurang mempunyai refleks untuk menghisap dan menelan, sehingga menyebabkan mereka susah makan.
- Diselubungi bulu halus (lanugo) yang tumbuh lebat di sekujur tubuh.
- Sinar matanya tajam. Bentuk matanya tidak sebulat bayi normal kerana kekurangan lemak tubuh.
- Pernafasan terganggu.
- Suhu badan rendah ketika dilahirkan.

Punca dan faktor risiko kelahiran pra-matang
Kelahiran pra-matang disebabkan oleh banyak faktor. Pada kebanyakan kes, kelahiran pra-matang berlaku secara spontan tanpa diketahui puncanya secara jelas. Namun ada pua beberapa keadaan perubatan yang boleh menyebabkan kelahiran pra-matang antara lain pecah ketuban awal, pendarahan pada kehamilan, hipertensi pada saat hamil, serta pangkal rahim yang lemah atau tidak kompeten.
Potensi kelahiran prematur pada ibu hamil boleh meningkat kerana beberapa faktor. Berikut adalah beberapa faktor yang meningkatkan risiko kelahiran pramatang:

1 - Sering merokok baik sebelum maupun saat hamil
2 - Kekurangan atau kelebihan berat badan sebelum hamil
3 - Persiapan kehamilan yang kurang baik atau kurang nutrisi
4 - Gangguan kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis
5 - Mengambil alkohol atau menggunakan dadah selama masa kehamilan
6 - Mengandung bayi kembar dua, tiga, atau kelipatannya
7 - Jeda kehamilan yang sangat singkat dari kehamilan sebelumnya
8 - Pernah melahirkan pra-matang, keguguran, atau melakukan pengguguran
9 - Stres akibat banyak fikiran
10 - Mempunyai masalah pada rahim, serviks, atau plasenta
11 - Mengalami jangkitan cecair ketuban atau sistem reproduksi
12 - Kehamilan melalui vitro fertilization (pembuahan di luar rahim)

Diagnosis kelahiran pra-matang
Dalam mendiagnosis kelahiran pra-matang, secara amnya doktor akan menanyakan seputar gejala yang dialami pesakit dan menanyakan sama ada pesakit mempunyai keluarga dengan riwayat kehamilan pra-matang, serta ubat-ubatan yang digunakan semasa kehamilan. Selain itu, doktor mungkin juga akan memantau keadaan rahim pesakit untuk mengetahui degupan jantung bayi dan penguncupan pesakit.
Jika pesakit berpotensi melahirkan secara pra-matang, doktor akan menyarankan pesakit untuk menjalani beberapa pemeriksaan lanjutan. Pemeriksaan itu terdiri dari:
i) Ultrasound transvaginal, untuk mengesan perubahan pada leher rahim (serviks)
ii) Pemeriksaan keadaan rahim, untuk memantau kontraksi pada rahim
iii) Pemeriksaan untuk menentukan ada tidaknya jangkitan di vagina
iv) Pemeriksaan fetal fibronectin, untuk mengetahui reaksi kimia di bahagian dasar rahim.

Pencegahan kelahiran pra-matang
Sebelum berbicara lebih jauh mengenai pengendalian kelahiran pra-matang, tahu dahulu cara untuk mengatasinya. Selama ini, penyebab kelahiran pra-matang seringkali tidak diketahui secara pasti. Namun, para wanita boleh mengurangkan risiko kelahiran pra-matang dengan langkah pencegahan di bawah ini:
1 - Menjalani diet sihat sebelum hamil. Mengambil makanan sihat yang kaya protein, buah-buahan, dan biji-bijian sebelum hamil cukup berkesan untuk mengurangkan risiko kelahiran pra-matang.
2 - Memperbanyak makanan tambahan kalsium. Mengambil suplemen kalsium sebanyak 1000 mg atau lebih sehari boleh mengurangkan risiko kelahiran pra-matang dan preeklamsia (salah satu komplikasi kehamilan).
3 - Mengambil aspirin dengan dos rendah. Untuk mengurangkan risiko kelahiran pra-matang, ibu hamil digalakkan mengambil aspirin dengan dos 60-80 mg mulai akhir trimester pertama kehamilan. Cara ini digunakan untuk ibu hamil dengan riwayat kelahiran pra-matang, preeklamsia, serta wanita hamil dengan tekanan darah tinggi.
4 - Menggunakan cincin pesarium (cervical pessary). Ibu hamil dengan saiz serviks yang pendek disyorkan memakai cincin pesarium untuk menyokong rahim agar tidak turun. Bentuk alat ini menyerupai cincin yang dipasang di mulut rahim.
5 - Jauhkan diri daripada pendedahan kepada bahan kimia. Benda-benda yang mengandungi bahan kimia yang dimaksudkan di sini contohnya plastik, makanan tin, kosmetik, cat kuku dan semburan rambut (hair spray).

Autisme

Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan anak dalam berkomunikasi, interaksi sosial, dan tingkah laku.
Amat penting untuk mewaspadai gejala-gejala awal mungkin, sebab ASD termasuk keadaan yang juga tidak boleh diubati. Meskin demikian, terdapat pelbagai jenis pengendalian serta langkah rawatan intensif yang boleh membantu kepada orang autisme untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan seharian, serta mencapai potensi mereka secara maksimum.

Gejala dan Diagnosis Autisme
Secara umum, gejala autisme dikesan pada usia awal perkembangan kanak-kanak sebelum mencapai tiga tahun. Gejala dan tahap risiko autisme juga cenderung berbeza-beza pada tiap orang. Tetapi, gejala-gejala tersebut boleh dikategorikan dalam dua kategori utama.

1) Kategori pertama adalah gangguan interaksi sosial dan komunikasi. Gejala ini dapat meliputi masalah kepekaan terhadap persekitaran sosial dan gangguan penggunaan bahasa verbal maupun non verbal.

2) kategori kedua meliputi pada pemikiran, keminatan, dan tingkah laku yang terhad serta bersifat pengulangan. Contoh gerakan berulang-ulang, misalnya mengetuk-ngetuk atau tangan merah, serta merasa kesal apabila rutin tersebut terganggu.

Orang yang autisme juga cenderung mempunyai masalah dalam belajar dan keadaan kejiwaan lain, misalnya gangguan hiperaktif atau Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), gangguan kecemasan, atau depresi.

Punca Autisme
Terdapat beberapa faktor, seperti pengaruh genetik dan persekitaran, yang dijangka dapat menyebabkan kelainan ini. Walau bagaimanapun, penyebab autisme yang pasti belum diketahui hingga saat ini. Dalam kes-kes tertentu, autisme juga mungkin dicetuskan oleh penyakit tertentu.
Di samping itu, ada beberapa perkara lain yang juga dianggap sebagai pencetus autisme. Namun, anggapan dan dugaan tersebut telah terbukti tidak berkaitan dengan autisme berdasarkan pelbagai kajian perubatan. Antara punca kemungkinan tersebut:

- Kompaun thiomersal yang mengandungi merkuri (digunakan sebagai bahan pengawet untuk beberapa vaksin).
- Vaksin campak, gondong, dan rubela (MMR). Vaksin ini pernah disyaki sebagai penyebab autisme sehingga banyak orang tua yang enggan memberikannya pada anak mereka.
- Corak cara makan, seperti mengambil gluten atau produk susu.
- Corak cara asuh anak.

Autisme terhadap Dewasa dan Permasalahannya
Keadaan autisme kadang-kadang baru dikesan sehingga pengidapnya dewasa. Proses diagnosis saat dewasa boleh membantu para penghidap serta keluarga untuk memahami autisme dan memutuskan jenis bantuan yang diperlukan.

Sebahagian orang autisme dewasa merasa kesulitan untuk mencari pekerjaan kerana adanya tuntutan dan perubahan sosial dalam pekerjaan. PERMATA Kurnia boleh membantu mereka untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan kemampuan mereka.


Monday, 12 June 2017

Nuzul Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa Allah menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada Nabi Muhammad dan berterusan secara berperingkat selama 23 tahun hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad berusia 41 tahun iaitu pada malam Jumaat 17 Ramadhan, bersamaan dengan tarikh 6 Ogos 610 Masihi, sewaktu Baginda sedang beribadat di dalam Gua Hira.




Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Ayat Al-Quran yang mula-mula sekali diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, – (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, – (4) Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5).” 
[Surah Al-Alaq (96): Ayat 1-5].

Apabila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad, maka memang benar bahawa ianya memberi makna yang terlalu istimewa kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran.

Setiap Muslim sewajarnya sentiasa beramal dengan Al-Quran dan memperingati tarikh penurunannya. Pelbagai program tidak putus-putus diadakan sempena menyambut tarikh penurunan Al-Quran ini. Alhamdulillah, semakin ramai kaum Muslim yang sudah pun mengimarah dan mulakannya sejak dari awal Ramadhan lagi. Pada bulan inilah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menghabiskan bacaan 30 juzuk Al-Quran sebagai satu kelaziman di masjid-masjid dan kediaman masing-masing.

Al-Quran Sebagai Penunjuk Ummah
Al-Quran merupakan sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad untuk disampaikan kepada umat manusia. Al-Quran adalah ‘petunjuk’ (huda) dan ‘pembeza’ (furqan).

Imam al-Tabari menjelaskan, bahawa penurunan ini ialah penurunan al-Quran secara sempurna dari Loh Mahfuz ke langit dunia. Ia menjadi petunjuk kepada sekalian manusia sebagai satu penjelasan bahawa al-Quran sebagai sumber hidayah. Dengan demikian al-Quranlah yang seharusnya memandu dan memimpin kehidupan umat manusia.

“Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta membezakan di antara yang haq dan batil (antara yang benar dengan yang salah).”
[Surah Al-Baqarah (2): Ayat 185].

Seperti penjelasan Imam al-Qurthubi, ayat ini menjelaskan bahawa Allah menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk dan penjelasan bagi umat manusia; menjelaskan kepada mereka yang halal dan haram, berbagai peringatan dan hukum-hakam, serta membezakan di antara yang haq dan yang batil.

Al-Quran adalah ‘huda’ (petunjuk), maknanya Al-Quranlah yang seharusnya memandu dan memimpin kehidupan umat manusia. Al-Quran telah menjelaskan perbuatan  apa yang wajib dilakukan, mana  yang sebaiknya dilakukan, mana yang boleh dilakukan, mana yang sebaiknya ditinggalkan dan mana yang wajib ditinggalkan.

Al-Quran juga menjelaskan apa yang boleh diambil dan apa yang tidak. Al-Quran adalah ‘furqan’ (pembeza), maksudnya Al-Quran menjadi piawai yang menentukan mana yang haq dan mana yang batil. Oleh kerana itu, ‘al-haq’ (kebenaran) adalah apa saja yang dinyatakan benar oleh Al-Quran dan ‘al-bathil’ (kepalsuan) adalah apa saja yang dinyatakan sesuatu yang tidak benar oleh Al-Quran.
Apa yang dituntut dari kita hanyalah menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk yang memandu dan memimpin kehidupan kita, sebagai sumber hukum yang wajib kita ambil dan kita terapkan; juga sebagai sumber penyelesaian bagi seluruh masalah kehidupan kita.


Thursday, 8 June 2017

Dadah Flakka

Dadah Flakka yang dihasilkan pada tahun 1960 di Florida Selatan Amerika Syarikat, merupakan sejenis dadah stimulan sintetik yang boleh mengubah kelakuan manusia menjadi agresif dan berlagak seperti seorang zombie yang ganas.
Dadah Flakka telah mula merebak di beberapa negara besar dan telah mencetuskan huru-hara sehingga membawa kematian.



Dadah Flakka telah mendapat perhatian dunia apabila beberapa video menjadi viral di media sosial yang menunjukkan penagihnya memberi tindakan agresif di luar jangkaan.

Sifat yang ditunjukkan oleh penagih, seperti meronta-ronta, menjerit dan mencederakan diri sendiri atau orang yang berhampiran dengannya akibat kesan dadah Flakka tersebut.

Dadah Flakka merupakan dadah sintetik yang pada mulanya digunakan dalam rokok elektronik (vape) yang mudah larut dengan sedikit bahan bakar.

Ia juga dipanggil sebagai pharmaceutical yang direka sebagai dadah Pyrroldinopentiophenone dan selain itu juga ia dipanggil sebagai PVP atau alpha-PVP. Dadah Flakka sangat merbahaya kerana ia kelihatan seperti garam putih yang memberi kesan sama seperti dadah kokain dan methamphetamine tetapi lebih kuat daripada kedua-duanya.

Terdapat kes di mana seorang penagih dadah Flakka merempuh kereta yang sedang bergerak, menyebabkan kecederaan kepada dirinya sendiri dan pemandu di dalam kenderaan tersebut.

Penagih dadah Flakka ini juga mempunyai kecenderungan untuk mencederakan orang di sekelilingnya kerana kebanyakan daripada mereka akan hilang kawalan diri dan menyerang individu yang paling hampir dengannya.

Selain itu, pengguna dadah Flakka juga akan mengalami suhu badan yang boleh meningkat sehingga 105 darjah selsius dan mengalami paranonia yang teruk ketika mengambilnya.

Kesan ke atas penagih dadah Flakka ini tidak akan hilang dan kebiasaannya akan berkekalan, biarpun pengguna tidak lagi mengambil dadah tersebut.
Penggunaan dadah Flakka secara berterusan akan menyebabkan kerosakan teruk pada buah pinggang dan otot.

Penyakit Gastrik

Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.

Punca gastrik
Gastrik selalunya disebabkan oleh mengambil ubat-ubatan yang tertentu secara berlebihan. Ubat-ubatan tersebut adalah seperti ubat aspirin atau NSAID (non-steroidal anti-inflammatory). Selain itu, penyalahgunaan alkohol dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori di dalam perut boleh menyebabkan proses keradangan dinding perut. Gastrik turut boleh disebabkan oleh anaemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum racun, stres ekstrem dan jangkitan virus tertentu.

Simptom gastrik
Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut. Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah.

Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah.
Simptom tersebut menandakan penyakit gastrik itu sudah menjadi tahap yang sangat serius dan pesakit tersebut harus dibawa ke klinik atau hospital secepat mungkin.

Rawatan moden
Sebelum rawatan gastrik dapat dimulakan, siasatan dan diagnosis harus dilakukan terlebih dahulu.
Ujian darah lengkap dilakukan untuk mengetahui sama ada pesakit kehilangan darah yang banyak atau anaemik. Najis turut diperiksa untuk mengesan jika mempunyai sebarang kesan darah. Dalam sesetengah kes, kamera kecil perlu dimasukkan ke perut (endoscopy) untuk diagnosis yang tepat.
Malah, ujian kultur bakteria di dinding perut dilakukan untuk mengesan kehadiran bakteria H. pylori yang boleh menyebabkan keradangan dinding perut.

Rawatan moden gastrik memerlukan pesakit untuk mengelak daripada punca-punca sakit gastrik.
Sebagai contoh, jika penyakit gastrik berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan tertentu, maka pesakit harus berhenti mengambil ubat tersebut.
Kemudian, ubat anti-asid seperti Omeprazole dan Famotidine akan diberi kepada pesakit untuk bertindak terhadap kandungan asid yang berlebihan.

Rawatan dengan Al-quran
Daripada pengalaman, ramai pesakit gastrik yang berubat di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah mengalami perubahan positif ketara selepas mempraktikkan rawatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.

Amalan pembacaan al-Quran secara konsisten setiap hari memberi banyak manfaat dan ketenteraman hati kepada pesakit.

Ayat-ayat tersebut adalah:
1) Surah al-Buruuj ayat 1 hingga 22 - tiga kali pada waktu malam
2) Surah Ghafir ayat 41 hingga 55 - tiga kali pada waktu siang



Tuesday, 6 June 2017

Coklat

Coklat adalah sejenis makanan yang berasal daripada buah koko yang telah dijalankan proses pengeringan. Proses pengeringan ini adalah bagi menghasilkan serbuk koko seterusnya boleh menghasilkan coklat. Coklat mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran. Manakala, coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, konfeksyeneri atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko.


Coklat Terhadap Kesihatan
Penyelidik telah membuat kajian bahawa coklat bermanfaat mengelakkan seseorang terkena penyakit kardiovaskular. Kesan-kesan yang boleh didapatkan seperti berikut:
- Menurunkan tekanan darah. pengambilan coklat boleh menurunkan tekanan darah tinggi.
- Meningkatkan HDL (high-density lipoprotein) yang juga dikenali sebagai kolesterol baik. Coklat juga sekaligus dapat menurunkan LDL (low-density lipoprotein) atau kolesterol jahat.
- Mencegah diabetes dengan memperbaiki rintangan insulin. Untuk pesakit diabetes, manfaat lain yang didapatkan adalah meminimakan komplikasi daripada gula darah yang tinggi.
- Melancarkan pengaliran darah dengan baik.
- Membantu meningkatkan memori.
- Coklat hitam pula dapat mengurangkan sindrom keletihan kronik yang dialami tiap hari.

Kandungan Coklat:
1) Polyphenols
– Antara kandungan utama dalam coklat yang berfungsi mencegah tengik.
– Menjadi penangkis kepada beberapa penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung, menurunkan tekanan darah dan strok. Jangan risau, jika sekadar mengambil dalam kuantiti diperlukan.

2) Theobromine
– Sebaik menjamah coklat, individu akan berasa lebih bertenaga. Mata mengantuk secara automatik akan terbuka dek penangan bahan theobromine.
– Bagi individu yang diserang batuk, disyorkan mengambil coklat kerana dikatakan lebih mujarab daripada ubat batuk. Seperti teh yang digunakan untuk mencuci muka, kini coklat turut dijadikan pupur bagi menyegarkan kulit wajah.

3) Phenylethylamine
- Kandungan phenylethylamine memberikan rangsangan otak yang menghasilkan dopamine. Kesan kehadiran dopamine mencetuskan perasaan ceria dan tenteram hingga membangkitkan mood romantis. Justeru coklat sangat sesuai sebagai hadiah paling romantik.

4) Antioksidan
– Bagi individu yang risau dengan garis penuaan yang mula timbul di wajah, coklat barangkali boleh membantu. Sifat antioksidan mampu mencegah proses penuaan yang disebabkan kesan radiasi. Gaya hidup tidak seimbang dengan pilihan makanan segera yang diambil tanpa had juga menjadi penyumbang mempercepatkan proses berkenaan.

Walau bagaimanapun, coklat juga ada keburukannya:
* Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat (sama ada dari tenusu, atau dari mentega koko), caffein (namun pada dos yang sangat rendah).
* Segelas minuman coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan anda (terutama buat mereka yang sedang menaikkan berat badan).
* Mereka yang mempunyai migraine mungkin mengalami pening kepala jika mengambil coklat, terutama secara berlebihan.
* Coklat, terutamanya dark chocolate, merbahaya kepada binatang peliharaan, kerana mengandungi theobromine yang boleh meracunkan binatang peliharaan.


Sunday, 4 June 2017

Jangkitan Sepsis

Jangkitan sepsis adalah komplikasi yang jarang berlaku namun sangat berbahaya dari suatu penyakit. Pada saat terjadi jangkitan, badan kita akan menghasilkan pelbagai sebatian kimia untuk melawan jangkitan tersebut. Senyawa-senyawa kimia yang dihasilkan ini akan mencetuskan tindak balas keradangan yang mengakibatkan satu siri perubahan pada fungsi tubuh, sehingga terjadilah kerosakan pelbagai sistem organ.

Sepsis dan septicaemia
Banyak orang yang menyangka sepsis sama dengan jangkitan darah atau septikemia. Anggapan ini kurang tepat kerana sepsis tidak hanya akan menyerang darah, tetapi juga seluruh bahagian termasuk organ tubuh. Sedangkan septikemia adalah keadaan yang muncul akibat kemasukan bakteria ke aliran darah dan boleh mencetuskan sepsis.

Faktor pencetus dan Gejala Sepsis
Sepsis boleh dialami oleh sesiapa sahaja, namun anak-anak, warga tua, pesakit di rumah sakit yang mengidap penyakit serius, serta orang dengan sistem kekebalan tubuh yang lemah mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami sepsis. Berbagai macam jangkitan yang tidak ditangani dengan betul boleh berakhir pada sepsis. Misalnya, jangkitan paru-paru atau pneumonia, penyakit usus buntu, jangkitan saluran kencing, dan meningitis. Mewaspadai perkembangan jangkitan sangatlah penting agar tidak berterusan pada tahap sepsis. Gejala-gejala yang menunjukkan sepsis antara lain demam, menggigil, dan degupan jantung serta nafas yang cepat.

komplikasi Sepsis
1 - Sepsis boleh bertambah parah dan berkembang menjadi syok septik ketika tekanan darah penghidap turun drastik. Apabila pesakit sepsis lanjut mengalami syok septik, gejala-gejala yang muncul umumnya meliputi:
2 - Kulit yang pucat dan sejuk.
3 - Mual dan muntah.
4 - Cirit-birit.
5 - Kesakitan otot yang teruk.
6 - Pengsan.

Setiap kes sepsis memerlukan pengendalian perubatan secepat mungkin dan sebaiknya segera ke hospital. Jika dibiarkan, sepsis boleh berkembang dengan cepat, bahkan boleh membawa pada kematian.

Langkah utama dalam menangani sepsis adalah antibiotik. Tempoh penggunaan antibiotik yang diperlukan pun berbeza-beza dan bergantung pada keadaan penghidap dan tahap keparahan sepsis.
Sepsis yang dikesan cukup awal dan belum merebak umumnya boleh ditangani dengan tablet antibiotik tanpa perlu mengidap di rumah sakit. Sedangkan penyerapan antibiotik perlu diberikan secepat mungkin untuk menurunkan risiko komplikasi dan kematian pada penghidap sepsis yang parah serta syok septik.

Pengidap sepsis juga akan memerlukan beberapa pengendalian suportif untuk menangani gejala-gejala sepsis. Langkah-langkah tersebut meliputi:
- Ubat untuk meningkatkan tekanan darah. Ubat ini akan mendorong otot-otot yang berkaitan untuk mengepam darah ke seluruh tubuh dan mengetatkan saluran darah.
- Pemberian oksigen. Jika kadar oksigen dalam darah penghidap terhitung rendah, doktor akan memberikan bekalan oksigen melalui hos atau bahkan alat pernafasan serba lengkap.
- Infus untuk menggantikan cecair tubuh. Campuran biasanya akan diberikan selama 1-2 hari pertama guna mencegah terjadinya dehidrasi dan menjaga fungsi buah pinggang. Doktor juga akan terus memantau keadaan buah pinggang dengan menyemak volume air kencing.
- Pengendalian sumber jangkitan. Misalnya mengalir nanah dari abses atau mengubati luka yang mengalami jangkitan.

Ekzema Atopik


Ekzema atopik atau yang disebut juga dengan dermatitis atopik adalah keadaan di mana kulit menjadi kering, pecah-pecah, gatal, dan berwarna kemerahan. Ekzema atopik merupakan jenis penyakit jangka panjang (kronik) dan gejalanya dapat membaik lalu kembali menjadi parah. Ini biasanya berlaku dua atau tiga kali dalam satu bulan.

Ekzema atopik merupakan bentuk ekzema yang paling umum terjadi. Ekzema sendiri merupakan keadaan keradangan pada kulit yang ditandai dengan adanya kulit kering dan berwarna kemerahan, sedangkan kata atopik merujuk pada orang-orang yang cenderung mempunyai alahan tertentu. Pesakit ekzema atopik ini berisiko mengalami keadaan atopik lain, seperti asma dan demam hay.

Beberapa jenis ekzema lain adalah:

- Dermatitis Discoid, iaitu jenis ekzema yang berlaku dengan bentuk lesi bulat atau bujur.

- Dermatitis verikosa, adalah jenis ekzema yang paling kerap mengenai bahagian bawah kaki dan disebabkan masalah aliran darah melalui vena kaki.

- Dermatitis dishidrotik (pompholyx), adalah jenis ekzema yang menimbulkan luka lepuh kecil yang boleh pecah di sepanjang telapak tangan.

- Dermatitis numularis, jenis ekzema ini banyak menyerang wanita dan membentuk ruam merah berbentuk syiling.

- Dermatitis seborrheic, adalah jenis ekzema yang tumbuh di sisi hidung, kening, telinga dan kulit kepala.

- Dermatitis stasis, iaitu jenis ekzema yang membuat kulit menjadi keras dan meninggalkan ruam berwarna coklat.

Ekzema atopik umumnya muncul pada anak-anak, namun tidak menutup kemungkinan boleh menyerang dewasa. Ekzema atopik biasanya menyerang orang yang mempunyai sejarah keluarga pesakit ekzema, asma, hay fever dan kerosakan pelindung kulit yang menyebabkan cecair keluar dan bakteria boleh masuk ke dalam kulit. Ekzema Atopik ini boleh muncul di bahagian tubuh mana saja, terutama di bahagian kulit yang mempunyai lipatan Beberapa tempat yang sering menjadi lokasi kemunculan ekzema:

- Wajah dan kulit kepala

- Tangan (terutama jari tangan)

- Bahagian dalam siku

- Bahagian belakang lutut

- kaki

Punca Ekzema Atopik

Ekzema atopik sering disertai keadaan perubatan lain, seperti hay fever (alahan terhadap debunga) dan asma. Hingga kini, punca sebenar belum diketahui.

Berikut ini adalah beberapa faktor yang boleh memburukkan lagi gejala yang muncul akibat ekzema atopik:

1) Menggaru kulit sehingga kulit mengalami luka atau iritasi.

2) Kulit yang kering.

3) Jangkitan bakteria dan virus.

4) Cuaca panas dan perubahan tahap kelembapan.

5) Keringat tubuh.

6) Cecair pelarut, pembersihan, sabun, dan detergen.

7) Makanan seperti telur, susu, kacang, kacang soya, dan ikan. Terutama kesannya kepada bayi dan anak kecil.

8) Debu dan serbuk sari.

9) Asap rokok dan pencemaran udara.

Rawatan untuk Ekzema Atopik:

Hampir sebahagian besar pesakit ekzema atopik akan merasakan gejala yang kumat-kumatan, dan kadang-kadang tanpa ada pencetus yang jelas. Untuk mengurangkan gejala dan kekerapan berulangnya, doktor mungkin akan mencadangkan anda untuk:

Cuba seboleh mungkin untuk tidak menggaru kawasan yang gatal. Apabila sudah tidak tertanggung, gosok kawasan yang gatal dengan lembut tanpa menggunakan kuku.

Elakkan pendedahan kepada udara atau air yang terlalu panas ataupun terlalu sejuk, kerana keadaan yang ekstrem boleh mencetuskan iritasi.

Gantilah sabun mandi anda dengan sabun mandi yang mengandungi pelembap (emolien).

Gunakanlah pakaian berbahan katun, kerana lebih lembut untuk kulit.

Bilas baju selepas dicuci dengan detergen hingga bersih, kerana kandungan dalam detergen diduga boleh merengsakan kulit.

Thursday, 1 June 2017

Peristiwa Ramadhan

Di bulan Ramadhan ini. Pelbagai persiapan dari segi mental dan fizikal diperlukan untuk menempuhi bulan yang diberkati ini. Bulan Ramadhan merupakan bulan di mana setiap mukmin diwajibkan menunaikan puasa sehari semalam selama satu bulan. Bulan Ramadhan sememangnya memberi seribu pengertian kepada umat Islam. Di dalam bulan ini tersembunyi satu malam yang paling mulia, iaitu Lailatul Qadar. Sekiranya seorang mukmin beribadat di malam ini, ia akan digandakan pahalanya bagaikan beribadat seribu tahun. Bergitulah berkatnya malam Lailatul Qadar ini.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa peristiwa yang terjadi di Bulan Ramadhan yang memberi seribu pengertian dan kesan psikologi kepada Umat Islam. Antara peristiwa-peristiwa itu adalah:

1. Turunnya wahyu pertama kepada Rasullulah saw
Peristiwa ini terjadi ketika baginda Rasulullah SAW beribadat di Gua Hira’. Kedatangan Jibrail as amat memeranjatkan Rasullulah. Wahyu pertama ini terkandung dalam Al-Quran iaitu dalam surah Al-Alaq.

Kesan kepada Islam: Rasullulah saw telah dipertemukan pertama kali dengan Jibrail as. Saat ini merupakan detik paling mengujakan bagi umat Islam keseluruhannya kerana ayat ini merupakan ayat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW. Sejak wahyu pertama ini, Rasullulah SAW kemudiannya telah mendapat banyak lagi wahyu yang kemudiannya dimuatkan di dalam Al-Quran.

2. 17 Ramadhan 2H: Meletusnya Perang pertama dalam Islam iaitu Perang Badar
Di riwayatkan terjadi pada hari Jumaat 17 Ramadhan 2H. Tentera umat Islam seramai 300 orang manakala tentera kaum Musyrikin Mekah adalah kira-kira 1000 orang. Dipercayai tentera Islam terpaksa menunggang seekor unta untuk 2 orang. Peperangan berat sebelah ini akhirnya memihak kepada umat Islam. Antara tokoh Musyrikin Mekah yang gugur adalah Abu Jahal laknatullah.

Kesan kepada Islam: Islam telah berjaya menghadapi perang yang dianggap hidup dan mati Islam ini dengan jayanya. Sekiranya Islam kalah dalam peperangan ini, sesungguhnya tidak mungkin Islam akan tersebar ke seluruh dunia sepertimana terjadi pada hari ini. Inilah perang yang digelar talian hayat Islam.

3. Ramadhan 5H: Persiapan Perang Khandaq
Perang Khandaq dikenali sedemikian kerana perang ini melibatkan parit-parit yang digali mengelilingi khemah-khemah kaum Muslimin. Pengalian parit ini disyorkan oleh sahabat Rasulullah SAW iaitu, Salman Al-Farisi. Kerja-kerja penggalian dimulakan pada bulan Ramadhan, 5H. Meskipun berpuasa, ia tidak menjadi halangan kepada mereka. Perang ini akhirnya dimenangi oleh umat Islam pada Bulan Zulkaedah.

Kesan kepada Islam: Sejak Perang Khandak, Islam telah membentuk perpaduan penuh di kalangan penganutnya. Perang yang berlanjutan selama beberapa bulan ini telah benar-benar menguji iman orang Islam waktu itu. Dengan Rasullulah SAW sebagai pemimpin, para sahabat menghadapi perang ini dengan sabar dan penuh perpaduan.

4. 20 Ramadhan 8H: Pembukaan Kota Mekah (Futhul Mekah)
Akhirnya, Mekah berjaya dikuasai oleh Umat Islam pada 20 Ramadhan 8H. Ketika itu, Rasulullah SAW memimpin para sahabat baginda yang seramai 10,000 orang kesemuanya memasuki Mekah.
Diriwayatkan bahawa Rasullulah SAW dan para Sahabat mengenakan sut baju besi yang lengkap sebagai simbol kegagahan dan kekuatan tentera Rasullulah. Batalion Rasullulah SAW itu telah mengentarkan hati seluruh Arab Quraisy yang mana sebelum ini telah banyak membuatkan hati nabi kesayangan kita ini perit dan luka. Rasullulah pernah dipulau, diusir serta terpaksa berhijrah ke Madinah. Semuanya kerana kejahilan dan kejahatan Musyrikan Quraisy.

Kesan kepada Islam: Islam telah bertapak kukuh sejak peristiwa ini. Segala berhala dan gambar-gambar di dalam Kaabah telah dimusnahkan oleh para sahabat dan Rasulullah SAW sendiri. Tanah Haram Mekah telah dimuliakan sejak daripada peristiwa Futhul Mekah.

5. Ramadhan 9H: Penarikan balik daripada Perang Tabuk
Rasullulah SAW menarik balik tenteranya di medan Tabuk kerana tidak mendapati sebarang kelibat tentera Kristian Byzantine di sekitarnya. Perang ini mula meletus apabila Kristian Byzantine ingin meluaskan empayarnya ke Tanah Arab. Rasullulah telah memimpin sendiri kempen kali ini dengan kekuatan 30,000 orang tentera dengan 10,000 orang adalah tentera berkuda. Diriwayatkan, setiba di Tabuk, tiada langsung kelibat sebarang tentera Rom. Akhirnya Rasullulah SAW menarik balik tenteranya daripada medan Tabuk dan pulang ke Madinah.

Kesan kepada Islam: Kekuatan mental dan psikologi Umat Islam semakin tinggi. Dikatakan tiada sedikit pun pertumpahan darah berlaku. Diriwayatkan, Rasullulah SAW telah dimakbulkan doanya apabila Allah SWT telah mengirimkan kira-kira 100,000 orang Malaikat untuk bersiap sedia menghadapi musuh. Dikatakan semasa angkatan Rom ingin memasuki wilayah Tabuk.

Mereka gentar dengan kehadiran seramai 100,000 ‘tentera muslimin’ yang berpakaian serba putih, sasa, tegap dan berbadan besar serta bersedia untuk berperang. Mereka menyangka kelibat 100,000 orang yang menunggu mereka itu adalah tentera muslimin.Dengan rasa gerun, tentera Kristian Byzantine berundur dari medan perang. Sejak Perang Tabuk, tentera muslimin semakin utuh dan kental.

6. Ramadhan 92H: Penawanan Andalusia
Tariq Bin Ziyad yang megetuai 12,000 orang tentera Islam berdepan dengan tentera Kristian seramai 90,000 yang diketuai sendiri oleh Raja Rhoderic of Vasigoth. Tariq Bin Ziyad mengarahkan tenteranya membakar kapal-kapal perang mereka sebelum bertempur dengan tentera Raja Rhoderic.
Beliau berkata: ”Sesungguhnya, syurga Allah terbentang luas di hadapan kita, dan dibelakang kita terbentangnya laut. Kamu semua hanya ada dua pilihan, sama ada mati lemas, ataupun syahid.”
Tindakan bijak Tariq Bin Ziyad telah memberi motivasi penuh kepada tentera mukmin. Pasukan tentera ini bukan sahaja telah mengalahkan tentera-tentera Kristian pimpinan Raja Rhoderic, malah telah mampu membebaskan keseluruhan Sepanyol, Sicily dan sebahagian Perancis. Bagaimanapun, Tariq Bin Ziyad telah dihukum pancung kerana dipercayai difitnah oleh pembesar bani Umayyah.

Kesan kepada Islam: Di sini, bermulanya zaman keemasan Islam di Andalusia, dengan Islam menguasainya selama 700 tahun.

7. Ramadhan 129H: Kemenangan Abu Muslim Al-Khorasani ke atas dinasti Umayyah
Abu Muslim Al-Khorasani telah memimpin tentera yang memihak kepada keluarga Abbas untuk melakukan revolusi ke atas dinasti Umayyah. Revolusi mula tercetus apabila kemangkatan Khalifah Umayyah, Hashim Ibnu Al-Malik. Kemenangan Abu Muslim telah menyemarakkan keluarga Abbas untuk menaiki takhta seterusnya menumbangkan dinasti Umayyah. Bagaimanapun, Abu Muslim telah dibunuh sepertimana yang telah berlaku kepada Tariq Bin Ziyad. Ironinya, beliau dibunuh oleh adiknya sendiri. Selepas kematiannya, Bani Abbassiyah telah mengumpul pelbagai musuh politik terutamanya daripada pengikut setia Abu Muslim.

Kesan kepada Islam: Bani Umayyah tumbang dan diganti oleh Bani Abbasiyyah. Pada masa ini, kegemilangan Islam tetap utuh meskipun terdapat pelbagai perang saudara di antara satu sama lain.

8. Ramadhan 584H: Kemenangan Salahuddin al-Ayyubi pada Perang Hittin 
Panglima agung Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib pimpinan Guy de Lusignan, Raymond III of Tripoli, Gerrard de Rideford, Balian of Ibelin dan Raynand of Chatillon. Dipercayai, Perang Hattin ini telah menyebabkan pihak tentera salib kehilangan 17,000 daripada kira-kira 20,000 orang tentera mereka. Di akhir perang ini, Guy de Lusignan, Gerrard de Rideford dan Raynand of Chatillon ditangkap. Tetapi, hanya Raynand of Chatillon sahaja dipancung kerana kebiadaban Raynand of Chatillon membunuh kabilah haji ke Mekah dan umat Islam di Juruselam. Guy de Lusignan dan Gerrard de Rideford dibebaskan oleh panglima yang terkenal sebagai hati mulia ini dengan tanpa syarat.

Kesan kepada Islam: Menjadi titik tolak kepada kejayaan Islam dalam Perang Salib seterusnya. Juruselam juga berjaya dibebaskan dari cengkaman Kristian. Melalui perang ini juga, reputasi Salahuddin bin Ayubbi telah tersebar hingga ke Eropah sehinggakan terdapat duti khas untuk membelanjai peperangan salib seterusnya dikutip di England dan Perancis yang dinamakan sebagai Saladin tithe.

9. Ramadhan 658H: Kejatuhan kota Baghdad 
Kerakusan tentera Mongol pimpinan Hulagu Khan telah menyebabkan Kota Baghdad jatuh tersungkur. Kota Baghdad terkenal sebagai kota ilmu satu ketika dahulu dan diriwayatkan bahawa seluruh buku-buku daripada perpustakaan Baitul Hikmah telah dicampak ke Sungai Tigris sehingga berubah air sungai itu kepada warna kehitaman. Warna kehitaman itu disebabkan oleh dakwat-dakwat yang mencair. Khalifah Abbasiyah ketika itu, Al-Muktasim telah dibunuh dengan kejam. Beliau digulung di dalam permaidani dan dipijak dengan kuda sehingga mati. Dipercayai Hulagu Khan menggulung Al-Muktasim sedemikian rupa bagi mengelakkan darah diraja tumpah ke bumi untuk mengelakkan sumpahan.

Kesan kepada Islam: Kegemilangan Islam berakhir. Ilmu-ilmu yang diwarisi daripada dinasti-dinasti sebelumnya telah hilang di sungai Tigris akibat perbuatan tidak bermoral tentera Mogul.

Selain itu, populasi di Baghdad merosot dengan mendadak setelah pembunuhan kira-kira 1.8 juta rakyatnya. Dipercayai, penganut Kristian tidak dibunuh melainkan penganut Islam dan Yahudi serta penganut agama lain kerana isteri Hulagu Khan, Doquz Khaton yang bermazhab Kristian Nestorian mendesak Hulagu Khan supaya tidak membunuh semua penganut Kristian.


Zakat Fitrah

Zakat fitrah adalah zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Dari Ibnu Umar r.a. katanya, “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan kepada semua orang Islam, lelaki dan wanita, orang yang merdeka mahupun hamba, 1 (satu) Sha’ kurma atau gandum.” (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Syarat-syarat bagi Wajib Zakat Fitrah:
- Mempunyai lebihan makanan atau harta dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Jenis Dan Kadar Bayaran Zakat Fitrah
1. Jenis zakat yang dikeluarkan ialah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras.
2. Kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram).
3. Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.

Lafaz Akad Zakat Fitrah
1) Lafaz untuk diri sendiri:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
2) Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
3) Lafaz bagi pihak:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

5 waktu dan masa mengeluarkan zakat fitrah
1 - Wajib. Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2 - Afdhal. Sebelum sembahyang Hari Raya.
3 - Sunat. Sepanjang bulan Ramadhan.
4 - Makruh. Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
5 - Haram. Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Untuk mengelakkan suasana yang sibuk dan kesukaran bagi amil-amil dan juga kelalaian bagi pembayar itu sendiri sehingga melepasi waktu afdhal, maka dinasihatkan supaya zakat fitrah dikeluarkan lebih awal, iaitu mulai hari pertama bulan Ramadhan.
Maksud sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, “Maka sesiapa yang mengeluarkan (fitrah) sebelum sembahyang Hari Raya, maka itulah zakat yang diterima, dan sesiapa yang mengeluarkannya sesudah sembahyang Hari raya maka itu hanyalah merupakan sedekah sahaja.“

Popular Posts