Navigasi


Selamat Datang ke Blogpost Pegaga Nenek   *Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.   *Setiap hari kita belajar sesuatu baru.   *Betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.   *Terus berusaha, jangan putus asa.   *Hari ini kita atas tanah, esok mungkin tanah atas kita.   *Nikmati bila Anda mampu, dan bertahan ketika Anda harus.   *Hormat dan taat kepada ibu dan bapa.   *Yang paling jujur adalah cermin, yang paling tipu adalah gambar.   *Anak adalah anugerah daripada Allah.   *Selalu ucap "Alhamdulillah".   *Setiap pilihan tiada salah mahupun betul, terpulang pada kita sendiri.   *hari ini akan lebih indah daripada kemarin jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman.   *Cakaplah yang benar walaupun ianya pedih.   *Mulakan harimu dengan memuji Allah.   *Kalau dunia ini pahit, Allah ialah gulanya.   *Kejarlah Ilmu dan Lakukanlah amal. Keduanya akan menuntun jalan ke Syurga.   *Berbaik hati kepada bayang kehidupanmu.   *Belajar sabar meski gelisah, belajar setia meski tergoda, belajar mengasih meski terluka.
Yellow Background Green Background Blue Background Red Background Red Background Red Background

Monday, 26 February 2018

SAINS ISLAM (4)

Praktis Sains dalam Kalangan Saintis Muslim Silam

Sains Islam tidak terhad kepada sains mengenai dunia bahan atau jasmani sahaja malah merangkumi sains al-Quran dan hadis (Seyyed Hossein:1968). Perbincangan sains Islam silam bukan untuk mengagungkan diri sendiri atau sekadar membangkitkan nostalgia zaman keemasan Islam untuk dikenang semata-mata. Namun atas dua alasan seperti berikut;

i. Untuk memahami hakikat bahawa Islam bergerak seiring dengan perkembangan sains dan teknologi hinggalah ke hari ini. Malah orang Islam bukan hanya sekadar berbangga dengan pencapaian terdahulu tetapi perlu berusaha mengembalikan kegemilangan tersebut. Harus difahami dengan jelas bahawa dunia Barat yang saintifik hari ini sebenar sama keadaannya dengan dunia Timur yang saintifik pada masa dahulu (Azizan Baharudin:1986).

ii. Objektif kedua adalah sebagai kaedah untuk membantu kita menggariskan misi dan visi seterusnya membentuk imej dan identiti sains Islam (Sardar,Z:1992).

Inovasi sains Islam mampu mencipta jentera canggih untuk mengatasi masalah dalam kehidupan, namun hasil garapan murni dan harmoni dengan alam sekeliling menjadikan penciptaan teknologi Islam lebih beretika dan sempurna (Seyyed Hossein:1980). Selain itu, Sardar (1982) menjelaskan bahawa saintis Islam terdahulu mengaplikasikan proses metodologi penyelidikan sains dan penghasilan teknologi berdasarkan lunas Islam. Dalam erti kata, masalah pragmatik yang ditangani untuk faedah masyarakat atau penyelesaian masalah hakiki untuk kesempurnaan manusia tidak dapat diselesaikan secara tidak beretika.

Sardar (1980) turut membahaskan etika murni dan budaya kerja profesional para saintis Islam seperti Al-Razi (m.d. 925M) melalui kaedah pencerapannya tentang cacar air dianggap klasik. Ibn Sina (m.d. 1037M) pula, melalui bukunya 37 Sains Islam vs Sains Barat: Analisis Amalan dan Perbandingan Canons of Medicine telah menjadi teks piawai selama lebih 600 tahun. Tidak menggunakan binatang seperti anjing sebagai bahan uji kaji dalam penyelidikan kanser. Mereka bertegas untuk mencari kaedah penyelidikan alternatif, juga teliti terhadap produk akhir penyelidikan yang semestinya dapat diterima penggunaannya menurut syariat Islam.

Begitu juga Hunayn Ibn Ishaq (m. d. 877 Masihi) seorang pakar perubatan Islam tetap dengan pendiriannya untuk tidak mencipta racun walaupun atas arahan khalifahnya. Atas dasar kerjayanya yang berteraskan norma-norma Islam yang menegah melakukan perkara yang boleh membawa kemudaratan. Jelas di sini bahawa unsur atau mekanisme kerohanian dan keagamaan telah mengakari landasan sains dan teknologi (Osman Bakar &Azizah:1992).

Saintis Islam terkenal seperti Ibn Sina yang beriktikaf atau bertafakur di dalam masjid mencari ilham bagi menyelesaikan permasalahan sains. Kemudian beliau juga mengaplikasikan kaedah berdoa sebagai metodologi saintifik seterusnya selepas bertafakur (Hairuddin Harun:1992). Di sini dapat difahami bahawa metodologi saintifik Islam lebih luas skop aplikasi dan adaptasinya. Prinsip-prinsip kaedah atau metodologi sains Islam membincangkan kepelbagaian kaedah yang membolehkan manusia memperolehi pengetahuan realiti. Metodologi saintifik Islam turut mengakui kaedah yang bukan berbentuk empiris seperti ilham dan kaedah gnostik atau kahsf sebagai metodologi saintifik alternatif.

Al-Kindi mengklasifikasikan ilmu kepada dua iaitu ilmu teori yang terdiri daripada tabii, matematik dan metafizika. Kedua; ilmu praktik yang meliputi akhlak, pengurusan rumah dan pengurusan bandar. Selain itu, ilmu psikologi dikategorikan sebagai ilmu tabii (Hassan Langgulung:1992).

Al-Farabi mempunyai pengklasifikasian yang lebih luas dan menyeluruh. Menurut beliau sains terbahagi kepada dua iaitu falsafah yang terdiri daripada dua jenis utama, praktik dan teori. Sains falsafah jenis praktik adalah terdiri daripada politik dan akhlak. Manakala bagi jenis teori pula dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu metafizika, fizik dan persiapan. Sains kategori kedua pula merupakan sains praktis atau dikenali sebagai sains transmisi atau wahyu. Selain itu, sains juga menurut Al-Farabi terdiri daripada sains yang dituntut untuk dipelajari iaitu syariah yang dibahagikan kepada ilmu kalam dan ilmu Fikah. Sains bagi kategori kedua pula ialah sains alat yang terbahagi kepada logika dan linguistik. Di bawah logika terkandung falsafah yang dipecahkan pula kepada sains praktik dan sains teori (Al-Alusi:1980).

Bagi Ibn Sina pula, beliau telah membahagikan ilmu kepada dua bidang utama iaitu yang bersifat abadi dan sementara. Ilmu yang bersifat abadi dengan dua fungsi utama iaitu sebagai tujuan dan sebagai alat yang hanya terangkum dalam ilmu logika. Ilmu abadi yang berfungsi sebagai tujuan diklasifikasikan kepada teorikal yang terdiri daripada ilmu alam semula jadi, matematik, metafizika dan ilmu universal. Klasifikasi kedua pula, praktikal yang merangkumi akhlak, pengurusan rumah. Pengurusan bandar dan syariah (Hassan Langgulung:1992).

Al-Ghazali mengklasifikasi ilmu secara lebih bersifat umum, beliau telah mengklasifikasikan ilmu kepada syariah yang terkandung di dalamnya sumber asal al-Quran, sunah, ijma’ dan sejarah sahabat. Pecahan atau cabangnya pula ialah fikah dan hati. Bagi nahu dan bahasa adalah sebagai pendahuluan dan yang terakhir penutupnya juga terdiri daripada al-Quran dan lainlain. Kategori kedua pula ialah ilmu ‘aqliah yang mencakupi yang diperolehi dan daruri atau ilmu yang dianugerahkan oleh Allah juga dikenali sebagai ilmu laduni. Ilmu ‘aqliah yang diperolehi dipecahkan kepada dua iaitu dunia dan akhirat. Ilmu bersifat duniawi terdiri daripada perubatan, matematik, astrologi dan kejuruteraan, manakala ilmu akhirat hanyalah meliputi sifat- sifat Allah (tauhid) dan hati (tasawuf) (Hassan Langgulung:1992).

38 Vol.20 (April) 2017

Pengklasifikasian dan pengelasan ilmu pengetahuan kepada pelbagai bidang ini secara langsung memberikan satu garis panduan yang jelas dalam kaedah dan metodologi pengajian sains dan teknologi Islam. Penekanan sains Islam memberikan status yang sama kepada segala bentuk ilmu pengetahuan, malah ianya dirangkumkan di dalam satu susunan matrik nilai yang membuktikan bahawa saintis Islam mampu menerima dan seterusnya mensintesiskan ilmu sains yang wujud daripada pelbagai tamadun terdahulu.

Selanjutnya, apabila ianya menjadi sebahagian daripada kerangka nilai-nilai Islam yang abadi, sains asing itu diubah dan dimodifikasi kepada suatu bentuk yang baru dan lebih bermutu. Malah menurut Sardar (1992), sains Islam walaupun sama seperti sains Greek dan China yang mempunyai identiti tersendiri dan unik, namun ianya jelas wujud perbezaan yang ketara daripada kedua-duanya, kerana sains Islam lebih bersifat universal disebabkan oleh proses penyebaran secara geografi dan sifat kosmopolitan tamadun Islam.

Di dalam karya Ibn Hazm seperti catatan A. G Chejne (1982), peringkatperingkat ilmu sains (Maratib Al-‘Ulum), di dapati wujud kesepaduan dan kejituan yang sempurna di antara ilmu pengetahuan dan nilai-nilai. Di samping membentuk hierarki ilmu sains, Ibn Hazm juga menekankan perkaitan antara kelas-kelas ilmu tersebut. Bagi beliau, ilmu pengetahuan ialah keyakinan (tayaqqun) terhadap sesuatu. Beliau menghubungkan ilmu pengetahuan dengan empat kebaikan yang utama; keadilan, kefahaman, keberanian dan kemurahan hati.

Selain itu, A.G Chejne telah merumuskan pandangan Ibn Hazm terhadap ilmu pengetahuan sebagai ilmu pengetahuan seperti juga keimanan, merupakan jalan atau prasyarat kepada kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Sehubungan itu, iman dan akal walaupun berbeza dari segi sifatnya, tetapi mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk memperolehi kebaikan-kebaikan tersebut. Keserasian iman dan akal menjamin kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Keprihatinan saintis Islam seperti Ibn Hazm dalam usaha mensintesiskan nilai dengan ilmu pengetahuan dan juga ilmu dengan amalan serta kebaikan, telah memberi impak besar kepada pengklasifikasian ilmu pengetahuan sebagai bahagian atau kategori ilmu yang tercela dan tidak bermanfaat.

Sehubungan itu, Ibn Taymiyyah (1324H) berpendapat bahawa ilmu yang dituntut untuk dipelajari oleh umat Islam ialah ilmu yang diwarisi daripada Nabi Muhammad SAW. Ilmu daripada sumber lain dianggap tidak perlu, tidak mencapai tahap ilmu dan tidak bermanfaat. Pembahagian ilmu kepada yang bersifat mulia dan cela, telah berjaya membentuk kriteria dan wibawa saintis Islam agar bertanggungjawab untuk mengekalkan keseimbangan diri dan masyarakat serta mempertingkatkan nilai-nilai yang menjadi prinsip hidup Islam (Afzalur Rahman:1981). Kepentingan masyarakat menjadi agenda terpenting di samping usaha penyelidikan dan pengkajian serta penciptaan sains dan teknologi.

Al-Biruni atau nama sebenar Abu Raihan Al-Biruni (973M-1051M) sebagai contoh saintis Islam yang mengaplikasikan kesepaduan kaedah-kaedah dalam mencari kebenaran saintifik (Seyyed Hossein:1968). Terdapat banyak kaedah yang digunakan oleh beliau dalam usaha penyelidikannya, seolah-olah terdapat satu daya asimilasi yang kukuh dan jitu dalam kerangka pemikirannya. Matematik ialah kaedah utama yang menjadi metod penyelidikan sains beliau.

Bagi al-Biruni (1967), semestinya menjadi kewajipan bagi manusia untuk mengira objek-objek di sekelilingnya dan menentukan satu bentuk korelasi kuantitatif antara objek-objek tersebut. Akan tetapi beliau menekankan kegunaan ilmu pengetahuan sebagai motif utama dan terpenting dalam usaha penyelidikan dan pengembangan sains. Mensintesiskan pendekatan-pendekatan 39 Sains Islam vs Sains Barat: Analisis Amalan dan Perbandingan ilmu pengetahuan seterusnya mencari jalan tengah merupakan tanda kecemerlangan sains al-Biruni. Di dalam karyanya, AlQanun Al-Mas‘udi, beliau memulakan pengkajiannya dengan melihat kembali karya-karya para saintis sebelumnya dan kemudian mempersembahkan serta menilai keputusan-keputusan pencerapannya sendiri (Seyyed Hossein:1968). Falsafah sains al-Biruni amat menarik untuk dijadikan moto dan motivasi saintis dan sarjana Islam, beliau menyebut (Douglas:1980):

Seorang pemerhati mestilah sentiasa peka, sentiasa meneliti kerjanya, meningkatkan muhasabah diri, mengurangkan rasa ujub dan tidak terburu- buru atau berasa bosan meneruskan penyelidikannya.

Di dalam kerangka inilah, sains Islam terarah dan terpandu ke jalan tengah yang mengambil kira kesemua unsur penting. Dalam erti kata lain, ilmu sains Islam berorientasikan faedah, manfaat dan kebaikan kepada kehidupan sejagat. Islam bukanlah semata-mata satu peraturan kepercayaan agama. Ia adalah satu set etika dan ideal yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia (M.Ali Kettani:1991).

Pengenalan terhadapnya berjaya mencetuskan peradaban dan ketamadunan Islam yang gemilang. Peradaban ini dan sumbangannya terhadap sains dan teknologi tidak mungkin berlaku tanpa daya rangsangan nilai-nilai Islam. Manusia secara globalnya dituntut agar mengaplikasikan dan merealisasikan ilmu pengetahuan bukan sekadar untuk mengenal tuhannya (Ismail Faruqi:2000) tetapi juga untuk berbakti sesama insan melalui pelaksanaan sains dan teknologi berteraskan sistem dan kaedah yang halal dan baik.

Atas dasar inilah wujud kecenderungan ke arah pengelasan ilmu pengetahuan secara sistematik. Perkara ini amat ketara dalam perkembangan tamadun sains Islam, malah ianya menjadi usaha utama dikalangan saintis muslim silam.

Penutup

Ketamadunan Islam terbina kukuh dan ampuh di samping pengajian sains yang mempunyai identiti dan imej tersendiri. Proses asimilasi dan islamisasi diterapkan dalam kaedah dan prosedur pemantapan sains Islam. Sains Yunani, Romawi dan Greek diadaptasikan dan diaplikasi disamping penyaringan dibuat demi keunggulan tamadun Islam.

Kepenggunaan sains dalam perspektif Barat pula, dilihat sebagai hasil cetusan rawak pelbagai faktor kemasyarakatan, ianya berlaku secara meluas dan kebetulan. Mekanisme perkembangan pula adalah berbentuk evolusi menegak daripada teknologi primitif kepada teknologi moden yang lebih canggih.

Sains dalam kerangka syariah Islamiyah, menghasilkan konklusi positif dalam rangka usaha menghidupkan kembali tradisi keilmuan sains Islam silam yang bersifat kesepaduan antara wahyu dan akal. Selain itu, sains Islam memiliki keistimewaan tersendiri dan mampu memartabatkan kembali syariah Islamiyah yang dianggap sudah hilang kewajaran dan keperluan dalam menangani permasalahan semasa masyarakat kesan daripada perkembangan sains dan teknologi masa kini.

Penulis turut berpendapat bahawa proses Islamisasi sains adalah tidak wajar dan rasional kerana umat Islam telah mendahului Barat dalam menerajui perkembangan pengajian sains itu sendiri. Kemungkinan yang ada, proses ini dianjurkan para sarjana Islam merupakan manifestasi daripada perkembangan sains moden yang telah diserapi sekularisme tajaan Barat. Namun aspek pendekatan sains Islam jelas menunjuk masih kekal dalam kerangka Syariah Islamiyah seperti dibina para saintis muslim terdahulu.

40 Vol.20 (April) 2017

RUJUKAN

A. G. Chejne, 1982, Ibn Hazm, Chicago: Penerbit Kazi. Abdul Wahab Ismail, 1989, Falsafah Sains Dan Teknologi Moden Menurut Islam, dlm.(pnyt. ) Shaharir Mohd. Zain, Pengenalan Tamadun Islam Dalam Sains Dan Teknologi, Kuala Lumpur: DBP. Abu Fadl Mohsin Ebrahim, 1995, Isu-isu Bio-Perubatan Menurut Islam, ( terj. ) Yusof Ismail, Kuala Lumpur: A. S Noordeen. Afzalur Rahman, 1981, Quranic Sciences, Singapore: Pustaka Nasional. Al-Alusi, Hisyam Al-Din, 1980, Dirasat Fi Al-Fikr Al-Islami, Beirut: Al- Muassat Al-‘Arabiah Li Dirasat Wa Al- Nasyr. Al-Biruni, 1967, The Determination of The Coordinate of Positions For The Correction of Distance Between Cities, (terj.) Jamil Ali, Beirut. Azizan Baharudin, 1986, Pengenalan Tamadun Islam Di Andalus, Kuala Lumpur: DBP. Baharudin Ahmad, 1994, Falsafah Sains daripada Perspektif Islam, Kuala Lumpur: DBP. Bucaille, M., 1978, The Bible, Quran and Science, Indianapolis, USA: North American Trust Publications. Chejne, A., 1974, Muslim Spain, Its History and Culture, USA: University of Minnesota Press. Danial Zainal Abidin, 2003, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, Kuala Lumpur: PTS Publications. David Layton, 1992, Science And Technology Teacher Training And Professional Development: The Quest For Quality, dlm. , Innovations In Science And Technology Education, Jld. IV, Paris: UNESCO. Douglas , A. V., (1980 , Al- Biruni, Persian Scholar- 973-1048, Canada: J. Roy Astronomical Soc. 67. Dunlop, D. M., (1958 , Arabic Science In The West, Karachi: Pakistan Historical Society. Encyclopaedia Britannica, 1977, jld. 16. F. Schoun, 1972, Understanding Islam, London: Allen And Uwin. Fadzlullah Hj. Shuib, 1995 , Kecemerlangan Ilmu Dalam Sejarah Dan Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Warisan. Gabrieli, Francesco, 1974, Islam in The Mediterranen World, Dlm. Schacht, J. dan C. E. Bosworth, (pnyt.) The Legacy of Islam, Oxford University. Glyin Ford, 1991, Kelahiran Semula Sains Islam, Dlm. Ziauddin Sardar, (pngr.) Sentuhan Midas, Kuala Lumpur: DBP. Hairudin Harun, 1991, A Pedagogical Approach to Study of Science at Primary Level Madrasah: Some Principles And Practical Suggestions, dlm. Jurnal Pendidikan Islam, jld. 4, bil. 1-2. Hairudin Harun, 1992, Daripada Sains Yunani Kepada Sains Islam, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Ibn Taimiyyah, Taqi Al-Din, 1324 H, Majmu ‘ah Al- Rasail Al- Kubra, Kaherah: Al-Matba‘ah AlSyarqiah, Jld. 1. Ismail Raji Faruqi, 2000, Tauhid, Kesannya Terhadap Pemikiran Dan Kehidupan, (terj.) Unit Terjemahan Modal Perangsang Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Khurshid Ahmad, 1979, Economic Development in an Islamic Framework, Dlm. Islamic Perspectives, London: The Islamic Foundation. Kragh, Helge, 1987, An Introduction to The Historiography of Science, London. Langgulung, Hasan, 1992, Pengenalan Tamadun Islam dalam Pendidikan, Kuala Lumpur: DBP. M. Ali Kettani, 1991, Sains dan Teknologi dalam Islam: Sistem Nilai Sandaran, Dlm. Ziauddin Sardar, (pngr. ), Sentuhan Midas, (terj.) Rosnani Hashim & Abdul Karim Abdul Ghani, Kuala Lumpur: DBP. M. Husain Sardar, 1984, Science and Islam: Is There a Conflict, dlm. Ziauddin Sardar, The Touch of Midas, UK: Manchester University Press. Maurice Bucaille, 1994, Al-Quran dan Sains Moden, Dlm. Baharudin Ahmad (pngr.) Falsafah Sains daripada Perspektif Islam, Kuala Lumpur: DBP. Mohamad Zuhdi Marzuki, 2000, Pengajian Sains, Teknologi Dan Masyarakat: Satu Pendekatan Bersepadu Ke Arah Wawasan 2020, Dlm. ,(pnyt.) Abdul Latif Samian dan Mohammad Sabri Haron, Pengajian Umum Di Alaf Baru, Bangi: UKM. Mohammad Abu Bakar, 1991, Konsep Kemajuan Moden dan Komitmen Kehidupan Muslim, Islamika IV, Kuala Lumpur: Gateway Publishing House. Mohammad Ilyas, 2003, Astronomi Islam dan Perkembangan Sains: Kegemilangan Masa Lalu Cabaran Masa Depan, (terj.), Juneta Zawawi & Norlida Jantan, Selangor: UITM. Muhajir, Ali Musa Raza, 1976, Lessons from The Stories of The Quran, Muhammad Ashraf, Pakistan: Lahore. Muhammad Uthman Al-Muhammady, 1994, Ancaman Terhadap Akidah Islam, Dlm. Ismail Haji Ibrahim & Mohd Sahri Abdul Rahman, (pnyt.), Ilmu dan Kecemerlangan Dari Perspektif Islam, Kuala Lumpur: IKIM. 41 Sains Islam vs Sains Barat: Analisis Amalan dan Perbandingan Osman Bakar dan Azizah Hamzah , 1992, Sains, Teknologi, Kesenian dan Agama, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya. Osman Bakar, 1994, Ilmu Tauhid Berasaskan Kajian Saintifik, Dlm. Ismail Haji Ibrahim & Mohd Sahri Abdul Rahman (pnyt.) Ilmu dan Kecemerlangan dari Perspektif Islam, Kuala Lumpur: IKIM. Osman Bakar, 1994, Mewujudkan Tamadun Ilmu Berlandaskan Tauhid, Dlm. Baharudin Ahmad (pngr.), Falsafah Sains Daripada Perspektif Islam, Kuala Lumpur: DBP. Osman Bakar, 1994, Persoalan Mengenai Kaedah dalam Sains Islam, dlm., Baharudin Ahmad (pngr.), Falsafah Sains Islam Daripada Perspektif Islam, Kuala Lumpur: DBP. Philip P. Wiener, 1973, Dictionary of The History of Ideas, dlm. Seyyed Hossein Nasr, Islamic Conception of Intellectual Life, New York: Charles Sribner’s Sons. Salam, A, 1980, Across The Border With Science, Physics Buletin, 31. Sardar, Z, 1980, Can Science Come Back To Islam?, New Scientist. Sardar, Z, 1991, Pendekatan Islam dan Barat Terhadap Sains, dlm. Sentuhan Midas: Sains, Nilai Dan Persekitaran Menurut Islam Dan Barat, (terj.) Rosnani Hashim & Abdul Karim Abdul Ghani, Kuala Lumpur: DBP. Sardar, Z, 1994, Strategi Dunia Islam Abad Ke- 21, Kuala Lumpur: DBP. Sardar, Z, 1976, Sains, Teknologi dan Pembangunan di Dunia Islam, (terj.) Shaari Abdullah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Sardar, Z, 1984, The Touch of Midas, United Kingdom: Manchester University Press. Sardar, Z, 1991, Sentuhan Midas, (terj.) Rosnani Hashim dan Abdul Karim Abdul Ghani, Kuala Lumpur: DBP. Sardar, Z, 1992, Hujah Sains Islam, (terj.) Abdul Latif Samian, Kuala Lumpur: DBP. Sardar, Z,1989, Explorations in Islamic Science, London And New York: Mansell. Sardar, Z. , 1982, Why Islam Need Islamic Science? , New Scientist. Sardar, Z., 1985 , Between Two Masters: The Quran Or Science, Afkar: Inquiry, 2 (8). Sarton, G, 1967, Introduction to The History of Science, V. 1, The University of Cambridge Press. Seyyed Hossein Nasr, 1980, Reflection on Methodology in Islamic Science’, dlm. Hamdard Islamicus, Jld. III, Bil. 3. Seyyed Hossein Nasr, 1994, Islam Dan Sains Moden, Dlm. Baharudin Ahmad (pngr.) Falsafah Sains Daripada Perspektif Islam, Kuala Lumpur: DBP. Seyyed Hossein Nasr, 1968, Sains Dan Peradaban Di dalam Islam, (terj.) J. Mahyudin, Bandung: Penerbit Pustaka. Seyyed Hossein Nasr, 1993, A Young Muslim’s Guide To The Modern World, (terj.) Hasti Tarekat, (pnyt.) Rachmat Taufiq Hidayat, Bandung: Penerbit Mizan. Sidi Ghazalba, 1974, Sistematika Filsafat: Pengantar kepada Dunia Filsafat Teori Pengetahuan, Metafizika, Teori Nilai, Kuala Lumpur: Utusan Melayu (M) Berhad. Sulaiman Noordin, 1979, Sains Barat Moden dan Percanggahannya Dengan Islam, Selangor: Nuur Publications Sulaiman Noordin, 1992, Sains falsafah dan Islam, Bangi: UKM. Vernet, Juan, 1974, Science: Mathematics, Astronomy and Optics, Dlm. Schacht, J. dan C. E. Bosworth, (pnyt.) The Legacy of Islam, UK: Oxford University. Weiver, G. Henry, 1984, The Mainspring of Human Progress, New York: The Foundation for Economic Education.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts