Navigasi


Selamat Datang ke Blogpost Pegaga Nenek   *Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.   *Setiap hari kita belajar sesuatu baru.   *Betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.   *Terus berusaha, jangan putus asa.   *Hari ini kita atas tanah, esok mungkin tanah atas kita.   *Nikmati bila Anda mampu, dan bertahan ketika Anda harus.   *Hormat dan taat kepada ibu dan bapa.   *Yang paling jujur adalah cermin, yang paling tipu adalah gambar.   *Anak adalah anugerah daripada Allah.   *Selalu ucap "Alhamdulillah".   *Setiap pilihan tiada salah mahupun betul, terpulang pada kita sendiri.   *hari ini akan lebih indah daripada kemarin jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman.   *Cakaplah yang benar walaupun ianya pedih.   *Mulakan harimu dengan memuji Allah.   *Kalau dunia ini pahit, Allah ialah gulanya.   *Kejarlah Ilmu dan Lakukanlah amal. Keduanya akan menuntun jalan ke Syurga.   *Berbaik hati kepada bayang kehidupanmu.   *Belajar sabar meski gelisah, belajar setia meski tergoda, belajar mengasih meski terluka.
Yellow Background Green Background Blue Background Red Background Red Background Red Background

Tuesday 20 February 2018

SAINS ISLAM (1)

©Ulum Islamiyyah Vol. 21 (August) 2017: pp 25-41
Universiti Sains Islam Malaysia
Manuscript received date: 1st February 2016
Manuscript accepted date: 11th January 2017
Manuscript published date: 31st July 2017

SAINS ISLAM VS SAINS BARAT: ANALISIS AMALAN DAN PERBANDINGAN
ISLAMIC SCIENCE VS WESTERN SCIENCE: PRACTICES AND COMPARATIVE ANALYSIS
ALIAS AZHAR

Corresponding Author
Pusat Pengajian Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia Sintok, Kedah, Malaysia
E-mail : az.alias@uum.edu.my

ABSTRAK 

Mengkaji perkembangan sains dalam ketamadunan manusia perlu meliputi perbincangan daripada dua aspek perkembangan iaitu dalam sejarah ketamadunan Islam dan keduanya ketamadunan Barat. Islam sebenarnya telah mengadakan suatu sintesis terpenting dalam sejarah peradaban insan. Perkembangan pesat ketamadunan Islam terbukti telah menyaingi tamadun- tamadun lain yang terdahulu dan yang terkemudian. Ini terhasil daripada selain kekuatan dalaman yang berpaksi kepada dua sumber dogmatik, iaitu alQuran dan sunah yang melahirkan kegiatan intelektual Islam yang dinamis dan kreatif. Identiti sains Islam dapat dijelaskan dalam analisis epistemologinya yang secara langsung dapat memberikan gambaran dan matlamat serta kedudukan sains dalam Islam. Begitu juga dengan analisis kritis terhadap metodologi yang mempengaruhi cara-cara aplikasi dan adaptasi sains Islam mampu menerangkan dan menjelaskan imejnya tersendiri berbanding dengan sains Barat. Sains dan teknologi Islam mampu membina jentera canggih untuk mengatasi masalah dalam kehidupan, namun hasil garapan murni dan harmoni dengan alam sekeliling menjadikan penciptaan teknologi Islam lebih beretika dan sempurna. Realitinya ialah wujud perbezaan yang jelas tentang pendekatan Islam dan Barat terhadap pembangunan dan kemajuan pengajian sains. Perbandingan sains Islam dan Barat wujud perbezaan yang nyata di dalam konteks, epistemologi dan metodologi pengajian sains dalam ketamadunan sains. Secara umumnya, perbezaan falsafah sains atau sistem kepercayaan telah memberikan implikasi terbesar kepada kewujudan perbezaan daripada aspek perkembangan pengajian sains itu sendiri.

Kata kunci: sains Islam, sains Barat, metodologi saintifik, epistemologi ilmu, tamadun Islam 26 Vol.20 (April) 2017

ABSTRACT

Reviewing the development of science in human civilization should include a discussion of two aspects of development which are the history of Islamic civilization and Western civilization. Islam provides the most important synthesis in the history of human civilization. The rapid development of Islamic civilization has proven to be a worthy rival to other wellknown and ancient civilization. This is the result of inner strength that was anchored by two sources of dogmatism, namely al-Quran and al-Sunnah, which gave birth to the Islamic intellectual and creative dynamic. The identity of Islamic science can be explained through the analysis of epistemology which can directly provide an overview and goalsof the position of science in Islam. Similarly, the critical analysis of the methodology that affect the application and adaptation of science can explain and clarify Islamic Science’s own image in comparison to Western science. Islamic science and technology can build sophisticated machinery to address the problems in life, but the harmonious integration with the environment causes the invention to be more ethical and perfect. The reality is that a clear distinction exists between Islam and Western approaches to the development and progress of the study of science. The comparison of Islamic and Western science shows significant differences in context, epistemology and methodology of science education in the science of civilization. Generally, the difference of philosophy of science or belief system has given the biggest implication to the existence of differences in terms of the development of the study of science .

Keywords: Islamic science, science Western, scientific methodology, epistemology of knowledge, Islamic civilization

Pendahuluan

Realiti kehidupan kini, kita perlu bergantung kepada bentuk sains moden serta implikasinya terhadap Islam sekiranya kita mahu memahami masalah yang dihadapi oleh Islam dalam dunia moden ini (Sardar,Z:1994). Analisis ini, walaupun penting tetapi ianya tidak dapat menggantikan kajian sains moden serta implikasinya, namun ianya lebih cenderung ke arah pembinaan kerangka atau acuan untuk memahami masalah yang dihadapi apabila berlaku pertembungan antara Islam dan sains moden (Abu Fadl Mohsin Ebrahim: 1995 dan Danial Zainal Abidin: 2003).

Identiti sains Islam mempunyai entiti yang berbeza daripada sains moden yang diaplikasikan hari ini. Bersesuaian dengan sifat Islam sebagai al-Din (way of life)( Quran 3: 19 dan 85; Quran 2:256) dan bukannya sebagai ideologi yang dihasilkan oleh pemikiran manusia yang bersifat relatif, perkaitan yang erat di antara sains Islam dan syariah Islamiyah adalah sangat jelas (Maurice Bucaille: 1994 dan Seyyed Hossein Nasr: 1994).

Walaupun kedua-dua bidang ini diklasifikasikan dalam bentuk yang berbeza, tetapi keduanya berpaksi kepada konsep tauhid yang merupakan bahagian terpenting dalam akidah Islamiah (Osman Bakar:1994). Konflik Islam dan sains moden dapat dineutralkan sekiranya penganalisaan dan kajian sikap Islam terhadap ilmu pengetahuan dan ciri-ciri pembangunan sains Islam silam dapat dijalankan.

Sains Islam secara realitinya perlu diberikan penekanan yang lebih mendalam agar dapat meningkatkan kefahaman seseorang sarjana tentang asas dan pendekatan sesuatu disiplin pengajian. Sains Islam memberikan penekanan terhadap penyatuan antara sains dan agama, hal ini ditegaskan berasaskan kepada konsep kesatuan ilmu Islam menurut paradigma tauhid. Secara praktiknya, fahaman saintisme (Uthman El-Muhammady:1994) dalam kerangka syariah Islamiyah adalah bukan merupakan satu ancaman kepada akidah Islam.

Sains Islam vs Sains Barat: Analisis Amalan dan Perbandingan

Sejarah Ringkas Perkembangan Ketamadunan Sains Sains berkembang seiring dengan perkembangan pola ketamadunan kehidupan manusia di alam jagat ini. Sejarah ketamadunan manusia memerlukan usaha manifestasi nilai-nilai yang tersendiri dalam ruang lingkup perspektif hidupnya. Kenyataan di atas dapat dibuktikan dengan sandaran kukuh terhadap kesimpulan yang dibuat tentang sains itu sendiri, iaitu sains merupakan nilai-nilai yang tersendiri dan meliputi kegiatan kebudayaan yang terbentuk oleh pandangan hidup orang yang berkenaan (Sardar,Z:1976).

Disiplin sains telah berkembang secara tersusun dengan berdasarkan objek kajian yang tersendiri. Objek kepada disiplin sains ialah alam tabii, bagi teknologi pula hasil penciptaan manusia dalam kehidupan sebagai objek fokus. Objek kajian dalam disiplin sains telah dibahagikan lagi kepada kategori-kategori yang berbeza lalu mewujudkan pula sub-pengetahuan yang tersendiri (Mohd Zuhdi:2000). Namun tidak dinafikan bahawa perkembangan sains perlu digarapkan secara bersama bagi merealisasikan pembangunan dan kemajuan yang pesat dalam kehidupan manusia.

Selain itu, terdapat pandangan yang lebih bersifat subjektif iaitu perkembangan sains dan teknologi sejajar dan serentak dengan penciptaan manusia (M. Hussain:1984). Perkembangan ini berlaku disebabkan penggarapan unsur intelektual dan naluri semula jadi ingin tahu manusia telah meransangnya untuk mengenal serta mamahami sifat persekitarannya dan sebabsebab penciptaannya. Oleh itu, evolusi setiap tamadun di muka bumi ini, bahkan kemajuan kendiri manusia seluruhnya berdasarkan evolusi sains. Ianya berperanan luas dalam proses dan usaha manusia mengumpulkan kekayaan, merebut lebih banyak sumber dan meluaskan wilayah.

Jelas di sini, bahawa di sebalik ketamadunan manusia itu wujud satu dorongan dan rangsangan positif terhadap perkembangan sains. Sikap manusia terhadap alam semula jadi dan usahausaha untuk menyelesaikan masalah serta memenuhi keperluan-keperluan tertentu merupakan faktor pemangkin terhadap perkembangan pengajian sains itu sendiri (Mohammad:1991). Pengkajian terhadap sejarah perkembangan sains perlu mengambil kira sumbangan dan peranan sains terhadap kehidupan manusia.

Perbincangan sejarah perkembangan sains wujud konflik perbezaan pandangan berbentuk analitikal dan kritikal aspek persejarahan sains berkaitan pelopor utama dan ulung bagi sains moden. Perkembangan sains moden secara khususnya dikaitkan dengan Barat sebagai pelopor, manakala sains Islam pula dianggap sebagai sains Yunani, malah lebih keterlaluan apabila dikatakan juga sains Islam merupakan “peti sejuk” atau muzium bagi sains Yunani (Hairuddin Harun: 1992). Namun begitu pandangan majoriti mengatakan Islam sebagai pelopor dan penyumbang unggul ke arah perkembangan dan kemajuannya ketika Eropah atau Barat masih berada pada zaman kegelapan. Andalus sebagai sebuah negara Islam di Eropah telah memainkan peranan penting dalam menyampaikan idea-idea pembangunan tamadun Islam ke dunia Barat (Azizan Baharudin:1986).

Kesinambungan itu, Sardar (1980) membahaskan perkara ini bagi meneutralkan polemik isu tersebut dari aspek sejarah sains yang dianggap wujud penyelewengan fakta dalam kalangan sarjana Barat. Beliau menegaskan seperti berikut:

Sudahlah karya ahli sains dan ahli teknologi Islam serta pengaruh besarnya ke atas sains Barat tidak berapa diketahui, pencapaian mereka dalam bidang astronomi, fizik, biologi, kimia dan matematik pun masih dianggap berasal daripada ahli sains Barat. Sebagai contoh, penemuan pergerakan planet oleh Kepler dan Copernicus, penemuan perdaran darah oleh Harvey dan penemuan 28 Vol.20 (April) 2017 graviti serta penemuan optik oleh Newton. Sejarawan sains Barat secara sistematik dan berterusan memperkecil-kecilkan sumbangan ahli sains Islam terhadap tamadun. Sebagai contoh, ambil mana-mana pengenalan sejarah sains, ia akan melangkau dari zaman Greek terus ke zaman pembaharuan, seolaholah cendekiawan antara dua zaman ini tandus (dalam empat jilidnya, buku Science in History, setebal 1325 halaman, J. D. Bernal hanya memperuntukkan 10 halaman untuk sains Islam!). Jelas sekali bahawa pembentukan serius perlu dibuat dalam semua bidang sejarah sains. Sama ada mereka (orang Islam) menemui peredaran pulmonari yang kurang atau menjalankan pembedahan mata rumit 600 tahun lebih dahulu daripada orang Eropah, mencipta trigonometri sfera pada penghujung abad ke10, menyelesaikan persamaan darjah ketiga dan keempat atau mengembangkan matematik bezaan dan kamiran, mengukur lilitan bumi dan nilai graviti yang tepat hingga tiga rumah perpuluhan hampir seribu tahun yang lalu, menggunakan obskura kamera tiga ratus tahun sebelum orang Eropah menggunakannya, atau mendahului dalam pergerakan relativiti. Hampir tiada bidang yang dinafikan oleh ahli sains Islam, atau yang tidak diselidiki, yang dapat dijadikan contoh.

Sehubungan itu, menurut Dr. Gustane Len Bon pula dalam bukunya Islamic and Arab Civilization, seperti yang direkodkan oleh Sulaiman Noordin (1992) bahawa tamadun umat Islam telah digelar sebagai guru kepada Eropah (Europe’s Professor). Menurut beliau, disebabkan sarjana atau saintis Islam, sains Romawi dan Yunani ditemui semula dan dikembalikan kepada Eropah semasa ia keluar daripada Zaman Kegelapan.

Jelas di sini, sains moden tidak tergubah dengan sendiri, malah ianya merupakan satu bidang ilmu yang telah lama wujud dalam tamadun-tamadun terdahulu, ketika Eropah masih dalam zaman kegelapan. Sains moden juga telah berkembang dengan pesat sejak kemunculan tamadun Islam dan terus dikembangkan di Eropah sehingga ke seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts