Navigasi


Selamat Datang ke Blogpost Pegaga Nenek   *Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.   *Setiap hari kita belajar sesuatu baru.   *Betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.   *Terus berusaha, jangan putus asa.   *Hari ini kita atas tanah, esok mungkin tanah atas kita.   *Nikmati bila Anda mampu, dan bertahan ketika Anda harus.   *Hormat dan taat kepada ibu dan bapa.   *Yang paling jujur adalah cermin, yang paling tipu adalah gambar.   *Anak adalah anugerah daripada Allah.   *Selalu ucap "Alhamdulillah".   *Setiap pilihan tiada salah mahupun betul, terpulang pada kita sendiri.   *hari ini akan lebih indah daripada kemarin jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman.   *Cakaplah yang benar walaupun ianya pedih.   *Mulakan harimu dengan memuji Allah.   *Kalau dunia ini pahit, Allah ialah gulanya.   *Kejarlah Ilmu dan Lakukanlah amal. Keduanya akan menuntun jalan ke Syurga.   *Berbaik hati kepada bayang kehidupanmu.   *Belajar sabar meski gelisah, belajar setia meski tergoda, belajar mengasih meski terluka.
Yellow Background Green Background Blue Background Red Background Red Background Red Background

Thursday, 22 February 2018

SAINS ISLAM (2)

Pengaruh Sains Islam terhadap Sains Barat: Analisis Sejarah

Realitinya, dalam abad ke-12 Masihi, tamadun Islam merupakan tamadun yang mendominasi dunia terutama di Afrika, Asia dan Andalusia (Sepanyol dan Portugis) dan sebahagian besar Eropah turut berada di bawah pemerintahan Islam (Encyclopaedia Britannica: 1977). Dorongan keagamaan telah menyebabkan para sarjana Islam mengkaji secara tekun, sabar, dedikasi dan yang terpenting ialah pengkajian dan penyelidikan serta produktiviti diaplikasi secara beretika berdasarkan garis panduan syariat Islam (Sardar, Z: 1982). Seterusnya, mereka telah meningkatkan taraf ilmu tersebut ke tahap yang amat tinggi untuk diwarisi oleh tamadun berikutnya, khususnya Eropah.

Mengkaji perkembangan sains dalam ketamadunan manusia perlu meliputi perbincangan daripada dua aspek perkembangan iaitu dalam sejarah ketamadunan Islam dan keduanya ketamadunan Barat. Asasnya ialah, setiap perbincangan ilmiah mengenai sejarah sains sama ada secara langsung atau tidak, terpaksa berhadapan dengan beberapa persoalan historiografi. Persoalan tersebut kerap kali timbul kerana historiografi sains atau kaedah pendekatan sejarah sains, khususnya dalam tradisi ilmu semasa, bukanlah monolitik sifatnya (Kragh:1987). Malah sesuatu pendekatan itu boleh mempengaruhi gambaran sejarah sains serta kesimpulan atau rumusan yang bakal dibuat (Hairudin Harun: 1991).

Realitinya ialah wujud perbezaan yang jelas tentang pendekatan Islam dan Barat terhadap pembangunan dan kemajuan 29 Sains Islam vs Sains Barat: Analisis Amalan dan Perbandingan pengajian sains tersebut (Sardar, Z: 1991). Selain itu, penafian terhadap kenyataan sejarah sains bahawa ianya muncul seiring dengan perkembangan tamadun Islam amat dikesali, sehingga mendorong individu seperti Fuat Sezgin berbangsa Turki yang mengajar sejarah di Universiti Frankfurt, mengambil inisiatif untuk melakukan ekplorasi dan rekonstruksi serta pembetulan terhadap kronologi sejarah perkembangan sains (Mohd Ilyas:2003).

Sezgin menurut Sardar (1980) telah melakukan usaha besar ini, melalui penulisan agungnya bertajuk History of Arabic Writings, telah memuatkan bukti yang cukup ketara bahawa dunia Barat pada zaman pertengahan giat meniru, menciplak dan memplagiat hasil karya ahli sains Islam. Selain itu, penciplakan berleluasa sehingga suatu polisi digubal bagi menghalang penjualan hasil tulisan sains kepada orang Kristian telah dikeluarkan di Seville seawal abad ke-12 kerana orang Kristian menterjemahkan hasil karya sains Islam dan menerbitkan di bawah nama lain. Penyelidikan Sezgin mengambil masa 30 tahun, kajian berbentuk analisa teks manuskrip Arab berjumlah 1.5 juta yang diperolehi dari seluruh dunia. Beliau menghentikan kajian pada pertengahan abad ke-12 dan berjaya membuktikan bahawa walaupun pencapaian Islam selama empat setengah abad, namun ketinggian dan kesempurnaan tahap kesarjanaan ahli sains Islam amat gemilang.

Kajian sejarah sains di zaman tamadun awal sehingga zaman moden menunjukkan bahawa setiap tamadun dunia telah memberikan sumbangan terhadap perkembangan sains dan teknologi. Carta sejarah perkembangan sains yang dikemukakan oleh Poh Swee Hiang (1996) menunjukkan dengan jelas aliran perkembangan sains dan teknologi dalam sejarah ketamadunan manusia. Bermula sejak tahun 3500 sebelum masihi dikenali zaman tamadun awal wujud dalam sistem kerajaan iaitu Babylon dan Mesir Purba. Pada tahun 1000 sebelum masihi telah wujud sains dan teknologi dalam tamadun Yunani, India dan Cina yang diklasifikasikan sebagai tamadun klasik. Zaman tamadun moden pula terdiri daripada tiga zaman iaitu Islam, Eropah Renainsance dan Eropah Moden pada tahun 500 masihi.

Kronologi sejarah perkembangan sains dan teknologi dalam tamadun manusia turut direkodkan oleh George Sarton (1967) dalam karya agungnya History of Science sebanyak lima jilid. Beliau telah membahagikan sejarah perkembangan ini kepada empat zaman utama secara umumnya. Peringkatperingkat perkembangan tersebut antaranya ialah:

i) Tahun 450 SM- 500 M dikatakan sebagai zaman Plato (Tamadun Yunani)

ii) Tahun 600 M- 700 M, disifatkan sebagai keunggulan tamadun Cina

iii) Tahun 750 M- 1100 M merupakan zaman kegemilangan sains muslim

iv) Selepas tahun 1100 M pula dianggap zaman kecemerlangan sains Barat

Sekiranya analisis dilakukan secara khusus pula, setiap zaman selama separuh abad, Sarton mengaitkan setiap separuh abad itu dengan seorang tokoh utama. Menurut beliau, sesetengah daripada zaman tersebut diwakili seorang tokoh seperti berikut:

Jadual 1: Tokoh-tokoh Sains Silam Mengikut Tahun

Tahun - Zaman

450- 400 SM Plato

400- 350 SM Aristotle

350- 300 SM Euclid

300- 250 SM Archimedes

500- 550 M Aryabhat I

600- 650 M Hsilian Tsang 30 Vol.20 (April) 2017

650- 700 M I- Ching

700- 750 M ……..

750- 1100 M Turutan zaman yang tidak terputus

750- 800 M Jabir

800- 850 M Khawarizmi

850- 900 M Razi

900- 950 M Mas ‘udi

950- 1000 M Abul- Wafa

1000- 1050 M Biruni dan Ibn. Sina

1050- 1100 M Khayyam

1100- 1150 M Ibn Rushd

1150- 1200 M Ibn Nafis dan Tusi

1200- Seterusnya Gerard, Roger Bacon dan Jacob Anatoli

Kronologi dan jadual di atas telah membuktikan bahawa sejarah sains telah mengalami beberapa fasa penting dalam perkembangannya. Ketiga-tiga versi peringkat perkembangan sains dalam ketamadunan manusia di atas juga menggambarkan dengan jelas bahawa perkaitan yang erat antara setiap tamadun tersebut. Dengan kata lain, wujud adaptasi dan asimilasi bagi tamadun terkemudian dengan yang terdahulu (Philip:1973), sekaligus menjadi pemangkin kepada perkembangan tradisi sains yang mapan dan berterusan.

Oleh itu kita harus, sedar bahawa sains yang kini dikenali sebagai sains moden bukan semata-mata hasil usaha saintis Barat atau Eropah. Hasil sains yang dipelajari hari ini merupakan pengumpulan maklumat dan dapatan kajian daripada semua tamadun manusia yang telah mengambil masa lebih dari 5000 tahun sekali gus berlakunya proses pemindahan ilmu sains tersebut.

Untuk menjelaskan konteks pemindahan ini, Salam (1980) telah merekodkan suasana saintifik pada peringkat awal seperti yang berikut:

760 tahun lalu, seorang anak muda berbangsa Scotland meninggalkan kampung halamannya Glens, untuk merantau ke selatan, ke Toledo di Sepanyol. Namanya Michael dan matlamatnya adalah untuk tinggal dan bekerja di Universiti Arab di Toledo dan Cordova, tempat Musa bin Maimoun, seorang cendekiawan agung Yahudi zaman pertengahan, pernah mengajar pada generasi sebelum itu. Michael tiba di Toledo pada tahun 1217. Sebaik saja tiba di sana, beliau memulakan projek memperkenalkan Aristotle kepada Eropah Latin. Beliau menterjemah bukan daripada bahasa Greek asal yang beliau tidak tahu, sebaliknya daripada terjemahan Arab yang pada masa itu diajar di Sepanyol. Michael berpindah dari Toledo ke Sicily, ke istana Maharaja Fredrick II. Semasa melawat sekolah perubatan di Salerno, Michael bertemu dengan Hendrick Harpenstraeng, pakar perubatan berbangsa Denmark, yang kemudian menjadi pakar perubatan istana untuk Raja Eric IV Waldemarsson. Hendrick pergi ke Salerno untuk menulis karya tentang pengeluaran darah dan pembedahan. Sumber rujukan Hendrick ialah kanun perubatan yang ditulis oleh doktor pakar agung Islam, iaitu al Razi dan Ibn Sina, yang hanya boleh diterjemah oleh Michael yang berbangsa Scotland ini.

Oleh yang demikian, situasi ini telah memulakan proses pemindahan ilmu sains seperti yang dijelaskan oleh Salam lagi:

Sains Islam vs Sains Barat: Analisis Amalan dan Perbandingan

Penilaian antarabangsa yang paling diingati berhubung dengan kerjasama saintifik yang diadakan di Toledo dan Salerno, yang melambangkan sistesis terbaik ilmuan Arab, Greek, Latin dan Yahudi. Ilmuan yang datang ke Toledo dan Salerno bukan saja dari negara kaya di Timur seperti Syria, Mesir, Iran dan Afghanistan, tetapi juga dari negara membangun di Barat seperti Scotland dan Scandinavia. Seperti sekarang, pada masa itu juga terdapat halangan dalam perhimpunan sains kerana wujud perbezaan ekonomi dan taraf cendekiawan bahagia berlainan dunia. Orang seperti Michael yang berbangsa Scotland dan Hendrick Harpenstraeng yang berbangsa Denmark memang luar biasa. Mereka tidak mewakili manamana aliran penyelidikan yang terkenal di negara mereka sendiri sehinggakan guru mereka di Toledo dan Salerno meragui kewajaran dan kepentingan melatih mereka dalam penyelidikan saintifik termaju. Kita akan lihat bagaimana perbezaan saintifik ini terjadi sedangkan orang Islam terus memegang keseluruhan bidang saintifik ini selama 350 tahun, iaitu sejak 750 Masihi sehingga 1100 Masihi. Selepas 1350 Masihi, dunia Islam mula merosot dan dalam abad ini kita dapati kitaran yang dimulakan oleh Michael yang berbangsa Scotland menjadi kitaran lengkap dan kita yang berada dalam negara Islam inilah yang memandang ke Barat untuk sains!

Selain itu, sejarah telah mencatatkan tentang zaman kegemilangan tamadun Islam, masyarakat Islam sendiri telah membina satu tradisi sains yang telah mendorong kelahiran dan pertumbuhan sains moden di Eropah. Sains Islam telah memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam semua bidang sains, daripada astronomi, sains hayat dan ilmu senibina pada zaman perkembangan Islam dalam tempoh lebih kurang antara abad ke-7 Masihi hingga ke-16 Masihi (Sulaiman Nordin:1979).

Kenyataan yang sama turut dikongsi dan diakui oleh Barat tentang peranan yang dimainkan oleh tamadun Islam dalam memperkenalkan sainsnya kepada Eropah iaitu melalui institusiinstitusi pendidikan di Andalusia pada abad ke-13 Masihi. Situasi dan realiti ini diulas oleh Draper iaitu seorang sarjana Barat, ulasan beliau tentang sejarah pembangunan intelektual Eropah ini telah direkodkan oleh Abdul Wahab (1989) seperti berikut:

Hampir 800 tahun di bawah pemerintahan umat Islam, Islam Sepanyol menjadi teladan kepada Eropah. Sebagai sebuah negara yang bertamadun tinggi dan berilmu, kemajuan dalam bidang seni, sastera dan sains di Sepanyol tidak ada tandingan di seluruh Eropah. Penuntutpenuntut datang dari Perancis, Jerman dan England untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang ada di bandar-bandar orang Islam Sepanyol. Matematik, ilmu Falak, Sains Hayat, Sejarah, Falsafah dan Undang- undang hanya boleh dikuasai oleh Sepanyol sahaja.

Di sini jelas, kita lihat proses pemindahan ilmu sains daripada ketamadunan Islam melalui pendidikan dan pengajiannya merupakan aset terpenting dalam perkembangan sains dan teknologi. Bidang pengajian sains dapat distrukturkan 32 Vol.20 (April) 2017 secara berkesan kerana kedua-duanya merupakan disiplin pengajian yang sistematik (David: 1992) serta tidak dapat dinafikan bahawa peranan sains dan teknologi dalam kehidupan manusia amat besar, malah ianya juga berfungsi dalam menentukan corak kehidupan manusia sejagat (Mohd Zuhdi: 2000).

Sejarah perkembangan sains terbentuk meliputi empat fasa utama iaitu zaman pra-sejarah (sebelum tahun 3500 SM), zaman tamadun awal(3500SM hingga 1100SM), zaman tamadun klasik (1000SM hingga 500M) dan zaman tamadun moden (sejak 500M). Zaman tamadun moden telah dikaitkan dengan perkembangan sains moden yang terdiri daripada dua tamadun agung iaitu Islam dan kemudiannya Barat atau Eropah (Poh Swee Hiang: 1996).

Selain itu, apa yang dikekalkan dan dikembangkan oleh ahli sains Islam dalam tempoh 500 tahun berikutnya menjadikan ia sebagai pemangkin utama dalam kebangkitan semula dunia Barat abad selepasnya. Ini merupakan satu jasa besar Islam terhadap sains moden (Mohd Ilyas: 2003). Tamadun sains Barat moden hanya beberapa ratus usianya, tetapi banyak hasil yang telah dicapai terutamanya dalam 50 tahun kebelakangan ini benar-benar mengubah senario ini. Tamadun saintifik Barat telah mendahului hampir semua tamadun lain termasuk tamadun Hindu, China dan Islam.

Secara umumnya, historiografi sains moden bermula daripada konsep evolusi sekular, iaitu melalui pendekatan bahawa perkembangan sains adalah bergantung kepada perkembangan biologis manusia. Oleh itu sains bermula dengan konsepsi alam tabii yang primitif. Selain itu fahaman bahawa fenomena alam adalah tuhan atau sinonim dengan tuhan, jadi mereka dianggap menganuti amalan animisme (Hairuddin Harun:1992). Kronologi perkembangan sains dan teknologi moden bermula sejak tamadun Yunani, Romawi dan Greek. Kedatangan Islam telah menyumbang kepada perkembangan pesat sains dan teknologi. Sistem pentadbiran Islam yang memberi kebebasan kepada individu untuk mempelajari dan mengembangkan ilmu pengetahuan merupakan pemangkin kepada kepesatan pengajian sains dan teknologi (Weiver:1984).

No comments:

Post a Comment

Popular Posts