Sungguh beruntung menjadi seorang wanita yang nantinya bakal menjadi seorang ibu. Kenapa? Kerana semua kehebatan, kebaikan, kemenangan, dan keunggulan berada di tangan kaum ibu. Tidak percaya? Cuba tengok dari hal yang kecil seperti anggota badan kita. Dalam tubuh kita terdapat tangan yang dilengkapi dengan jari jemari. Salah satu nama jari-jari kita, diabadikan kasih sayang seorang ibu: Ibu jari, yang menjadi pemimpin dari empat jari lain. Sedangkan sebutan bapak jari, tidak ada.
Kehebatan lain, cuba kita tengok kehidupan suatu bangsa dan negara. Pusat pemerintahan suatu negara tidak mahu kalah juga mengekalkan ketulusan kasih sayang seorang ibu: Ibukota. Sedangkan bapak bandar tidak ada. Di Ibukota ini juga kita akan mencari pejabat yang diduduki oleh menteri yang mengurusi peranan wanita. Di ibukota ini juga kita akan mendapati bangunan yang mengabadikan kehebatan kaum ibu: Gedung Wanita (baca ibu).
Syurga di Telapak Kaki Ibu Dalam ajaran agama Islam, tidak kalah hebatnya dalam mengagungkan kaum ibu. Dalam Hadis Nabi dijelaskan, "Syurga itu berada di telapak kaki ibu." Tentu kenyataan ini jangan diartikan secara harfiah melainkan hanya kiasan belaka. Seorang kanak-kanak hanya boleh masuk syurga jika berbakti kepada ibunya. Dengan demikian, seorang anak tidak akan boleh masuk syurga walaupun ibadahnya rajin, segala perintah Allah dilaksanakan, dan segala larangan-Nya dielakkan apabila tidak berbakti kepada ibunya, apalagi sampai menyakiti hatinya.
Pada zaman Rasulullah, hidup seorang laki-laki bernama Alqomah. Pemuda ini giat dan rajin dalam melaksanakan solat, puasa, sedekah, dan amal perbuatan baik lainnya. Pada suatu hari secara tiba-tiba ia jatuh sakit yang membahayakan keselamatan jiwanya. Lalu isterinya memanggil Rasulullah memberitahu bahawa suaminya dalam keadaan sakratul maut yang berpanjangan.
Mendengar laporan tersebut, Rasulullah menyuruh Sahabat Bilal datang ke rumah Alqomah untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya. Setelah sampai di rumahnya, Bilal membimbing Alqomah membaca kalimat tauhid, 'Laa Ilaaha Illallah. Tapi Alqomah tidak dapat berbuat apa-apa, tidak boleh meniru apa yang dibacakan Bilal.
Mengetahui keadaan Alqomah yang demikian, Rasulullah bertanya kepada Bilal,
"Adakah ia masih punya ayah dan ibu?"
"Bapanya sudah meninggal, sedangkan ibunya masih hidup tetapi sudah sangat tua."
"Pergilah Bilal ke rumah ibunya, sampaikan salamku agar segera datang menemui anaknya."
Setelah ibunya datang, Rasulullah bertanya,
"Bagaimana keadaan Alqomah? "
" Rajin shalatnya, puasanya, dan sedekahnya tak terhingga sehingga tidak diketahui berapa banyaknya,"
jawab sang ibu.
"Lalu bagaimana hubunganmu dengan Alqomah?"
"Saya murka kepadanya!"
"Kenapa?”
"Kerana ia lebih mengutamakan isterinya daripada ibunya. Ia juga lebih taat kepada istyrinya daripada ibunya."
Setelah mendengan penjelasan itu, Rasulullah bersabda,
"Murka ibunya itulah yang menyebabkan lidah Alqomah terkunci, sehingga tidak boleh mengucapkan kalimat tauhid."
Oleh kerana sampai saat itu ibunya tetap tidak mau memaafkan kesalahan anaknya, maka Rasulullah berinisiatif menyuruh Bilal mengumpulkan kayu bakar sebanyak-banyaknya untuk membakar Alqomah. Tatkala api sudah berkobar-kobar, nyala api sudah menjilat ke sana ke mari, dan Alqomah sudah siap dilemparkan ke dalamnya, maka di saat itulah kekerasan hati sang ibu lembut. Ia tidak tega menyaksikan buah hatinya akan dibakar hidup-hidup walaupun telah berulangkali menyakiti hatinya.
Oleh kerananya ia tahan tangan Rasulullah dan ia maafkan segala kesalahan yang telah dibuat anaknya. Demi kerelaan dan keredhaan sang ibu, maka Alqomah langsung boleh mengucapkan kalimat tauhid yang tadi dibimbing oleh Bilal. Tak lama selepas itu, Alqomah pun meninggal dunia dengan tenang dan damai. Seusai disemadikan di tempat peristirahatannya yang terakhir, Rasulullah berdiri di atas tepi kubur Alqomah,
"Wahai shabat Muhajirin dan Anshor, barang siapa yang lebih mengutamakan isterinya daripada ibunya, maka ia terkena kutukan Allah, malaikat, dan seluruh manusia. Bahkan Allah tidak menerima seluruh ibadahnya kecuali jika ia benar-benar bertaubat kepada Allah dan minta redha (kerelaan) ibunya. Sebab redha Allah terletak pada keredhaan ibunya dan murka Allah terletak pada murka ibunya."
Tiang Negara Keunggulan lain dari seorang ibu, diceritakan dalam sebuah Hadis. Pada zaman Rasulullah ada seorang yang datang menemui beliau.
"Ya Rasulullah, siapakah orang yang lebih berhak aku hormati dan layani?"
"Ibumu," jawab Rasulullah.
"Siapa lagi?"
"Ibumu."
"Siapa lagi?"
"Ibumu."
"Siapa lagi?"
"Baru ayahmu."
Jika dikaitkan dengan kehidupan sebuah bangsa dan negara, peranan kaum ibu sungguh sangat strategik. Cuba kita perhatikan Hadis Nabi ini.
"Wanita (baca ibu) adalah tiang negara. Apabila wanita itu baik, maka baik pula kehidupan suatu negara. Sebaliknya, apabila wanita itu rosak, maka rosak pula kehidupan suatu negara."
Hadis ini memberi pelajaran kepada kita bahawa baik buruk dan maju mundurnya suatu negara berada di genggaman tangan wanita yang bakal menjadi seorang ibu. Jika wanita itu akhlak dan moralnya baik, ditambah pendidikannya tinggi dan wawasannya luas, maka dapat dipastikan negara itu akan baik dan maju. Hanya di tangan ibu yang baik dan bermoral sahaja yang dapat melahirkan dan mendidik anaknya menjadi seorang yang berguna bagi bangsa, negara, dan agamanya. Tapi sebaliknya, jika wanita itu mempunyai moral dan akhlak yang bejat dan bobrok, tentu negara sukar mengharapkan lahirnya anak-anak yang baik dan berbudi luhur dari rahim mereka. Bahkan boleh jadi dari rahim merekalah mungkin lahirnya anak-anak nakal yang sering membuat onar, memaksa dan mendesak, menjambret, memperkosa, yang sering keluar masuk penjara.
Oleh kerana itu menjadi kewajipan negara untuk lebih memperhatikan pendidikan kaum wanita, yang bakan menjadi calon ibu rumah tangga. Kerana ada ungkapan, ibu adalah institusi murid bagi anak-anaknya. Sebelum mendapat pendidikan di sekolahan yang sebenarnya, anak-anak terlebih dahulu mendapat pendidikan dari sang ibu. Baik buruknya pendidikan yang diberikan, sangat bergantung kualiti ibunya. Lalu bagaimana agar institusi sekolahan (sang ibu) boleh melahirkan anak didik yang berprestasi dan mempunyai budi pekerti yang terpuji? Tidak ada jalan lain yang dapat ditempuh kecuali harus mempunyai seorang pendidik (sang ibu) yang berkualiti unggul.
Thursday, 18 May 2017
Monday, 15 May 2017
Ubat Berdaftar
Sebarang produk dalam bentuk ubat-ubatan, sama ada ubat-ubatan moden atau tradisional dan kosmetik yang digunakan untuk tujuan kecantikan perlu mematuhi keperluan undang-undang sebelum produk tersebut dihasilkan dan dipasarkan kepada pengguna. Di Malaysia, Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 merupakan peraturan yang mewajibkan sebarang produk ubat-ubatan dan kosmetik, didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). PBKD merupakan sebuah badan eksekutif di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, yang ditubuhkan di bawah peruntukan undang-undang, yang berfungsi memastikan sesuatu produk samada ubat-ubatan atau kosmetik selamat, berkesan dan berkualiti untuk kegunaan pengguna. Mana-mana pihak yang ingin menghasilkan sesuatu produk atau mengimport masuk sesuatu produk untuk tujuan jualan di Malaysia perlu mendaftarkan produk mereka dengan PBKD. Apabila sesuatu produk ubat-ubatan atau kosmetik diluluskan pendaftarannya dengan PBKD, produk tersebut boleh dianggap sebagai suatu produk yang selamat untuk digunakan. Ini kerana, untuk membolehkan sesuatu produk diluluskan permohonan pendaftarannya dengan PBKD, produk tersebut perlu melalui beberapa siri penilaian dan ujian.
Semasa ubatan diuji, dalam peringkat penilaian data (data evaluation), setiap data-data penting bagi penghasilan sesuatu produk seperti tahap kestabilan produk, kandungan logam berat dan ujian mikroorganisma akan dinilai oleh PBKD sebelum sesuatu produk diluluskan untuk tujuan penghasilan dan jualan kepada pengguna. Hal ini untuk memastikan produk yang sampai ke tangan pengguna merupakan produk yang selamat, berkesan dan berkualiti untuk kegunaan mereka.Oleh yang demikian, adalah penting bagi para pengguna untuk memastikan produk ubat-ubatan atau kosmetik yang digunakan oleh mereka merupakan produk yang berdaftar dengan PBKD.
Risiko Penggunaan Produk Ubat-Ubatan dan Kosmetik Tidak Berdaftar
Terdapat beberapa risiko yang bakal dialami oleh pengguna sekiranya menggunakan produk ubat-ubatan yang tidak berdaftar antaranya:
1) Produk tersebut mungkin dicampur dengan bahan aktif yang berbahaya
Sebagai contoh, kosmetik pencerah kulit adakalanya ditambah dengan logam berat merkuri untuk menambahkan keberkesanan produk tersebut. Merkuri sememangnya diketahui boleh memberikan kesan pencerahan terhadap kulit, tetapi dalam masa yang sama meningkatkan risiko masalah kesihatan seperti kanser dan Penyakit Minamata.
2) Produk tersebut mungkin dicampur dengan ubat-ubatan moden yang boleh menjejaskan kesihatan sekiranya diambil tanpa kawalan
Sebagai contoh, produk tradisional untuk tujuan meningkatkan daya tahan seksual lelaki adakalanya dicampur dengan sildenafil atau tadalafil. Sildenafil dan tadalafil merupakan ubat moden yang boleh didapati secara sah di farmasi, klinik, atau hospital dengan syarat pesakit terlebih dahulu telah diperiksa dan disahkan perlu mengambil ubat tersebut oleh doktor. Pengambilan sildenafil atau tadalafil tanpa pengawasan doktor mendedahkan pengguna terhadap risiko kegagalan jantung.
3) Produk tersebut mungkin dihasilkan dalam keadaan persekitaran yang kotor
Pengeluar produk ubat-ubatan yang berdaftar diwajibkan untuk mematuhi garis panduan amalan pengilangan baik (APB) bagi menjamin kualiti produk mereka. Produk yang tidak berdaftar berkemungkinan dihasilkan dalam suasana persekitaran yang tidak terkawal dan kotor seterusnya menjejaskan kualiti produk yang dihasilkan.
Ciri-ciri Ubat-Ubatan dan Kosmetik Berdaftar
Bagi produk ubat-ubatan, terdapat dua ciri yang dikenalpasti pada produk tersebut untuk memastikan produk tersebut produk berdaftar iaitu:

Nombor Pendaftaran MAL
Nombor pendaftaran produk boleh dikenalpasti melalui contoh berikut
MAL20001234A
Sistem nombor pendaftaran produk berdaftar terdiri daripada huruf MAL yang dicetak dengan huruf besar,diikuti dengan lapan angka dan kemudiannya diakhiri dengan huruf A,T atau X. A merupakan kod bagi ubat-ubatan terkawal di mana penggunaan ubat tersebut memerlukan arahan bertulis daripada doktor (preskripsi) seperti ubat untuk mengawal penyakit darah tinggi, kencing manis dan lemah jantung. T merupakan kod bagi ubat-ubatan tradisional seperti akar tongkat ali, kacip Fatimah dan sebagainya. X merupakan kod bagi ubat-ubatan moden yang tidak memerlukan arahan bertulis daripada doktor untuk menggunakannya seperti paracetamol, aspirin dan vitamin.
Bagi kosmetik, nombor notifikasi kosmetik adalah seperti berikut:
NOT08091234K

Sunday, 14 May 2017
Muzik Dan Emosi
Kesan muzik terhadap emosi
Kepentingan mengurus dan mengawal emosi adalah jelas. Emosi yang diurus dengan baik akan menyumbang terhadap kesejahteraan individu yang menyeluruh. Terdapat pelbagai kaedah dan pendekatan yang telah diutarakan dan diulas dalam ruangan–ruangan yang lepas seperti terapi kognitif, interaksi sosial, senaman dan sukan, imageri dan visualisasi dan lain–lain. Salah satu pendekatan yang mampu menyumbang ke arah pengurusan emosi yang lebih baik adalah dengan pendekatan muzik.
Terapi muzik adalah proses di mana, ahli terapi menggunakan aspek muzik dengan pendekatan sistematik bagi membantu individu meningkatkan kualiti kehidupan dalam pelbagai aspek seperti fungsi kognitif, kemahiran motor, emosi dan perlakuan, termasuk kemahiran sosial.
Muzik merupakan salah satu daripada aktiviti yang melibatkan penggunaan keseluruhan otak. Ia adalah sesuatu yang dihargai dalam semua budaya dan memberikan faedah yang pelbagai. Kajian-kajian empirikal jelas menunjukkan bahawa muzik mempunyai ciri-ciri yang dapat membantu seseorang individu untuk mengalami perasaan positif hasil penggunaannya.
Muzik mempunyai elemen terapeutik dan boleh mencetuskan kepelbagaian perasaan oleh individu yang mendengarnya bergantung pada jenis muzik itu sendiri.Kesannya, muzik membangkitkan reaksi emosi berbeza.Umum mengetahui bahawa nada muzik yang berbeza memberi reaksi emosi yang berbeza.Lagu kebangsaan contohnya, sering membangkit rasa bersemangat. Selain itu, lagu-lagu yang dimainkan dalam pertandingan– pertandingan sukan juga bertujuan untuk membangkitkan semangat mereka yang bertanding. Sebaliknya, muzik berentak perlahan memberi kesan yang menenangkan. Malah, penggunaan muzik bersifat instrumental dengan ritma perlahan sering digunakan dalam kaedah-kaedah relaksasi seperti kaedah relaksasi progresif dan kaedah imageri.
Kesan emosi dari muzik ini juga dapat dilihat melalui perubahan fisiologi badan yang berlaku. Bergantung pada rentak muzik yang dimainkan, perubahan kadar jantung, tekanan darah dan kadar pernafasan yang berlaku. Selain itu, kajian empirikal turut mengaitkan muzik dengan rembesan hormon endorphin. Ia merupakan sejenis hormon yang berfungsi untuk menghalang rasa kesakitan dan memberikan perasaan lega, gembira, dan seronok.
Fungsi muzik dalam merawat dan mengawal tekanan perasaan, muzik menyumbang dalam pengurangan ketegangan otot dan membolehkan individu melepaskan tekanan yang dirasai. Muzik juga membantu individu untuk berada di dalam zon emosi dan tindak balas fisiologi badan yang positif, terutamanya dalam meningkatkan hormon seperti endorphin seprti yang disebut di atas, dan menurunkan hormon seperti cortisol, iaitu hormon yang dihasilkan oleh tubuh kesan dari tekanan yang dialami.
Malah, kajian saintifik turut menyokong kesan positif muzik bukan sahaja dalam konteks penyakit mental,bahkan untuk penyakit lain seperti penurunan tekanan darah, pemulihan selepas strok, pengawalan kesakitan berkaitan migrain dan sakit kepala, peningkatan fungsi imuniti badan, dan membantu untuk masalah tidur.Bagi ahli sukan, muzik dikesan membantu untuk mengurangkan rasa keletihan, meningkatkan motivasi dan semangat, merembeskan hormon yang membantu individu untuk mengurangkan rasa bimbang dan takut serta menyumbang terhadap prestasi secara menyeluruh.
Selain itu, kajian saintifik juga menyokong kesan positif muzik dalam meningkatkan fungsi kognitif terutamanya dalam konteks meningkatkan tahap konsentrasi di pelbagai peringkat. Umum mengetahui bahawa perhatian dan tumpuan merupakan komponen kognitif yang penting untuk setiap golongan individu dalam menjalani kehidupan seharian.
Malah, ia sering dikaitkan dengan prestasi seseorang individu di dalam konteks pencapaian segenap bidang sama ada akademik, pekerjaan, sukan dan lain-lain.
Penggunaan muzik dalam membangkitkan emosi positif adalah sesuatu yang umum.Malah, muzik-muzik pilihan individu sering dikaitkan dengan perasaan dan mood yang positif.Dengan sokongan saintifik yang ada, penggunaannya boleh dikembangkan untuk menangani isu-isu lain dalam konteks fungsi kehidupan yang menyeluruh.

Pilihan jenis muzik dalam membangkitkan perasaan dan mood yang positif adalah sesuatu yang peribadi. Namun, pandangan mereka yang pakar harus diambil kira dalam menentukan jenis muzik untuk tujuan khusus, seperti untuk meningkatkan prestasi sukan ataupun untuk mengawal perasaan di dalam konteks klinikal.
Ini kerana, muzik yang berbeza diketahui memberikan reaksi emosi dan fisiologi yang berbeza. Oleh yang demikian.penggunaan muzik dalam keadaan yang sistematik dan terkawal harus digalakkan untuk memberi impak yang maksimum terhadap matlamat penggunaannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
BAHAYA ! PENYAKIT TIBI APABILA salah seorang teman sepejabat disahkan menghidap tibi, ramai risau apatah lagi mereka yang duduk berha...
-
Katakan Tidak Kepada Polisterin Sumber klik disini Oktober merupakan bulan yang sangat istimewa terutamanya bagi para pencinta ala...
-
Ketahui Khasiat Buah Oren Atau Sitrus, Banyak sebenarnya khasiat buah oren nih, sebut saja limau atau oren mesti orang kaitkan dengan v...