Navigasi


Selamat Datang ke Blogpost Pegaga Nenek   *Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.   *Setiap hari kita belajar sesuatu baru.   *Betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.   *Terus berusaha, jangan putus asa.   *Hari ini kita atas tanah, esok mungkin tanah atas kita.   *Nikmati bila Anda mampu, dan bertahan ketika Anda harus.   *Hormat dan taat kepada ibu dan bapa.   *Yang paling jujur adalah cermin, yang paling tipu adalah gambar.   *Anak adalah anugerah daripada Allah.   *Selalu ucap "Alhamdulillah".   *Setiap pilihan tiada salah mahupun betul, terpulang pada kita sendiri.   *hari ini akan lebih indah daripada kemarin jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman.   *Cakaplah yang benar walaupun ianya pedih.   *Mulakan harimu dengan memuji Allah.   *Kalau dunia ini pahit, Allah ialah gulanya.   *Kejarlah Ilmu dan Lakukanlah amal. Keduanya akan menuntun jalan ke Syurga.   *Berbaik hati kepada bayang kehidupanmu.   *Belajar sabar meski gelisah, belajar setia meski tergoda, belajar mengasih meski terluka.
Yellow Background Green Background Blue Background Red Background Red Background Red Background

Sunday, 4 December 2016

Stres

Tekanan atau stres hidup sudah menjadi lumrah kehidupan zaman moden, yang dihadapi oleh semua peringkat umur, tidak kira jantina, bangsa dan agama. Bukan hanya golongan dewasa yang dilimpahi stres di tempat kerja, rumah, jalan raya dan pergaulan masyarakat, malahan kanak-kanak juga dibelenggu pelbagai punca stres. Akan tetapi stres adalah satu perkara yang biasa dalam kehidupan manusia yang normal dan setiap orang akan mengalami stres pada sesuatu masa dalam kehidupannya. Stres adalah hakikat kehidupan yang tidak boleh dielakkan. Stres adalah respons fizikal, emosi dan mental yang berlaku kepada seseorang apabila tuntutannya tidak dapat dipenuhi.
Apakah Itu Stres?
Stres adalah reaksi tubuh badan terhadap rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bunyi yang kuat, bau yang busuk atau kata-kata kesat. Stres berlaku apabila tuntutan tidak setanding dengan kebolehan dan kemahiran daya tindak seseorang. Stres juga boleh diertikan sebagai faktor fizikal dan emosi yang menyebabkan tekanan ke atas minda dan tubuh badan. Ia mungkin mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung koronari dan kemurungan.
Apakah Punca-Punca Stres?
Punca-punca stres terdiri daripada :
Dalam Diri
- Cita-cita dan harapan yang terlalu tinggi
- Rasa tidak selamat
- Pengalaman zaman kanak-kanak
- Peristiwa dalam kehidupan
- Perwatakan / personaliti
- Dilema dalam membuat keputusan
- Stres keibubapaan
Sosial
- Berpindah rumah
- Konflik keluarga, penceraian, krisis hidup
- Stres perkahwinan dan rumah tangga
- Perhubungan interpersonal yang bermasalah
- Masalah di tempat kerja
- Cabaran kehidupan di kota atau di bandar
- Masalah/ perubahan persekitaran
- Masalah kewangan
Psikologi
- Jenis Personaliti
- Tragedi
- Hilang orang yang dikasihi
- Kurang keyakinan diri
- Takut untuk gagal
Biologi
- Penyakit fizikal yang kronik
- Perubahan dalam tubuh (remaja)
- Kenali tanda-tanda stres anda…
Tanda-Tanda Fizikal
- Kering mulut
- Gementar
- Sakit kepala
- Masalah tidur
- Perubahan selera makan
- Cepat letih
- Lenguh-lenguh badan
- Jantung berdebar-debar
- Pernafasan semakin laju
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya
- Letih lesu
Tanda-Tanda Psikologi
- Gelisah
- Hilang sabar
- Mudah marah
- Lemah semangat
- Risau dan bimbang
- Kurang minat dan tumpuan terhadap aktiviti seharian
- Mudah lupa
- Takut gagal
- Rendah diri
- Keresahan
- Tidak merasa seronok
- Bosan
- Low mood dan murung
Tanda-Tanda Tingkah Laku
- Merokok berlebihan
- Penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- Memikir atau bercakap tentang mencedera atau membunuh diri
- Tingkahlaku impulsif dan agresif (buli, vandalisme)
- Penyalahgunaan dadah dan alkohol
- Masalah tabiat makan
Amalkan Tips Mudah Tangani Stres Serta Merta... Amalkan 10B
Bertenang Bertenang boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan.
Bernafas secara dalam Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.
Berkata : Relakslah.... Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres.
Beribadat Berzikir, berdoa dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.
Berkongsi perasaan/masalah dengan seseorang Perasaan/ masalah adalah sesuatu yang tak sepatutnya dipendam, sebaliknya harus dikongsi dengan orang yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. berkongsi perasaan/ masalah akan melegakan dan mengurangkan stres dalam diri.
Berurut Dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Berurut (leher, bahu, kepala, kaki) boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.
Berehat & mendengar muzik Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran.
Beriadah Aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit/gunung, berkhemah, melakukan hobi atau aktiviti yang disukai boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stres.
Bersenam Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.
Berfikiran Positif Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.
Dengan melakukan kaedah 10B, kesan fizikal stres seperti denyutan jantung laju, marah, rasa gelisah, gementar dan sakit kepala dapat dikurangkan.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts