Mengapa Turunkan Berat Badan?
Jika anda ada terlalu banyak lemak – terutamanya jika kebanyakannya pada
pinggang anda – anda berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah
kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi dan kencing
manis. Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih
berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik
ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko
utama dan sendirian bagi penyakit jantung.
BMI anda: Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat badan anda relatif kepada
ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang berguna kerana ia
menghubungkaitkan lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jika indeks jisim tubuh
anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan menurunkan nombor
anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih tinggi, anda pada risiko
jelas bagi mendapat masalah kesihatan jantung.
Mengapa Menurunkan Berat Badan Penting Untuk Kesihatan Saya?
Bayangkan membawa beg galas 10 kg sepanjang hari, setiap hari. Ia
membebankan, samalah juga seperti berat badan berlebihan. Apabila anda membuang
lemak berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, anda mengurangkan beban
jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda memberikan
diri anda pemberian untuk hidup dengan aktif, merendahkan tekanan darah anda
dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan yakin.
Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Menurunkan Berat Badan?
Jika anda terlebih berat badan atau obes, anda boleh mengurangkan risiko
anda untuk mendapat penyakit jantung dengan menurunkan berat badan dan
mengekalkannya. Malah menghilangkan seserendah dua atau tiga kilogram boleh
memberikan penurunan tekanan darah yang dramatik.
Ketahui keperluan kalori anda: Apabila merancang untuk menghilangkan berat
badan, ianya penting untuk memahami apakah pengambilan kalori yang disarankan
yang perlu bagi jantina, umur dan tahap aktiviti fizikal anda.
Kesan dan jejak kalori anda: Walau jika anda menjejak apa yang anda makan
selama beberapa hari, anda akan belajar banyak tentang tabiat anda. Kira jumlah
kalori makanan yang anda makan berbanding dengan kalori tenaga yang anda
gunakan pada tahap aktiviti fizikal anda. Ianya adalah berkaitan dengan
mengimbangkan kalori masuk dan kalori keluar, dan belajar merancang sewajarnya
untuknya.
Sunday, 4 December 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
BAHAYA ! PENYAKIT TIBI APABILA salah seorang teman sepejabat disahkan menghidap tibi, ramai risau apatah lagi mereka yang duduk berha...
-
Katakan Tidak Kepada Polisterin Sumber klik disini Oktober merupakan bulan yang sangat istimewa terutamanya bagi para pencinta ala...
-
Ketahui Khasiat Buah Oren Atau Sitrus, Banyak sebenarnya khasiat buah oren nih, sebut saja limau atau oren mesti orang kaitkan dengan v...
No comments:
Post a Comment