Navigasi


Selamat Datang ke Blogpost Pegaga Nenek   *Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.   *Setiap hari kita belajar sesuatu baru.   *Betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.   *Terus berusaha, jangan putus asa.   *Hari ini kita atas tanah, esok mungkin tanah atas kita.   *Nikmati bila Anda mampu, dan bertahan ketika Anda harus.   *Hormat dan taat kepada ibu dan bapa.   *Yang paling jujur adalah cermin, yang paling tipu adalah gambar.   *Anak adalah anugerah daripada Allah.   *Selalu ucap "Alhamdulillah".   *Setiap pilihan tiada salah mahupun betul, terpulang pada kita sendiri.   *hari ini akan lebih indah daripada kemarin jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman.   *Cakaplah yang benar walaupun ianya pedih.   *Mulakan harimu dengan memuji Allah.   *Kalau dunia ini pahit, Allah ialah gulanya.   *Kejarlah Ilmu dan Lakukanlah amal. Keduanya akan menuntun jalan ke Syurga.   *Berbaik hati kepada bayang kehidupanmu.   *Belajar sabar meski gelisah, belajar setia meski tergoda, belajar mengasih meski terluka.
Yellow Background Green Background Blue Background Red Background Red Background Red Background

Wednesday, 31 January 2018

6 # Al-Ghazali

Kisah 6 Teka Teki Imam Al-Ghazali Yang Gagal Dijawab Dengan Tepat.

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya soalan berbentuk teka teki :

Soalan pertama.

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Orang tua

Murid 2 : Guru

Murid 3 : Teman

Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .

Soalan kedua.

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Negeri Cina

Murid 2 : Bulan

Murid 3 : Matahari

Murid 4 : Bintang-bintang.

Iman Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga.

Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Gunung

Murid 2 : Matahari

Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. ” (Surah Al-A’raaf, Ayat 179)

Soalan keempat.

Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Baja

Murid 2 : Besi

Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’

Soalan kelima

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Kapas

Murid 2 : Angin

Murid 3 : Debu

Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na’uzubillahiminzaa lik.

Soalan keenam.

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang..

Imam Ghazali : Itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Monday, 29 January 2018

Rawatan Islam

1) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi
Surah - fussilat, ayat 44

2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
- Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
- Ambil & sapu pada bahagian yang disengat

3) - Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.
- Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
- Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
- InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh

4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri
Surah Al - Baqarah, ayat 102

5 ) Resdung
- Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
- Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
- Setiap kolah masjid, 1 botol.
- Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
- Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
- Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'
- Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
- Ulang sebanyak 7 kali
Surah Al - Anbya', ayat 83

6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)
- Gunakan minyak zaitun
- Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
- Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
Surah At- Taubah ayat 14
&
surah Al - Hashr ayat 21

7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita
- Menggunakan madu asli
- Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
- Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
- Makan 1 sudu sehari
Surah An -Nahl, ayat 69

8) Angin pasang
- Menggunakan madu
- Amalkan ayat- ayat di bawah ini
-Surah Al - Isra', ayat 82
Surah Al - Hashr, ayat 21
Surah Ash - Shua'ra' ayat 70

9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung
Bahan - bahan :
- Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
- Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
- Buah kelapa (yang berhingus)
Cara - cara :
- Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
- Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
- Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
- Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
- Minum air kelapa yang telah suam.
*Satu bji kelapa, selang 2 hari.

10) Susah tidur malam
Surah Al - kahf, ayat 11

11) Merawat histeria
- Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
- Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
*Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
- As saffat , ayat 7

[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]

Wednesday, 24 January 2018

Perubahan Bumi

PERUBAHAN KUTUB BUMI MENURUT HADIS DAN SAINS

Mesir sedang mengalami musim salji pertama dalam sejarah selepas 112 tahun manakala Vietnam juga

mengalami jatuhan salji yang tidak begitu berat berbanding Mesir. Kehadiran salji di beberpaa tempat di Vietnam menarik ramai penduduk seluruh Vietnam ke kawasan

terlibat untuk melihat fenomena bersejarah itu sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas selam

berjam-jam seperti dilaporkan Al Jazeera.

Penjelasan tentang fenomena itu boleh dirungkai dengan membaca artikel di bawah.


PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH

Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari. Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar

35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakinketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.

Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa

Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.

Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas.

Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013. Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!

Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah. Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di

selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau

beberapa jam. Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku.

Khatulistiwa berada di Antartika Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi

akan "flip" di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan. Semasa pergerakan " flip" peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar

air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis.

Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi lautakan ditenggelami air. Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan

tenggelam terus. Begitu juga Australia barat. Apabila berlaku "flip" pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat

melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan

dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan "sun spot".

Manakala "flip" juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi,letusan gunung berapi, banjir, tsunami

dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu. Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku. Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku? Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015. Hanya Allah yang Maha Mengetahui keranasemuanya adalah perencanan Ilahi. Sama ada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman.

Terdapat sabdaan Rasulullah saw dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Sama ada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.

Sabda Rasulullah S.A.W "

“.. antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya

menerangi langit dan menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai ”

Kata Saidina Ali RA Saidina Ali K.A.W mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), "Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan

seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan

bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap

abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya

memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung

depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar

terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang- orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".

Antara fakta Komet ISON ialah:

1. ISON digelar “ Komet abad ini”

2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.

3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013.

4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.

5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.

6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.

7. ISON adalah komet yang paling mudah dilihat oleh ramai orang.

8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.

9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.

10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.

Artikel ini ditulis bukan untuk menggempar dan menakutkan. Apa yang bakal terjadi akan tetap terjadi.

Semoga setelah membaca artikel ini, saudara- saudari serta anak-anak ku bertambah kesedaran dan

keinsafan. Bertambah taat pada Allah. Bertambah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena perubahan kutub ini.-

Harakatul Muqawamatul

Islamiyyah...

Monday, 22 January 2018

Manfaat Mendaki

14 Manfaat Mendaki Gunung Bagi Kesihatan Tubuh dan Hiburan

Di bumi ini, salah satu keajaiban dari ciptaan-Nya yang Maha Kuasa adalah pegunungan yang menjulang tinggi dan indah. Di bumi ini ada lebih dari puluhan ribu pegunungan dan gunung yang tersebar di berbagai benua dan pulau. Di Malaysia sendiri juga banyak sekali gunung, baik itu yang sering didaki, maupun yang belum pernah didaki.

Mendaki gunung merupakan salah satu kegiatan yang cukup digemari oleh beragam kalangan, baik itu kalangan pelajar, karyawan, pengusaha, bahkan masih ada lansia yang sanggup mendaki gunung. Di Malaysia sendiri, banyak sekali gunung yang bisa anda taklukan, mulai dari gunung yang mudah hingga gunung yang membutuhkan keterampilan khusus. Seperti memanjat tebing, kemampuan bertahan hidup dan keterampilan dalam mengatur stamina.

Mendaki gunung sendiri pada dasarnya memiliki berbagai macam manfaat. Tentu saja manfaat ini ada beberapa yang langsung dapat dirasakan, dan ada pula manfaat lainnya yang tidak dapat terlihat langsung. Apa saja manfaat mendaki gunung? Berikut ini diantaranya :

1. Meningkatkan kapasiti kerja jantung dan paru-paru

Mendaki gunung memiliki manfaat bagi kesihatan tubuh kita. Manfaat kesihatan dari mendaki gunung yang pertama adalah dapat meningkatkan kapasitas kerja dari jantung dan paru-paru. Dengan kata lain, mendaki gunung dapat memperkuat jantung dan paru-paru kita. Hal ini disebabkan oleh kegiatan mendaki gunung yang membutuhkan tenaga yang besar, yang akan membentuk kekuatan dari jantung dan paru-paru. Dengan meningkatnya kapasitas kerja dari organ tersebut, maka anda akan :

Memperkecil risiko serangan jantung dan stroke

Mengoptimumkan penggunaan oksigen dan peredaran darah

Terhindar dari berbagai macam penyakit

2. Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh

Manfaat mendaki gunung juga sangat baik untuk menjaga dan meningkatkan stamina serta daya tahan tubuh anda. dengan mendaki, maka anda pastinya membutuhkan stamina dan daya tahan tubuh yang lebih, sehingga dengan seringnya anda melakukan pendakian, daya tahan tubuh dan stamina anda akan tetap terjaga, dan malahan semakin meningkat.

3. Menjaga kesihatan tubuh

Mendaki juga dapat menjaga kesihatan tubuh. Selain kerana kapasiti kerja jantung dan paru-paru yang meningkat, serta stamina dan daya tahan tubuh yang terjaga, mendaki gunung juga dapat menjaga kesihatan tubuh. Kerana udara yang anda hirup masih jauh dari racun polusi udara yang ada di daerah perkotaan.

4. Memperkuat otot-otot kaki

Tidak dapat dipungkiri kegiatan mendaki yang bisa anda lakukan secara rutin, pastinya akan memperkuat otot kaki, dan juga dapat berpengaruh pada kekuatan tulang tulang anda, sehingga mampu memperkecil risiko terkena osteoporosis.

5. Sebagai media olahraga

Manfaat mendaki gunung bagi tubuh juga sebagai salah satu kegiatan untuk berolahraga, terutama bagi mereka yang senang dengan kegiatan-kegiatan di alam. Biasanya kegiatan olahraganya berupa berlari naik turun gunung.

6. Mendekatkan diri pada alam

Kegiatan mendaki biasanya dikaitkan dengan mendaki gunung. Biasanya, gunung memiliki lingkungan dan ekosistem yang masih alami dan indah. Sehingga bagi anda yang sedang mencari ketenangan dalam suasana alam, kegiatan mendaki sangatlah cocok bagi anda.

7. Memberikan pengalaman baru

Mendaki juga akan memberikan pengalaman baru bagi anda, baik itu pengalaman secara fisik, maupun pengalaman secara spiritual. Saat mendaki gunung, mungkin anda akan bertemu banyak hal yang tidak terduga, yang pastinya akan menambah pengalaman anda.

8. Menambah relasi dengan orang lain

Biasanya kegiatan mendaki dilakukan tidak sendirian. Dan apabila melakukannya sendirian, biasanya di tengah jalan pendakian anda akan bertemu dengan pendaki lain ketika sedang beristirahat. Hal ini lah yang akan membantu anda dalam menambah relasi dengan orang baru ketika mendaki.

9. Menurunkan berat badan

Ya, tentu saja manfaat mendaki gunung bagi kesihatan dapat menjadi salah satu metode olahraga paling ampuh untuk menurunkan berat badan. Hal ini disebabkan kerana kalori yang terbakar ketika anda melakukan kegiatan pendakian sangatlah besar.

10. Sebagai kepuasan dari hobi

Beberapa orang menganggap mendaki merupakan hobi dan tujuan hidup. Jadi dengan mendaki berbagai gunung yang ada, hal ini akan sangat memuaskan kebutuhan diri mereka akan hobi dan tujuan hidup. Dengan tercapainya kepuasan, maka kualitas hidup seseorang akan menjadi lebih baik.

11. Menambah ilmu pengetahuan

Dengan mendaki, anda akan belajar mengenal alam, melalui tanda – tanda alam yang muncul, seperti arah angin, arah matahari, dan juga tanda – tanda lain seperti jejak binatang liar dan sebagainya. Dengan ini, maka ilmu pengetahuan yang anda miliki akan semakin bertambah dan dapat anda aplikasikan dalam kehidupan sehari – hari.

12. Belajar hidup secara mandiri

Dengan mendaki, itu berarti kita hanya akan mengandalkan perbekalan, insting dan juga kondisi alam sekitar kita untuk bertahan hidup, terutama ketika mendaki daerah-daerah yang cukup ekstrim. Maka dari itu, manfaat mendaki gunung dapat mengajarkan kita untuk belajar hidup mandiri dan bertahan tanpa bantuan teknologi canggih.

13. Membentuk mental dan pikiran yang kuat dan sehat

Mendaki juga sangat bermanfaat bagi pembentukan karakter, mental dan pikiran yang kuat serta tegas. Dalam mendaki dibutuhkan keahlian dalam hal pengelolaan insting, dan juga pengelolaan emosi yang baik. Dengan seringnya melakukan kegiatan mendaki, maka pengelolaan insting dan emosi akan terasah dengan baik, dan akan berpengaruh pada mental dan pikiran yang sehat dan kuat.

14. Relaksasi dan hiburan

Anda juga dapat memanfaatkan kegiana mendaki sebagai salah satu media dalam mencari relaksasi dan hiburan. Bagi anda yang sudah penat dengan kehidupan kota yang memberikan banyak tekanan, maka anda dapat mendapatkan relaksasi dan hiburan anda melalui kegiatan mendaki.

Itulah beberapa manfaat yang bisa anda peroleh dari kegiatan mendaki.perlu diingat, sebelum mendaki ada banyak hal yang harus disiapkan, antara lain :

  • Kesiapan fisik dan mental 
  • Kesiapan logistik, peralatan mendaki dan perbekalan 
  • Kondisi cuaca yang bersahabat 
  • Lokasi pendakian yang harus sesuai dengan kemampuan dari pendaki 
  • Niat dan juga berdoa untuk keselamatan

Mee Segera

Mee segera ataupun ramai kenali dengan “Maggi” semestinya sangat popular di kalangan pelajar dan orang bujang. Mee segera dibeli kerana harganya yang murah dan mereka menganggap sebagai ‘Jimat’. Bukan itu sahaja, penyediaan yang mudah dan cepat menarik ramai minat ramai orang untuk membelinya

Jika diperhatikan,hampir kebanyakan rumah akan menyimpan mee segera dirumah. Bagi mereka yang tidak mengamalkan untuk kehidupan seharian anda, TAHNIAH diucapkan.

Namun tahukah anda betapa bahayanya Maggie kepada kesihatan kita. Mungkin ada yang dah sedar, tapi menganggap mungkin lambat lagi untuk dapat penyakit itu. Apa keburukan atau Bahaya mee segera kepada badan kita ?

1. Masalah Penghadaman

Mungkin anda rasakan tiada apa-apa yang berlaku sepanjang anda makan mee segera. Namun tahukah anda, mee segera mengambil masa yang agak lama untuk dihadam. Jika anda masih pertikaikan mengenai perkara ini, anda boleh saksikan video di bawah nanti. Jika diambil dengan terlalu kerap, maka ia makan mengakibatkan sistem penghadaman anda tidak berfungsi dengan sebaiknya.

2. Kegagalan Buah Pinggang Berfungsi

Kegagalan buah pinggang berfungsi adalah akibat pengambilan sodium di dalam makanan yang terlampau tinggi, lebih dari keperluan badan. Secara mudahnya, sodium inilah yang berfungsi untuk membantu otot dan saraf untuk berfungsi. Namun jika terlebih, ia akan mula memudaratkan buah pinggang.

Anda ada rakan-rakan yang sakit buah pinggang kerana makan mee segera?

3. Pening Kepala & Pedih Ulu Hati

Semua mungkin tahu mengenai kandungan MSG (monosodium glutamate) yang tinggi di dalam mee segera. MSG berfungsi untuk “menambah rasa” namun dalam masa yang sama ada di kalangan anda yang sebenarnya alergik terhadap bahan ini.

Mungkin antara sedar atau tidak, anda pernah mengalami perkara sebegini namun tidak menghiraukannya kerana beranggapan ia sebenarnya adalah perkara biasa.

4. Melemahkan Fungsi Ketahanan Badan

Anda pernah jumpa orang yang makan mee segera yang sentiasa cergas? Kebanyakan bahan perasa di dalam mee segera adalah tidak sihat dan apabila badan tidak mendapatkan nutrisi yang cukup maka ia akan melemahkan sistem ketahanan badan. Kami sediakan bahan bacaan tambahan pada sumber di bawah.

5. Tekanan Darah Tinggi

Apa lagi yang anda mahu jangkakan jika imbangan diet dan kandungan perasa mee segerayang menjangkaui apa yang badan anda perlukan.

Maka ia akan membawa kepada beberapa penyakit yang berkaitan dengan kagagalan badan berfungsi dengan baik. Antara perkara yang anda mungkin dapat jika meneruskan makan mee segera secara berterusan ialah kolestrol tinggi, diabete dan juga penyakit jantung.

Bukanlah kami menghalang anda untuk makan terus. Kebanyakan penyakit yang ada kebiasaannya akan menjadi leboh teruk jika pengambilan mee segera adalah berterusan. Apa-apa pun, kita mempunyai alternatif untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat demi kepentingan kesihatan masa panjang.

Sunday, 21 January 2018

Jam Matahari

Jam matahari ialah sebuah peralatan yang menunjukkan waktu berdasarkan kedudukan matahari. Pembuatan jam matahari secara umumnya adalah untu memanfaatkan bayang yang menimpa permukaan rata yang ditandakan dengan jam-jam dalam satu hari. Selari dengan perubahan pada kedudukan matahari, waktu yang ditunjukkan oleh bayangan tersebut turut berubah. Pada asasnya, jam matahari dapat dibuat menggunakan segala jenis permukaan yang ditimpa bayang yang dapat tentukan kedudukannya.

Sebahagian besar jam matahari menunjukkan waktu matahari nyata. Dengan perubahan kecil, jam matahari turut dapat mengukur waktu piawai serta waktu musim panas.

- Sekarang, kita telah memiliki jam tangan atau jam digital lainnya yang canggih. Tetapi pada zaman dahulu, orang menandai waktu dengan matahari.

Penunjuk Waktu Pertama


Matahari adalah penunjuk waktu pertama yang digunakan oleh manusia menebak waktu dengan melihat matahari yang bergerak melintasi langit. Mudah saja mengenali waktu saat matahari terbit dan terbenam. Tetapi akan sulit untuk mengetahui kapan tengah hari, saat matahari berada paling jauh dari horison. Di antara waktu itu, sulit mengetahui waktu dari posisi matahari.

Mengamati Bayangan

Manusia sadar bahwa panjang bayangan berubah dan bergerak sepanjang hari. Maka mereka berpikir bahwa bayangan ini dapat menunjukkan waktu yang lebih pasti, daripada menebak posisi matahari. Dari sini, mulailah manusia menciptakan jam bayangan, atau yang lebih dikenal dengan jam matahari.

Hanya Batangan dan Batu


Jam matahari pertama adalah batangan yang ditancapkan ke tanah. Kemudian batu diletakkan di sekeliling batangan. Tujuannya untuk menandai posisi bayangan saat bergerak sepanjang hari. Dengan ini manusia dapat mengukur waktu dengan tepat.

Untuk Keindahan


Sekarang, jam matahari hanya digunakan untuk keindahan. Manusia sudah tidak perlu lagi bersusah payah mengukur waktu dengan mengamati bayangan. Namun, di dinding dan ambang jendela rumah-rumah kuno, terkadang masih dapat kita jumpai jam matahari. Jam ini disusun sedemikian rupa sehingga ujung bingkai jendela dapat memperlihatkan bayangan.

Dibuat dengan Teliti

Agar jam matahari dapat menunjukkan waktu dengan tepat, penunjuknya harus dibuat dengan kemiringan yang sama dengan ketinggian tempat dimana jam itu akan digunakan. Petunjuk vertikal akan menunjukkan jam yang tepat hanya pada satu ketinggian dan pada satu musim. Kalau piringannya datar, maka tanda jam dibuat dalam jarak yang berbeda.

Digunakan Selama Berabad-abad

Jam Cleopatra yang sekarang ada di Central Park Ney York City, pernah menjadi bagian dari jam matahari. Sekitar 3.000 tahun sebelum Masehi, seorang astronom menemukan jam matahari yang berbentuk seperti mangkuk. Bayangan yang ditunjukkan oleh jarum penunjuk bergerak di sepanjang dua belas jam dalam sehari. Jam matahari jenis ini sangat akurat dan terus digunakan selama berabad-abad.

Pencipta Penunjuk Waktu Atau Jam

Waktu adalah pedang, bisa di artikan kalu hidup kita ini selalu di kejar-kejar oleh waktu, kita tidak mungkin melawan waktu, karena waktu tidak bisa di putar ulang lagi. Dan berikut penemuan sejarah benda yang sangat penting untuk kehidupan kita sampai akhir zaman. Penunjuk waktu atau jam, selamat membaca..

Pernahkah terbayang olehmu bagaimana orang-orang zaman dahulu mengetahui waktu? Penunjuk waktu/jam mengalami perkembangan dari masa ke masa, dari awal ditemukan hingga kini. Tahukah kamu? Kata jam telah digunakan pada abad ke-14 sekitar 700 tahun yang lalu, yang berasal dari bahasa latin yaitu ‘clocca’.

Menurut catatan sejarah, sundial atau jam matahari merupakan jam tertua dalam peradaban manusia. Jam ini dibuat oleh seorang ahli Astronomi muslim bernama Ibnu al-Shatir sekitar 3.500 tahun sebelum Masehi. Jam ini menunjukan waktu berdasarkan letak matahari, dengan cara memanfaatkan bayangan yang menimpa permukaan datar. Ibnu al-Shatir membagi waktu dalam sehari dengan 12 jam, pada musim dingin waktu pendek, sedangkan pada musim panas waktu lebih panjang

Sekitar 5.000-6.000 tahun yang lalu, orang Mesir mengukur waktu dan membuat kalender dengan menggunakan obelisk. Pada tahun 1400 SM orang Mesir juga menggunakan jam air yang diberi nama Clepsydra. Jam air paling canggih pertama kali ditemukan di zaman kejayaan Islam yang dibuat oleh Al-Jaziri pada tahun 1136-1206 yang berbentuk gajah dan bisa menghasilkan suara ditiap jam. Jam astronomi terbesar yang dibuat Al-Jazari disebut Castle Clock, yang dianggap menjadi analog komputer terprogram pertama.

Di dunia Islam, Al-Jazari memang bukan satu-satunya ilmuwan yang menciptakan jam. Banyak ilmuan lain yang juga tercatat telah menemukan beberapa jenis jam. Namun, penemuan jam air yang paling terkenal adalah yang dilakukan oleh Al-Jazari. Sedangkan jam pasir muncul sekitar 1400 Sebelum Masehi, berdasarkan peninggalan yang ditemukan di kuburan Amenhoterp I, berupa bejana kecil berisi air yang memiliki lubang di bagian bawahnya yang berfungsi meneteskan air.

Untuk jam dengan alat penggerak mekanik, tidak pernah diketahui asal mula ditemukannya. Namun, peralatan itu diduga pertama kali ditemukan dan digunakan di biara-biara sebagai alat panggil para biarawan atau biarawati untuk berdoa agar dapat dibunyikan tepat pada waktunya.

Masyarakat Eropa baru mengenal jam yang dikendalikan pemberat pada tahun 1300. Lonceng yang berdentang setiap jam, pertama kali ditampilkan oleh lonceng kota Milan tahun 1335 dan lonceng di Katedral Salisbury, London pada tahun 1386. Sedangkan jam yang dikendalikan pegas baru dikuasai peradaban Barat tahun 1430. Masyarakat Inggris mulai membuat arloji pada tahun 1580. Dan sekitar tahun 1525 Peter Henlein, tukang kunci dari Nurnberg, Jerman memperkenalkan jam rumahan dengan diameter10-12,5 cm dan ketebalan7,5 cm.

Akhir abad ke-16, lonceng mulai dibuat tegak dan di awal abad ke-17 mesinnya mulai diberi pembungkus dari kuningan, diperkaya dengan penutup kaca dan jarum penunjuk menit. Tidak hanya itu, mulai tahun 1656 diperkenalkan pula lonceng dengan pemberat dan pendulum bertali pendek yang dibungkus dalam kotak kayu dan bisa digantung didinding.

Pada tahun 1929 mulai diterapkan kristal quartz pada alat pengukur waktu/jam. Jam digital/elektrik pertama kali dibuat oleh perusahaan The Hamilton Watch Co of Lancaster, Pennsylvania sekitar tahun 1950. Setelah itu, mulailah bermunculan beberapa merk dan model jam tangan hingga saat ini.

Friday, 19 January 2018

Ibn Sina

Latar Belakang

Nama : Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina
Gelaran : Ibnu Sina, Avicenna, Bapa Perubatan Islam
Lahir : sekitar 980 M atau 370 H , Afshana berdekatan Bukhara (ibukota Samanid Empire), nama sekarang Uzbekistan
Wafat : 1037 M atau 428 H
Etnik : Tajik
Rantau : Parsi
Bidang : Perubatan, Astronomi, Etika, Logik, Matematik, Metafizik, Falsafah, Fizik, Sains,teologi
Karya : Alqanun fi altibb, Kitab al-Shifa, Al Najat
Pengaruh : Omar Khayyám, Ibnu Rushd, Thomas Aquinas, Albertus Magnus
Diilhami : Aristotle, Al-Farabi

Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina, (Bahasa Arab: ابن سینا Ibn Sīnā‎), dikenali sebagai Ibnu Sina[1] atau Avicenna di dunia Barat, merupakan salah seorang pakar sains dari Uzbekistan yang hidup antara tahun 980 hingga 1037 M.

Sejarah dan latar belakang

Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan.

Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.

Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

Sumbangan

Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fi al-Tibb ("Kanun") telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.

Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul al-Adwiyat al-Qalbiyyah ("The Remedies of the Heart") yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja, tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama. Ini dapat diperhatikan dalam sebuah lagi kitab agung beliau berjudul Kitab al-Syifa (Bahasa Arab: کتاب الشفاء) yang memuatkan penulisan berkaitan sains dan falsafah.

Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kemuncak (zenith) iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.

Di samping menjadi puncak dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu logik (mantik) sehingga digelar "Guru Ketiga" dibelakang Aristotle dan al-Farabi. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.

Penulisan lain

Ibnu Sina

Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.

Teori perubatan

Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humor iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.

Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan "mengislamkannya".

Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.

Falsafah

Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.

Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.

Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya.

Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab Himah Ilahiyyah dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan".

Pemikiran Ibnu Sina ini telah mencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah ("Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah") untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.

Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.

Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).

Wednesday, 17 January 2018

Aktiviti Fizikal

Hidup cergas dan aktif

Aktiviti fizikal memberi banyak faedah dari segi kesihatan tubuh badan, sosial, dan emosi serta boleh mengurangkan insiden penyakit-penyakit kronik. Penyertaan dalam aktiviti fizikal yang kerap dapat menyumbang ke arah pencapaian kecergasan yang lebih baik dan kesejahteraan keseluruhannya.

Aktiviti fizikal

Ia di definisikan sebagai pelbagai pergerakkan badan yang dihasilkan dari pengecutan otot dan meningkatkan penggunaan tenaga. Contoh-contoh aktiviti fizikal adalah seperti berjalan, berbasikal, bermain, angkat berat, membuat kerja rumah dan lain-lain.

Kecergasan fizikal

Kecergasan fizikal merupakan satu pencapaian seseorang, berkaitan dengan kemampuannya untuk melakukan aktiviti fizikal. Ia boleh dikategorikan sebagai: :

1. Kesihatan- berkaitan kecergasan

2. Kemahiran – berkaitan kecergasan

Untuk seseorang yang bukan ahli sukan, kita perlu meningkatkan komponen kesihatan yang berkaitan dengan kecergasan untuk memperbaiki kesihatan kita.

Komponan Kesihatan – berkaitan kecergasan meliputi:

· Ketahanan Kardiovaskular / kemampuan aerobik

· Kemampuan otot jantung berfungsi secara berkesan untuk membolehkan kita bekerja dalam jangka masa panjang tanpa merasa terlalu letih.

· Ketahanan Otot

· Kemampuan sekumpulan otot untuk menjalankan pengecutan berulang dalam satu jangka masa yang cukup untuk menyebabkan otot merasa letih

· Kekuatan Otot

· Kekuatan maksima yang boleh diwujudkan oleh satu atau sekumpulan otot tertentu.

· Keanjalan

· Kemampuan sendi-sendi untuk bergerak pada kadar sepenuhnya.

· Komposisi badan

· Merujuk kepada peratusan berat badan, berkaitan lemak dan tisu tanpa lemak.

Komponen kemahiran- berkaitan kecergasan banyak berkait rapat dengan kemahiran sukan

Komponen – komponen kemahiran berkaitan kecergasan termasuk:

· Kekuatan

· Kemampuan kita mengecutkan otot dengan kelajuan dan kekuatan dalam satu tindakan.

· Ketangkasan

· kemampuan kita untuk menukar arah badan dengan pantas

· Koordinasi

· Kemampuan kita untuk melakukan pergerakan yang kompleks dengan mudah.

· Kelajuan

· Kemampuan kita untuk menggerakan bahagian atau badan secepat yang boleh.

· Keseimbangan

· kemampuan kita mengekalkan keseimbangan bila statik atau bergerak.

· Masa bertindak balas

· Kemampuan kita untuk bertindak balas terhadap rangsangan dengan cepat.

Faedah-faedah kekerapan melakukan aktiviti fizikal

· Mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, osteoporosis, diabetes, kanser dan obesiti.

· Menjaga sendi-sendi, tendon dan ligamen anjal, supaya memudahkan pergerakan.

· Menguatkan tulang dan otot.

· Membantu kebolehan menjalankan aktiviti harian dan mencegah kejatuhan, sekiranya anda seorang dewasa tua.

· Mengurangkan beberapa kesan penuaan.

· Membantu mengurangkan ketegangan dan kegelisahan.

· Menambahbaikan kesihatan mental dan mood.

· Meningkatkan tenaga dan ketahanan.

· Membantu anda tidur dengan baik

· Mengurangkan berat badan

· Membantu kita mengawal berat badan dan mencegah obesiti

Program kecergasan

Senaman berterusan baik untuk anda. Anda dinasihatkan agar berunding dengan doktor terlebih dahulu jika anda telah lama tidak aktif (kehidupan sedentari) mempunyai sebarang masalah kesihatan, anda mengandung dan berumur 40 tahun ke atas. Satu hari mempunyai 1,440 minit Umumnya, kita harus melakukan selama 30 minit sebarang aktiviti fizikal setiap hari. Tambahkan setiap aktiviti anda sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali. Mulakan perlahan-lahan dan tingkatkan sedikit demi sedikit. Contoh:

· Bermain dengan anak-anak

· Berkebun

· Gunakan tangga, berbanding elevator

· Berjalan kaki untuk pergi minum kopi di waktu rehat, atau makan tengah hari

· Berjalanlah sebahagian atau keseluruhan perjalanan ke tempat kerja

· Lakukan kerja-kerja rumah dengan pantas

· Potong daun-daun atau lakukan kerja-kerja lain di halaman

· Mulakan dengan hanya 10 minit berjalan-jalan dan tingkatkan tempohnya sedikit demi sedikit.

Selepas mencapai 30 minit melakukan aktiviti sederhana pada kebanyakan hari dalam seminggu, kemudian rancanglah tiga atau empat aktiviti aerobik setiap minggu kira-kira 50-85% kadar maksima jantung (kadar sasaran jantung) untuk sesi 30-40 minit. Setiap sesi harus bermula dengan memanaskan, regangan termasuk dengan meyejukan badan. Adalah penting untuk meningkatkan aktiviti dari yang ringan kepada sesi aktiviti-aktiviti fizikal yang lebih intensif. Sediakan satu peningkatan dari berjalan kepada jogging, berlari dan seterusnya melakukan permainan.

Senaman aerobik

Adalah aktiviti-aktiviti yang menggunakan kumpulan otot besar dan dilakukan secara berterusan. Contohnya termasuk berjalan, berjoging, berenang, berbasikal dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti ini boleh menyebabkan anda bernafas lebih kuat dan jantung anda bekerja lebih kuat untuk mengepam darah. Ia meningkatkan kesihatan jantung dan paru-paru anda

Kadar sasaran jantung

Kadar degupan jantung yang selamat setiap minit semasa senaman dan nilai tertentu yang diperlukan untuk mencapai keberkesanan latihan. Ikuti carta yang menunjukkan kadar sasaran jantung untuk mereka berdasarkan perbezaan umur.

Untuk mereka yang baru bermula, mulakan dengan kadar sasaran jantung yang rendah (60%) dan apabila kecergasan meningkat, anda boleh melakukan aktiviti fizikal yang lebih berat untuk mencapai kadar sasaran jantung sehingga ke paras yang tinggi (85%) Sebagai contoh, jika umur anda 45 tahun, kadar sasaran jantung anda ialah 105 – 149 degupan per minit.

Bagaimana mengukur kadar denyutan jantung

1. Kadar denyutan jantung boleh diukur dengan merasa arteri radial.

2. Arteri radial terletak di sisi pergelangan tapak tangan, selari dengan pangkal ibu jari.

3. Gunakan jari tengah dan telunjuk, kira degupan pertama sebagai kosong, bila jam randik bermula.

4. Kira denyutan jantung untuk 15 saat, dan darab dengan empat untuk mendapatkan degupan seminit.

5. Pantau kadar degupan jantung dalam masa 5 saat selepas habis senaman.

6. Jika degupan anda di bawah kadar sasaran, teruskan senaman dengan lebih kuat dan kemudian, ambil semula degupan jantung anda.

· Fasa aerobik Lakukan sebarang aktiviti aerobik pilihan anda. Kekalkan aktiviti untuk sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi. Patuhi prinsip F.I.T.T. F.I.T.T. bemaksud: F – Frequency (kekerapan) – Bersenam 3-5 kali seminggu I -Intensity (ketekunan) – 60% hingga 85% kadar denyutan jantung maksima T – Time (masa) – 20 hingga 40 minit (termasuk sesi memanaskan dan menyejukan badan) T Type (jenis) – Aktiviti aerobik/permainan pilihan anda

· Fasa kecergasan otot Selepas menamatkan fasa aerobik, anda perlu memperlahankan aktiviti untuk mengurangkan kadar denyutan jantung perlahan-lahan. Anda perlu melakukan juga aktiviti yang menguatkan otot terutama dalam meningkatkan kekuatan dan ketahanan otot. Contoh aktiviti yang menguatkan :

· Tekan tubi (Push-ups)

Tekan tubi menguatkan otot bahagian atas badan terutama deltoids, pectoralis major, dan triceps. Kepada mereka yang menghadapi kesukaran melakukan tekan tubi dalam posisi standard, boleh menggunakan versi modifikasi dengan melakukan tekan tubi dengan menggunakan lutut sebagai pasak. Mereka digalakkan melakukan sekurang-kurangnya 8 – 12 kali tekan tubi setiap sesi.

· ‘Curl-ups’

Terdapat berbagai senaman yang berkaitan dengan perut dan ada juga yang boleh merosakan bahagian belakang. Dengan itu, cara yang selamat untuk melakukan senaman yang berkaitan dengan perut adalah dengan melakukan separa curl-ups atau abdominal crunches. Dengan mengangkat kedua belah kaki, pangkal peha yang bengkok dapat dihindarkan, dengan itu menghadkan pergerakan dan bahaya bahagian belakang. Anda digalakkan membuat sekurang-kurangnya 1-2 set dari 8-12 reps curl-ups setiap sesi.

· Fasa meyejukan badan Tujuan fasa menyejukan badan ialah untuk mengurangkan perlahan-lahan denyutan jantung dan suhu badan. Melakukan aktiviti ringan, seperti dalam fasa memanaskan badan dilakukan kembali semasa meyejukan badan. Malahan adalah digalakkan bagi mereka yang baru bermula patut melakukan lebih senaman regangan di peringkat ini, kerana ia memberi kelebihan untuk meregang otot-otot yang telah digerakkan secara kuat semasa fasa aerobik.

Senaman Regangan

Senaman regangan statik boleh meningkatkan kelembutan. .

· Regangan-regangan dilakukan pada tahap sederhana dan tidak sakit.

· Tahan tiap satu regangan statik untuk 10 hingga 30 saat dan rileks.

· Bernafas seperti biasa semasa senaman regangan dilakukan. Jangan tahan nafas anda.

· Lakukan setiap senaman perlahan-lahan.

Popular Posts