Navigasi


Selamat Datang ke Blogpost Pegaga Nenek   *Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.   *Setiap hari kita belajar sesuatu baru.   *Betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.   *Terus berusaha, jangan putus asa.   *Hari ini kita atas tanah, esok mungkin tanah atas kita.   *Nikmati bila Anda mampu, dan bertahan ketika Anda harus.   *Hormat dan taat kepada ibu dan bapa.   *Yang paling jujur adalah cermin, yang paling tipu adalah gambar.   *Anak adalah anugerah daripada Allah.   *Selalu ucap "Alhamdulillah".   *Setiap pilihan tiada salah mahupun betul, terpulang pada kita sendiri.   *hari ini akan lebih indah daripada kemarin jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman.   *Cakaplah yang benar walaupun ianya pedih.   *Mulakan harimu dengan memuji Allah.   *Kalau dunia ini pahit, Allah ialah gulanya.   *Kejarlah Ilmu dan Lakukanlah amal. Keduanya akan menuntun jalan ke Syurga.   *Berbaik hati kepada bayang kehidupanmu.   *Belajar sabar meski gelisah, belajar setia meski tergoda, belajar mengasih meski terluka.
Yellow Background Green Background Blue Background Red Background Red Background Red Background

Tuesday, 22 December 2020

Bahtera Nabi Nuh

Dalam tradisi islam

Dalam agama islam, nuh merupakan salah satu dari lima rasul nabi penting bagi umat Islam keseluruhannya (Ulul Azmi). Ia diperintah untuk mengingatkan kaumnya agar menyembah allah yang saat itu menganut paganisme dengan menyembah berhala-berhala suwa', yaghuts, ya'uq, dan nashr. Dalam Al-quran, nuh diperintah selama 950 tahun. Rujukan-rujukannya tentang nuh dalam Al-quran bertebaran di seluruh kitab. Surah dalam Al-quran yang cukup lengkap menceritakan kisah nuh adalah surah hud dari ayat 27 hingga 51.

Berbeza dengan kisah-kisah yahudi, yang menggunakan istilah "kotak" atau "peti" untuk menggambarkan bahtera nuh, surah Al-'Ankabut ayat 15 dalam al-qur'an menyebutnya as-safinati, sebuah kapal biasa atau bahtera, dan dijelaskan lagi dalam surah al-qamar ayat 13 sebagai "bahtera dari papan dan paku." surah hud ayat 44 mengatakan bahawa kapal itu mendarat di gunung judi, yang dalam tradisi merupakan sebuah bukit dekat kota jazirah bin umar di tepi timur sungai tigris di provinsi mosul, iraq. Abdul Hasan Ali Bin Al-Husayn Masudi (meninggal dunia pada tahun 956) mengatakan bahawa tempat pendaratan bahtera itu dapat dilihat pada masanya. Masudi juga mengatakan bahawa bahtera itu memulai perjalanannya dari kuffah di iraq tengah dan berlayar ke makkah, dan di sana kapal itu menawafi (mengelilingi) kaabah, sebelum akhirnya mendarat di gunung judi, cizre (pergunungan yang sebanjaran dengan gunung ararat). Surah hud ayat 41 mengatakan, "dan nuh berkata, 'naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama allah di waktu berlayar dan berlabuhnya.'" tulisan abdullah bin 'umar al-baidawi abad ke-13 menyatakan bahawa nuh mengatakan, "dengan nama allah!" ketika ia ingin bahtera itu bergerak, dan kata yang sama ketika ia menginginkan bahtera itu berhenti.

Banjir itu dikirim oleh Allah sebagai jawapan ke atas doa nabi nuh bahawa generasinya yang jahat harus dihancurkan, namun kerana nuh adalah yang benar, maka ia terus menyebarkan peringatan itu, dan 70 orang penyembah berhala bertaubat, dan masuk ke dalam bahtera bersamanya, sehingga keseluruhan manusia yang ada di dalamnya adalah 78 orang (iaitu ke-70 orang ini ditambah 8 orang anggota keluarga nuh sendiri). Ke-70 orang ini tidak mempunyai keturunan, dan seluruh umat manusia setelah air bah adalah keturunan dari ketiga anak lelaki nuh iaitu sem, ham, dan yafet. Anak lelaki (atau cucu lelaki, menurut beberapa sumber) yang keempat yang bernama kana'an termasuk para penyembah berhala, dan kerananya ia ikut tenggelam.

Baidawi memberikan ukuran bahtera itu iaitu 300 hasta, (50 x 30), dan menjelaskan bahawa pada mulanya di tingkat pertama dari tiga tingkat ini diletakkan binatang-binatang liar dan yang sudah dijinakkan, pada tingkat kedua ditempatkan manusia, dan yang ketiga burung-burung. Pada setiap lembar papan terdapat nama seorang nabi. Tiga lembar papan yang hilang, yang melambangkan tiga nabi, dibawa dari mesir oleh og, putera anak, satu-satunya raksasa yang diizinkan selamat dari banjir. Tubuh nabi adam a.s. dibawa ke tengah-tengah bahtera untuk memisahkan lelaki dan perempuan.

Nabi nuh berada di bahtera selama lima atau enam bulan, dan pada akhirnya ia mengeluarkan seekor burung gagak. Namun gagak itu berhenti untuk berpesta memakan daging-daging bangkai yang mati, dan kerana itu nuh mengutuknya dan mengeluarkan burung merpati, yang sejak dahulu kala lagi telah dikenali sebagai sahabat manusia. Masudi menulis bahawa allah memerintahkan bumi untuk menyerap airnya, dan bahagian-bahagian tertentu yang lambat menaati perintah ini memperoleh air laut sebagai hukumannya dan karena itu menjadi kering dan tidak ada kehidupan. Air yang tidak diserap bumi membentuk laut, sehingga air dari banjir itu masih ada.

Nuh meninggalkan bahtera pada tanggal 10 muharram, dan ia bersama keluarganya dan teman-temannya membangun sebuah kota di kaki gunung judi yang dinamai thamanin ("delapan puluh"), dari jumlah mereka. Nuh kemudian mengunci bahtera itu dan dipercayai kunci-kuncinya berada dalam simpanan sem. Yaqut al-hamawi (1179–1229) menyebutkan tentang sebuah masjid yang dibangunkan oleh nuh yang dapat dilihat hingga masa hidupnya, dan ibnu batutta telah melawati pergunungan judi dan ararat dalam perjalanannya pada abad ke-14. Orang muslim moden, walaupun tidak semuanya aktif dalam mencari bahtera tersebut, percaya bahawa benda itu masih berada di lereng-lereng pergunungan judi-ararat.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts