Terbelahnya bulan (Bahasa Arab: انْشَقَّ الْقَمَرُ) ialah suatu mukjizat yang dikaitkan kepada Nabi Muhammad. Ia berasal daripada ayat-ayat al-Quran 54:1–2 dan disebutkan dalam tradisi Islam seperti sebab-sebab penurunan (konteks wahyu). Ramai pengulas Muslim, terutamanya dari zaman pertengahan, mentafsirkan secara harfiah kejadian itu sebagai pemisahan fizikal bulan, sementara beberapa orang yang lain menganggapnya sebagai peristiwa yang akan terjadi semasa hari kiamat ataupun ilusi optik.
Tradisi awal yang menyokong tafsiran harfiah adalah berdasarkan kepada kewibawaan para sahabat nabi seperti Ibn Abbas, Anas bin Malik, Abdullah ibn Mas'ud dan lain-lain. Menurut cendekiawan Muslim India Abdullah Yusuf Ali, bulan akan terbelah lagi apabila hari kiamat menghampiri. Beliau berkata bahawa ayat-ayat itu mungkin mempunyai maksud alegori iaitu perkara tersebut menjadi jelas seperti bulan. Ayat-ayat al-Quran 54:1–2 menjadi sebahagian daripada perbahasan antara ahli teologi Muslim zaman pertengahan dan ahli falsafah Muslim mengenai isu kemurnian jasad langit tersebut. Pada 2010, ahli sains Institut Sains Bulan NASA (NLSI) Brad Bailey berkata, "Tiada laporan bukti saintifik bahawa Bulan telah terbelah kepada dua (atau lebih) bahagian dan kemudiannya dihimpunkan semula pada bila-bila masa di masa lalu."
Kisah tersebut telah digunakan oleh beberapa Muslim kemudiannya untuk memberi keyakinan kepada orang lain mengenai kenabian Muhammad . Ia juga memberi ilham kepada ramai pemuisi Muslim, terutamanya di India.
Latar belakang peristiwa[sunting | sunting sumber]
Ayat 54:1–2 al-Quran berbunyi:
وَإِن يَرَوْا آيَةً يُعْرِضُوا وَيَقُولُوا سِحْرٌ مُّسْتَمِرٌّ اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانشَقَّ الْقَمَرُ
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.[54:1] Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.[54:2]
Tradisi dan cerita awal menjelaskan bahawa ayat ini merupakan suatu mukjizat Muhammad , berikutan permintaan daripada beberapa orang Quraisy. Kebanyakan pengulas Muslim menerima keaslian tradisi itu. Ayat 54:2 yang berikutnya diambil bagi menyokong pandangan tersebut. Pengulas klasik Ibn Kathir menyediakan satu senarai tradisi awal yang menyebut kejadian tersebut: Sebuah tradisi yang disampaikan pada kewibawaan Anas bin Malik yang menyatakan bahawa Muhammad membelah bulan selepas orang Makkah ingin melihat suatu mukjizat. Tradisi lain daripada Malik yang disampaikan melalui rantaian rawi yang lain, mengatakan bahawa Gunung Nur boleh dilihat di antara dua bahagian bulan (Gunung Nur terletak di Hijaz. Orang Islam percaya bahawa Muhammad menerima wahyu pertamanya di dalam gua yang berada di gunung ini dan ia dikenali sebagai Gua Hira'). Satu tradisi yang dirawikan pada kewibawaan Jubayr ibn Mut'im dengan satu rantaian tunggal penyampaian mengatakan bahawa dua bahagian bulan berdiri di dua gunung. Tradisi ini lebih lanjut menyatakan bahawa penduduk Makkah mengatakan "Muhammad telah membawa kita dengan sihirnya… Jika dia mampu membawa kita kepada sihirnya, dia tidak melakukan demikian dengan semua orang." Tradisi yang disampaikan pada kewibawaan Ibn Abbas secara ringkas menyebut kejadian itu dan tidak memberikan banyak perincian. Bagi tradisi yang disampaikan pada kewibawaan Abdullah bin Masud menerangkan kejadian tersebut seperti yang berikut:
Kami bersama dengan Rasulullah di Mina, bulan itu terbahagi menjadi dua. Salah satu bahagiannya berada di belakang gunung dan yang lainnya berada di sisi gunung ini. Rasulullah bersabda kepada kami: Saksikanlah ini.
Tuesday, 22 December 2020
Bahtera Nabi Nuh
Dalam tradisi islam
Dalam agama islam, nuh merupakan salah satu dari lima rasul nabi penting bagi umat Islam keseluruhannya (Ulul Azmi). Ia diperintah untuk mengingatkan kaumnya agar menyembah allah yang saat itu menganut paganisme dengan menyembah berhala-berhala suwa', yaghuts, ya'uq, dan nashr. Dalam Al-quran, nuh diperintah selama 950 tahun. Rujukan-rujukannya tentang nuh dalam Al-quran bertebaran di seluruh kitab. Surah dalam Al-quran yang cukup lengkap menceritakan kisah nuh adalah surah hud dari ayat 27 hingga 51.
Berbeza dengan kisah-kisah yahudi, yang menggunakan istilah "kotak" atau "peti" untuk menggambarkan bahtera nuh, surah Al-'Ankabut ayat 15 dalam al-qur'an menyebutnya as-safinati, sebuah kapal biasa atau bahtera, dan dijelaskan lagi dalam surah al-qamar ayat 13 sebagai "bahtera dari papan dan paku." surah hud ayat 44 mengatakan bahawa kapal itu mendarat di gunung judi, yang dalam tradisi merupakan sebuah bukit dekat kota jazirah bin umar di tepi timur sungai tigris di provinsi mosul, iraq. Abdul Hasan Ali Bin Al-Husayn Masudi (meninggal dunia pada tahun 956) mengatakan bahawa tempat pendaratan bahtera itu dapat dilihat pada masanya. Masudi juga mengatakan bahawa bahtera itu memulai perjalanannya dari kuffah di iraq tengah dan berlayar ke makkah, dan di sana kapal itu menawafi (mengelilingi) kaabah, sebelum akhirnya mendarat di gunung judi, cizre (pergunungan yang sebanjaran dengan gunung ararat). Surah hud ayat 41 mengatakan, "dan nuh berkata, 'naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama allah di waktu berlayar dan berlabuhnya.'" tulisan abdullah bin 'umar al-baidawi abad ke-13 menyatakan bahawa nuh mengatakan, "dengan nama allah!" ketika ia ingin bahtera itu bergerak, dan kata yang sama ketika ia menginginkan bahtera itu berhenti.
Banjir itu dikirim oleh Allah sebagai jawapan ke atas doa nabi nuh bahawa generasinya yang jahat harus dihancurkan, namun kerana nuh adalah yang benar, maka ia terus menyebarkan peringatan itu, dan 70 orang penyembah berhala bertaubat, dan masuk ke dalam bahtera bersamanya, sehingga keseluruhan manusia yang ada di dalamnya adalah 78 orang (iaitu ke-70 orang ini ditambah 8 orang anggota keluarga nuh sendiri). Ke-70 orang ini tidak mempunyai keturunan, dan seluruh umat manusia setelah air bah adalah keturunan dari ketiga anak lelaki nuh iaitu sem, ham, dan yafet. Anak lelaki (atau cucu lelaki, menurut beberapa sumber) yang keempat yang bernama kana'an termasuk para penyembah berhala, dan kerananya ia ikut tenggelam.
Baidawi memberikan ukuran bahtera itu iaitu 300 hasta, (50 x 30), dan menjelaskan bahawa pada mulanya di tingkat pertama dari tiga tingkat ini diletakkan binatang-binatang liar dan yang sudah dijinakkan, pada tingkat kedua ditempatkan manusia, dan yang ketiga burung-burung. Pada setiap lembar papan terdapat nama seorang nabi. Tiga lembar papan yang hilang, yang melambangkan tiga nabi, dibawa dari mesir oleh og, putera anak, satu-satunya raksasa yang diizinkan selamat dari banjir. Tubuh nabi adam a.s. dibawa ke tengah-tengah bahtera untuk memisahkan lelaki dan perempuan.
Nabi nuh berada di bahtera selama lima atau enam bulan, dan pada akhirnya ia mengeluarkan seekor burung gagak. Namun gagak itu berhenti untuk berpesta memakan daging-daging bangkai yang mati, dan kerana itu nuh mengutuknya dan mengeluarkan burung merpati, yang sejak dahulu kala lagi telah dikenali sebagai sahabat manusia. Masudi menulis bahawa allah memerintahkan bumi untuk menyerap airnya, dan bahagian-bahagian tertentu yang lambat menaati perintah ini memperoleh air laut sebagai hukumannya dan karena itu menjadi kering dan tidak ada kehidupan. Air yang tidak diserap bumi membentuk laut, sehingga air dari banjir itu masih ada.
Nuh meninggalkan bahtera pada tanggal 10 muharram, dan ia bersama keluarganya dan teman-temannya membangun sebuah kota di kaki gunung judi yang dinamai thamanin ("delapan puluh"), dari jumlah mereka. Nuh kemudian mengunci bahtera itu dan dipercayai kunci-kuncinya berada dalam simpanan sem. Yaqut al-hamawi (1179–1229) menyebutkan tentang sebuah masjid yang dibangunkan oleh nuh yang dapat dilihat hingga masa hidupnya, dan ibnu batutta telah melawati pergunungan judi dan ararat dalam perjalanannya pada abad ke-14. Orang muslim moden, walaupun tidak semuanya aktif dalam mencari bahtera tersebut, percaya bahawa benda itu masih berada di lereng-lereng pergunungan judi-ararat.

Friday, 4 December 2020
BATU-BATU YANG ANEH
Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan. Sabda Rasulullah mengatakan "Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'.
Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu "Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu juga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya. Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana sahaja dia pergi. Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud "Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga Sebaik sahaja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
BAHAYA ! PENYAKIT TIBI APABILA salah seorang teman sepejabat disahkan menghidap tibi, ramai risau apatah lagi mereka yang duduk berha...
-
Katakan Tidak Kepada Polisterin Sumber klik disini Oktober merupakan bulan yang sangat istimewa terutamanya bagi para pencinta ala...
-
Ketahui Khasiat Buah Oren Atau Sitrus, Banyak sebenarnya khasiat buah oren nih, sebut saja limau atau oren mesti orang kaitkan dengan v...