Navigasi


Selamat Datang ke Blogpost Pegaga Nenek   *Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.   *Setiap hari kita belajar sesuatu baru.   *Betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.   *Terus berusaha, jangan putus asa.   *Hari ini kita atas tanah, esok mungkin tanah atas kita.   *Nikmati bila Anda mampu, dan bertahan ketika Anda harus.   *Hormat dan taat kepada ibu dan bapa.   *Yang paling jujur adalah cermin, yang paling tipu adalah gambar.   *Anak adalah anugerah daripada Allah.   *Selalu ucap "Alhamdulillah".   *Setiap pilihan tiada salah mahupun betul, terpulang pada kita sendiri.   *hari ini akan lebih indah daripada kemarin jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman.   *Cakaplah yang benar walaupun ianya pedih.   *Mulakan harimu dengan memuji Allah.   *Kalau dunia ini pahit, Allah ialah gulanya.   *Kejarlah Ilmu dan Lakukanlah amal. Keduanya akan menuntun jalan ke Syurga.   *Berbaik hati kepada bayang kehidupanmu.   *Belajar sabar meski gelisah, belajar setia meski tergoda, belajar mengasih meski terluka.
Yellow Background Green Background Blue Background Red Background Red Background Red Background

Wednesday, 23 January 2019

Japanese Encephalitis

Japanese Encephalitis (JE)

Japanese Encephalitis (JE), vektor penyebab penyakit dan kaedah pencegahan dari digigit nyamuk.

Menurut Sumber dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pesakit yang mengalami penyakit ini akan mengalami demam secara tiba-tiba, sakit kepala, kesukaran untuk bercakap, celaru, lumpuh, sawan, koma dan boleh mengakibatkan kematian. Kadar kematian kes boleh mencapai sehingga 30%. Bagi pesakit yang hidup, sebanyak 20%-30% pesakit akan mengalami masalah sistem saraf dan tingkahlaku seperti lumpuh, sawan yang berulang dan kesukaran bercakap. Tiada rawatan spesifik untuk penyakit JE. Rawatan diberikan untuk mengurangkan symptom dan menstabilkan pesakit JE.

Virus Japanese Encephalitis ditularkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Culex spesis dan boleh menyebabkan keradangan otak pada manusia(encephalitis). Khinzir dan burung hijrah seperti burung herons dan egrets memainkan peranan terpenting dalam menggandakan lagi bilangan virus ini kerana virus tersebut banyak didapati dalam darah haiwan tersebut. Khinzir dan pelbagai burung liar akan dijangkiti penyakit JE terlebih dahulu sebelum virus JE menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk Culex. Manusia tidak dianggap sebagai perumah untuk penyebaran virus dan jangkitan daripada manusia ke manusia tidak berlaku.

Tempoh pengeraman iaitu tempoh masa dari nyamuk menggigit sehingga pesakit menujukkan gejala tidak sihat dianggarkan dari 5-15 hari.

Terdapat 7 spesis nyamuk utama sebagai vektor kepada penyakit ini iaitu:

Culex sitiens, Culex pseudovishnui, Culex vishnui, Culex tritaeniorhynchus, Culex gelidus, Culex bitaeniorhynchus dan Culex fuscocephala.

Kajian dari IMR menyatakan nyamuk Culex tritaeniorhynchus lebih gemar menggigit khinzir dari menggigit manusia. Kebanyakan spesis Culex adalah aktif menggigit pada waktu malam dan nyamuk Culex tritaeniorhynchus menggigit sebaik matahari terbenam. Nyamuk ini berupaya memasuki atap rumah untuk mengigit manusia dan hanya nyamuk betina sahaja yang menghisap darah manusia. Jika di kandang haiwan, tempat berehat bagi nyamuk Culex kebiasaannya pada sekitar kawasan kandang babi dan haiwan ternakan lain. Pada malam hari nyamuk ini boleh dikesan berehat di atas rumput, wayar yang tergantung dan pagar. Jarak terbang nyamuk ini sehingga 2 KM.

Nyamuk Culex menggunakan takungan air yang kotor dan keruh seperti lopak air, kolam, parit dan sawah untuk bertelur. Kebiasaanya nyamuk akan melepaskan telurnya dalam anggaran 300 biji di atas permukaan air. Telur yang dilepaskan berada pada kedudukan menegak dan melekat bersama-sama membentuk seperti boat atau rakit. Telur nyamuk Culex akan menetas dalam masa 1 ke 2 hari dan menjadi jentik-jentik. Jentik-jentik adalah peringkat aktif dimana ianya akan makan menggunakan berus mulut, sentiasa bergerak dan membesar. Jentik-jentik akan bersalin kulit sebanyak 4 kali dan akan membesar selepas selesai setiap proses bersalin kulit. Jentik-jentik akan makan alga dan bahan organic di bawah permukaan air. Jentik-jentik mempunyai sifon bertujuan untuk pernafasan dan akan naik ke permukaan air untuk bernafas. Semasa berehat, kepala jentik-jentik berada di bawah dan kedudukan jentik-jentik menjadi condong. (7-10 hari)

Jentik-jentik akan bertukar menjadi pupa selepas beberapa hari. Pupa berbentuk seperti koma dan waktu ini adalah peringkat berehat. Pupa juga tidak makan. Pupa bernafas menggunakan sepasang tube pernafasan di atas kepala. Pupa akan berubah menjadi nyamuk dewasa dan akan keluar melalui sarung pupa. Nyamuk dewasa yang keluar akan berehat beberapa minit di atas permukaan air untuk mengeringkan badan dan sayapnya sebelum terbang untuk mencari pasangan.(2-3 hari)

Untuk menghasilkan telur, nyamuk betina memerlukan protin dari darah. Nyamuk dewasa tertarik kepada perumah yang berdarah panas serta karbon dioksida yang dihasilkan melalui pernafasan dan bau badan. Nyamuk yang telah menghisap darah akan berehat dan memproses darah untuk membentuk telur. Selepas itu, nyamuk betina akan menghisap darah lagi dan proses yang sama akan berulang iaitu untuk menghasilkan telur. Untuk membezakan nyamuk jantan dan betina adalah dengan melihat pada antenna di bahagian kepala dengan mata kasar. Nyamuk jantan mempunyai antenna yang berbulu lebat jika dibandingkan dengan betina yang mempunyai bulu antenna yang sedikit.

Untuk mengelakkan manusia mendapat gigitan nyamuk, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil sebagai pencegahan awal.

1) Memakai baju dan seluar panjang yang berwarna cerah

2) Menyapu repellent pada bahagian anggota badan yang terdedah

3) Memasang net penghalang nyamuk di tingkap dan pintu

4) Mengguna pakai semburan aerosol untuk membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah

5) Menggunakan lingkaran ubat nyamuk dan letakkan pada laluan pintu atau tingkap untuk menghalang kemasukan nyamuk

6) Menggunakan kelambu ketika hendak tidur

7) Elakkan berada di kawasan kandang babi dan burung hijrah

8) Menghapuskan tempat pembiakan dengan cara:

i) Menimbus semua lopak dan parit yang mempunyai air dengan tanah

ii) Menyediakan system perparitan yang sempurna

iii) Memastikan system perparitan tidak tersumbat dengan sampah sarap

iv) Menutup semua bekas simpanan air, telaga, dan lain2 bekas dengan ketat dan kemas

No comments:

Post a Comment

Popular Posts