Navigasi


Selamat Datang ke Blogpost Pegaga Nenek   *Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.   *Setiap hari kita belajar sesuatu baru.   *Betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.   *Terus berusaha, jangan putus asa.   *Hari ini kita atas tanah, esok mungkin tanah atas kita.   *Nikmati bila Anda mampu, dan bertahan ketika Anda harus.   *Hormat dan taat kepada ibu dan bapa.   *Yang paling jujur adalah cermin, yang paling tipu adalah gambar.   *Anak adalah anugerah daripada Allah.   *Selalu ucap "Alhamdulillah".   *Setiap pilihan tiada salah mahupun betul, terpulang pada kita sendiri.   *hari ini akan lebih indah daripada kemarin jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman.   *Cakaplah yang benar walaupun ianya pedih.   *Mulakan harimu dengan memuji Allah.   *Kalau dunia ini pahit, Allah ialah gulanya.   *Kejarlah Ilmu dan Lakukanlah amal. Keduanya akan menuntun jalan ke Syurga.   *Berbaik hati kepada bayang kehidupanmu.   *Belajar sabar meski gelisah, belajar setia meski tergoda, belajar mengasih meski terluka.
Yellow Background Green Background Blue Background Red Background Red Background Red Background

Monday, 19 November 2018

Tips Komunikasi

7 Tips Bercakap Dengan Anak, Dengan Cara Yang Betul!

TIPS BERCAKAP DENGAN ANAK

Ada anak pendiam, ada anak yang petah dan banyak bercakap. Yang petah pun boleh jadi kurang bercakap. Kadang-kadang, kita tidak tahu apa puncanya.

Kadang-kadang, ibu-bapa juga cakap dengan kasar. Atau mesejnya tidak jelas. Bagi anak yang mula belajar bercakap, mereka perlu masa. Ikuti 7 tips bercakap dengan anak yang mudah ini.

Mari kita soroti apakah tips bercakap dengan anak yang paling efektif.

1. KALAU BERCAKAP DENGAN ANAK, JANGAN TERGESA-GESA

Jangan lekas bosan dengan anak, nanti dia bosan dengan kita pula
Pernahkah kita sebagai ibu-bapa tidak tahan kerana anak lambat sangat menghabiskan ayat? Mesti rasa kurang sabar bukan?

Sepatutnya, kita mesti tunggu beberapa saat selepas anak selesai bercakap sebelum anda mulakan bicara. Cakap perlahan-lahan dan intonasi mesti dalam keadaan relaks.

Ia lebih efektif daripada terus mengkritik anak tanpa mengetahui apa puncanya. Tentunya nasihat ibu-bapa seperti “Perlahan sikit!”, “Cuba sekali lagi!” tidak akan diendahkannya.

2. BIARKAN ANAK BERCAKAP SECARA BEBAS

Dengarkan sahaja apa yang anak mahu perkatakan

Bebas bukan bermakna boleh cakap sesuka hati. Perkataan larangan seperti ‘bodoh’, ‘babi’, ‘sial’ jangan sesekali terpacul dari mulut ibu-bapa. Anak akan ikut apa yang keluar dari mulut ibu-bapa mereka.

Bebas disini bermakna berikan anak-anak kebebasan untuk menterjemah idea sendiri dan meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati. Ibu-bapa jangan terlalu memaksa anak menjawab soalan mereka pada masa itu juga. Cuba sesekali komen apa yang anak perkatakan.

3. GUNAKAN MIMIK MUKA (FACIAL EXPRESSION) DAN BAHASA BADAN (BODY LANGUAGE)

Ikhlaskan hati, ‘join’ aktiviti anak-anak

Bagaimana anak mahu tahu yang ibu-bapa mereka betul-betul mendengar cerita mereka? Tentulah dengan ‘facial expression’ dan ‘body language’ yang tidak dibuat-buat.

Elakkan dari mengangguk-angguk sahaja sambil memegang telefon bimbit dan melayari Facebook. Dengar apa mesej yang anak mahu sampaikan.

4. BERIKAN 100% PERHATIAN BILA ANAK BERCAKAP

Jangan sesekali bergaduh depan anak-anak

Setiap hari, minimum 10 minit, berikan perhatian yang tidak berbelah bagi pada anak. Layan mereka seadanya, bukan hanya sekadar layan bagai tiada perasan. Diakui, ibu-bapa penat selepas kerja dan mahukan rehat.

Pada waktu ini, biarkan anak lakukan apa yang dia minat. Biarkan dia menjadi kapten dan kita ikut segala arahannya. Percayalah, saat-saat manis ini akan segar dalam minda anda sehingga tua nanti.

Biarkan anak bercakap dengan penuh semangat sambil dia mengetahui ibu-bapanya ‘enjoy‘ dengan aktiviti tersebut. Apabila anak rasa selesa, barulah mereka akan mula bercakap banyak dengan ibu-bapa mereka sendiri.

5. AJARKAN AMBIL GILIRAN UNTUK BERCAKAP

Biarkan anak berguling dan bergumpal, tapi hormat orang lain

Apabila ada ramai anak (lebih dari satu), kita sebagai ibu-bapa runsing apabila masing-masing mahu bercakap. Apabila seorang lagi tidak dilayan, yang seorang lagi akan marah. Anak-anak suka berkongsi, dengar dari kedua-duanya sekali pada satu-satu masa. Lucu tetapi meriah!.

6. LIHAT KEMBALI CARA KITA BERCAKAP DENGAN ANAK

Ajar anak berkelakuan baik dan patuhi arahan ibu-bapa

Sorot kembali, bilakah waktu kita beri arahan, mereka benar-benar dengar? Tentu kita akan terkenang, “Oh, bila kita cakap macam ni, baru dia dengar”. Sekali lagi, kurangkan kritik dan soalan paksaan untuk anak. Gunakan bahasa mudah yang dia mahu dengar.

7. TERIMA ANAK SEADANYA

Sayangi anak walau apa jua keadaannya

Apa-apa pun, terima anak kita seadanya. Berikan sokongan penuh pada mereka dalam apa jua minat dan hobinya. Kalau bukan ibu-bapa yang mahu menyokong, siapa lagi?

Sumber: Barry Guitar, Ph.D. and Edward G. Conture, Ph.D.

Tuesday, 13 November 2018

Komunikasi Berkesan

Tip Komunikasi Berkesan

Komunikasi yang berkesan mampu menarik minat rakan-rakan, keluarga mahupun orang di sekeliling untuk menyukai anda,

KADANGKALA, berbicara dengan rakan sendiri pun boleh menimbulkan pergaduhan. Ini mungkin terjadi disebabkan penggunaan perkataan yang kurang sesuai, sekali gus membuatkan rakan berkecil hati.

Hubungan persahabatan yang telah lama terjalin juga menjadi salah satu faktor mengapa kita kurang peka dengan perasaan rakan.

Komunikasi sangat penting dalam kehidupan manusia kerana ia merupakan proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada yang lain.

Komunikasi boleh terdiri daripada pelbagai bentuk sama ada secara lisan atau sebaliknya. Sebagai contoh, bahasa badan, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, penulisan dan sebagainya.

Berikut ialah beberapa maklumat yang boleh dijadikan panduan berguna untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi antara ahli keluarga dan rakan-rakan.

Tunjuk minat ketika berbual

Setiap kali berkomunikasi dengan rakan atau orang lain, lihat ke dalam mata mereka dan tunjukkan minat yang mendalam. Ingat, jadikan suasana komunikasi dalam keadaan santai agar mereka bebas mengeluarkan pendapat dan pandangan. Jangan menunjukkan perasaan jemu jika rakan kerap bertanya atau berbicara mengenai perkara yang sama.

Sentiasa beri tumpuan

Sabar dan luangkan masa untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Jika rakan menceritakan sesuatu perkara, jangan mencelah dengan cerita anda. Biarkan dia menghabiskan ceritanya dahulu, kemudian barulah anda pula memulakan cerita. Melalui tumpuan yang anda berikan, ia membuatkan rakan merasa dihargai.

Berhenti bercakap

Anda tidak dapat mendengar apa yang dibicarakan oleh rakan sekiranya anda juga ingin bercakap. Malah, komunikasi yang terjadi antara kedua-dua belah pihak juga akan menjadi hambar dan dingin. Ini menimbulkan rasa kurang senang kepada salah satu pihak. Tidak mustahil mereka akan mencari rakan lain untuk mewujudkan komunikasi yang lebih berkesan.

WALAUPUN anda mungkin bosan dengan apa yang dibualkan, tunjukkan sedikit minat terhadap rakan yang asyik bercerita.

Pendengar yang aktif

Pendengar yang baik mampu menyimpulkan fakta-fakta untuk pemahaman mereka. Jangan teragak-agak bertanya semasa perbualan tersebut. Dengan banyak bertanya anda akan lebih memberi tumpuan kepada perbincangan tersebut. Selain itu, ia akan menggalakkan rakan meneruskan perbincangan dan menunjukkan anda ialah seorang pendengar yang setia.

Menyesuaikan diri

Anda boleh membantu rakan-rakan untuk berasa selesa dan diterima jika anda mampu menyesuaikan diri dengan emosi mereka. Jika rakan menceritakan perkara sedih, cubalah beri semangat atau menunjukkan mimik wajah yang sedih bagi membuatkan mereka berasa lega. Secara tidak langsung, anda membawa mesej bahawa anda memahami apa yang diluahkan dan mengenal pasti masalah dengan jelas.

Sabar dan kawal emosi

Kemarahan boleh menyebabkan berlakunya salah faham terhadap apa yang sebenarnya ingin rakan anda luahkan. Anda harus memberi masa untuk bertindak balas. Ini akan membuatkan anda lebih tenang dan dapat mengekalkan kesabaran.

Prihatin

Walaupun berada dalam keadaan bosan, tunjukkan bahawa anda masih berminat dan prihatin dengan topik yang dibualkan. Galakkan mereka meneruskan perbualan dengan cara berdiam sejenak. Tetapi bukan berdiam secara berterusan kerana ia mungkin akan menyebabkan komunikasi itu tidak menjadi.

Gembira

Jadikan perbualan positif dengan menyatakan bahawa anda mahu membantu menyelesaikan masalah mereka. Pandangan yang positif akan membuatkan perbualan itu lebih produktif serta membina.

Thursday, 8 November 2018

Madu Kelulut

Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Manusia

Madu kelulut kaya dengan khasiat yang sangat baik untuk manusia. Tidak hairan lah di dalam Al-Quran sendiri menyatakan madu lebah adalah penawar kepada penyakit. Masalah utama sekarang ialah nak dapatkan madu kelulut yang benar-benar asli.

Jawapannya ialah dapatkannya terus daripada penternak. Setiap sarang kelulut mampu menghasilkan purata 200-300g madu sebulan bagi setiap sarang. Bukan senang untuk mendapatkan madu kelulut dalam kuantiti yang besar apatah lagi untuk eksport atau dijual secara komersil dengan siap agen pasaran.

Setiap kantung madu dihasilkan daripada lebih kurang 4000 kuntum bunga yang dikumpul oleh kelulut. Malah madu yang dihasilkan daripada sesetengah bunga seperti kelapa dan pokok herba dapat memberikan nilai perubatan yang tinggi.

Sebab itulah harga madu kelulut bernilai tinggi dan mahal harganya.

Tempat ternakan ditanam dengan pokok misai kucing dan hempedu bumi sebagai sumber nektar kepada kelulut. Madu yang dihasilkan daripada pokok kelapa juga dikatakan baik untuk tenaga batin dan kesihatan lelaki. Tempat yang ada puluhan pokok kelapa menjadi tempat kelulut mengumpul nektar untuk dijadikan madu.

Khasiat Madu Kelulut Asli – kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menunjukkan madu kelulut asli mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.

Menurut Prof. Madya Dr. Md. Azman Seeni Mohamed, pengambilan madu kelulut asli setiap hari menjadikan seseorang tidak mudah letih serta kandungan antioksidan dalam madu kelulut asli lebih tinggi berbanding madu lebah biasa. Ini dikatakan lebih baik untuk membantu mencegah sesuatu penyakit.

Tambahnya, komposisi komponen flavonoid dan finolik juga tinggi berbanding dalam madu kelulut asli tersebut selain berupaya membantu penghidap gastrik untuk berpuasa.

“Pengambilan madu kelulut asli terutama pada bulan Ramadan membantu seseorang kekal bertenaga serta mampu melaksanakan ibadah itu tanpa rasa letih sepanjang hari.

“Selain itu, pelbagai khasiat madu kelulut asli yang lain dalam aspek kesihatan termasuk membantu mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit menjadikannya pilihan ketika berbuka puasa atau bersahur,” katanya.

Madu kelulut asli juga berpotensi sebagai bahan yang membantu dalam rawatan kanser. Jelasnya, kandungan dalam madu kelulut asli seperti asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu membantu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut asli juga dikatakan mampu membantu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.

Bahan tersebut yang terdapat dalam madu kelulut asli berkesan membantu menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.

“Madu kelulut asli berupaya membantu mengurangkan sel yang membentuk sel kanser serta membantu menghapuskannya

“Kajian mengenai keberkesanannya telah dilakukan di Indonesia dan India yang membuktikan pengambilan madu kelulut asli berupaya membanteras pembentukan sel kanser,” ujarnya.

Beliau sendiri turut menjalankan kajian mengenai khasiat madu kelulut asli untuk kanser sejak empat bulan lalu dengan memberi fokus kepada kanser prostat.

Ramai yang sudah jatuh cinta dengan madu kelulut. Semakin ramai yang menjadikan madu kelulut sebagai amalan harian untuk tenaga berterusan. Malah ada yang menternak sendiri setelah merasai kehebatan madu kelulut untuk kesihatan mereka.

Antara kebaikan Madu Kelulut Asli:

1. Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
2. Mencegah serangan strok
3. Melancarkan perjalanan darah
4. Meningkatkan pengeluaran hormon
5. Membaiki Sel tubuh yang rosak
6. Mengelakkan badan berasa letih
7. Digunakan dalam rawatan pesakit Diabetes di USM
8. Meningkatkan kecerdasan
9. Membantu penyembuhan luka
10. Mencegah kanser
11. Mengurangkan masalah resdung
12. Merawat batuk ,selsema dan sakit kerongkong
13. Mengurangkan lelah/asma
14. Melancarkan pernafasan
15. Menstabilkan kandungan gula dalam darah
16. Menurunkan tekanan darah tinggi
17. Mencegah pembentukan batu karang
18. Memberi dan meningkatkan tenaga
19. Memperkuat fungsi otak dan jantung
20. Tenaga segera kepada ahli sukan

dan banyak lagi…

Begitulah betapa hebatnya serangga yang dinyatakan di dalam Al-Quran ini. Sebagai orang yang beragama islam yakinilah tentang minuman daripada perut lebah yang menjadi penawar kepada penyakit manusia kecuali mati.

Paling penting pastikan anda mendapatkan madu kelulut yang asli.

Wednesday, 7 November 2018

Lebah Kelulut

LEBAH KELULUT

Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.

Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah.Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa. Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.

HABITAT

Lebah kelulut telah mengalami evolusi dengan pelbagai bentuk sarang dan kelakuan pemakanan berbeza, mengikut setiap spesis. Semua kelulut membina sarang dalam sistem tertutup. Kelulut spesis Melipona dan kebanyakan spesis Trigona biasanya membuat sarang mereka di dalam geronggang tunggul kayu atau dahan pokok, dan sesetengah di dalam rongga di dalam tanah atau sarang peninggalan tikus atau sarang burung kakak tua. Spesis lain pula tinggal di dalam sarang semut atau sarang anai-anai. Kebanyakan spesis mempunyai tempat-tempat tertentu membuat sarang. Contohnya Trigona thoracica selalu dijumpai membuat sarang di geronggang pohon rambutan, manggis, atau durian.

Bentuk sarang kelulut berbeza daripada sarang lebah madu. Lebah madu membina sarang kom lilin tergantung secara menegak. Sarang kelulut lazim dibina dengan kom eraman mendatar, dengan sel pembukaan di atas, di mana semua kasta muncul (lahir).

Sarang kelulut mempunyai muncung yang ditutup oleh batumen, satu bahan istimewa diperbuat daripada campuran resin, lilin dan pelbagai bahan seperti lumpur, minyak, cat, dan kadang, najis haiwan. Ianya seperti propolis hitam dan gelap. Batumen boleh begitu kuat dan tebal dan melindungi koloni daripada air dan musuh.

Kelulut kerap melawat pokok yang mengeluarkan resin kerana mereka memerlukannya untuk pembinaan sarang. Kelulut mengangkut resin di dalam kantung debungan yang terdapat di kaki belakang. Sarang kelulut kaya dengan propolis berbanding dengan sarang lebah madu.

Bilik atau ruang eraman dikelilingi oleh dinding keselamatan diperbuat daripada lilin dan propolis digelar involkrum. Di luar involkrum, kelulut membina tempayan lilin lembut (berbentuk seperti telur) untuk penyimpanan madu dan debunga. Tempayan ini boleh bersaiz dari lima sehingga 40 milimeter tinggi. Bagi sesetengah spesis, tempayan madu dan tempayan debunga dipisahkan, manakala sesetengah spesis pula bercampuran

Kitar hidup kelulut berbeza daripada lebah madu. Di dalam sesebuah koloni kelulut, boleh terdapat dua atau lebih ratu bertelur. Ratu baru dihasilkan berkala, tetapi kebanyakan dibunuh dan tidak sempat menghasilkan telur. Sesetengah ratu mungkin dikurung dalam sel khusus. Penukaran ratu bertelur tidak berlaku setiap tahun. Sesetengah ratu boleh hidup untuk 3 hingga 7 tahun.

Secara ringkas, jantina untuk setiap lebah bergantung kepada nombor kromosom yang ia terima. Lebah betina mempunyai dua set kromosom (diploid—satu set daripada ratu) dan satu lagi daripada lebah jantan atau dron. Dron hanya mempunyai satu set kromosom (haploid),.Dalam sistem lebah madu, lebah betina mungkin menjadi lebah pekerja atau ratu bergantung kepada makanan apa yang ia terima semasa di peringkat larva (ratu diberi makan jeli raja dan lebah pekerja diberi makan debunga). Sistem kasta dalam kelulut berbeza, dan biasanya berdasarkan jumlah debunga yang dimakan. Namun demikian, terdapat juga komponen genetik sehingga 25% (lazimnya 5-14%) eraman betina mungkin menjadi ratu. Sel ratu boleh dibezakan dengan melihat sel yang lebih besar berbanding sel biasa. Sel tersebut dipenuhi stok dengan debunga. Apabila ratu baharu menetas, lazimnya ia akan meninggalkan sarang untuk mengawan tetapi kebanyakannya mati.

Popular Posts