Navigasi


Selamat Datang ke Blogpost Pegaga Nenek   *Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.   *Setiap hari kita belajar sesuatu baru.   *Betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.   *Terus berusaha, jangan putus asa.   *Hari ini kita atas tanah, esok mungkin tanah atas kita.   *Nikmati bila Anda mampu, dan bertahan ketika Anda harus.   *Hormat dan taat kepada ibu dan bapa.   *Yang paling jujur adalah cermin, yang paling tipu adalah gambar.   *Anak adalah anugerah daripada Allah.   *Selalu ucap "Alhamdulillah".   *Setiap pilihan tiada salah mahupun betul, terpulang pada kita sendiri.   *hari ini akan lebih indah daripada kemarin jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman.   *Cakaplah yang benar walaupun ianya pedih.   *Mulakan harimu dengan memuji Allah.   *Kalau dunia ini pahit, Allah ialah gulanya.   *Kejarlah Ilmu dan Lakukanlah amal. Keduanya akan menuntun jalan ke Syurga.   *Berbaik hati kepada bayang kehidupanmu.   *Belajar sabar meski gelisah, belajar setia meski tergoda, belajar mengasih meski terluka.
Yellow Background Green Background Blue Background Red Background Red Background Red Background

Monday, 29 August 2022

MISTERI SEGITIGA BERMUDA

MISTERI SEGITIGA BERMUDA

Selama bertahun-tahun lamanya kawasan Segitiga Bermuda dipercayai menjadi kawasan paling misteri. Kawasan yang menjadi sebahagian daripada Laut Atlantik ini dikatakan menjadi punca hilangnya berpuluh kapal laut serta kapal terbang. Peristiwa kemalangan dan hilangnya kapal-kapal ini juga dikatakan tidak dapat dijelaskan, termasuklah peristiwa dimana juruterbang skuad pengebom Tentera Laut AS dikatakan menjadi bingung ketika mereka terbang di kawasan itu. Kapal-kapal yang hilang itu pula dilaporkan hilang semasa cuaca dalam keadaan baik dan tanpa menghantar sebarang mesej amaran bahaya. Dari kisah-kisah misteri seperti inilah membuatkan ramai yang percaya Segitiga Bermuda merupakan tempat tinggal makhluk misteri ataupun tempat tinggal Dajjal menurut kepercayaan sesetengah orang kita.

Misteri Segitiga Bermuda Bermula

Antara tahun 1945 dan 1965 sahaja, dilaporkan sebanyak lima pesawat terhempas di kawasan itu dan 10 kapal laut karam atau hilang antara tahun 1800 dan 1963. Tetapi nama Segitiga Bermuda, atau dikenali sebagai ‘The Devil’s Triangle’ menjadi sebutan pada 5 Disember 1945 ketika lima pesawat pengebom Tentera Laut AS hilang dari radar semasa melakukan latihan. Pesawat tersebut lengkap bersenjata dan telah diperiksa dengan teliti sebelum berlepas dari Stesen Tentera Laut Fort Lauderdale di Florida. Apa yang membuatkan kejadian itu menjadi misteri adalah ia berlaku ketika dunia sedang aman seketika daripada sebarang peperangan. Tiada sebab untuk pesawat tersebut ditembak jatuh.

Sebelum terputusnya komunikasi radio, dilaporkan bahawa kapten pesawat tersebut menyebut “Semuanya kelihatan aneh, termasuk laut.” Kesemua pesawat termasuk 14 anak kapal tidak dijumpai selepas itu walaupun usaha pencarian dan siasatan yang panjang telah dijalankan oleh pihak kerajaan. Lebih menyeramkan, sebuah pesawat mencari dan menyelamat dengan 13 orang di dalamnya dihantar ke kawasan yang dikatakan misteri itu untuk mencari pesawat yang hilang. Malangnya, kumpulan search and rescue itu juga turut dilaporkan hilang secara tiba-tiba. Maka dari situ jugalah semakin kuat teori yang mengatakan Segitiga Bermuda sememangnya penuh misteri.

Bertambah Sensasi Dengan Penghasilan Buku

Ramai juga yang ambil kesempatan dengan berita tentang kehilangan pesawat secara misteri di Segitiga Bermuda. Sebilangan besar buku berkaitan misteri itu diterbitkan, dan banyak juga buku yang meraih populariti diperingkat antarabangsa. Buku yang paling popular adalah buku yang dikarang oleh Charles Berlitz berjudul ‘The Bermuda Triangle.’ Ia diterbitkan pada tahun 1974. Buku tersebut dilaporkan telah terjual sebanyak 20 juta naskah dalam lebih daripada 30 bahasa. Mungkin kalau tiada buku yang dihasilkan, kisah kehilangan pesawat dan misteri Segitiga Bermuda tidak menjadi begitu terkenal.

Sebenarnya teori-teori dan juga fakta-fakta berkenaan misteri Segitiga Bermuda sudah lama dibincangkan dan dibongkarkan. Tapi ia tetap muncul sebagai satu misteri yang belum diselesaikan disebabkan banyak buku yang lebih berminat dengan cerita luar biasa berbanding fakta yang sebenar. Sehinggakan muncul juga kisah tentang wujudnya time portal, kerajaan Atlantis, pangkalan UFO, raksasa laut dan apa sahaja cerita luar biasa yang ada. Jadi jom tengok apakah penjelasan yang sebenarnya tentang kejadian misteri di Segitiga Bermuda.

Penjelasan Mudah Tentang Misteri Segitiga Bermuda

Sebenarnya hasil dari penyelidikan telah menunjukkan bahawa kegagalan kompas pesawat pengebom Tentera Laut AS menjadi punca tragedi yang berlaku. Dah ada penjelasan hasil penyelidikan pun orang masih nak percaya cerita ‘misteri.’ Tragedi kehilangan yang lain juga dikatakan mungkin mempunyai penjelasan yang sama.

Seorang wartawan dikenali dengan nama Larry Kusche mengatakan tiada apa-apa misteri berkaitan Segitiga Bermuda yang perlu diselesaikan. Beliau meneliti kembali laporan-laporan tentang misteri kehilangan pesawat di kawasan tersebut dan mendapati ianya hanya rekaan untuk menjelaskan perkara yang sukar difahami manusia. Contoh seperti soalan, macam mana pesawat boleh hilang? Jawapannya ‘ada UFO culik.’ Lebih mudah untuk meletakkan sesuatu misteri sebagai jawapan sedangkan hakikatnya adalah tidak benar. Melalui penelitiannya lagi, tidak ramai yang mahu melakukan penyelidikan sebenar dan semua laporan yang ada dibanjiri dengan non-sceintific theories.

Banyak Dikunjungi Kapal Laut

Adalah penting juga untuk kita perhatian bahawa kawasan Segitiga Bermuda banyak dikunjungi kapal persiaran dan kapal kargo. Jadi secara logiknya, lebih banyak kapal yang lalu di situ maka lebih tinggilah jumlah kes kapal tenggelam di situ kalau nak dibandingkan dengan laluan South Pacific yang kurang digunakan. Terdapat juga kajian yang mengatakan kawasan Bermuda Segitiga sama bahaya dengan kawasan-kawasan lain di dunia yang mempunyai trafik yang tinggi. Seperti jalan raya jugalah, lebih banyak kereta maka lebih tinggi risiko kemalangan.

Bagaimana dengan mayat mangsa dan bangkai pesawat yang masih tidak dijumpai? Hal ini tidak menjadi misteri disebabkan kawasan laut yang luas memang menyukarkan pencarian. Mungkin dah tenggelam ke dasar laut dan tidak akan dijumpai semula. Jadi mungkin lepas ni kita boleh anggap kisah-kisah misteri di kawasan Segitiga Bermuda hanyalah rekaan semata-mata.

Friday, 12 February 2021

PESANAN UNTUK NABI MUSA A.S

PESANAN ALLAH S.W.T KEPADA NABI MUSA A.S


Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah S.A.W bersabda : "Allah S.W.T. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah 10 bab Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahawa aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin. Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.

Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.

Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku. Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.

Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka. Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya. Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.

Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri. Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah S.W.T memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku."

Tuesday, 22 December 2020

Terbelahnya Bulan

Terbelahnya bulan (Bahasa Arab: انْشَقَّ الْقَمَرُ‎) ialah suatu mukjizat yang dikaitkan kepada Nabi Muhammad. Ia berasal daripada ayat-ayat al-Quran 54:1–2 dan disebutkan dalam tradisi Islam seperti sebab-sebab penurunan (konteks wahyu). Ramai pengulas Muslim, terutamanya dari zaman pertengahan, mentafsirkan secara harfiah kejadian itu sebagai pemisahan fizikal bulan, sementara beberapa orang yang lain menganggapnya sebagai peristiwa yang akan terjadi semasa hari kiamat ataupun ilusi optik.

Tradisi awal yang menyokong tafsiran harfiah adalah berdasarkan kepada kewibawaan para sahabat nabi seperti Ibn Abbas, Anas bin Malik, Abdullah ibn Mas'ud dan lain-lain. Menurut cendekiawan Muslim India Abdullah Yusuf Ali, bulan akan terbelah lagi apabila hari kiamat menghampiri. Beliau berkata bahawa ayat-ayat itu mungkin mempunyai maksud alegori iaitu perkara tersebut menjadi jelas seperti bulan. Ayat-ayat al-Quran 54:1–2 menjadi sebahagian daripada perbahasan antara ahli teologi Muslim zaman pertengahan dan ahli falsafah Muslim mengenai isu kemurnian jasad langit tersebut. Pada 2010, ahli sains Institut Sains Bulan NASA (NLSI) Brad Bailey berkata, "Tiada laporan bukti saintifik bahawa Bulan telah terbelah kepada dua (atau lebih) bahagian dan kemudiannya dihimpunkan semula pada bila-bila masa di masa lalu."

Kisah tersebut telah digunakan oleh beberapa Muslim kemudiannya untuk memberi keyakinan kepada orang lain mengenai kenabian Muhammad . Ia juga memberi ilham kepada ramai pemuisi Muslim, terutamanya di India. 

Latar belakang peristiwa[sunting | sunting sumber]

Ayat 54:1–2 al-Quran berbunyi:

 وَإِن يَرَوْا آيَةً يُعْرِضُوا وَيَقُولُوا سِحْرٌ مُّسْتَمِرٌّ‎  اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانشَقَّ الْقَمَرُ‎  

Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.[54:1] Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.[54:2]

Tradisi dan cerita awal menjelaskan bahawa ayat ini merupakan suatu mukjizat Muhammad , berikutan permintaan daripada beberapa orang Quraisy. Kebanyakan pengulas Muslim menerima keaslian tradisi itu. Ayat 54:2 yang berikutnya diambil bagi menyokong pandangan tersebut. Pengulas klasik Ibn Kathir menyediakan satu senarai tradisi awal yang menyebut kejadian tersebut: Sebuah tradisi yang disampaikan pada kewibawaan Anas bin Malik yang menyatakan bahawa Muhammad membelah bulan selepas orang Makkah ingin melihat suatu mukjizat. Tradisi lain daripada Malik yang disampaikan melalui rantaian rawi yang lain, mengatakan bahawa Gunung Nur boleh dilihat di antara dua bahagian bulan (Gunung Nur terletak di Hijaz. Orang Islam percaya bahawa Muhammad menerima wahyu pertamanya di dalam gua yang berada di gunung ini dan ia dikenali sebagai Gua Hira'). Satu tradisi yang dirawikan pada kewibawaan Jubayr ibn Mut'im dengan satu rantaian tunggal penyampaian mengatakan bahawa dua bahagian bulan berdiri di dua gunung. Tradisi ini lebih lanjut menyatakan bahawa penduduk Makkah mengatakan "Muhammad telah membawa kita dengan sihirnya… Jika dia mampu membawa kita kepada sihirnya, dia tidak melakukan demikian dengan semua orang." Tradisi yang disampaikan pada kewibawaan Ibn Abbas secara ringkas menyebut kejadian itu dan tidak memberikan banyak perincian. Bagi tradisi yang disampaikan pada kewibawaan Abdullah bin Masud menerangkan kejadian tersebut seperti yang berikut:

Kami bersama dengan Rasulullah di Mina, bulan itu terbahagi menjadi dua. Salah satu bahagiannya berada di belakang gunung dan yang lainnya berada di sisi gunung ini. Rasulullah  bersabda kepada kami: Saksikanlah ini.

Popular Posts