Navigasi


Selamat Datang ke Blogpost Pegaga Nenek   *Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.   *Setiap hari kita belajar sesuatu baru.   *Betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.   *Terus berusaha, jangan putus asa.   *Hari ini kita atas tanah, esok mungkin tanah atas kita.   *Nikmati bila Anda mampu, dan bertahan ketika Anda harus.   *Hormat dan taat kepada ibu dan bapa.   *Yang paling jujur adalah cermin, yang paling tipu adalah gambar.   *Anak adalah anugerah daripada Allah.   *Selalu ucap "Alhamdulillah".   *Setiap pilihan tiada salah mahupun betul, terpulang pada kita sendiri.   *hari ini akan lebih indah daripada kemarin jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman.   *Cakaplah yang benar walaupun ianya pedih.   *Mulakan harimu dengan memuji Allah.   *Kalau dunia ini pahit, Allah ialah gulanya.   *Kejarlah Ilmu dan Lakukanlah amal. Keduanya akan menuntun jalan ke Syurga.   *Berbaik hati kepada bayang kehidupanmu.   *Belajar sabar meski gelisah, belajar setia meski tergoda, belajar mengasih meski terluka.
Yellow Background Green Background Blue Background Red Background Red Background Red Background

Thursday, 3 August 2023

Jenis-Jenis Kafir

Jenis-Jenis Dan Pembahagian Kafir

Soalan: Apakah perbezaan kafir zimmi dengan kafir harbi?

Jawapan:

Kafir terbahagi kepada empat jenis; Kafir zimmi, kafir mu’ahad, kafir harbi, kafir musta’man.

Kafir Zimmi: 

iaitu orang kafir yang meminta perlindungan dari negara-negara Islam untuk melindungi mereka dengan syarat mereka perlu membayar wang perlindungan. Al-dzim bermaksud perlindungan.

Apabila dia meminta perlindungan daripada orang Islam, dia tetap kafir. Orang Islam memberi perlindungan kepadanya dengan syarat yang perlu ditunaikan seperti membayar cukai, ufti dan seumpamanya.

Seperti mana kerajaan Islam di bawah pemerintahan Umar memberi perlindungan kepada kerajaan Spanyol dahulu. Mereka perlu membayar kepada kerajaan Islam setiap tahun sebanyak 10 ribu dinar emas. Maka dengan itu umat Islam haram menyakiti atau mengambil hak-hak orang kafir dzimmi.

Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam di dalam hadis,

مَنْ قَتَلَ مُعَاهَدًا فِيْ كُنْهِهِ – أَيْ فِيْ عَهْدِهِ وَأَمَانِهِ- فَلَمْ يَرَحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ

“Siapa yang membunuh orang kafir yang ada perjanjian dalam kunhi-nya (dalam penjanjian dan jaminan keamanan padanya), maka dia tidak akan mencium bau surga.” (Ahmad dan Abu Dawud)

Kafir Mu’ahad: 

iaitu orang kafir yang ada perjanjian dengan orang Islam, seperti mana orang kafir yang ada di dalam negara kita. Mereka ada perjanjian dengan kita. Mereka merupakan rakyat dalam negara ini.

Selama mana mereka mematuhi perundangan dan perjanjian dalam negara ini maka mereka adalah kafir mu’ahad. Jadi umat Islam dilarang menyakiti mereka, umat Islam dilarang mengambil harta dan hak mereka, hukumnya haram kerana mereka adalah orang kafir yang telah mengikat perjanjian dengan kita. Tidak boleh kita sakiti mereka atau melanggar penjanjian yang dibuat dengan mereka.

Kafir Musta’man: 

iaitu orang kafir pelarian, contohnya yang datang dari Bosnia, Pakistan, India, China dan sebagainya. Sekiranya dia adalah pelarian, masuk ke negara kita dan meminta perlindungan dari kita dan kita pun memberikan perlindungan kepada mereka. Seperti mana disebutkan oleh Allah di dalam Al-Quran,

وَإِنْ أَحَدٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّى يَسْمَعَ كَلامَ اللَّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لا يَعْلَمُونَ

“Dan jika seorang di antara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah dia supaya dia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah dia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui.” (Surah At-Taubah: 6)

Haram bagi umat Islam menyakiti kafir musta’man, kita beri mereka masuk dan kita berikan perlindungan kepada mereka.

Kafir Harbi: 

iaitu kafir yang kita perangi mereka (dengan mengikut ketentuan Syarak). Mengapa kita memerangi mereka adalah kerana mereka melanggar perjanjian yang termeterai antara mereka dengan kaum Muslimin, seperti Yahudi di Madinah.

Nabi masuk ke Madinah dan orang Yahudi sudah ada di Madinah. Nabi membuat perundangan Islam di Madinah (Piagam Madinah) yang ada di dalamnya 47 fasal. 21 daripadanya adalah untuk menjaga kepentingan kabilah-kabilah Yahudi seluruh Madinah; Bani Qainuqa’, Bani Nadzir, Bani Quraidzah, dan lain-lain.

Jadi apabila ada perjanjian, Nabi melarang mengambil hak Yahudi dan Nabi melarang umat Islam menyakiti Yahudi. Tetapi apabila Yahudi melanggar perjanjian dan bekerjasama dengan orang kafir Makkah untuk menyerang Umat Islam di Madinah, maka disebabkan mereka telah melanggar perjanjian, hukumnya mereka ini diperangi dan mereka menjadi kafir harbi.

Selain daripada melanggar perjanjian, kafir harbi juga adalah orang kafir yang menghina Islam secara terbuka, dan merendah-rendahkan kedudukan Islam.

Namun hukum kafir harbi ini bukanlah hukuman yang kecil, ia hukuman yang berat kerana kafir harbi ini sampai ke tahap dia boleh dibunuh. Oleh sebab itu jangan kita sewenang-wenangnya menuduh puak itu kafir harbi atau puak ini kafir harbi. Urusan menjatuhkan hukuman, kita serahkan kepada pihak yang berwajib.

Kita menasihatkan supaya semua pihak, Umat Islam dan bukan Islam agar memahami dan mematuhi sistem perundangan dan perlembagaan dalam negara ini. Dengan itu barulah sensitiviti semua pihak dalam bermasyarakat dan perbezaan agama di tanah air kita dapat dijaga dan dipelihara.

Tidur Yang Cukup

6 Sebab Mengapa Anda Perlu Mendapatkan Tidur yang Cukup


Tidur yang cukup adalah sangat penting dalam mengekalkan badan yang sihat. Meskipun dilihat sebagai satu perkara yang mudah dilakukan, ia menjadi masalah bagi sesetengah orang. Percaya atau tidak, kurang tidur mendedahkan anda kepada banyak risiko penyakit.

Bagi orang dewasa, purata jam yang disyorkan oleh National Sleep Foundation adalah antara 7 dan 9 jam. Nampak seperti lama, tetapi itu adalah hasil kajian bertahun-tahun yang dijalankan di Amerika Syarikat dengan kerjasama pelbagai badan. Walau bagaimanapun, ia bukan sekadar bilangan jam, kualiti juga adalah penting dan perlu diambil perhatian.

Mengapa anda perlu dapatkan tidur yang cukup?

1. Merangsang memori dan proses pembelajaran

Tidur membantu otak menyimpan maklumat baru sebagai memori melalui proses yang disebut sebagai konsolidasi. Menurut kajian, mereka yang tidur selepas mengulang kaji mendapat keputusan yang lebih baik dalam ujian.

2. Mengawal metabolisme dan berat badan

Jika berat badan anda sering naik walaupun tidak mengambil kalori yang terlalu banyak, ia mungkin disebabkan tidur yang kurang. Ia menjejaskan cara badan memproses dan menyimpan karbohidrat, serta mengubah kadar hormon tertentu yang mengawal selera makan.

3. Keselamatan diri dan orang sekeliling

Mengantuk di siang hari akan mendedahkan diri dan orang lain kepada risiko keselematan. Contohnya di atas jalan raya ketika sedang memandu, terlelap walau seketika (microsleep) boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Di tempat kerja pula, pekerjaan yang melibatkan alat atau mesin berbahaya mungkin disalahgunakan kerana fokus yang berkurang.

4. Mengekalkan mood yang baik

Apabila letih dan mengantuk, anda akan lebih mudah marah, kurang sabar, hilang fokus dan lebih beremosi. Keadaan ini akan menjejaskan kualiti hari anda secara keseluruhannya. Kesannya, semua kerja tidak dapat dilakukan dengan efisyen. Malah, kemurungan juga terkait dengan kurang tidur.

5. Penting untuk kesihatan jantung

Gangguan tidur yang serius didapati berkaitan dengan tekanan darah tinggi, peningkatan hormon stres dan degupan jantung yang tidak sekata. Ia meningkatkan risiko kepada penyakit jantung.

6. Meningkatkan sistem imun

Tidur yang cukup bermakna badan anda berfungsi dengan baik dan normal. Apabila terdapat gangguan, sistem badan akan terjejas termasuk sistem imun. Anda akan mudah mendapat penyakit. Ada kajian yang mendapati bahawa mereka yang kurang tidur lebih kerap mengalami demam.

Jadikan tidur sebagai prioriti anda demi mengekalkan kesihatan badan pada tahap yang baik. Mulakannya hari ini!

Sunday, 30 July 2023

Bulan Muharram

Bulan Muharram merupakan salah satu bulan yang cukup istimewa di sisi Allah SWT. Di antara kelebihan bulan ini seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran adalah berdasarkan firman Allah S.W.T yang berikut:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي

كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ

Maksudnya: Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah S.W.T adalah sebanyak dua belas bulan sebagaimana yang terdapat di dalam kitabullah (Lauh al-Mahfuz) pada hari diciptakan langit-langit dan juga bumi. Di antaranya (bulan-bulan tersebut) adalah empat bulan haram. Demikian itulah agama yang lurus maka janganlah kalian menzalimi diri kalian di dalam bulan-bulan tersebut.

Pada bulan Muharram ini juga banyak sejarah Islam yang terlakar, terutamanya pada 10 Muharram atau lebih dikenali dengan hari ‘Asyura’.

Berikut adalah tiga peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharam iaitu:

1) Nabi Musa A.S diselamatkan daripada dikejar tentera Firaun.

Peristiwa ini berlaku pada 10 Muharram. Peristiwa ini juga termaktub di dalam kitab Injil. Oleh sebab itulah umat Yahudi juga melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai tanda syukur Nabi Musa dan Bani Israil telah diselamatkan oleh Firaun.

2) Allah menerima taubat Nabi Adam A.S

Nabi Adam A.S melanggar larangan Allah dengan makan buah Khuldi ketika berada di dalam Syurga. Sebagai balasan, Nabi Adam A.S diturunkan ke bumi bersama Siti Hawa.

Menyesal dengan perbuatannya itu, Nabi Adam A.S telah berdoa dan doanya itu termaktub di dalam Al-Quran - “Wahai Rabb kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Dan apabila Engkau tidak mengampuni kami, tentunya kami termasuk dari orang-orang yang rugi.”

Allah menerima taubat Nabi Adam A.S pada 10 Muharam

3) Allah selamatkan Nabi Yunus A.S dari perut ikan

Allah telah menghukum Nabi Yunus A.S dengan memerintah Ikan Nun menelannya. Selama 40 hari Nabi Yunus terperangkap di dalam perut ikan tersebut. Doa taubat Nabi Yunus terakam di dalam Al Quran ketika berada di dalam perut ikan Nun “Tiada Tuhan melainkan Engkau ( Ya Allah )! Maha Suci Engkau (daripada teraniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang zalim”

Doa Nabi Yunus A.S akhirnya dia diperkenankan oleh Allah dan pada tanggal 10 Muharam, Ikan Nun telah memuntahkan baginda.

Selain daripada ketiga-tiga peristiwa tersebut, pada 10 Muharam juga merupakan hari pertama Allah menciptakan alam, menurunkan rahmat, menurunkan hujan, menciptakan ‘Arasy’, menciptakan Luh Mahfuz, dan menciptakan alam.

Memandangkan Muharram antara bulan yang mulia di sisi Allah SWT, umat Islam dijanjikan ganjaran pahala yang besar jika melakukan amal soleh sepanjang bulan ini. Salah satu amalan yang dilakukan oleh umat Islam ialah menunaikan puasa Asyura.

Bahkan, umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu pada Tasu’a (hari kesembilan).

Jadi, jika anda salah seoang yang berpuasa pada hari ini, (27 Julai 2023), ucapkan tahniah kepada diri sendiri.Ada banyak manfaat puasa Asyura yang boleh diraih jika dilakukan - gambar hiasan

Kelebihan puasa Asyura

Ada banyak manfaat puasa Asyura yang boleh diraih jika anda melakukan ibadah ini ikhlas kerana Allah Taala.

Antaranya ialah:

1) Menunjukkan rasa syukur kepada Allah SWT yang telah menyelamatkan hamba-hamba-Nya yang beriman dari kejahatan orang-orang kafir iaitu selamatnya Nabi Musa dan Nabi Harun bersama Bani Israil dari kejahatan Firaun dan bala tentaranya.

2) Sebagai tanda meneladani Nabi Musa dan Nabi Harun dan Nabi Muhammad SAW yang berpuasa pada hari ‘Asyura.

3) Puasa Asyura adalah untuk meneladani para sahabat yang melakukan puasa Asyura, bahkan melatih anak-anak mereka untuk melakukan puasa Asyura.

4) Boleh menghapus dosa setahun yang lalu. Rasulullah SAW bersabda, “Puasa Asyura aku memohon kepada Allah agar dapat menghapus dosa setahun yang lalu.” (HR Muslim). Imam an-Nawawi berkata: “Keutamaannya menghapus semua dosa-dosa kecil. Atau boleh dikatakan menghapus seluruh dosa kecuali dosa besar”.

Resipi Bubur Asyura Manis

Resipi Bubur Asyura Manis


Antara tradisi masyarakat Melayu turun temurun apabila bagi meraikan 10 Muharram ialah dengan menyediakan bubur Asyura untuk dinikmati seisi keluarga dan ada juga yang menjemput kejiranan dengan mengadakan kenduri.

Asyura jika mengikut bahasa arab (a'syara) bermaksud sepuluh, jadi ada pendapat yang mengatakan Bubur Asyura ini biasanya mengandungi 10 bahan atau ramuan.

Bubur Asyura ini memiliki beberapa versi mengikut negeri masing-masing.

Kalau versi orang Pantai Timur, rasanya lebih berempah dan pekat, manakala versi negeri-negeri di sebelah Utara Semenanjung, ianya agak cair dan rasanya manis.

Bagi yang belum pernah menyediakan Bubur Asyura, mungkin tahun ini anda teringin untuk mencubanya sendiri.

Jika saiz hidangan ini agak banyak untuk keluarga kecil anda, bolehlah sedekah sedikit kepada kawan-kawan. Ingat, bersedekah boleh memanjangkan umur.

Bahan-bahan

2 cawan tepung beras

3 cawan santan pekat

1 sudu kecil garam

3 cawan santan cair

1 cawan gula merah (dimasak dengan 1 cawan air hingga larut dan tapiskan)

3/4 cawan gula pasir (tahap kemanisan terpulang kepada anda)

Segenggam kacang tanah

Segenggam kacang kuda

Segenggam kacang hijau direndam 3 jam kemudian direbus hingga lembut

1 mangkuk ubi keledek dipotong dadu dan direbus hingga lembut

1 mangkuk pisang dipotong bulat

1 tin Jagung manis

3 sudu besar sagu halus

3 helai daun pandan

Cara penyediaan

1) Kisarkan tepung beras dengan tiga cawan santan cair dan tapiskan.

2) Kemudian, satukan semua bahan kecuali pisang ke dalam kuali besar atau periuk besar.

3) Kacau sehingga masak dengan menggunakan api perlahan.

4) Apabila sudah pekat, boleh masukkan hirisan pisang.

5) Kacau lagi adunan bubur sehingga benar-benar masak dan tidak melekat di kuali / periuk.

6) Asyura yang sudah masak bolehlah dialihkan ke dalam loyang.

Popular Posts