Navigasi


Selamat Datang ke Blogpost Pegaga Nenek   *Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.   *Setiap hari kita belajar sesuatu baru.   *Betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.   *Terus berusaha, jangan putus asa.   *Hari ini kita atas tanah, esok mungkin tanah atas kita.   *Nikmati bila Anda mampu, dan bertahan ketika Anda harus.   *Hormat dan taat kepada ibu dan bapa.   *Yang paling jujur adalah cermin, yang paling tipu adalah gambar.   *Anak adalah anugerah daripada Allah.   *Selalu ucap "Alhamdulillah".   *Setiap pilihan tiada salah mahupun betul, terpulang pada kita sendiri.   *hari ini akan lebih indah daripada kemarin jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman.   *Cakaplah yang benar walaupun ianya pedih.   *Mulakan harimu dengan memuji Allah.   *Kalau dunia ini pahit, Allah ialah gulanya.   *Kejarlah Ilmu dan Lakukanlah amal. Keduanya akan menuntun jalan ke Syurga.   *Berbaik hati kepada bayang kehidupanmu.   *Belajar sabar meski gelisah, belajar setia meski tergoda, belajar mengasih meski terluka.
Yellow Background Green Background Blue Background Red Background Red Background Red Background

Friday, 1 May 2020

Aktiviti PKP

AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN SEMASA PKP FASA 2

Hari ini kita sudah memasuki hari ke-2 fasa baru Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Cuba kita renung balik, apa yang sudah kila buat sepanjang PKP fasa 1? Jika banyak makan, tidur dan makan, tidur lagi... apa kata pada fasa ke-2 PKP ini kita buat aktiviti-aktiviti yang lebih bermanfaat buat kita sekeluarga.

Ketua keluarga iaitu bapa harus memainkan peranan penting dalam menjayakan aktiviti-aktiviti ini. Jika tiada penglibatan ibu dan ayah, perkara ini agak sukar dilakukan.

Jom, kita cuba sama-sama semoga kita beroleh ketenangan dan meningkatkan kesabaran

AKTIVITI IBADAH

1. Solat berjemaah di rumah bersama ahli keluarga
2. Tadarus al-Quran
3. Puasa sunat (Isnin dan Khamis)
4. 1 hari 1 hadis
5. Bercerita sejarah nabi (Israk Mikraj)
6. Menghafal al-Quran ayat-ayat lazim
7. Doa, zikir dan membaca al-Mathurat
8. Tazkirah di rumah
9. Azan di rumah

AKTIVITI ILMU

1. Membaca buku
2. Kelas tambahan di rumah
3. Semak prestasi sekolah anak
4. Menyiapkan assignment, proposal, tesis, kertas projek atau kerja-kerja akademik tertangguh
5. Usrah di rumah (Halaqah Ilmu)
6. Ikuti kuliah ilmu di Youtube

AKTIVITI SANTAI

1. Sukan dalaman (indoor)
2. Senaman ringan
3. Mencuba pelbagai masakan baharu
4. Gotong-royong membersihkan rumah
5. Basuh kereta bersama
6. Bermain di halaman rumah
7. Lipat kain bersama-sama

AKTIVITI MUNAJAT

1. Banyakkan istighfar
2. Banyakkan solat sunat (solat hajat, solat tahajud, solat taubat, solat dhuha)
3. Muhasabah diri
4. Beriltizam menjadi muslim yang bertakwa
5. Menjauhi perbuatan maksiat
6. Nasihat-menasihati sesama Muslim
7. Semak sesuatu info sebelum sebar di media sosial
8. Banyakkan berdoa kepada Allah

Sumber: Kit Keluarga Produktif dari JAKIM

Popular Posts