Navigasi


Selamat Datang ke Blogpost Pegaga Nenek   *Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.   *Setiap hari kita belajar sesuatu baru.   *Betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.   *Terus berusaha, jangan putus asa.   *Hari ini kita atas tanah, esok mungkin tanah atas kita.   *Nikmati bila Anda mampu, dan bertahan ketika Anda harus.   *Hormat dan taat kepada ibu dan bapa.   *Yang paling jujur adalah cermin, yang paling tipu adalah gambar.   *Anak adalah anugerah daripada Allah.   *Selalu ucap "Alhamdulillah".   *Setiap pilihan tiada salah mahupun betul, terpulang pada kita sendiri.   *hari ini akan lebih indah daripada kemarin jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman.   *Cakaplah yang benar walaupun ianya pedih.   *Mulakan harimu dengan memuji Allah.   *Kalau dunia ini pahit, Allah ialah gulanya.   *Kejarlah Ilmu dan Lakukanlah amal. Keduanya akan menuntun jalan ke Syurga.   *Berbaik hati kepada bayang kehidupanmu.   *Belajar sabar meski gelisah, belajar setia meski tergoda, belajar mengasih meski terluka.
Yellow Background Green Background Blue Background Red Background Red Background Red Background

Monday, 9 July 2018

HIIT

HIIT, atau high-intensity interval training, adalah teknik latihan di mana anda melakukan latihan dengan usaha berhabis-habisan (all out), seratus peratus usaha dengan pantas, diikuti dengan ledakan tenaga maksima, serta tempoh pemulihan yang rendah. Latihan ini akan mengekalkan kadar degupan jantung yang tinggi dengan kadar membakar lemak dalam masa yang singkat dan lebih cepat.

Pelbagai cara dan teknik latihan HIIT bergantung kepada tahap kecergasan diri.

- Beginner/permulaan

5 senaman, lakukan setiap langkah selama 20 saat dengan 60 saat rehat diantara senaman. lengkapkan keseluruhan set 1-2 kali.

- Intermediate/pertengahan

6 senaman, laksanakan setiap langkah selama 30 saat dengan 10 saat rehat diantara senaman. Rehat 45 saat selepas satu set, ulangi keseluruhan senaman untuk 5 pusingan.

- Advance

10 latihan, laksanakan setiap rutin senaman selama 45 saat dengan 10 saat rehat diantara senaman. Rehat 60 saat selepas satu set, ulangi keseluruhan rutin untuk 10 pusingan.
ANTARA SENAMAN YANG BIASA DIGABUNGKAN DIDALAM LATIHAN HIIT.
  1. Box Jumps
  2. Kettlebell Swings
  3. Clean/Jerk Press (dumbbells)
  4. Burpees
  5. Pull-up
  6. Mountain Climbers
  7. Squat Plyo Jumps
  8. Flutter Kicks
  9. Push-Ups
  10. Lunge with Bicep Curl
Latihan HIIT dengan mengunakan bebanan (dumbbells, barbells and resistance machines) adalah teknik yang paling berkesan untuk mengubah bentuk badan anda.

Sama ada anda mahu bahu lebih lebar, lengan yang besar, bahagian bawah badan lebih solid, core yang lebih kuat, tiada apa yang akan membantu anda untuk mencapai lebih baik daripada menambah bebanan dan rintangan dengan tahap usaha yang tinggi dalam setiap latihan dan pergerakan anda.

Kebaikkan senaman jenis HIIT 

Waktu senaman yang agak pendek.

Menerusi kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Tabata, orang yang menggunakan kaedah ini selama 4 kali seminggu berserta 1 kali kardio konsisten (jogging) didapati mengalami peningkatan kapasiti aerobik dan anaerobik sama seperti mereka yang pulun berjogging selama 5 kali seminggu.
Kesan pembakaran kalori ‘after burn’ up to 12-24 jam. Maksudnya, lepas korg buat senaman jenis HIIT ni, badan korg still membakar kalori yang berlebihan dalam badan sehingga 12-24 jam. Haa..syok kan? Tgh tidur pun badan still akan membakar dgn jayanya. Wah, cepat kurus lah korg cmni!
Melatih badan utk menyahtoksinkan ‘metabolic waste’ daripada otot so that badan korg akan nampak lean je. Macam model-model fitness tu.
Sesiapa yg mengamalkan senaman jenis HIIT ni pulak selama 8 minggu, akan memanjangkan jangka hayat badan dan metabolic badan akan secergas org remaja.

Siapa yg boleh buat HIIT ni?

Mungkin bunyinya seperti mudah, waktu senaman yg pendek tu apalah sangat, kan? Tapi, adakah semua orang boleh melakukan HIIT?

TIDAK!!!

Tak semua orang boleh buat senaman jenis ni. Untuk melakukan HIIT, jantung anda kena betul-betul kuat dan betul-betul fit. Kalau jogging 20 minit tanpa henti pun dah semput, maksudnya jantung anda masih lagi belum dapat melakukan senaman jenis HIIT ini.

So, utk melayakkan diri anda utk membuat senaman jenis HIIT ni, selalu-selalulah buat senaman jenis cardio utk menguatkan jantung anda dulu. Kalau lepas 20 minit berjogging tu dengan selamba maksudnya jantung anda dah ada sedikit progression.

Anda juga perlu memastikan yang diri anda benar-benar sihat, dan dapatkan pengesahan daripada doktor atau jurulatih peribadi (jika ada) sebelum melakukan HIIT. Once dah tau keupayaan diri, boleh start focus kat senaman jenis HIIT ni ok!

Selamat mencuba!

Sunday, 8 July 2018

Keracunan Makanan

Apa itu keracunan makanan?

Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.

Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2003 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk).

Apa yang menyebabkan keracunan makanan?

Punca keracunan makanan:
Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus
Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai
Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum
Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut bercengkerang seperti kekerang

Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?

Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :
Keracunan tersebut
Kuantiti/jumlah bakteria, virus atau agen penyebab toksin yang telah dimakan
Umur seseorang
Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang

Pesakit itu mungkin akan mengalami :
Rasa loya
Cirit-birit
Muntah-muntah
Sakit perut
Berpeluh/demam
Sakit kepala

Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?

Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik).

Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?

Antara sebab terjadinya keracunan makanan ialah:
Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam)
Makanan tidak dimasak dengan sempurna
Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak)
Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna
Makanan yang beku seperti daging tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak
Memakan lebihan makanan secara terus tanpa dipanaskan dengan sempurna
Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih
Makanan tersebut disediakan oleh orang yang menghidapi atau pembawa penyakit yang disebarkan melalui makanan seperti typhoid dan taun

Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?

Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan:
Sentiasa menjaga kebersihan
Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan
Basuh tangan selepas keluar dari tandas
Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan-haiwan yang lain
Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak
Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang
Sentiasa masak dengan sempurna
Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna
Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk
Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor

Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?

Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh Pegawai Kesihatan
Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat

Popular Posts