Navigasi


Selamat Datang ke Blogpost Pegaga Nenek   *Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.   *Setiap hari kita belajar sesuatu baru.   *Betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.   *Terus berusaha, jangan putus asa.   *Hari ini kita atas tanah, esok mungkin tanah atas kita.   *Nikmati bila Anda mampu, dan bertahan ketika Anda harus.   *Hormat dan taat kepada ibu dan bapa.   *Yang paling jujur adalah cermin, yang paling tipu adalah gambar.   *Anak adalah anugerah daripada Allah.   *Selalu ucap "Alhamdulillah".   *Setiap pilihan tiada salah mahupun betul, terpulang pada kita sendiri.   *hari ini akan lebih indah daripada kemarin jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman.   *Cakaplah yang benar walaupun ianya pedih.   *Mulakan harimu dengan memuji Allah.   *Kalau dunia ini pahit, Allah ialah gulanya.   *Kejarlah Ilmu dan Lakukanlah amal. Keduanya akan menuntun jalan ke Syurga.   *Berbaik hati kepada bayang kehidupanmu.   *Belajar sabar meski gelisah, belajar setia meski tergoda, belajar mengasih meski terluka.
Yellow Background Green Background Blue Background Red Background Red Background Red Background

Friday, 23 March 2018

Makanan Proses

Bahaya Makanan Yang Di Proses

Membelek rak-rak makanan di pasar raya memang mengasyikkan. Terdapat ratusan jenis makanan yang kelihatan cukup sedap, dibungkus dan dipek dalam cara yang menggoda dan mempengaruhi minda anda untuk membelinya.

Ramai yang menganggap makanan yang diproses adalah burger dan kentang goreng yang dihidang di restoran makanan segera. Tetapi tahukah anda, setiap makanan yang terdapat dalam kabinet dapur anda merupakan makanan yang diproses?

Jadi persoalannya, apakah sebenarnya maksud makanan yang diproses?
Makanan yang diproses ialah apa saja makanan yang dikotakkan, diletak dalam bungkusan plastik, tin atau baling kaca dan mempunyai senarai bahan-bahan yang dicampurkan. Kaedah yang digunakan termasuklah mengetin, menyejuk beku, penyejukan, dehidrasi dan proses aseptik.

Makanan yang diproses diubah daripada bentuk semula jadi atas alasan keselamatan dan mudah untuk menggunakannya. Atas sebab itu, hampir 90 peratus wang yang diperuntukkan untuk perbelanjaan makanan oleh rakyat Amerika Syarikat ialah untuk membeli makanan yang diproses. Persoalannya, mengapakah kita perlu memproses makanan?

Sebab yang paling utama ialah untuk memudahkan pengguna. Adalah lebih senang untuk menyediakan kek dengan membuka kotak tepung membuat kek, campurkan telur dan tuangkan sedikit minyak berbanding memulakannya daripada sifar. Dengan hanya menuangkan air panas dalam semangkuk mi segera, makan tengahari anda mampu disiapkan dalam hanya beberapa minit.
Namun memudahkan penyediaan bukanlah satu-satunya nikmat yang anda perolehi. Terdapat banyak bahan lain yang dicampurkan oleh pihak pengeluar. Antaranya ialah:

· Pewarna – memberikan warna kilauan neon pada soda oren.
· Penstabil – kuah yang dimakan kurang berair
· Peluntur – menyahjangkitan bakteria.
· Pengemulsi – siapa kata air dan minyak tidak boleh bercampur?
· Melembutkan – dikisar sehingga menjadi lembut seperti aiskrim.
· Pengawet- membolehkan anda menikmati cup cake dalam tempoh 6 bulan.
· Pemanis – gula manis, tetapi saccharin dan aspartame lebih manis.
· Perisa – memberikan rasa seperti buah strawberi.

Masalahnya, kebanyakan makanan yang diproses mengandungi bahan yang menyerupai setin tong cat. Ia tidak semudah seperti mencampurkan sedikit jus lemon dalam adunan skon. Cuba anda perhatikan senarai bahan berikut bermula daripada perisa strawberi dalam susu kocak di restoran makanan segera:

[Amil asetat, amil butirat, amil valerate, anetol, anisil format, benzil asetat, benzil isobutirat, asid butirik, cinnamil isobutirat, cinnamylvalerate, diasetil, dipropil keton, etil butirat, etil heptanoat, etil laktat, etil metilfenilglisidat, etil Nitrat, etil propionate, etil valerbate, heliotropin, a-ionone, isobutyl anthranilate, isobutyl butrate, minyak pati lemon, metil anthranilat, metil benzoate, metil silsilat, minyak pati pudina dan pelarut].

Adakah ini yang dikatakan sedap? Namun percayalah, ini hanya sebahagian. Terdapat hampir 6,000 bahan kimia yang digunakan dalam makanan yang diproses. Tetapi kajian oleh Universiti UCLA ke atas kehidupan harian 32 keluarga termasuklah rutin makan malam selama 3 tahun mendapati walaupun 70 peratus keluarga memasak dan makan di rumah, namun kebanyakannya menggunakan makanan yang diproses.

Penyakit Akibat Makanan Diproses
Kanser – Sesetengah bahan kimia sintetik yang digunakan bersifat karsinogen. Kajian selama tujuh tahun oleh penyelidik Universiti Hawaii ke atas 200, 000 responden mendapati individu yang kerap makan daging yang diproses (hot dog dan bologna) berisiko diserang kanser pankreas sehingga 67 peratus.

Obesiti – Makanan yang diproses biasanya tinggi gula, lemak dan garam, serta kurang nutrien dan serat. Menurut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), makanan yang diproses adalah punca peningkatan masalah obesiti dan penyakit kronik di seluruh dunia.

Penyakit Jantung – Kebanyakan makanan yang diproses mengandungi asid lemak trans (TFA), salah satu bentuk lemak paling bahaya. Ini kerana ia meningkatkan paras LDL (lemak buruk) dan menyingkirkan HDL (lemak baik) daripada tubuh. Bukan itu saja, kajian terbaru yang diterbitkan dalam jurnal Persatuan Perubatan Amerika Syarikat mendapati gula yang terkandung dalam makanan dan minuman yang diproses turut meninggikan risiko penyakit jantung.

Sumber:
Majalah iSIHAT

MAHSYAR

Di padang Mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam mahsyar.
Para sahabat Rasulullah saw tanya, mahsyar kat mana?
Jawab Rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan.
Tiada pokok, tiada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian.
Ini terjadi bila malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali.

Kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2.
Lalu manusia bertanya sesama sendiri, dimana kita?
Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar.
Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi Adam as sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.
Rujuk surah yassin ayat 52-54.
ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu.
Saidatina Aisyah ra pernah bertanya Rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.
Lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.
Rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).

Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir.
Bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama.
Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah swt percepatkan hisab.
Jawab nabi adam as dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh a.s, musa a.s, isa a.s, dan ibrahim a.s tetapi nabi2 ini hanya berdoa keselamatan diri masing2.
Lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah swt memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah minta pd Allah swt awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar.
Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je krn padatnya manusia pada hari tu.

Sebelum hisab bermula, kitab2 amalan kita akan turun dari arash.
Masa tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga.
Kemudian Allah swt panggil sorang2 untuk dihisab. Sebelum Allah swt mula hisab, Allah swt suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia.
Tiada satu pun yg tertinggal.

Lepas habis baca Allah swt akan tanya kita 3 soalan.
1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid
2) tak ingat
3) apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.

Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita la melebihi dosa kita.
Seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah swt lakukan.
Allah swt tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka.
Antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2 dll.
Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi pd mereka.
Jika pahala dah habis, dosa mereka pula kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).

Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang.
Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita.
Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.
Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat.
hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti.
Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita akan membantu.

Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah swt ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang..
Jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah swt bantu kita di hari pembalasan nanti. InshaaAllah.. Aamiin..
Wallahu'alam.

Wednesday, 21 March 2018

Al-Quran

Soal Jawab Al-Quran:

S : Berapa jumlah Surah dlm al-Quran?
J : 114 Surah

S : Berapa jumlah Juz dlm al-Quran?
J : 30 Juz

S : Berapa jumlah Hizb dlm al-Quran?
J : 60 Hizb

S : Berapa jumlah Ayat dlm al-Quran?
J : 6236 Ayat

S : Berapa jumlah Kata dlm al-Quran?, dan Berapa Jumlah Hurufnya?
J : 77437 Kata, atau 77439 Kata dan 320670 Huruf

S : Siapa Malaikat yang disebut dlm al-Quran?,
J : Jibril, Mikail, Malik, Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazoh, Al-Kiromulkatibun HamalatulArsy, dll.

S : Berapa Jumlah Sajdah (ayat Sujud) dlm al-Quran?
J : 14 Sajdah

S : Berapa Jumlah para Nabi yg disebut dlm Al-Quran?
J : 25 Nabi

S : Berapa Jumlah Surah Madaniyah dlm al-Quran?, sebutkan.
J : 28 Surah, al-Baqoroh, al-Imron, al-Nisa" al-Maidah, al-Anfal, al-Tawbah, al-Ra’d, al-Haj, al-Nur, al-Ahzab, Muhammad, al-Fath, al-Hujurat, al-Rahman, al-Hadid, al-Mujadilah, al-Hasyr, al-Mumtahanah, al-Shaf, al-Jum'ah, al-Munafiqun, al-Taghabun, al-Thalaq, al-Tahrim, al-Insan, al-Bayinah, al-Zalzalah, al-Nashr.

S : Berapa Jumlah Surah Makiyah dlm al-Quran? sebutkan.
J : 86 Surat, selain surah tersebut di atas.

S : Berapa Jumlah Surah yg dimulai dgn huruf dlm al-Quran?
J : 29 Surah.

S : Apakah yg dimaksud dgn Surah Makiyyah?, sebutkan 10 saja.
J : Surah Makiyyah adalah Surah yg diturunkan di Makkah sebelum Hijrah, seperti: al-An'am, al-Araf, al-Shaffat, al-Isra’, al-Naml, al-Waqi'ah, al-Haqqah, al-Jin, al-Muzammil, al-Falaq.

S : Apakah yg dimaksud dgn Surah Madaniyyah? sebutkan lima saja?
J : Surah Madaniyah adalah Surah yg diturunkan di Madinah setelah Hijrah, seperti: al-Baqarah, al-Imran, al-Anfal, al-Tawbah, al-Haj.

S : Siapakah nama para Nabi yg disebut dlm Al-Quran?
J : Adam, Nuh, Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub, Musa, Isa, Ayub, Yunus, Harun, Dawud, Sulaiman, Yusuf, Zakaria, Yahya, Ilyas, Alyasa’, Luth, Hud, Saleh, ZulKifli, Syuaib, Idris, Muhammad Saw.

S : Siapakah satu-satunya nama wanita yg disebut namanya dlm al-Quran?
J : Maryam binti Imran.

S : Siapakah satu-satunya nama Sahabat yg disebut namanya dlm al-Quran?
J : Zaid bin Haritsah. Rujuk dlm surah Al Ahzab ayat 37.

S : Apakah nama Surah yg tanpa Basmalah?
J : Surah at-Tawbah.

S : Apakah nama Surah yg memiliki dua Basmalah?
J : Surah al-Naml.

S : Apakah nama Surah yg bernilai seperempat al-Quran?
J : Surah al-Kafirun.

S : Apakah nama Surah yg bernilai sepertiga al-Quran?
J : Surah al-Ikhlas

S : Apakah nama Surah yg menyelamatkan dari siksa Qubur?
J : Surah al-Mulk

S : Apakah nama Surah yg apabila dibaca pada hari Jum'at akan menerangi sepanjang pekan?
J : Surah al-Khafi

S : Apakah ayat yg paling Agung dan dlm Surah apa?
J : Ayat Kursi, dlm Surah al-Baqarah ayat No.255

S : Apakah nama Surah yg paling Agung dan berapa jumlah ayatnya?
J : Surah al-Fatihah, tujuh ayat.

S : Apakah ayat yg paling bijak dan dlm surah apa?
J : Firman Allah Swt :“ Barang siapa yg melakukan kebaikan sebesar biji sawi ia akan lihat, Barang siapa melakukan kejahatan sebesar biji sawi ia akan lihat.. (Surah al-Zalzalah ayat 7-8)

S : Apakah nama Surah yg ada dua sajdahnya?
J : Surah al-Haj ayat 18 dan ayat 77.

S : Pada Kata apakah pertengahan al-Quran itu di Surah apa? ayat no Berapa?
J : وليتلطف Surah al-Kahfi ayat No. 19.

S : Ayat apakah bila dibaca setiap habis Sholat Fardhu dpt mengantarkannya masuk ke dalam surga?
J : Ayat Kursi.

S : Ayat apakah yg diulang-ulang sbyk 31 kali dlm satu Surah dan di Surah apa?
J : Ayat فبأي آلاء ربكما تكذبانِ ) pada Surah al-Rahman.

S : Ayat apakah yg diulang-ulang sbyk 10 kali dlm satu Surah dan di surah apa? Apakah ayat ini ada juga disebut dlm surah lainnya? Di Surah apa?
J : Ayat (ويل يومئذ للمكذبين) pada Surah al-Mursalat, juga ada dlm Surah al-Muthaffifiin ayat No. 10.

S : Apakah Ayat terpanjang dlm al-Quran? pada Surah apa? Ayat berapa?
J : Ayat No 282 Surah al-Baqarah…

Monday, 12 March 2018

Obesiti

Obesiti Meningkatkan Risiko Untuk Menghidapi 13 Jenis Kanser

Kajian mendapati terdapat hubungan di antara obesiti dengan mereka yang menghadapi kanser. Dimana 40% daripada mereka yang mempunyai masalah kanser adalah obese.Kajian tersebut bukanlah terus mengesahkan bahawa obesiti penyebab kepada kanser. Tetapi ia menunjukkan wujudnya hubungan di antara mereka yang lebih berat badan dan juga penyakit kanser.

Akan tetapi kajian tersebut menyatakan mereka yang obese ataupun terlebih berat badan mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit kanser. Kajian ini melibatkan sampel yang besar iaitu sebanyak 630000 orang US pada tahun 2014. Kesemuanya melibatkan 13 jenis kanser.

13 jenis kanser tersebut adalah:
  1. Kanser otak
  2. Mulitple myeloma
  3. Kanser esofagus
  4. Kanser buah dada
  5. Kanser tiroid
  6. Kanser pundi hempedu
  7. Kanser perut
  8. Kanser hati
  9. Kanser pankreas
  10. Kanser buah pinggang
  11. Kanser ovari
  12. Kanser rahim
  13. Kanser usus besar
Disebabkan perkara ini masih baru, kebanyakan masyarakat masih tidak sedar bahawa obesiti itu akan meningkatkan risiko mereka untuk mendapat penyakit kanser.

“Kajian yang menyatakan obesiti dan lebih berat badan boleh menyebabkan kanser adalah sesuatu yang mengejutkan bagi masyarakat. Manakala, kesedaran berkenaan perkara ini masih rendah dikalangan mereka,” Kata Dr Anne Schuchat, Timbalan Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

Di dalam kajian tersebut, para pengkaji meneliti data di US daripada tahun 2005 sehingga tahun 2014.

Penemuan mereka adalah:

  • Daripada semua yang menghidapi kanser, 55% perempuan dan 24% lelaki mempunyai masalah oebsiti dan juga berlebihan berat badan
  • Kanser yang mempunyai hubungan dengan obesiti meningkat sebanyak 7% daripada tahun 2005 kepada 2014 bersamaan dengan peningkatan kadar obesiti di US.
  • Kecuali kanser usus, ia meningkat dikalangan penduduk yang kurang daripada umur 75 tahun

Laporan ini telah diterbitkan pada 3 Oktober 2017 dalam laporan mingguan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit(Centers for Disease Control and Prevention)

Tetapi ada berita baik. Ini kerana terdapat kajian awal yang menunjukkan penurunan berat badan mampu mengurangkan risiko untuk menghidapi kanser. Oleh itu, jika kita turunkan berat badan bukan sahaja ia boleh mengelakkan penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi. Malah ia boleh mengelakkan penyakit kanser

Dr Farhan Islami, Pengarah Strategik untuk kajian pengawasan kanser bagi persatuan kanser Amerika(American Cancer Society). Dia menyatakan, “Adalah penting untuk sedar bahawa hanya beberapa peratus sahaja di dalam pengiraan tersebut menunjukkan kanser berhubung kait dengan obesiti.”

Dia juga menambah,”Terdapat banyak lagi faktor risiko kanser seperti merokok, gaya hidup, pengambilan alkohol, jenis perkerjaan dan sebagainya. Kebanyakkan kanser yang lain masih tidak diketahui puncanya.”

Manakala ‘World Cancer Researh Fund’ pula menganggarkan “20 peratus daripada keseluruhan kanser di US adalah disebabkan kombinasi berlebihan berat badan, kurangnya aktivi fizikal, pengambilan alkohol dan kekurangan nutrisi yang sepatutnya”.

Bagaimanakah kanser boleh disebabkan obesiti?

Beberapa mekanisma boleh dijelaskan mengapa obesiti boleh meningkatkan risiko kepada beberapa jenis kanser

  • Mereka yang obese selalunya mempunyai keradangan rendah yang kronik dan dengan masa keradangan tersebut akan menyebabkan kerosakan DNA yang menyebabkan kanser. Sebagai contoh mereka yang obese selalu mengalami masalah Gastroesophageal reflux dimana jus gastrik dalam perut naik ke atas esofagus. Jus gastrik ini akan menyebabkan keradangan pada dinding esofagus. Keradangan yang lama(kronik) menjadi punca berlakuknya kanser pada dinding esofagus. Obesiti juga menyebabkan kehadiran batu hempedu yang menjadi punca keradangan kronik pada pundi hempedu. Ia akan menyebabkan kanser pada pundi hempedu
  • Tisu lemak(iaitu tisu adipos) pula akan menghasilkan hormon estrogen yang berlebihan. Hormon estrogen yang berlebihan ini merupakan salah satu penyebab kepada kanser payu dara, kanser rahim, kanser ovari dan beberapa jenis kanser yang lain.
  • Orang yang obese juga selalunya mempunyai bacaan hormon insulin yang tinggi dalam darah. Ia adalah salah satu faktor risiko untuk menghidapai kanser usus, buah pinggang, prostat dan juga kanser rahim
Kesimpulan

Obesiti telah menjadi salah satu faktor risiko yang akan membuatkan seseorang itu menghidapi kanser. Oleh itu, perlulah kita berusaha untuk mengekalkan berat badan ideal supaya ia tidak berlebihan ataupun dalam kategori obese.

Rujukan:
  1. Farhad Islami, M.D., Ph.D., strategic director, cancer surveillance research, American Cancer Society; Oct. 3, 2017, media briefing with Anne Schuchat, M.D., deputy director, and Lisa Richardson, M.D., M.P.H., director, division of cancer prevention and control, both U.S. Centers for Disease Control and Prevention; Oct. 3, 2017
  2. Gregor MF, Hotamisligil GS. Inflammatory mechanisms in obesity. Annual Review of Immunology 2011; 29:415-445.
  3. Randi G, Franceschi S, La Vecchia C. Gallbladder cancer worldwide: geographical distribution and risk factors. International Journal of Cancer 2006; 118(7):1591-1602.
  4. Gallagher EJ, LeRoith D. Obesity and diabetes: The increased risk of cancer and cancer-related mortality. Physiological Reviews 2015; 95(3):727-748.

Sunday, 11 March 2018

Kelebihan Kurma

Fakta
Tahukah Anda, Mengapa Buah Kurma dibenci Jin dan Syaitan ? dan Kenapa harus dimakan dalam bilangan Ganjil ? Berikut Penjelasannya.

Apakah Anda pernah bertanya pada sendiri, mengenai Kurma, mengapa dibenci jin serta setan? Serta kenapa Nabi SAW memerintahkan kita makan dalam bilangan ganjil 3, 5 serta 7? Ada kenyataan yg membuatkan kita terpegun serta terkaku... Mohon Berbagi Seluas-luasnya!

Apakah Anda pernah bertanya pada sendiri, mengenai Kurma serta beberapa jenis nya, mengapa dibenci jin serta setan? Serta kenapa Nabi SAW memerintahkan kita, konsumsi dalam hitungan ganjil 3. 5. 7 serta dikonsumsi makan pada pagi hari?

Serta yang terbaik makan tujuh kurma. Baik dari sisi Agama serta ilmiah penjelasan atas pertanyaan ini yaitu apabila kurma membuahkan daya membuat perlindungan tubuh manusia serta buat perisai pelindung untuk tubuh manusia. Amer bin Saad dari ayahnya – berkata : Rasulullah, saw : lakukan ihtiar perlindungan dari sihir dengan makan 7 kurma Penelitian sudah perlihatkan apabila buah kurma mempunyai manfaat utama.

Kenapa Kurma Dibenci Jin serta Setan? Kenapa Mesti Dikira Dalam Hitungan Ganjil? ini jawaban Ilmiahnya

1. Kurangi tingkat kolesterol dalam darah serta mencegah aterosklerosis.

2. Mencegah kanker usus besar serta menghindar penyakit, wasir serta kurangi bentuk batu kepahitan serta memfasilitasi tahap kehamilan serta persalinan, lantaran mengandung serat serta makanan yang baik pencernaan serta gula.

3. Mencegah rusaknya gigi lantaran mengandung fluor.

4. Mencegah toksin lantaran mengandung natrium, kalium serta vitamin c.

5. pengobatan anemia lantaran mengandung zat besi, tembaga, vitamin B-2.

6. Ubat untuk rakhitis dan osteomalacia lantaran mengandung kalsium, fosfor, vitamin A

7. Pengobatan untuk anoreksia dan kurangnya konsentrasi lantaran mengandung kalium.

8. Untuk pengobatan umum kekurangan serta jantung berdebar lantaran mengandung magnesium, tembaga

9. Ubat kenser rematik serta otak lantaran mengandung boron.

10. Anti-kenser lantaran mengandung selenium telah dilihat bila warga tdk memahami kanker oasis.

11. Penyembuhan disfungsi ereksi lantaran mengandung boron, vitamin A.

12. Perawatan untuk kulit kering serta, penyakit kornea kering serta kebutaan malam lantaran mengandung vitamin A.

13. Ubat untuk penyakit saluran pencernaan saraf lantaran mengandung vitamin B1.

14. Perawatan untuk rambut rontok serta stres mata serta peradangan pada selaput lendir rongga mulut serta radang bibir lantaran mengandung vitamin B-2.

15. Perawatan kulit inflamasi lantaran mengandung vitamin niacin.

16. Ubat untuk penyakit kudis, melemahnya umum badan serta jantung berdebar-debar, sesak napas serta kontraksi pembuluh darah serta munculnya bintik-bintik merah pada kulit serta kekurangan dalam tulang serta gigi, lantaran mengandung Vitamin C, atau asam askorbat 2.

17. Pengobatan keasaman di perut lantaran mengandung klorin, natrium serta kalium.

18. Pengubatan penyakit gusi serta kekurangan pembuluh darah kapiler, kekurangan otot serta tulang riskan lantaran mengandung vitamin C.

Anak Syaitan

9 Jenis Anak Syaitan.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimatcermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah
supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/­kekayaan hingga
terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu
mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol.
Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh:disko,
kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya
melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak
memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri
bercerai-berai, suami bertindak ganas,
memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan
pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri
manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang
menyembah api/matahari

Mana satu jenis anak syaitan yang sering
mengganggu anda?

Sunday, 4 March 2018

30 Pertama

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

1. Orang yang pertama menulis Bismillah: Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam: Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan: Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat: Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat: Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah: Sayyidatina Hajar.

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat: Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam: Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab.

10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW: Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki: Al-Harith bin Abi Halah.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab/lembaran: Abdullah bin Amru bin Al-Ash.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah: Saad bin Abi Waqqas.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah.

17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW: Ali bin Abi Tholib.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary.

19. Orang yang pertama menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah: Az-Zubair bin Al-Awwam.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW: Ibban bin Othman bin Affan.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW: Khadijah bt Khuwailid.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh: Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam: Muawiyah bin Abi Sufyan.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam: Harun Ar-Rasyid.

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal: Umar Al-Khattab.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah: Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry: Mus'ab bin Umair.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga: Nabi Muhammad SAW.

Popular Posts