10 PERSEDIAAN UNTUK MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN
1) Berdoalah agar Allah swt. Memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, “Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Ertinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. (HR. Ahmad dan Tabrani)
Para salafush-soleh selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia bulan Ramadhan dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, “Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Ertinya, ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang Engkau cintai dan redhai.
2) Bersyukurlah dan pujian kepada Allah atas kurnia Ramadhan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, “Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadhan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.
3) Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. selalu memberikan kabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadhan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).
Salafush-soleh sangat memperhatikan bulan Ramadhan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadhan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.
4) Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat. Kerana itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.
5) Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangsiapa Jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahkannya melaksanakan perkara-perkara kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Q.S. Muhamad (47): 21]
6) Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadhan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah di Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.
7) Sambut Ramadhan dengan tekad meninggalkan dosa dan tabiat buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadhan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]
8) Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadhan.
9) Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan membuat catatan kecil untuk kultum tarawih serta ba’da sholat subuh dan zhuhur, memberikan buku saku atau lebaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.
10) Sambutlah Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nashuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, istri,anak, dan kaum kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.
Tuesday, 28 February 2017
Friday, 24 February 2017
Virus Zika
Apakah virus Zika itu?
Menurut laman web Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus Zika adalah virus bawaan nyamuk yang boleh menyebabkan penyakit pada hos manusia apabila terkena jangkitan.
Kesannya boleh terdiri daripada sakit ringan kepada keadaan kesihatan lebih buruk dan juga membawa kepada kematian.
Bagaimanakah virus Zika merebak?
Virus Zika lazimnya disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes yang dijangkiti, termasuk menyebarkan chikungunya, denggi dan demam kuning.
Penemuan terbaru menunjukkan bahawa nyamuk Culex juga mungkin menyebarkan Zika.
Virus ini juga boleh dijangkiti melalui hubungan seks dan telah dikesan dalam air mani, darah, air kencing, cecair amnion, air liur dan cecair badan di otak dan saraf tunjang.
Apakah gejalanya?
Virus ini biasanya menyebabkan sakit ringan.
Gejala yang mungkin muncul beberapa hari selepas digigit adalah:
Tidak ada perbezaan dikenali dalam gejala wanita hamil dan yang tidak mengandung.
Apa lagi kesan Zika?
Selain daripada simptom, konsensus saintifik adalah virus Zika boleh menyebabkan microcephaly, atau kanak-kanak yang dilahirkan dengan kepala yang luar biasa kecil, dan sindrom Guillain-Barre, gangguan saraf yang boleh menyebabkan lumpuh dan kematian.
Bagaimanakah penyakit virus Zika dikesan?
Diagnosis adalah berdasarkan gejala dan gaya hidup pesakit dan / atau sejarah perjalanan, dengan mengambil kira:
Gejala penyakit virus Zika boleh dirawat dengan ubat deman dan sakit biasa, berehat dan minum air yang banyak.
Jika gejala menjadi lebih teruk, orang ramai dinasihatkan mendapatkan nasihat perubatan.
Bagaimana mengelakkan penyebaran virus Zika?
Untuk mengurangkan risiko dijangkiti virus Zika, pelancong dan mereka yang tinggal di kawasan yang terlibat perlu mengambil langkah asas berjaga-jaga.

- Sakit kepala;
- Demam;
- Ruam;
- Konjunktivitis (radang bahagian bawah kelopak mata);
- Sakit badan;
- Keletihan.
Tidak ada perbezaan dikenali dalam gejala wanita hamil dan yang tidak mengandung.
Apa lagi kesan Zika?
Selain daripada simptom, konsensus saintifik adalah virus Zika boleh menyebabkan microcephaly, atau kanak-kanak yang dilahirkan dengan kepala yang luar biasa kecil, dan sindrom Guillain-Barre, gangguan saraf yang boleh menyebabkan lumpuh dan kematian.
Bagaimanakah penyakit virus Zika dikesan?
Diagnosis adalah berdasarkan gejala dan gaya hidup pesakit dan / atau sejarah perjalanan, dengan mengambil kira:
- Gigitan nyamuk baru-baru ini;
- Tinggal di kawasan pembiakan nyamuk;
- Perjalanan ke kawasan di mana virus Zika berlaku;
- Hubungan intim dengan pesakit Zika;
- Seks dengan pesakit dijangkiti Zika atau di kawasan di mana virus Zika berlaku.
- Ujian makmal boleh mengesahkan kehadiran virus Zika dalam darah dan juga air kencing dan cecair badan yang lain.
Gejala penyakit virus Zika boleh dirawat dengan ubat deman dan sakit biasa, berehat dan minum air yang banyak.
Jika gejala menjadi lebih teruk, orang ramai dinasihatkan mendapatkan nasihat perubatan.
Bagaimana mengelakkan penyebaran virus Zika?
Untuk mengurangkan risiko dijangkiti virus Zika, pelancong dan mereka yang tinggal di kawasan yang terlibat perlu mengambil langkah asas berjaga-jaga.
- Elakkan gigitan nyamuk.
- Pakai pakaian berwarna cerah bagi menutup sebanyak mungkin bahagian tubuh.
- Gunakan halangan fizikal seperti skrin tingkap atau pastikan pintu dan tingkap tertutup.
- Tidur di bawah kelambu.
- Gunakan penghalau serangga yang mengandungi DEET, IR3535 atau icaridin (Ikut arahan label produk).
- Musnahkan tempat pembiakan nyamuk.
- Kambus, kosongkan atau bersihkan tempat pembiakan nyamuk yang berpotensi seperti baldi, tong, periuk dan tayar yang telah digunakan.
- Pihak berkuasa kesihatan mungkin menasihatkan supaya semburan racun serangga dilakukan.
- Amalkan hubungan seks yang selamat.
- Mereka yang tinggal di kawasan yang terjejas perlu menggunakan kondom atau rawatan profilaktik lain, atau hindari diri daripada seks sama sekali.
- Mereka yang pulang dari kawasan yang terjejas virus Zika perlu mengamalkan seks selamat atau menahan diri selama lapan minggu.
- Mereka yang mempunyai gejala perlu mengamalkan seks selamat atau menahan diri selama enam bulan.
- Pasangan seks wanita hamil perlu mengamalkan seks selamat atau menahan diri sepanjang tempoh kehamilan.
- Pasangan di kawasan terjejas dinasihatkan untuk menunggu lapan minggu sebelum cuba untuk hamil, enam bulan jika kedua-duanya mempunyai gejala
Wednesday, 22 February 2017
Sihat Cara Rasulullah
Bagaimana cara Rasulullah menjaga kesihatan?
Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.
1# SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
2# CARA RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
3# RASULULLAH TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
4# RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN DIRI DENGAN GEMAR BERJALAN KAKI
5# RASULULLAH TIDAK PEMARAH
6# SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
7# TIDAK PERNAH IRI HATI
8# JADILAH PEMAAF
Penutup
Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.
1# SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
- Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
- Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
2# CARA RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
- Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.
- Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
- “Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
3# RASULULLAH TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
- Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
- Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
- Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
4# RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN DIRI DENGAN GEMAR BERJALAN KAKI
- Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.
- Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
- Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
- Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
5# RASULULLAH TIDAK PEMARAH
- Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.
- Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
- Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
- Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
6# SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
- Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
7# TIDAK PERNAH IRI HATI
- Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
8# JADILAH PEMAAF
- Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.
- Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
- Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Penutup
- BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI.
- Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah.
- Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya. Mari ikut cara nabi.. :)
Friday, 17 February 2017
Radiasi Telefon Bimbit
Telefon bimbit merupakan kemudahan era moden dalam masyarakat kita. Namun begitu, inovasi canggih ini mengancam kesihatan manusia. Kita terdedah kepada pelbagai bentuk sinaran setiap hari. Daripada gelombang mikro hinggalah sinar X, kita sentiasa dikelilingi gelombang E.M.F (sinaran elektromagnet). Hampir 2 bilion orang di seluruh dunia (26 juta pengguna di Malaysia) menggunakan telefon bimbit. Kebanyakan di antara mereka ialah kanak-kanak. Penggunaan yang berleluasa ini bermaksud pendedahan terhadap sinaran elektromagnet yang belum pernah berlaku dahulu. Anggaran meletakkan pendedahan terhadap sinaran E.M.F adalah 100 kali lebih tinggi daripada beberapa dekad dahulu.
Apakah itu E.M.R?
E.M.R merujuk kepada Radio Elektromagnet, sinaran frekuensi berbahaya yang dipancarkan oleh telefon bimbit. Sinaran tidak mengion daripada sumber frekuensi rendah mengion seperti model awal telefon bimbit dipercayai selamat. Pandangan ini telah berubah sejak kuasa telefon bimbit telah dipertingkatkan daripada gelombang paras rendah kepada gelombang mikro paras tinggi.
Apakah perbezaan antara Gelombang Radio dan Gelombang Mikro?
Gelombang radio adalah kuasa penghantaran berparas rendah yang menghantar isyarat dari atau ke telefon anda. Frekuensi tidak mengion ini adalah selamat. Kini, telefon bimbit berkapasiti 900MHZ hingga 2.4GIGs atau lebih tinggi agar anda dapat menerima isyarat yang jelas apabila bergerak dari satu bilik ke bilik lain atau di luar. Namun demikian, telefon anda kini dilengkapi kuasa sinaran gelombang mikro/inframerah.
Adakah telefon bimbit membahayakan?
Beberapa penyelidikan telah menunjukkan sinaran frekuensi radio daripada antena telefon bimbit "menyebabkan kerosakan genetik dalam darah manusia", sementara satu kajian kes lagi mendapati "peningkatan statistik yang signifikan" bagi tumor otak neuro-epitelium di kalangan pengguna telefon bimbit. Dalam tahun 2004, satu kajian terhadap 750 orang yang dilaksanakan oleh Karolinska Institute di Sweden mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun dan ke atas meningkatkan risiko tumor telinga sebanyak 4 kali.
Apakah kesan-kesan bahaya daripada penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap?
Banyak pengguna mengadu bahawa telefon mereka terasa hangat dan mereka mengalami tanda-tanda seperti sakit kepala, kelesuan, kebas dan kehilangan ingatan. Ada telefon bimbit yang lebih menjana haba daripada yang lain. Dalam satu kajian terhadap remaja di bawah 16 tahun, saintis di Eropah melaporkan kehilangan memori jangka pendek (sehingga 50 minit) boleh berlaku selepas menggunakan telefon bimbit. Bahaya teknologi wayarles mungkin lebih tragik daripada kesan rumah hijau. Sinaran telefon bimbit boleh mengakibatkan kerosakan genetik. Malah, penggunaan secara sederhana teknologi komunikasi mudah alih ini masih boleh meningkatkan risiko tumor otak secara mendadak.
Telefon Bimbit 'Merosakkan Sel-sel Darah' Sinaran telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan tekanan sesama mereka, kata para saintis.
Telefon Bimbit 'Mengubah DNA Manusia' Kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA. (Sumber dari BBC News)
Telefon Bimbit boleh Mempengaruhi Kualiti Sperma - kata penyelidik Jika telefon bimbit disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mod cakap akan merendahkan kualiti sperma, demikian menurut penyelidikan baru daripada Cleveland Clinik. (Sumber dari CNN, Dis 2008) Kajian: Radiasi dari Telefon Bimbit Merosakkan Daya Ingatan Pendedahan terhadap sinaran telefon bimbit memburukkan daya ingatan jangka pendek tikus, menurut kajian baru di Sweden. (Sumber dari 'The Total Sweden News in English') Barah Otak Dikaitkan Dengan Penggunaan Telefon Bimbit di Kalangan Anak Muda Sekumpulan saintis antarabangsa menyeru Kanada dan negara-negara lain untuk menggubal standard keselamatan yang lebih ketat terhadap penggunaan telefon bimbit selepas didapati risiko menghidap tumor malignan otak melonjak lima kali ganda dalam kanak-kanak yang mula menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20. (Sumber dari 'Canwest News Service | Oleh: Sarah Schmidt - 03/22/09)
Kesan Radiasi Telefon Bimbit, Tumor Otak dan Kanak-kanak Dalam meta-analisis yang diterbitkan dalam isu Mei 2008, Jurnal Antarabangsa Onkologi, penyelidik Sweden menemui perkaitan antara tumor otak dan penggunaan telefon bimbit. (Sumber dari Universiti Hospital, Orebo Sweden | Oleh: Lennart Hardell - 11/06/08

Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
BAHAYA ! PENYAKIT TIBI APABILA salah seorang teman sepejabat disahkan menghidap tibi, ramai risau apatah lagi mereka yang duduk berha...
-
Katakan Tidak Kepada Polisterin Sumber klik disini Oktober merupakan bulan yang sangat istimewa terutamanya bagi para pencinta ala...
-
Ketahui Khasiat Buah Oren Atau Sitrus, Banyak sebenarnya khasiat buah oren nih, sebut saja limau atau oren mesti orang kaitkan dengan v...